Definisi Terapi Dalam Pendidikan Khas
-
Upload
rafiq-roslan -
Category
Documents
-
view
319 -
download
1
Transcript of Definisi Terapi Dalam Pendidikan Khas
Definisi Terapi dalam Pendidikan Khas
Secara umumnya, topik ini membicarakan kepada penggunaan terapi dalam
Pendidikan Khas. Segalapengetahuan dan kemahiran kaedah terapi ini disampaikan
kepada pelajar secara teori dan amali. Selain itu,menumpukan kepada perancangan
aktiviti terapi fisio dan terapi cara kerja membentuk strategi pelaksanaan,dan
melatihkemahiran terapi muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, drama dan kemahiran
seni. Latihan kemahiranterapi ini dilaksanakan di dalam dan di luar institut.
Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu
perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja)
"therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Menurut kamus perubatan Mosby (2001)
terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi
sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan
kefungsian badan secara normal. Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah
untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau
kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep
kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat
membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai
perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Oleh yang demikian,
terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu
murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.
Keperluan Terapi dalam Pendidikan Khas
Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk :
Meransang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu
kemahiran
Sebagai persediaan untuk belajar dari segimentel, fizikal, emosi dan sosialisasi
Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor
kanak-kanak bermasalah pembelajaran
Sebagai motivasi kepada kanak-kanak
Membina konsep kendiri
Merangsang pengaliran darah danoksige
Kepentingan Terapi dalam Pendidikan Khas
Terapi berkepentingan untuk :
Meningkatkan kemahiran pengamatan
Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid
Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
Membantu serta merangsang pertuturan dan komunikasi
Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan
Jenis-jenis terapiterapi fisio
terapi cara kerja
terapi fisio
terapi muzik dan nyanyian
terapi seni visual
terapi hidro
terapi pergerakan kreatif
terapi main
terapi alternatifterapi aroma
terapi herba
terapi ozon
terapi floortime
terapi pasir
terapi haiwan
terapi snoozeland
Terapi Hidro (Air)
Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program
Pendidikan Khas adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal
yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau
permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek.
Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter. Terapi hidro di lihat
sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus
serta mental murid dapat dirangsang secara serentak.
Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh
keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja. Rangsangan air yang
secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya
sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat
diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan
yang lebih dalam. Secara tidak langsung ianya telah melatih membina keyakinan diri
murid-murid "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat
memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya
melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung serta otot-otot rangka
Definisi Terapi Hidro
Menurut Lees, T. (2007) menyatakan air mempunyai kualiti yang unik yangm
embuatkan ianya hampir sempurna sebagai persekitaran atau medium untuk
melakukan aktiviti kecergasan. Oleh itu, Hidroterapi didapati sesuai untuk
perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-
murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang,
pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan
alat sokongan yang menghadkan pergerakan.
Konsep Terapi Hidro
Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor
kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala
otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan
bebas,serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan
pergerakan. Imbangan dalam air bukanlah masalah utama.Oleh itu lebih banyak
pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan
masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air
secara semulajadi.
Walaubagaimanapun, murid berkeperluan khas mungkin mengalami sedikit rasa
takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina
keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif
melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan
perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-
sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan
pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air.
Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang
boleh dilakukan oleh murid. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan
di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada
prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau
bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan
modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluan yang unik ini.
Tujuan Terapi Hidro
Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid
bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat
membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan
murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti
murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan terapi
(Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid istimewa.
Objektif Terapi Hidro
Memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah
pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air.
Dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka
Membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran
renang sama seperti murid-murid normal.
Aktiviti renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi
(Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid Pendidikan Khas
Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka untuk berada dalam air.
Memberi pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar ketika
melakukan aktiviti air.
Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
Dapat membantu murid membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi ketika
bermain aktiviti air.
Kepentingan Terapi Hidro
Menghilangkan Tekanan
Pergerakkan bebas di dalam air menjadikan murid-murid seronok. Ransangan
semulajadi air memberi ketenangan kepada mereka dan menghilangkan tekanan dalam
diri.
