Ctu Assignment uitm

14
8/10/2019 Ctu Assignment uitm http://slidepdf.com/reader/full/ctu-assignment-uitm 1/14 1 Tajuk : Isu Perkauman Melayu Pas Dan Umno Disediakan untuk :  USTAZ AHMAD NAWAW  Pensy arah CTU 551  Disediakan oleh :  NOR NAJWA SOLIHAH B INTI ABD MOLOK  No Matr ik : 2013391965  Kumpulan : JBM2402A NURUL NADIA B INTI MOHD APA NDI No Matr ik : 2013316635 Kum pul an : JBM2402A  Program :  SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) PEMASARAN  FAKUL TI PENGURUSAN PERNIAGA AN  (BM240)  Tarikh Hantar :  23 OKTOB ER 2014  

Transcript of Ctu Assignment uitm

Page 1: Ctu Assignment uitm

8/10/2019 Ctu Assignment uitm

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-assignment-uitm 1/14

1

Tajuk : Isu Perkauman Melayu Pas Dan Umno 

Disediakan untuk :  

USTAZ AHMAD NAWAWI  

Pensyarah CTU 551  

Disediakan oleh :  

NOR NAJWA SOLIHAH B INTI ABD MOLOK  

No Matr ik : 2013391965  

Kumpulan : JBM2402A

NURUL NADIA B INTI MOHD APANDINo Matr ik : 2013316635

Kum pul an : JBM2402A  

Program :  

SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN)

PEMASARAN  

FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN  

(BM240)  

Tarikh Hantar :  

23 OKTOBER 2014  

Page 2: Ctu Assignment uitm

8/10/2019 Ctu Assignment uitm

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-assignment-uitm 2/14

2

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN 3

SEJARAH PENUBUHAN 4-5

SEJARAH ISU POLITIK 6-7

ISU PERKAUMAN PAS & UMNO 8-12

KESIMPULAN 13

RUJUKAN 14

Page 3: Ctu Assignment uitm

8/10/2019 Ctu Assignment uitm

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-assignment-uitm 3/14

3

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, ingin kami ucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana memberi kesempatan

kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Alhamdullillah sepanjang

menyiapkan assignment ini, kami berjaya menangkis segala permasalahan yang timbul.

Terima kasih juga diucapkan kepada keluarga kami berdua kerana senantiasa menyokong dan

memberi galakan terhadap kami. Mereka sentiasa menyokong kami dengan membantu kami

sedikit sebanyak dalam memahami tajuk kami dengan lebih mendalam.

Di sini,kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah CTU551

kami, Encik Ahmad Nawawi ,kerana beliau sentias membantu kami. Segala kesulitan dalam

menjayakan tugasan ini dapat diatasi dengan bantuan beliau.

Terakhir sekali,terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu menjayakan

assignment ini.Kawan-kawan JBM2402A,kawan sebilik kami dan semua yang terlibat,terima

kasih kami ucapkan.

Page 4: Ctu Assignment uitm

8/10/2019 Ctu Assignment uitm

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-assignment-uitm 4/14

4

SEJARAH PENUBUHAN

Pengenalan Ringkas Dua Parti Politik Melayu Yang Utama (UMNO dan PAS)

Di Malaysia, semua orang tahu bahawa UMNO dan PAS adalah dua parti utama Melayu

yang selalu bersaing dipentas politik untuk menguasai pentadbiran Negara Malaysia dan juga

diperingkat negeri-negeri yang berada di dalam Malaysia. UMNO adalah singkatan daripada

United Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu).Ia

ditubuhkan pada 11 Mei 1946 bagi menyatukan orang Melayu menentang rancangan Inggeris

untuk melaksanakan “Malayan Union”(Ishak bin Tadin, 1960). Rancangan Inggeris itu

ditentang kerana akan melemahkan kedudukan orangMelayu. Akhirnya rancangan itu ditukar

kepada “Perjanjian Persekutuan” Perjuangan kemerdekaan bukanlah matlamat utama UMNO

ketika itu. Usaha kemerdekaan secara diplomasi hanya dilakukan oleh UMNO setelah

memenuhi syarat yang ditetapkan oleh British iaitu mewujudkan PERIKATAN yang

menggabungkan tiga parti perkauman iaitu UMNO, MCA (Malaysian Chinese Association)

danMIC (Malaysian Indian Congress).

