Contoh Tugasan Individu Sebagai Panduan Kepada Semua Pelajar

16

Click here to load reader

Transcript of Contoh Tugasan Individu Sebagai Panduan Kepada Semua Pelajar

Page 1: Contoh Tugasan Individu Sebagai Panduan Kepada Semua Pelajar

PANDUAN RINGKAS UNTUK MEMBUAT TUGASAN INDIVIDU

Catatan:

Berikut adalah contoh penulisan akademik untuk dijadikan panduan oleh semua pelajar untuk membuat tugasan individu

Sila ambil perhatian:

i. Nota kaki (foot note)ii. Gunakan sistem pernomboran untuk setiap isiiii. Sila gunakan topik dan sub-topik untuk setiap isi perbincangan iv. Topik utama (huruf besar-bold) dan sub-topik (huruf kecil-bold)v. Petikan bahasa Inggeris (italic)vi. Sila lihat perbezaan di antara rujukan nota kaki dengan rujukan-jangan keliru vii. Guna lampiran jika perlu seperti gambar, petikan akhbar, peta dan sebagainya

Kepada semua pelajar di bawah seliaan saya, selamat mencuba

selamat maju jaya dan terima kasih

daripada:

En. Mohd Syariefudin Abdullah

CONTOH TUGASAN

Lihat di muka surat berikut…………….

1

Page 2: Contoh Tugasan Individu Sebagai Panduan Kepada Semua Pelajar

BINCANGKAN KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI ZAMAN PENJAJAHAN DI MALAYSIA TERHADAP SISTEM SOSIALNYA

1.0 PENDAHULUAN

Kedatangan Portugis pada tahun 1511 telah memulakan era penjajahan di Tanah Melayu. Penjajahan Portugis telah kemudiannya diganti oleh Belanda pada tahun 1641 semasa Belanda merupakan kuasa yang dominan di Selat Melaka. Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada tahun 1874 pula memulakan corak dominasi dan pengaruh British. Sungguhpun penjajahan Portugis dan Belanda mempunyai kesan yang sedikit sahaja ke atas struktur sosial tradisional, tetapi kedatangan British telah menyebabkan berlakunya perubahan yang besar dan signifikan dalam konteks perubahan dan pembangunan ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat negara ini. Masyarakat Tanah Melayu beransur-ansur berubah meninggalkan ciri-ciri tradisionalnya dan menuju ke arah menjadi masyarakat moden, kompleks, industri dan maju.

Pembangunan ekonomi yang dilaksanakan pada zaman penjajahan adalah bertujuan untuk mencari keuntungan dengan mengeksploitasi sumber-sumber semulajadi di Tanah Melayu dan keadaan ini telah menjadi dasar penaklukan penjajah. Khoo Kay Kim seorang ahli sejarawan menyifatkan, matlamat ekonomi merupakan tujuan utama kedatangan penjajah British di Tanah Melayu selain bersifat persaingan dengan kuasa-kuasa penjajah lain seperti Perancis, Belanda dan Amerika Syarikat. Pembangunan ekonomi pada zaman penjajahan telah memberi kesan terhadap sistem sosial di Malaysia melalui dasar-dasar yang yang dilaksanakan oleh pihak British. Sosial dari segi kebudayaan membawa maksud yang sangat luas meliputi segala aspek yang berkaitan dengan masyarakat. Dalam konteks masyarakat pada zaman penjajahan, sistem sosialnya merupakan struktur masyarakat yang sedang menerima pengaruh peradaban Barat.