Merangsang Pertuturan
Keseronokan bermain air bersama rakan-rakan melatih mereka berkomunikasi di
antara mereka. Interaksi antara jurulatih atau pakar terapi amat diperlukan ketika sesi
latihan secara tidak langsung menggalakkan komunikasi mereka. Latihan ini sangat
berkesan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan dan autisme.
Simulasi sistem otak
Penumpuan untuk melakukan pergerakan anggota badan dalam air merangsang
system otak untuk merancang pergerakan tersebut. Kanak-kanak atau murid
pendidikan khas dapat melatih fungsi otak menjadi lebih aktif, kepentingan ini sangat
bermanfaat untuk kanak-kanak dari kategori slow learner atau lembam.
Membina Keyakinan Diri
Keyakinan diri dapat dibentuk melalui latihan ketika berada di dalam air. Murid-
murid yang ketakutan berada di dalam air di beri latihan secara berperingkat untuk
meningkatkan keyakinan diri dari semasa ke semasa. Aktiviti menyentuh dan bermain
air di kawasan cetek antara langkah permulaan mengatasi perasaan takut.
Mempertingkatkan Kreativiti Murid
Murid akan menjadi lebih kreatif dengan melakukan pelbagai gerakan di dalam
air. Alat bantuan permainan di sekitar kawasan air boleh membantu mereka berfikir
cara untuk bermain dan merangsang pemikiran menjadi lebih kreatif. Ini juga bagus
terutama untuk mereka yang Slow learner atau lembam.
Melatih Kawalan Diri
Kanak-kanak hyperaktif akan dapat melatih diri mengawal pergerakan badan
sewaktu berada di dalam air. Tingkah laku mereka yang sukar dikawal akan dapat
dikurangkan jika mereka diberi latihan terapi ini secara berterusan. Ini adalah kerana
pergerakan di dalam air memaksa mereka mengawal setiap pergerakan dengan lebih
berhati-hati. Kawalan diri untuk melawan perasaan takut juga dapat dicapai melalui
terapi ini.
Melatih sikap bekerjasama
Pergerakan secara berkumpulan membantu membentuk sikap tolong- menolong
di antara satu sama lain. Kesukaran rakan-rakan untuk melakukan pergerakan atau
perasaan takut mereka berada di dalam air dapat diatasi dengan sokongan rakan-rakan
yang lain.
Meningkatkan kesabaran
Kesabaran untuk cuba melakukan pergerakan-pergerakan tertentu terutama bagi
murid-murid yang gagal menguasai pergerakan motor kasar dan motor halus mereka
dengan sendiri akan melatih diri mereka berusaha dengan lebih gigih sehingga berjaya
melakukan pergerakan yang dikehendaki.
Melatih daya pengamatan dan koordinasi badan
Pergerakan di dalam air memerlukan pengamatan yang tinggi. Mereka perlu
focus dengan keadaan sekeliling terutama kedalaman air untuk memudahkan mereka
melakukan pergerakan yang sesuai mengikut kedalaman air. Selain itu juga, koordinasi
badan dengan anggota badan yang lain berlaku secara serentak, maka secara tidak
langsung murid yang bermasalah mengawal pergerakan badan dan anggota lain dilatih
untuk melakukan pergerakan.
Panduan Keselamatan
Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid pendidikan khas ini,
faktor yang paling penting dan perlu diambil kira adalah factor keselamatan. Kita
melihat factor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap
ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.
1. Ketidakupayaan Fizikal
Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam
kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki
terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk
mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan
perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh
menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan
memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. ‘Eye
Contact’ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan
dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.
2. Ketidakupayaan Intelektual
Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid pendidikan khas di mana tahap
tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan
dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada murid-
murid pendidikan khas yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai
jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu
disampaikan kepada mereka. Guru juga harus ingat bahawa murid-murid pendidikan
khas tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan
atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.
Aktiviti Rekreasi Renang/Hidroterapi
Pendahuluan
Memanaskan badan dan meregangkan otot.