Dasar UMNO ialahmemperjuangkan nasib Melayu menggunakan berbagai-bagai pendekatan,

kecuali undang-undang jenayah Islam, kerana sehingga sekarang ini UMNO belum bersedia

melaksanakannya denganpelbagai alasan. Manakala program kerajaan UMNO bercampur-

campur antara yang sesuai dengan Islam dan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Antara

sebab terjadi demikian ialah kerana peraturan Syariah Islamiah bukanlah menjadi rujukan

utama, tetapi berpandukan kehendak semasa atau kehendak para pemimpin walaupun ianya

 bercanggah dengan prinsip Islam seperti aktiviti hiburan yang melanggar syarak, aktiviti judi

halal dan berlesen, aktiviti sukan dan kesenian yang bertentangan dengan syarak dan

Page 5: Ctu Assignment uitm

8/10/2019 Ctu Assignment uitm

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-assignment-uitm 5/14

5

sebagainya.Antara contoh program yang sesuai dengan Islam seperti pembangunan masjid,

 bantuan kemiskinan, pendidikan agama di sekolah dan sebagainya.

Manakala PAS pula adalah singkatan daripada Parti Islam se Malaysia.Ia ditubuhkanpada

tahun 1951bagi merealisasikan kehidupan yang berpandukan kepada Syariat Islam(Fadzil

Mohd Noor, 2011). Ia dipimpin oleh golongan Ulama. Parti tersebut telah berdepan dengan

UMNO dalam pelbagai isu terutamanya dalam soal keagamaan dan pelaksanaan Syariat

Islam kerana dasar PAS ialah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.Dalam

 pertembungan yang panjang itu, ramai pemimpin PAS yang ditangkap, dikenakan ISA

(Internal Security Act/ penahanan Tanpa Bicara), didakwa di mahkamah dan sebagainya.

Dasar UMNO ialahmemperjuangkan nasib Melayu menggunakan berbagai-bagai pendekatan,

kecuali undang-undang jenayah Islam, kerana sehingga sekarang ini UMNO belum bersedia

melaksanakannya denganpelbagai alasan. Manakala program kerajaan UMNO bercampur-

campur antara yang sesuai dengan Islam dan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Antara

sebab terjadi demikian ialah kerana peraturan Syariah Islamiah bukanlah menjadi rujukan

utama, tetapi berpandukan kehendak semasa atau kehendak para pemimpin walaupun ianya

 bercanggah dengan prinsip Islam seperti aktiviti hiburan yang melanggar syarak, aktiviti judi

halal dan berlesen, aktiviti sukan dan kesenian yang bertentangan dengan syarak dan

sebagainya.Antara contoh program yang sesuai dengan Islam seperti pembangunan masjid,

 bantuan kemiskinan, pendidikan agama di sekolah dan sebagainya.

Manakala PAS pula adalah singkatan daripada Parti Islam se Malaysia.Ia ditubuhkanpada

tahun 1951bagi merealisasikan kehidupan yang berpandukan kepada Syariat Islam(Fadzil

Mohd Noor, 2011). Ia dipimpin oleh golongan Ulama. Parti tersebut telah berdepan dengan

UMNO dalam pelbagai isu terutamanya dalam soal keagamaan dan pelaksanaan Syariat

Islam kerana dasar PAS ialah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.Dalam

Page 6: Ctu Assignment uitm

8/10/2019 Ctu Assignment uitm

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-assignment-uitm 6/14

6

 pertembungan yang panjang itu, ramai pemimpin PAS yang ditangkap, dikenakan ISA

(Internal Security Act/ penahanan Tanpa Bicara), didakwa di mahkamah dan sebagainya.

