Corak Dan Rekaan

8
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ______________________________________________________________________________ HBAE2103 CORAK DAN REKAAN SEPTEMBER 2013 ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam Bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 8hb - 10hb November 2013 atau Tutorial 4. Serahan selepas 10hb November 2013 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. 7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

description

psv

Transcript of Corak Dan Rekaan

Page 1: Corak Dan Rekaan

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN______________________________________________________________________________

HBAE2103CORAK DAN REKAAN

SEPTEMBER 2013

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 8hb - 10hb November 2013 atau Tutorial 4. Serahan selepas 10hb November 2013 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Page 2: Corak Dan Rekaan

PENILAIAN

Tugasan ini akan menyumbangkan 40% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik.

Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30% : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50% : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

Page 3: Corak Dan Rekaan

SOALAN TUGASAN

Guru seni merupakan anggota yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan kurikulum

Pendidikan Seni Visual di sekolah. Peranan guru seni penting untuk memenuhi pencapaian,

aspirasi dan matlamat sekolah selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Berpandukan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) sekolah rendah jelaskan apakah

ciri-ciri guru pendidikan seni yang berkesan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam

bidang membuat corak dan rekaan.

Perbincangan anda perlu merangkumi matlamat FPK dan hubungannya dengan matlamat

PSV. Guru seni yang berkesan dapat memenuhi domain kognitif, psikomotor dan afektif. Bukti

tertentu disertakan bagi mengukuhkan jawapan anda.

(Kata Kunci: FPK, Sukatan Pelajaran, Kognitif, Psikomotor, Afektif )

Rujuk rubrik yang diberikan di bawah sebagai panduan menyiapkan tugasan anda.

[Jumlah: 40 markah]

____________________________________________________________________________

MUKA SURAT TAMAT

Page 4: Corak Dan Rekaan

RUBRIK PEMARKAHAN

HBAE2103

Kriteria WajaranSangat Lemah Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

penuh0 1 2 3 4Pengenalan 1.5 Tiada

pengenalan.Pengenalan yang umum dan lemah tentang sukatan pelajaran PSV.

Pengenalan yang sederhana tentang sukatan pelajaran PSV.

Pengenalan yang baik tentang sukatan pelajaran PSV.

Pengenalan yang amat menarik tentang keperluan guru merujuk sukatan pelajaran PSV.

6

Kaedah Pengumpulan Data

1.5 Tiada kaedah pengumpulan data.

Secara umum, tidak terancang dan tidak berfokus.

Secara umum dengan kaedah kumpul data yang terhad.

Kaedah Temubual, pemerhatian dan perpustakaan digunakan.

Kaedah Temubual, pemerhatian dan perpustakaan digunakan secara bermakna.

6

Isi Kandungan

3 Tiada perbincangan.

Perbincangan secara umum tentang perkembangan PSV tidak berfokus.

Perbincangan yang sederhana dan huraian yang tidak menyeluruh tentang matlamat FPK dan hubungannya dengan PSV.

Perbincangan merangkumi matlamat FPK dan hubungannya yang baik dengan matlamat PSV. Huraian tentang guru seni berkesan yang dapat memenuhi domain kognitif, psikomotor dan afektif.

Membincangkan secara terperincitentang matlamat FPK dan hubungannya yang amat baik dengan PSV. Huraian tentang guru seni berkesan yang dapat memenuhi domain kognitif, psikomotor dan afektif.

12

Maklumat Sokongan

2 Tiada huraian dan contoh

Guru dihurai secara umum dan

Kebolehan guru dihurai secara

Kebolehan guru dihurai dengan

Kebolehan guru dihurai dengan

Page 5: Corak Dan Rekaan

(Sorotan Kajian)

karya. tidak berfokus. umum dan sederhana.

baik. Mengaitkannya dengan guru yang berkebolehan, penyayang dan rajin.

amat baik. Mengaitkannya dengan guru yang berkebolehan, penyayang dan rajin dengan sumber bukti disertakan.

8

Kesimpulan 1 Tiada kesimpulan.

Kesimpulan yang umum, tidak menjawab persoalan tugasan.

Kesimpulan yang boleh diterima tetapi tidak menjawab persoalan tugasan dengan baik.

Kesimpulan yang baik dan menjawab persoalan tugasan dengan baik.

Kesimpulan yang kukuh dan menjawab persoalan tugasan dengan jelas dan menyeluruh.

4

Organisasi 1 Keterangan tidak tersusun.

Kebanyakan keterangan tidak disusun mengikut logik dan penulisan kurang bermakna.

Beberapa keterangan disusun mengikut logik dan cara penulisan tidak menarik.

Keterangan disusun mengikut logik dan ditulis dengan baik.

Keterangan disusun mengikut logik dan ditulis secara berkesan dan amat menarik .

4

JUMLAH MARKAH 40

Page 6: Corak Dan Rekaan

PANDUAN PELAJAR

Anda dinasihatkan:

1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai.

2. Buat pencarian di buku/internet berkaitan definisi dan kata kunci dalam proses untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.

3. Membuat rujukan di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan.

4. Mewawancara tokoh kraf/ guru seni bagi mendapatkan bantuan yang diperlukan mengenai tugasan.

5. Menggunakan gambar / foto / lakaran / ilustrasi untuk membantu menjelaskan jawapan tugasan anda.

PANDUAN TUTOR

1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan penulisan. Ada Pengenalan – Isi Kandungan – Kesimpulan – Bibliografi - Lampiran

2. Mencadangkan Format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

3. Memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES.

4. Laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan dicetak serta lampirkan artikel bersama tugasan.

5. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman web dengan betul. Guna gaya APA.