Mengenakan jaket keselamatan/pelampung
Isi Pelajaran
Bermain-main di tepi air.
Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul
Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti apungan.
Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru.
Aktiviti renang dengan bantuan guru.
Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru.
Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu
Penutup
Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki.
Mengemaskan dan membersihkan diri.
Masalah Perlaksanaan Terapi Hidro
Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid pendidikan khas di mana tahap
tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan
dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada murid-
murid pendidikan khas yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai
jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu
disampaikan kepada mereka. Elakkan daripada memaksa murid pendidikan khas untuk
masuk ke kawasan air yang lebih dalam. Selain itu, ada sesetengah murid yang fobia
terhadap air. Ini menyukarkan guru. Guru juga harus ingat bahawa murid-murid
pendidikan khas tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu
keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.
Terapi Fisio
Pengenalan
Kamus perubatan Mosby menyatakan bahawa terapi fisio atau terapi fizikal ialah
rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan agen-
agen fizikal dan pelbagai kaedah yang sesuai dengan pengertian fizikal. Misalnya,
mengurut, manipulasi, latihan teraputik, penyejukan dan pemanasan (termasuk
penggunaan gelombang pendek, gelombang mikro dan 'ultrasonic diathermy'),
terapihidro, rangsangan menggunakan elektrik dan menggunakan cahaya.
Kepelbagaian kaedah ini adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan
mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit.
Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak
mengembangkan kemampuan motor kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot
besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi
seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat, dan melempar bola.
Aktiviti terapi fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran sahaja dan
hanya boleh diperolehi di pusat-pusat perubatan sahaja. Aktiviti terapi fizikal yang
dilaksanakan adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada
seseorang individu. Namun begitu, sebagai seorang guru juga perlu mempunyai
kemahiran untuk melaksanakan terapi fizikal yang mudah dan bersesuaian dengan
murid bermasalah pembelajaran di sekolah Terapi fisio membantu seseorang kembali
ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya.
Kepentingan Terapi Fisio
Terapi fisio sememangnya sangat efektif kepada murid-murid pendidikan khas
kerana ianya mampu meningkatkan kemampuan otot-otot iaitu motor kasar dan motor
halus termasuk koordinasi antara keduanya. Aktiviti-aktivti yang melibatkan otot-otot ini
memerlukan masa yang lama dan perlu dilakukan berulang kali sehingga kemampuan
otot menjadi matang dan murid boleh melakukan sendiri tanpa bantuan orang lain.
Contohnya murid dapat berjalan, berlari dan melompat dengan kaedah yang betul.
Selain daripada itu juga pemulihan bagi motor halus adalah sangat penting. Termasuk
juga aktiviti-aktiviti yang melibatkan motor halus seperti memotong, menggunting,
mencubit, meramas dan sebagainya.
Latihan imbangan merupakan antara aktiviti yang dijalankan bagi membentuk
keseimbangan badan seperti berjalan sebelah kaki, meniti diatas bangku dan
sebagainya. Koordinasi kedua motor ini akan mampu meningkatkan kemampuan otak
kiri dan kanan berfungsi dengan baik. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah
menyambut bola dengan pelbagai saiz, mencantum puzzle dan sebagainya.
Kesimpulannya kematangan kedua-dua motor halus dan kasar akan dapat
meningkatkan tahap kefungsian mereka dalam kehidupan seharian mereka.
Aktiviti terapi ini juga dikatakan mampu meningkatkan daya pengamatan murid-
murid pendidikan khas. Mereka memerlukan ketajaman pendengaran, penglihatan dan
pemikiran supaya dapat berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung murid-murid
pendidikan khas ini dapat membuat perbandingan dan mencari persamaan dalam
sesuatu aspek. Contohnya boleh memilih objek yang besar atau kecil, mampu mencari
perbezaan dan membuat tafsiran. Pengamatan memerlukan rangsangan pelbagai deria
supaya murid-murid pendidikan khas dapat membentuk konsep dengan betul. Oleh
yang demkian aktiviti-aktiviti dalam terapi fizikal memberi impak yang besar dalam
menghasilkan gerak balas terhadap pengamatan dan daya kosentrasi murid-murid
pendidikan khas.