Sejarah Perkauman Antara Pas dan UMNO

Konsep negara Islam bukan satu perkara baru dalam Islam kerana Rasulullah SAW telah

memerintah Madinah mengikut panduan Islam sepenuhnya. Bagi Parti Islam Se-Malaysia

(PAS), inilah agenda penting perjuangan mereka sejak sekian lama(Perlembagaan PAS,

2001), namun ianya belum selesai.Walaupun begitu, ada petanda yang memberangsangkan

kerana agenda negara Islam mereka semakin mendapat sambutan masyarakat Islam dan

 bukan Islam.

Perkembangan ini tidak memberi banyak keuntungan kepada parti lawannya iaitu UMNO

(United Malays National Organisation), sekiranya UMNO tidak bijak melakukan percaturan

dalam isu yang besar ini.Sekurang-kurangnya UMNO perlu bersedia dengan senjata yang

lebih baik untuk mengelakkan diri daripada ditenggelamkan dalam isu ini.Lalu perkataan

negara Islam mula diangkat tinggi menjadi istilah yang paling laris di pentas politik Malaysia

sekitar tahun 2001 yang lalu. Ia bermula dengan desakan dan cabaran Dr. Mahathir iaitu

mantan Perdana Menteri Malaysia dan Parti DAP(Democratic Action Party) kepada PAS

supaya mengisytiharkan bentuk negara Islam yang hendak dijalankan oleh PAS. Cabaran ini

disambut oleh pemimpin PAS secara politik kerana cabaran tersebut dianggap satu isu politik

untuk mengaut keuntungan dan sokongan orang Islam dan bukan Islam.Presiden Parti Islam

Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika itu telah mencabar Dr. Mahathir mengisytiharkan Malaysia

sebagai negara Islam di Parlimen.Dr. Mahathir tidak menyahut cabaran tersebut, sebaliknya

membuat pengisytiharan negara Islam sewaktu ucapan perasmian di Persidangan Perwakilan

ke 30 Parti Gerakan Malaysia pada 29 September 2001. Sebelum itu, iaitupada 22 September

2001,semasa pilihanraya umum Negeri Sarawak, DAP telah mengisytiharkan keluar daripada

Page 7: Ctu Assignment uitm

8/10/2019 Ctu Assignment uitm

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-assignment-uitm 7/14

7

Barisan Alternatif iaitu gabungan kerjasama parti pembangkang, atas alasan tidak bersetuju

dengan hasrat PAS mahu menegakkan Negara Islam melalui Barisan Alternatif

(BA).Jelasnya isu negara Islam telah menjadi topik utama yang dipergunakan oleh pihak

UMNO untuk memerangkap PAS melalui media masa cetak dan elektronik sepanjang hari.

Walaupun ianya begitu hangat ditimbulkan pada ketika itu,namun sebenarnya UMNO telah

membuat pelbagai persediaan untuk menjawab tuduhan PAS yang mengatakan bahawa

Malaysia bukan sebuah negara Islam.UMNO sedar bahawa lebel “Malaysia bukan negara

Islam” mendatangkan kesan yang amat buruk kepada UMNO dari segi sokongan orang

Islam. Oleh yang demikian, Presiden UMNO (PM) mahu satu jawapan tegas dan hujah

konkrit dapat disimpulkan dengan kadar segera bahawa Malaysia adalah sebuah negara

Islam.