2.0 PEMBANGUNAN EKONOMI YANG DILAKSANAKAN OLEH BRITISH

Tempoh pertengahan abad ke-19 telah memperlihatkan perubahan ekonomi yang penting di Tanah Melayu. Pada tempoh ini, aspek pembangunan telah dianggap sebagai moden ataupun kapitalisme Barat. Sistem ekonomi kapitalis membawa beberapa ciri asas dari segi modal, buruh dan pengusaha yang sama sekali berbeza dengan sistem ekonomi masyarakat tradisional. British menekankan kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport khususnya perlombongan bijih timah dan perladangan getah yang lebih mendatangkan keuntungan. Perkembangan ini telah melahirkan bentuk ekonomi dualisme, iaitu ekonomi saradiri dan ekonomi komersial. Ekonomi komersial melibatkan pelaburan besar iaitu modal dari luar negeri di samping modal tempatan terutama dalam bidang perusahaan yang baru iaitu perlombongan dan perladangan.1

1 Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd., Selangor, 2001, hlm. 147.

2

Page 3: Contoh Tugasan Individu Sebagai Panduan Kepada Semua Pelajar

Menjelang lewat tahun-tahun 1920-an, kesan ekonomi yang utama akibat penjajahan British ialah pertumbuhan ekonomi duaan, iaitu dalam pengertian ekonomi yang mempunyai dua orientasi dan tumpuan kegiatan yang berbeza antara satu sama lain. Pada satu pihak terdapat sektor ekonomi perindustrian moden penjajah yang memberi tumpuan kepada perdagangan moden, ekonomi eksport, pengeluaran getah dan melombong bijih. Industri yang digalakkan pertumbuhannya ialah yang berkaitan dengan ekonomi asing. Pada pihak yang lain pula ialah sektor ekonomi tradisional pertanian atau sektor tani. Hasil utama sektor ini ialah padi dan hasil laut sungguhpun terdapat tanaman getah secara kecil-kecilan. Teknik pengeluaran dalam sektor ini bersifat tradisional dan hampir tidak menerima kesan campur tangan penjajah. Begitu juga industri tempatan yang bercorak tradisional tidak dibenarkan berkembang, bahkan sering menghadapi kesulitan ataupun diabaikan langsung.

Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk mengisi kekosongan pekerjaan di kawasan perlombongan dan ladang-ladang getah. Ditambah pula dengan Dasar Imigrasi yang diamalkan oleh British. Ekoran daripada Dasar Imigrasi yang diamalkan oleh British maka wujudnya eksploitasi buruh terutama melibatkan buruh Cina dan India. British mengamalkan dasar pecah dan perintah dan pemerintahan. Justeru itu wujudnya pola-pola perbezaan ekonomi mengikut kaum.

Apabila British menegakkan kawalan politik di negeri-negeri Melayu adalah menjadi matlamat British untuk memupuk kesetabilan politik melalui pengenalan sebuah pentadbiran ala Barat yang akan menggalakkan perkembangan ekonomi. Ini akan dapat dicapai melalui galakan pelaburan British atau asing, penggunaan tenaga buruh murah dari luar dan penimbaan bahan-bahan semulajadi. Dengan demikian kemasukan buruh-buruh asing terutama daripada India dan China adalah dialu-alukan oleh pentadbiran British.

Pada awal abad ke-20, perusahaan perkilangan yang berkaitan dengan getah dan bijih timah mula berkembang dan banyak kilang yang telah didirikan untuk tujuan itu. Salah satunya ialah United Engineers, yang merupakan syarikat perkilangan yang terawal di Tanah Melayu. Begitu juga dengan Syarikat Straits Trading Company yang merupakan perusahaan melebur bijih timah. Syarikat ini berjaya menarik pengusaha-pengusaha lombong yang tidak dimodali oleh pemodal Cina dan lombong-lombong besar.2 Pada tahun 1936, Syarikat Bata telah dirikan di Klang, Selangor oleh seorang pengusaha Eropah.

Penjajahan British juga telah memperkenalkan sistem ekonomi moden berasaskan penggunaan wang. Keadaan ini telah mewujudkan institusi kewangan dan bank-bank di Tanah Melayu. Banyak cawangan bank-bank asing ditubuhkan di pusat-pusat kegiatan ekonomi utama di Tanah Melayu seperti di Singapura, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Institusi kewangan dan bank ini berfungsi memberikan kemudahan kredit kepada syarikat swasta dan individu untuk tujuan pelaburan yang digunakan untuk membuka dan

2 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2002, hlm.193.