Terapi fisio mampu membina keupayaan diri dan keyakinan yang tinggi. Murid-
murid akan merasakan sendiri perubahan-perubahan yang mereka alami. Kesabaran
dan keinginan yang kuat untuk menjalani rawatan mampu mengubah persepsi diri dan
rakan terhadap keupayaan dan kebolehan sendiri. Ini memberikan kesedaran dalam diri
bahawa mereka juga mampu bersaing dengan rakan sebaya yang lain. Aktiviti-aktiviti
yang dilakukan menjadi pendorong atau motivasi kepada sesuatu yang lebih baik.
Keazaman yang tinggi menjalani proses terapi membantu mereka membentuk
kehidupan berdikari yang lebih baik.
Mereka juga dapat bersosiolisasi dan berkomunikasi dengan baik bersama rakan
sebaya. Keyakinan diri dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alatan dan
rakan semasa menjalankan aktiviti terapi. Komunikasi yang baik mampu menggalakan
mereka meluahkan perasaan dan bertukar-tukar pendapat. Mereka mampu bercerita
mengenai aktiviti yang mereka jalani dan berkongsi keseronokan tersebut. Secara tidak
langsung mereka dapat belajar dalam kumpulan dan mengamalkan nilai-nilai baik
dalam kehidupan. Contohnya berkongsi alatan, bersifat sabar dan bekerjasama.
Penerapan nilai-nilai baik ini akan menjadi panduan dalam kehidupan mereka. Rantaian
nilai-nilai murni diharapkan dapat membentuk insan yang seimbang dan kepatuhan
kepada peraturan serta mampu menjadi insan yang patuh kepada perintah Allah.
Secara tidak langsung ianya akan meransang kepada pertuturan murid-murid
pendidikan khas.
Aktiviti terapi juga mampu mengubah tingkah laku murid-murid pendidikan khas.
Contohnya sikap pendiam, tidak berminat untuk belajar, suka bersendirian, tidak fokus
suka mengganggu dan sebagainya. Terutama sekali bagi murid Hyperaktif dan ADHD.
Kemampuan memberikan ganjaran dan pujian semasa aktiviti yang dijalankan boleh
meransang mereka mengubah tingkah laku. Bandura dan Walters mendapati bahawa
kehidupan sehari-hari banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, teladan, dan
melalui bahasa. Seandainya tingkah laku ini hendak dipelajari malalui Teori Pelaziman
Operan atau Pelaziman Klasik maka sudah tentu kita akan mengambil masa yang
cukup banyak bagi menguasai semua tingkah laku yang ada pada diri kita hari ini dan
kita mungkin tidak akan mempunyai himpunan tingkah laku sebanyak yang kita ada
pada hari ini (Amir Awang, 1989). Oleh yang demikian melalui aktiviti-aktiviti terapi
murid akan terikat dengan jadual dan peraturan yang perlu dipatuhi. Pelaziman ini akan
memberikan kesan kepada mereka sekiranya aktivti-aktiviti yang dilakukan mampu
memberikan ransangan kepada mereka mengamalkan tingkah laku yang baik.
Aktiviti terapi fizikal ini juga turut membantu perkembangan fizikal dan tubuh
badan mereka. Terutama sekali yang melibatkan otot-otot motor kasar. Contohnya
dapat berjalan dan melompat dengan betul bila keseimbangan badan dapat dibentuk
dengan baik. Kelembutan dan kelenturan otot-otot semasa melakukan aktiviti berkuda
akan membantu menguatkan tubuh badan dan bahagian sendi-sendi. Ramai dalam
kalangan murid pendidikan khas ini tidak mempunyai kesempurnaan dalam
perkembangan fizikal. Oleh yang demikian latihan yang berterusan akan mampu
membentuk tubuh badan yang sihat dan tegap.