Page 8: Ctu Assignment uitm

8/10/2019 Ctu Assignment uitm

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-assignment-uitm 8/14

8

ISU PERKAUMAN ANTARA PARTI POLITIK PAS DAN UMNO

Susulan situasi politik di Malaysia, yang menyaksikan parti politik orang Melayu saling

 bersaing sesama sendiri, merupakan kebimbangan yang besar kepada golongan kaum itu

yang menilai pemimpin mereka untuk membawa kepada keamanan dan kemakmuran.

Sebagai contoh, parti Umno dan Pas adalah parti yang sentiasa bersaing walaupun dua parti

ini merupakan parti terbesar yang mewakili kaum melayu.

Perbezaan ketara diantara parti politik Umno dan Pas,kedua-dua parti ini mempunyai dua

dasar atau ideologi yang berbeza. Ini dapat dilihat melalui apa yang mereka “perjuangkan”.

Isu pertama yang boleh dilihat dari segi dasar utama parti masing-masing. Parti politik PAS

lebih mengutamakan dasar yang menjadikan al-Quran, Sunnah, al-Ijma' dan al-Qiyas

sebagai hukum yang tertinggi. Dasar ini bukan sahaja dilaksanakan di peringkat parti

tetapi di peringkat negara sekiranya ia berkuasa.

Di mana al-Quran, al-Sunnah, Ijma' dan Qiyas akan dijadikan undang-undang tertinggi

negara, mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan sumber di atas maka ia

dengan sendirinya terbatal setakat mana yang ia bercanggah. Dalam erti kata lain

Malaysia akan menjadi Negara islam yang mengamalkan seratus peratus undang-undang

islam yang mutlak.

Tetapi berlainan pula dengan apa yang diperjuangkan oleh parti politik Umno, mereka

mendukung Perlembagaan yang digubal oleh manusia yang jelas meletakkan sumber

tersebut di bawah perlembagaan, bahkan kiranya hukum al-Quran atau Sunnah

Page 9: Ctu Assignment uitm

8/10/2019 Ctu Assignment uitm

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-assignment-uitm 9/14

9

 bercanggah dengan Perlembagaan maka hukum al-Quran dan Sunnah dikira batal setakat

yang ia bercanggah (Perlembagaan Perkara 4(1). Sebagai contoh merotan 100 rotan

orang berzina seperti yang ditetapkan oleh al-Quran tidak dibenarkan oleh Perlembagaan

kerana Perlembagaan hanya menentukan hukum yang berbeza, iaitu denda, penjara atau

disebat enam rotan.

Selain daripada idealogi yang terpenting seperti yang telah disebutkan , terdapat juga

dasar-dasar lain yang dibawa oleh umno dan pas. Antara dasar lain yang menjadi teras

umno ialah Mengekalkan survival bangsa Melayu, Memperjuangkan hak-hak istimewa orang

Melayu. Mendukung cita-cita kebangsaan Melayu.Menegakkan,mempertahankkan dan

mengembangkan ISLAM, Mempertahankan kedaulatan rakyat dengan mengamalkan Sisem

Pemerintahan Demokrasi Berparlimen, memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera

khasnya, mempertahankan kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa

rasmi dan kebudayaan kebangsaan yang berlandaskan budaya Melayu, mewujudkan

kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu

 berasaskan kepada hak-hak asasi manusia , Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan

Bumiputera serta Mempertahankan Kemerdekaan dan Kedaulatan negara.

Idealogi lain yang dibawa oleh Pas adalah mempertahankan kesucian ISLAM serta

kemerdekaan dan kedaulatan Negara, Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan Sunah

Rasul-Nya melalui dakwah, Memperjuangkan ISLAM sebagai aqidah dan syariah serta

menjadikan sebagai panduan berpolitik dan bernegara dalam aspek pemerintahan,

 pentadbiran, ekonomi, sosial, pelajaran dan pendidikan, Memperkukuhkan ukhuwah

Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan dikalangan rakayat, Mengajak dan menggalak

semua pihak bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan

ISLAM, Mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi disamping berusaha