3

Page 4: Contoh Tugasan Individu Sebagai Panduan Kepada Semua Pelajar

memajukan perusahaan bijih timah dan getah. Bank juga memudahkan urusan import dan eksport. Antara bank yang ditubuhkan ialah Mercantile Bank pada 1857 di Pulau Pinang, Chartered Bank pada 1857 dan Hong Kong dan Shanghai Bank pada 1894. Manakala bank temapatan yang pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu ialah Kwong Yik Bank di Kuala Lumpur pada 1913, Bank of Malaya di Ipoh pada 1920 dan Ban Hin Lee di Pulau Pinang.

Pihak penjajah juga telah berupaya mengembangkan sektor ekonomi kerana para pedagang pada masa itu telah tertarik kepada dasar perdagangan bebasnya dan suasana ekonomi yang lebih teratur yang telah diwujudkan itu. Perkembangan sektor ekonomi telah pula membentuk desakan untuk membina sistem pengangkutan yang lebih cekap untuk melicinkan lagi pengangkutan barangan yang hendak dieskport.

Antara tahun 1885 hingga 1895, empat landasan keretapi yang berjarak dekat telah dibina untuk menghubungkan bandar pelabuhan dengan lombong bijih timah di Pantai Barat Semenanjung dan jalan raya dibina untuk menghububungkan lombong-lombong itu dengan landasan keretapi yang baru itu. Pada tahun 1901, landasan-landasan itu bercantum untuk membentuk Keretapi Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dikenali sebagai Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu.3 Terdapat kegitan membina jalan raya di negeri Pantai Timur dan Johor pada tahun 1930-an, sebahagian besarnya dalam kawasan yang tiada khidmat keretapi yang membolehkan banyak hasil pengeluaran untuk eksport diangkut melalui jalan raya.4

Selain daripada itu, salah satu pembaharuan yang dilakukan oleh pihak kolonial yang mempengaruhi kegiatan ekonomi orang Melayu ialah system pendaftaran tanah. Pada masa lalu para petani boleh mengerjakan tanah secara bebas, mereka hanya perlu meminta kebenaran daripada pembesar daerah.5 Namun begitu, selepas kedatangan British pihak kolonial telah memperkenalkan system pendaftaran tanah iaitu Sistem Pendaftaran Tanah Torrens yang mana ia berasaskan ciri-ciri pemiliknya kekal, boleh dipusakai, dipinda milik dan tidak meyekat penjualan tanah. Sistem ini telah menggantikan peraturan penggunaan tanah mengikut undang-undang adat melayu.6

Pegawai-pegawai British juga telah mengambil alih tugas pembesar dalam pentadbiran dan memungut cukai. Sebaliknya pihak kolonial telah membayar gaji tetap kepada golongan pemerintah tradisional. Kerajaan British juga mengantikan sistem politik tradisi dengan sistem birokrasi dalam menjalankan urusan pentadbiran mereka di

3 Andaya, B.W & Andaya, L.Y, Sejarah Malaysia. Macmillan Publication (M), Kuala Lumpur, 1983, hlm., 241.

4 ibid.

5 Wan Abdul Kadir Wan Yusof, Sistem ekonomi orang Melayu, Mohd Taib Osman (peny). Masyarakat Melayu, struktur, organisasi dan manifestasi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, hlm. 115.

6 Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 1991, hlm.388.