Selain itu juga, aktiviti terapi juga akan dapat membantu murid meluahkan dan
melahirkan perasaan. Pakar- pakar psikologi berpendapat melalui aktiviti motor kasar
dan motor halus yang dijalankan dalam kumpulan atau individu akan membantu mereka
melepaskan segala kesusahan dan perasaan yang terpendam dalam hati mereka.
Contoh seperti memukul boxing, menyepak bola dan sebagainya. Aktiviti ini dapat
meredakan perasaan mereka terutama sekali bagi murid hyperaktif dan ADHD. Selepas
aktiviti ini dijalankan kebanyakan murid akan lebih bertenang dan dapat memberikan
tumpuan kepada aktiviti seterusnya.
Latihan Aktiviti Terapi Fisio
Latihan yang melibatkan motor halus
Meramas
Merenyuk
Mencubit
Menguli
Mengoyak
Menggentel
Menggunting
Memotong
Mencabut
Menggenggam
Menggaru
Memicit
Latihan berpusatkan motor kasar
Melambung
Membaling
Menyambut
Menolak
Menarik
Melompat
Menendang
Memukul
Berlari berjalan
Latihan imbangan
Berdiri di atas kerusi/bongkah kecil
Berjalan di atas tali yang berada di atas lantai
Membawa buku di atas kepala
Membawa bola ping pong dengan menggunakan sudu
Berdiri dengan sebelah kaki
Latihan koordinasi
Melambung dan menyambut bola pelbagai saiz
Memasukkan jarum ke dalam lubang manik
Cara Perlaksanaan Terapi Fisio
Terapi fisio atau dikenali juga sebagai terapi fizikal merupakan satu terapi yang
sangat baik dan sangat diperlukan bagi memulihkan kanak-kanak pendidikan khas ini.
Terdapat beberapa cara bagaimana untuk melaksanakan terapi ini. Cara pertama ialah
berenang. Kolam renang merupakan tempat di mana berat badan kanak-kanak akan
menjadi ringan. Selain itu di dalam kolam renang ini jugalah otot kanak-kanak boleh
bekerja dengan agak baik. Hal ini berlaku disebabkan berat badan kanak-kanak ini
telah ditampung oleh air.
Kedua ialah dengan menggunakan peralatan profesional. Harga peralatan ini
agak mahal tetapi sangat berbaloi apabila kita menggunakan dengan baik. Antara
peralatan yang boleh digunakan ialah alat untuk meluruskan lidah. Alat ini mampu
meluruskan lidah murid yang tidak betul kedudukannya. Melalui ini, lidah dapat
diluruskan dan murid mampu menyebut huruf-huruf dan perkataan-perkataan dengan
baik. Seterusnya ialah dengan meminta pandangan daripada mereka yang pakar
dengan terapi ini. Kita boleh mendapatkan pandangan daripada ahli terapi di hospital
untuk melakukan apa jua terapi untuk anak anda di rumah. Ahli terapi merupakan orang
yang diberi tauliah untuk menyampaikan pengetahuan kepada orang ramai tentang
terapi.
Keempat ialah bersenam bersama dengan anak anda. Bersenam merupakan
terapi fizikal yang sangat menyihatkan. Bersenam boleh mengeluarkan segala macam
penyakit dari badan kita. Bersenam dengan anak anda bererti anda mengajar anak
anda supaya mengamalkan cara hidup yang sihat.
Cara Lain Perlaksanaan Fisioterapi.
Pemerhatian dan penilaian awal terhadap masalah yang dihadapi oleh murid.
Penilaian dijalankan menggunakan instrument yang sesuai dan hasil penilaian
dianalisa untuk melihat daerah kelemahan tertentu pesakit.
Merancang proses rawatan sesuai dengan tahap keupayaan pesakit.
Penilaian dijalankan secara berterusan sepanjang tempoh rawatan supaya dapat
mengesan keperluan lain pesakit.
Penilaian susulan dijalankan bagi melihat keberkesanan terapi atau perlu ditukar
kepada aktiviti yang lebih sesuai.