Page 10: Ctu Assignment uitm

8/10/2019 Ctu Assignment uitm

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-assignment-uitm 10/14

10

mengembangkan bahasa Al-Qur‟an (Bahasa Arab), Memperjuangkan kebudayaan negara

 berasaskan ajaran ISLAM, Memperjuangkan hak dan kepentingan umat ISLAM tanpa

mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan

mewujudkan keharmonian antara kaum didalam negara ini, Menyertai dan bekerjasama

dengan bangsa-bangsa bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan

umat manusia dan melakukan apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan

dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Melalui pebezaan idealogi-idealogi yang dibawa oleh parti masing-masing inilah

menimbulkan pertelingkahan ataupun perbezaan pendapat diantara parti politik Pas dan

Umno. Perbezaan ini dapat dilihat melalui beberapa isu. Isu mutakhir yang sedang hangat

diperdebatkan ialah dari segi perlaksanaan hukum hudud sebagai dasar perundangan

 Negara. PAS yang umumnya menerima hukum Islam secara keseluruhan sama ada ibadat

muamalat, jenayah dan kehakiman. Umno pula dikatakan hanya menerima hukum Islam

 pada sudut-sudut tertentu sahaja seperti ibadat khusus dan sebahagian hukum muamalat

yang lebih mendapat keuntungan pulangan ekonomi. Dan penerimaan mereka juga

 bermusim dengan berpandukan kepada reaksi dan sikap umat Islam. Walaupun begitu,

terdapat juga segelintir daripada pengikut Umno dan juga pemimpin Umno itu sendiri

yang menyokong perlaksanaan hukum hudud. Sebagai contoh ADUN Ketereh, Tan Sri

Anuar Musa yang menyokong usul yang diutarakan oleh parti Pas.

Selain itu, isu yang sering diperkatakan ialah pergaduhan antara penyokong-penyokong

 parti politik ini hinggakan ada sesetengah pihak yang bermasam muka dan tidak bertegur

sapa. Hal ini telah menyebabkan kebencian antara satu sama lain sedangkan mereka

adalah berbangsa melayu dan beragama islam. Penangan “politik” telah menyebabkan

ada diantara mereka sanggup menabur fitnah antara satu sama lain. Mereka sering

Page 11: Ctu Assignment uitm

8/10/2019 Ctu Assignment uitm

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-assignment-uitm 11/14

11

mengklasifikasikan tentang keburukan sesebuah kerajaan “UMNO” atau pembangkang

“PAS”.

Perkara remeh-temeh juga selalu dijadikan bahan untuk diperkatakan atau dibahaskan

oleh penyokong-penyokong parti politik yang terlibat. Perkara seperti ini selalu berlaku

disebabkan oleh pengikut-pengikut tegar dan juga penyokong dari golongan belia.

Sebahagian dari penyokong ini mahu turut serta dalam perdebatan tentang sesuatu topic

walaupun tidak ada pengetahuan.

Lebih parah lagi apabila disebabkan perkauman politik ini, ada yang sanggup

menjatuhkan hukum antara satu sama lain. Bagi mereka, seolah-olah kuasa untuk

menjatuhkan hukum terhadap seseorang ada di tangan mereka. Penghukuman ataupun

 penilaian mereka pula sering berdasarkan parti politik yang menjadi pilihan seseorang

itu. Hal ini bukan sahaja dapat merosakkan akhlak seseorang malah dapat mencemarkan

kesucian agama untuk memenuhi kepentingan fahaman politik mereka.

Perkauman antara umno dan juga pas turut melibatkan perpecahan tempat untuk

masyarakat melayu islam beribadat. Mereka membeza-bezakan masjid yang didirikan

oleh parti politik UMNO dan juga parti politik PAS. Hal ini pernah terjadi di pernah

terjadi di Kuala Terengganu, dimana mereka membeza-bezakan masjid yang dibina oleh

 parti UMNO dan juga PAS. Penyokong pihak umno tidak mahu menjejakan kaki di

masjid binaan PAS. Begitu juga sebaliknya yang berlaku kepada penyokong PAS.