4

Page 5: Contoh Tugasan Individu Sebagai Panduan Kepada Semua Pelajar

peringkat negeri, daerah dan mukim. Ini menghapuskan sistem pemerintahan dan corak organisasi tradisi.7

3.0 KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI TERHADAP SISTEM SOSIAL

Antara masalah yang diwarisi oleh pemerintah tempatan pada tahun 1957 ialah masalah eksploitasi pihak penjajah ke atas penduduk tempatan, terutama dalam bidang ekonomi dan politik. Hal ini pula menimbulkan masalah sosial lain seperti kemiskinan di sektor desa dan di kalangan penduduk golongan tertentu di bandar, masalah pemilikan dan penguasaan tanah, penganggguran, kurang pembangunan di sektor tertentu, masalah kekurangan infrastruktur yang hanya terdapat di kawasan yang boleh mendatangkan keuntungan, masalah pemilikan kekayaan negara oleh pihak asing. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak penjajah British bukan sahaja menyebabkan kegiatan dan fungsi ekonomi terbahagi mengikut garisan perkauman, bahkan juga telah menimbulkan masalah berkaitan dengan hubungan etnik.

Komposisi penduduk Tanah Melayu berubah dengan pesat berikutan dengan kemasukkan golongan perantau Cina dan India. Dalam jangkamasa 1911 hingga 1931 jumlah penduduk Tanah Melayu meningkat melebihi 76 peratus. Sementara itu peningkatan penduduk Melayu atau bumiputera agak perlahan. Dalam tahun 1911 orang Melayu masih membentuk golongan majoriti atau melebihi daripada 53 peratus daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Tetapi bilangan golongan perantau Cina dan India telah melebihi bilangan penduduk keturunan Melayu dalam tahun 1931 dan pada tahun 1941 mereka membentuk hampir 60 peratus daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.8

Kebanyakan golongan perantau tertumpu ke Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Cuma di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu bilangan mereka kurang daripada penduduk Melayu.

Perubahan dan perkembangan yang telah diperkenalkan oleh pihak British itu telah mula menghasilkan dua perubahan penting dalam struktur masyarakat Tanah Melayu. Perubahan pertama ialah pembentukan masyarakat majmuk (plural). Untuk mengendalikan kegiatan sektor ekonomi eksport, penjajah telah menggalakkan kemasukan buruh Cina dan India. Buruh Cina dan India ini bekerja di lombong, estet dan sektor perkhidmatan ataupun perniagaan. Galakan kemasukan orang Cina dan India secara beramai-ramai ini telah mengasaskan pembentukan masyarakat majmuk.

Kebanyakan orang Cina tertumpu di kawasan-kawasan yang telah maju terutama di bandar-bandar di barat semenanjung Tanah Melayu. Orang-orang India pula tertumpu di kawasan ladang-ladang getah. Sementara itu orang Melayu kebanyakannya kekal di kawasan asal mereka di tepian sungai dan kampung-kampung. Menurut R. Emerson,

7 Azmah Abdul Manaf, Sejarah sosial masyrakat Malaysia, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2001, hlm., 61.

8 Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), hlm.372.

5

Page 6: Contoh Tugasan Individu Sebagai Panduan Kepada Semua Pelajar

The Chinese have been given virtually free rein in it by the British in all spheres except the political, and they have known how to make good use of it.9

Dasar ekonomi British memberi kesempatan yang luas untuk golongan perantau bagi menimba kekayaan dan mereka berjaya menguasai sektor perdagangan dan perniagaan termasuk runcit. Masyarakat Melayu sebaliknya tertinggal di belakang dan mereka tidak digalakkan untuk menceburi diri dalam kegiatan-kegiatan ekonomi yang menguntung saperti pertanian komersial dan perladangan getah. Dalam struktur kolonial peranan mereka ada lah sebagai pengeluar bahan makanan. British mempunyai muslihat untuk membiarkan orang Melayu dalam kemunduran. Keadaan ini dapat dijadikan alasan babawa orang Melayu perlukan perlindungan dan peranan British adalah sebagai "pelindung."10

Akibatnya, sebahagian besar orang Melayu kekal sebagai petani dan nelayan di kawasan desa sementara anak-anak bangsawan Melayu dan golongan DiRaja Melayu menikmati peluang menjawat pekerjaan dengan penjajah British. Keengganan orang Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah, pelancaran Akta Tanah Rezab Orang Melayu pada 1913 dan Enakmen Kawasan Padi 1917 sama-sama menyebabkan orang Melayu kekal terikat dengan tanah dan aktiviti pertanian. Keadaan pengasingan atau pemisahan pekerjaan mengikut etnik diperkukuhkan dengan penyisihan orang bukan Melayu iaitu Cina dan India dari sektor perkhidmatan awam dan pentadbiran yang dikhaskan perjawatannya kepada orang Melayu dan orang British.