Peralatan yang diperlukan dalam terapi fisio
Aktiviti motor kasar
AKTIVITI ALATAN YANG DIGUNAKAN
Menolak kerusi, meja, kotak,
Memukul bola, boxing, badminton,
Melambung bola ,pundi kacang, belon dll
Menyambut bola, pundi kacang, belon dll
Berjalan tali,
Berlari tali skipping,
Melompat gelung rotan, tali skipping
Aktiviti motor halus
AKTIVITI ALATAN YANG DIGUNAKAN
Memotong gunting,pisau,pembaris
Menggunting Gunting
Mengguli doh, tepung,
Mencubit plastesin, doh, diri sendiri
Meramas kelapa, span, kertas, bola lembut.garam
Mengentel tepung, kertas, tanah liat
Mengoyak kertas dan kain
Menjentik karom, tutup botol, guli
Latihan imbangan
AKTIVITI ALATAN YANG DIGUNAKAN
Berdiri Dengan Sebelah Kaki.
Menjunjung Buku / Objek Di Atas Kepala Buku atau pundi kacang
Meniti Di Atas Bangku Kayu titi, bangku panjang
Berjalan Di Atas Tali Dengan Mendepa
Dua Tangan.
Tali.,
Aktiviti koordinasi
AKTIVITI ALATAN YANG DIGUNAKAN
Melambung Dan Menyambut Bola Pelbagai
Saiz.
Bola.
Memasukkan Jarum Dalam Lubang Manik. Jarum dan manic
Melengkapkan Puzzle Puzzle
Anyaman Kertas warna, riben,
Menggunting Dan Menampal Gunting dang am
Berjalan Di Atas Garisan Yang Lurus Dan
Bengkang Bengkok
Tali,
Jahitan Kain, benang, jarum
Refleksi
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya kami
sekumpulan dapat menyelesaikan tugasan berkenaan terapi di dalam Pendidikan Khas.
Melalui tugasan ini kami telah dapat mengumpul pelbagai maklumat berkaitan cara-cara
perlaksanaan setiap daripada terapi-terapi yang kami pelajari ini.
Bagi terapi yang pertama iaitu terapi hidro murid-murid berpendidikan khas perlu
diberi peluang untuk menjalani terapi hidro ini. Hal ini kerana terapi ini mampu
membantu kanak-kanak khas melatih fizikal mereka bergerak dengan betul.
Terutamanya pada kanak-kanak ’cerebral palsy’, semasa menjalani terapi hidro,
mereka akan mendapat kebebasan bergerak di dalam air kerana kebanyakan diantara
mereka terbatas pergerakannya di darat.
Sebagai contoh, bagi kanak-kanak cerebaral palsy yang mempunyai masalah
ketegangan otot kaki. Semasa berada di dalam air suhu air yang sesuai akan
membantu otot menjadi lembut. Rintangan yang diberikan oleh air juga akan
menjadikan otot mereka lebih kuat. Mereka yang menjalani terapi hidro juga akan
mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berasa seronok menjalani terapi ini. Terdapat
beberapa tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat untuk menjalani terapi hidro iaitu
seperti kolam renang dan jakuzi. Guru-guru perlulah mempunyai teknik yang betul
sebelum membawa kanak-kanak khas ini menjalani terapi hidro. ’Eye contact’ amatlah
penting antara guru dan murid supaya murid faham apa yang perlu mereka lakukan dan
untuk mengelakkan mereka daripada hilang tumpuan.
Manakala bagi terapi fisio pula, sebagai seorang guru kita bertuah kerana
berpeluang untuk berjasa kepada murid-murid berkeperluan khas ini dalam aspek
memulihkan motor kasar, motor halus dan koordinasi tubuh badan murid-murid melalui
aktiviti yang dirancang di dalam terapi fisio ini. Jadi sebagai guru pendidikan khas
seharusnya segala ilmu berkaitan terapi ini disimpan dan digunakan ketika berhadapan
dengan murid pendidikan khas yang memerlukannya.