Lebih menyedihkan lagi, ada dikalangan pengikut-pengikut parti yang terlalu taksub

dengan parti politik mereka sanggup menceraikan isteri mereka kerana tidak

 bersefahaman dalam ideologi politik yang mereka ikuti. Kejadian ini berl aku di

Kelantan, proses penceraian ke atas wanita itu iaitu Cik Yah ( Bukan Nama Sebenar )

Page 12: Ctu Assignment uitm

8/10/2019 Ctu Assignment uitm

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-assignment-uitm 12/14

12

 berlangsung di Makhamah Syariah. Menceritakan kisah yang menyedihkan itu kepada

Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu

 beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam

lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka. Menurutnya, ketika

itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang

dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang

dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.   Walagaimanapun, mereka

 bergaduh besar selepas Cik Yah telah menghadiri kempen yang dianjurkan oleh pihak

Umno di Tanah Merah. Suaminya bergitu berang isterinya berbuat demikian, akhirnya

memutuskan untuk menceraikan isterinya atas dasar ketidaksefahaman dalam politik.

Tambahan pula ada segelintir daripada masyarakat melayu islam yang mengguna

medium khutbah sebagai alat penyampaian idea politik bagi pihak mereka. Hal ini boleh

diamati ketika proses untuk berkempen ketika pilihanraya dijalankan. 

Page 13: Ctu Assignment uitm

8/10/2019 Ctu Assignment uitm

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-assignment-uitm 13/14

13

Kesimpulan

Berbeza parti politik, idelogi dan pendirian bukanlah tanda perpecahan, tetapi sikap taksub

dan ketidakterbukaan untuk berlapang dada dalam perbezaan yang menyebabkan orang

Melayu Islam berpecah. Malah Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria dalam akhbar

Sinar Harian menasihatkan umat Islam negara ini tidak terlalu taksub dengan parti politik

masing-masing bagi mengelak perpecahan ummah. Katanya, umat Islam negara ini semakin

menjurus kepada perpecahan, hanya kerana berbeza parti politik. "Tiada masalah jika berbeza

 pendapat mengikut parti politik masing-masing, tetapi apa yang tidak dibenarkan dalam Islam

ialah jika pengikut sesebuah parti politik itu terlalu taksub, itu yang tidak boleh," katanya

 pada program Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah.

Kita mengharapkan kedua-dua pihak akan menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik,

Umno menjadi parti politik yang amanah dan jujur dalam menguruskan harta benda negara

dengan „adil, manakala Pas menjadi pembangkang yang kuat sebagai “check & balance”. 

Kita sebagai rakyat Malaysia pula terus menuntu ilmu dan berusaha dalam kerangka

 perjuangan atas ijtihad politik masing-masing. Semuanya dengan tujuan dan objektif yang

sama, iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dan sejahtera serta

„adil, dalam keredhaan Allah „Azza Wa Jalla. 

Page 14: Ctu Assignment uitm

8/10/2019 Ctu Assignment uitm

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-assignment-uitm 14/14

14

Rujukan

1.  Sumber daripada Laman Web http://www.umno-online.my (Page Sejarah

UMNO dan Perlembagaan) dan www.kelab-umno.com. 

2.  *Sumber dari laman web PAS (www.pas.org.my) 

3.  Sumber dari akhbar Sinar Harian Online daripada Nurul Aini Mohamed Ali

http://www.sinarharian.com.my/nasional/mufti-perak-beza-pendapat-ok-tapi-

 jangan-taksub-parti-politik-1.90097 

4.  Sumber dari akhbar Sinar Harian Online daripada Noor Azlida Alimin

http://www.sinarharian.com.my/semasa/cerai-isteri-hadir-ceramah-hasan-ali-

1.65687