Dasar British untuk mengekalkan status quo masyarakat Melayu tradisional sebagai petani dan nelayan, serta dalam masa yang sama British telah mengiktirafkan, memelihara dan memperkukuhkan lagi hierrarki struktur social masyarakat Melayu. Petempatan mereka juga masih dikekalkan di kawasan pedalaman dan pinggir Bandar. Sementara itu orang-orang Cina dan India diberikan peluang untuk terlibat secara aktif dalam bidang ekonomi terutamanya di sektor perlombongan, perniagaan dan perladangan. Kesemuanya ini turut menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang bagi Semenanjung Tanah Melayu.

Di samping itu juga, tidak ramai orang Melayu yang berminat untuk bekerja sebagai buruh dalam sistem ekonomi moden yang diperkenalkan oleh British. Mereka merasakan keadaan yang dinikmati itu sudah mencukupi dan selesa. Orang Melayu ketika itu tidak melihat bahawa kemajuan dunia sebagai satu perkara yang harus direbut sebaliknya mereka berpegang kepada konsep qadak dan qadar.11 Disebabkan sikap inilah menyebabkan ada pendapat yang menyatakan Melayu malas dan tidak peka dengan perubahan sekeliling. Masyarakat peribumi juga dianggap asing terhadap perusahaan dan

9 R. Emerson, Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 22.

10 ibid.

11 ? Azmah Abdul Manaf, Sejarah sosial masyrakat Malaysia, hlm. 71

6

Page 7: Contoh Tugasan Individu Sebagai Panduan Kepada Semua Pelajar

perniagaan. Bagaimanapun Syed Hussin al-Attas sangat tidak bersetuju dengan tuduhan tersebut sebaliknya menganggap tuduhan itu sebagai satu mitos.12

Sungguhpun pihak penjajah dan pendatang telah mendominasi terutamanya sektor ekonomi eksport negara, beberapa peluang telah dibentuk untuk penyertaan golongan Melayu dalam bentuk-bentuk baru kegiatan ekonomi. Ini seperti bekerja di lombong, estet dan organisasi sektor moden yang lain, membekalkan beras dan makanan lain yang diperlukan oleh penduduk bandar terutamanya dan penyertaan mereka sebagai pekebun kecil bagi tanaman untuk eksport. Sungguhpun telah terdapat peralihan dalam kegiatan ekonomi yang diceburi, namun sebahagian besar kegiatan itu masih mempunyai kaitan dengan pertanian dan kebanyakan orang Melayu masih tetap tinggal di luar Bandar. Hanya pada akhir era penjajahan terdapat orang Melayu menceburkan diri dalam kegiatan yang tidak berkait dengan pertanian seperti menjadi polis, guru dan askar.

Melalui sistem ekonomi moden berasaskan penggunaan wang yang diperkenalkan oleh pihak kolonial masyarakat Melayu secara tidak langsung terlibat sama dan merasa kesan pelaksanaan ekonomi tersebut. Bagi penduduk kampung yang sebahagian besarnya masih menjalankan aktiviti tradisional seperti menanam padi dan menangkap ikan atau yang telah mengerjakan penorehan getah secara kecil-kecilan, unsur-unsur ekonomi kewangan yang meresap ke kampung telah mengakibatkan beberapa kesan buruk.13 Ini disebabkan sistem penggunaan wang tunai berkembang dengan meluas sekali menyebabkan para petani sering kesempitan wang kerana pengeluaran hasil tani mereka tidak seberapa.

Selain daripada itu, di kawasan pertanian padi terutamanya, sering timbul masalah kekurangan tanah disebabkan bilangan penduduk bertambah sedang keluasan tanah sawah tidak bertambah. Oleh kerana terdesak dengan keperluan wang, maka ada di antara orang Melayu yang terpaksa menjual tanah milik sendiri. Pindah-memindah milik tanah melalui jual beli sudah menjadi satu perkara biasa, bukan sahaja di kalangan petani malahan juga di kalangan penoreh getah.14 Pinjaman wang daripada chettiar memang popular di kalangan orang Melayu. Golongan chettiar ini terkenal dengan ‘sikap baik’ hati di kalangan orang Melayu. Akibat daripada hutang yang banyak dan tidak mampu dibayar kerana bunga yang dikenakan terlalu tinggi maka kebanyakan tanah Melayu bertukar milik kepada orang bukan Melayu. Di Perak, sepanjang tahun 1912 sebanyak 961 hak milik orang Melayu telah dijual kepada orang bukan Melayu. Pada tahun berikutnya, di Selangor sebanyak 1,416 bidang tanah dijual kepada orang bukan Melayu. Penjualan tanah di kalangan orang Melayu ini, di samping menjelaskan hutang adalah juga untuk menjelaskan bayaran cukai tanah.15

12 ? Syed Hussein Alatas, Mitos peribumi malas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, hlm. 205

13 ? S.Husin Ali, Orang Melayu: Masalah dan masa depan, Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1979, hlm. 92.

14 ? ibid.

15 ? Ahmad Nazri Abdullah, Undang-undang tanah simpanan Melayu, Dlm. Khoo Kay Kim, Sejarah masyarakat Melayu moden, Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 105-106.

7

Page 8: Contoh Tugasan Individu Sebagai Panduan Kepada Semua Pelajar

Kehilangan hak milik tanah di kalangan orang Melayu ini sememangnya mendapat perhatian daripada kerajaan British.Residen Perak menyifatkan penjualan tanah di kalangan orang Melayu akan menjejaskan kedudukan orang Melayu yang mungkin akan menjadi buruh upahan Melayu yang tidak mempunyai tanah. Keadaan ini bercanggah dengan dasar penempatan mereka yang mengekalkan dan menggalakkan golongan petani.16 Atas kesedaran inilah maka pada tahun 1913 British telah meluluskan undang-undang Tanah simpanan Melayu. undang-undang ini telah menentukan bahawa kawasan penempatan atau simpanan orang Melayu tidak boleh dimiliki oleh orang bukan Melayu. Namun demikian peraturan ini telah menimbulkan beberapa batas terhadap usaha yang boleh dijalankan di tanah-tanah tersebut. Misalnya, bagi kebanyakan tanah simpanan ini, penanaman dan jumlah pokok kelapa adalah dihadkan. Tanaman getah juga tidak boleh ditanam kecuali dengan sewa yang lebih tinggi atau tidak dibenarkan langsung. Daripada segi kesannya, peraturan ini mengekalkan sejumlah besar penduduk Melayu tinggal di kawasan-kawasan desa dan menjalankan kerja-kerja yang hanya cukup menyara hidup mereka.17

Dasar pecah dan perintah dapat dilihat daripada perbezaan dasar terhadap kaum-kaum. Misalnya dalam bidang pendidikan British menggalakkan sistem pendidikan berasingan berasaskan kaum iaitu wujudnya sekolah Melayu, Cina dan Tamil. Tiap-tiap jenis sekolah ini adalah khusus untuk sesuatu kaum tertentu kecuali sekolah Inggeris. Dengan itu pelajar-pelajar Melayu. Cina dan India sukar bergaul antara satu sama lain. Tiada dasar mengenai bahasa pengantar yang tunggal. Setiap jenis sekolah menggunakan bahasa ibunda mereka. Ini mewujudkan sekolah vernakular. Sekolah-sekolah berkenaan juga terpisah antara satu dengan yang lain mengikut kedudukan geografi dan taburan penduduk. Sekolah Melayu di kawasan kampung, sekolah Cina di kawasan perlombongan dan sekolah Tamil di kawasan estet getah. 18

Transformasi pendidikan. Dalam zaman penjajahan Inggeris, pendidikan Melayu yang percuma dibekalkan kepada orang Melayu tetapi setakat Darjah Empat sahaja dan dengan penekanan kepada agama Islam. Pendidikan Melayu seperti pendidikan Tamil dan Cina tidak mempunyai nilai ekonomi iaitu sebagai pasport pekerjaan seperti pendidikan bahasa Inggeris. Pendidikan Melayu untuk sebahagian besar orang Melayu ketika itu, hanya bertujuan untuk melahirkan petani dan nelayan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, untuk anak-anak orang bangsawan Melayu, penjajah British telah menubuhkan sebuah sekolah Inggeris khas pada tahun 1905, iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kolej ini (MCKK) bertujuan untuk memberi pendidikan Inggeris dan latihan kemahiran untuk membolehkan anak-anak bangsawan Melayu ini berkhidmat sebagai pentadbir di perkhidmatan awam penjajah British.

16 ? Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), hlm. 338

17Ahmad Nazri Abdullah, Undang-undang tanah simpanan Melayu, hlm. 107.

18 Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 532.

8

Page 9: Contoh Tugasan Individu Sebagai Panduan Kepada Semua Pelajar

Petempatan juga terpisah mengikut kaum. Kawasan yang maju terutama Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka menjadi yumpuan penghijrah-penghijrah Cina dan India. Penduduk Cina lebih ramai di Bandar dan menubuhkan pekan-pekan Cina, manakala orang India tertumpu di lading. Mereka lebih suka tinggal di kawasan kaum sendiri kerana berasa lebih senang dan selamat. Dengan ini masalah bahasa, makanan, agama dan aktiviti harian lain akan berkurangan. Taburan penduduk mengikut kaum dan ekonomi menyebabkan Caldwell seoran sarjan telah membahagikan Malaya kepada ‘Malaya Lama’ dan ‘Malaya Baru’. Menurut Caldwell Malaya Lama menjadi kediaman orang Melayu iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pahang. Manakala Malaya Baru pula menjadi tumpuan orang Cina dan India iaitu di Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singpura.19

Bandar-bandar moden tumbuh dengan pesatnya kerana sumbangan dan sokongan yang diberikan oleh pemerintah kolonial. Keadaan ini menjadikan sektor ekonomi bandar dan luar bandar jauh terpisah. Pihak kolonial telah menumpukan sepenuh perhatian untuk membangunkan bandar-bandar moden, sedangkan tidak mempunyai polisi untuk memperbaiki kedudukan ekonomi para petani Melayu. Berikutan dengan itu berbagai-bagai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah, kemudahan elektrik dan air ditumpukan di kawasan bandar. Perkembangan yang pesat dalam bidang pelajaran juga tertumpu di bandar-bandar moden dengan terdirinya sekolah dan universiti.20 Selain itu juga berlaku ketidakseimbangan pembangunan infastruktur antara wilayah kerana pihak kolonial hanya membangunkan kawasan yang dapat memberi keuntungan ekonomi kepadanya. Pembangunan biasanya dilakukan di negeri-negeri Pantai Barat Tanah Melayu berbandingan dengan Negeri-negeri Pantai Timur dan Sabah serta Sarawak. Ini disebabkan di negeri-negeri Pantai Barat terdapat banyak sumber-sumber ekonomi yang dapat dieksploitasi seperti bijih timah dan getah contohnya di Perak.

Di samping itu juga berlaku perubahan dalam pertumbuhan kelas sosial yang baru dalam sistem stratifikasi sosial masyarakat Tanah Melayu. Kalau dulu masyarakatnya hanya terdiri daripada kelas pemerintah dan kelas yang diperintah, kini masyarakat itu terbahagi kepada tiga: kelas atasan iaitu penjajah, golongan bangsawan Melayu, saudagar kelas pertengahan yang majoriti orang Cina dan sedikit orang Melayu dan India dan kelas bawahan iaitu majoriti Melayu21.

Selain daripada itu secara prinsipnya rakyat bukan lagi berada di bawah kekuasaan dan pemerintahan golongan pemerintah kerana raja dan pembesar- pembesarnya tidak boleh lagi memungut cukai daripada rakyat dan melaksanakan system kerah ke atas rakyat. Mereka juga tidak boleh lagi memiliki hamba. Dengan keadaan ini sedikit sebanyak corak hidup rakyat berubah darpada sebelumnya dan golongan hamba tidak lagi wujud dan rakyat tidak tertekan dengan system kerah. Bagaimanapun mereka

19 Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), hlm. 374.

20 Wan Abdul Kadir Wan Yusof, Sistem ekonomi orang Melayu, hlm. 96.

21 K. S. Jomo, Pembangunan ekonomi dan kelas sosial di Semenanjung Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1998, hlm. 231.

9

Page 10: Contoh Tugasan Individu Sebagai Panduan Kepada Semua Pelajar

tetap diwajibkan membayar cukai kepada pegawai-pegawai yang dilantik oleh kerajaan British. Ada kalanya cukai-cukai yang dikenakan ini pelbagai dan lebih banyak berbanding sebelumnya sehingga menimbulkan perasan tidak puas hati di kalangan rakyat. Kerajaan Inggeris juga mengantikan sistem politik tradisi dengan sistem birokrasi dalam menjalankan urusan pentadbiran mereka di peringkat negeri, daerah dan mukim. Ini menghapuskan sistem pemerintahan dan corak organisasi tradisi.22

5.0 KESIMPULAN

Pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh pihak British di Malaysia telah mendatangkan pelbagai kesan kepada negara dan salah satunya ialah kesan kepada sistem sosial. Ternyata pembangunan yang dilaksanakan oleh British adalah bertujuan untuk kepentingan ekonomi kolonial tanpa mengambil kira akibat yang terpaksa ditanggung oleh penduduk Malaysia amnya. Ini disebabkan kesan-kesan daripada dasar pembangunan kolonial ini masih lagi dirasai dan diwarisi oleh penduduk Malaysia walaupun negara telah mencapai kemerdekaan. Salah satunya ialah masyarakat yang berbilang kaum. Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dalam membentuk perpaduan antara kaum, namun atas daya usaha pemimpin negara dan sikap tolak ansur kaum-kaum di Malaysia terutamanya Melayu, Cina dan India, Malaysia mampu menyatupadukan kaum yang terdapat di negara ini. Namun begitu masih wujud ketidakseimbangan antara kaum terutamanya dalam aspek ekonomi yang mana kaum Melayu terus ketinggalan berbanding kaum lain. Institusi, nilai dan norma-norma juga turut berubah kesan daripada penjajahan kolonial ke atas Malaysia.

RUJUKAN

Ahmad Nazri Abdullah. 1985. Undang-undang tanah simpanan Melayu. Dlm. Khoo Kay Kim. Sejarah masyarakat Melayu moden. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti Malaya.

Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan Publication (M).

Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah sosial masyrakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

A. Azmi Khalid. 1996. Ekonomi Melayu kurun ke-19: Sara diri atau komersial? Dlm. Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny). Alam pensejarahan: Dari pelbagai perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Emerson, R. 1979. Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

22 Azmah Abdul Manaf, Sejarah sosial masyrakat Malaysia, hlm. 61.

10

Page 11: Contoh Tugasan Individu Sebagai Panduan Kepada Semua Pelajar

Fauziah Shaffie & Ruslan Zainuddin. 2001. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit

Fajar Bakti.

Jomo, K.S. 1998. Pembangunan ekonomi dan kelas social di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Husin Ali. 1979. Orang Melayu: Masalah dan masa depan. Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd.

Wan Abdul Kadir Wan Yusof. 1989. Sistem ekonomi orang Melayu. Dlm. Mohd Taib Osman (peny.) Masyarakat Melayu, Struktur, Organisasi dan Manifestasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

11