Edu Asignment

7
Aplikasi Model Disiplin Asertif Canter Antara pegangan Canter adalah: guru mempunyai hak untuk menetapkanperaturan-peraturan didalam bilik darjah danmurid perlu mematuhiperaturan-peraturantersebut. Peneguhan terhadaptingkah laku yang diinginidan penerimaan muridterhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Ganjaran diberikan kepada pelajar yang mengikut peraturan yang ditetapkanmanakala dendaan bagipelajar yang melangggarperaturan yang ditetapkan. Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter. Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah disiplin murid melalui model disiplin asertif canter ini. Berikut merupakan cara-caranya. Salah satu cara disiplin asertif adalah menetapkan peraturan kelas. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu guru perlu membimbing dan prihatin terhadap tinghkah laku yang akan dipilih oleh murid. Dengan ini, peraturan kelas amat penting dalam mewujudkan suasana kondusif untuk menjamin kelancaran P&P kelas. Namun begitu, canter menyatakan bahawa hak guru dan murid yang rata dalam pengurusan bilik darjah dan ini menunjukkan guru tidak boleh menetapkan peraturan mengikut keinginan mereka malah perlu melakukan perbincangan dengan murid agar mendapat peraturan yang dapat dipersetujui oleh semua murid. Dengan ini guru kelas dan murid-muridnya boleh bersama-sama menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Contihnya, peraturan mengenai murid yang membuat bising dalam kelas akan didenda berdiri sepanjang p&p dijalankan. Pada suatu hari, salah satu murid cemerlang dalam kelas tersebut, Jason membuat bising

description

edu assignment

Transcript of Edu Asignment

Aplikasi Model Disiplin Asertif CanterAntara pegangan Canter adalah:guru mempunyai hak untuk menetapkanperaturan-peraturan didalam bilik darjah danmurid perlu mematuhiperaturan-peraturantersebut.Peneguhan terhadaptingkah laku yang diinginidan penerimaan muridterhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.Ganjaran diberikan kepada pelajar yang mengikut peraturan yang ditetapkanmanakala dendaan bagipelajar yang melangggarperaturan yang ditetapkan.

Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter. Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah disiplin murid melalui model disiplin asertif canter ini. Berikut merupakan cara-caranya.Salah satu cara disiplin asertif adalah menetapkan peraturan kelas. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu guru perlu membimbing dan prihatin terhadap tinghkah laku yang akan dipilih oleh murid. Dengan ini, peraturan kelas amat penting dalam mewujudkan suasana kondusif untuk menjamin kelancaran P&P kelas. Namun begitu, canter menyatakan bahawa hak guru dan murid yang rata dalam pengurusan bilik darjah dan ini menunjukkan guru tidak boleh menetapkan peraturan mengikut keinginan mereka malah perlu melakukan perbincangan dengan murid agar mendapat peraturan yang dapat dipersetujui oleh semua murid.Dengan ini guru kelas dan murid-muridnya boleh bersama-sama menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Contihnya, peraturan mengenai murid yang membuat bising dalam kelas akan didenda berdiri sepanjang p&p dijalankan. Pada suatu hari, salah satu murid cemerlang dalam kelas tersebut, Jason membuat bising dalam kelas.Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum Jason berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut. Dengan cara ini, Jason akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, semua murid dalam kelas akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan. Dengan berlakunya kes Jason murid-murid yang lain juga akan mengingatkan sendiri supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Sally.Peneguhan juga merupakan salah satu cara disiplin asertif. Model Teori Disiplin Asertif berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan positif seperti penghargaan, pujian atau ganjaran. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.Sebagai contoh, dalam kelas 4a, bukannya semua murid akan menjaga kebersihan kelas malah sesetengan murid akan mengotorkan kelas dan membuang sampah merata-rata. Ada murid yang akan mematuhi jadual kebersihan dan melakukan tugas mereka pada masa yang ditetapkan dan sesetengan murid tidak peduli akan jadual kebersihan tersebut.Guru kelas tersebut haruslah memberi peneguhan seperti pujian atau hadiah dalam kelas kepada murid-murid yang membersihkan kelas dalam masa yang ditetapkan mengikut jadual kebersihan. Dengan cara ini, murid-murid tersebut akan terus mengamalkan tingkah laku yang baik tersebut iaitu mematuhi jadual kebersihan pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, guru kelas haruslah mengenakan peneguhan negatif terhadap mereka yang tidak mematuhi jadual kebersihan dan tidak melakukan tugas mereka. Guru memberi amaran yang terakhir kepada murid yang tidak mematuhi jadual kebersihan dan tidak melakukan tugas mereka dan berjanji akan menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Sekiranya masih terdapat segelintir murid yang enggan mengubah sikapnya untuk mematuhi jadual kebersihan dan tidak melakukan tugas mereka, guru harus menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Dengan ini, murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan tidak mematuhi jadual kebersihan dan melakukan tugas mereka pada masa yang ditetapkan. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif tahu apa yang diingin oleh daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini, perasaan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Guru yang asertif membantu muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Guru memberi penerangan yang jelas mengapa peraturan tersebut ditubuhkan serta memberitahu murid kesan yang akan berlaku apabila murid tidak mematuhi peraturan tersebut. Penerangan guru bertujuan untuk memberi pemahaman kepada murid bahawa tingkah laku mereka akan mendatangkan kesan dan dendaan tidak bertujuan untuk mendera mereka tetapi adalah mengingatkan mereka bahawa tingkah laku mereka tersebut adalah salah. Selain itu, guru juga memberitahu perasaaan sendiri apabila murid tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Dengan ini murid akan mengawal tingkah laku sendiri dalam kelas. Guru asertif tidak akan membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenalpasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat terhadap keadaan murid serta berlaku adil terhadap semua murid. Guru yang asertif memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya, peraturan kelas kita ialah angkat tangan unutuk menjawab soalan atau angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan memanggil awak. Secara ringkasnya, pendekatan asertif ini dapat menjamin hubungan baik antara guru dengan murid dan dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih konsisten. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid. Menurut Canter, akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid.Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua murid dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan. Canter menyatakan bahawa guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid sekiranya mereka tidak mengambil tindakan terhadap tingkah laku yang mengganggu pembelajaran tersebut. Apabila salah laku berlaku hal ini perlu ditangani dengan tenang dan pantas. Sehubungan itu, Canter menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan berserta tindakan pembetulan/akibat yang akan dikenakan. Setiap tindakan pembertulan/akibat dalam hierarki akan menjadi semakin serius daripada sebelumnya. Kesimpulannya, terdapat empat cara yang dapat guru aplikasikan dalam pengurusan disiplin para murid iaitu, menetapkan peraturan kelas, peneguhan, pendekatan asertif dan tindakan pembetulan. jika cara-cara ini diaplikasikan dengan baik dan mendapat sokongan daripada ibu bapa, masalah disiplin dalam bilik darjah dapat dikurangkan dan diselesaikan.

Aplikasi Model Disiplin KouninJacob Kounin adalah seorang pakar Psikologi Pendidikan dari Wayne State University. Fokus kajian beliau adalah terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan P & P mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah.Teori Kounin ialah disiplin dan pengurusan kumpulan. Matlamat teori ialah integrasi pengajaran dengan disiplin. Untuk mengurus bilik darjah dengan berkesan, guru hendaklah menggunakan teknik withiness, bertindih, momentum, kelancaran,peka, berwaspada kumpulan, menggalakkan akauntabiliti, format penyertaan tinggi dan peralihan.Pertama sekali kita lihat aplikasi withitness dalam proses pengajaran dan penbelajaran. Withiness merujuk kepada kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan bilik darjah serta kebolehan guru membendung tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatu situasi yang tidak boleh dikawal. Contohnya, guru dapat memandang seluruh kelas dan memerhati dengan teliti samada murid itu focus dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya, guru mendapati murid itu sedang kacau kawan sebelah ataupun bercakap maka guru boleh memberi amaran kepada murid itu. Dengan amalan withiness murid tahu bahawa guru yang sedang mengajar sedang memerhati kelakuan mereka selain daripada mengajar mereka. Dengan ini mereka akan menjaga kelakuan diri sendiri dan guru dapat menjangka masalah yang akan wujud dan menghalang masalah daripada menjadi serius.Seterusnya aplikasi kemahiran bertindih (overlapping) dimana ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan 2 aktiviti individu atau berkumpulan pada masa yang sama. Kemahiran ini penting juga dimana guru dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan efektif. Contohnya, semasa guru mengadakan aktiviti berkumpulan, guru dapat memerhati individu yang berbeza serta memberi bimbingan kepada kumpulan dan individu untuk menyempurnakan tugasan. Dengan ini guru boleh mengawal bilik darjah dengan baik.Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagai kesan riak (ripple effect). Guru harus tahu akan kesan riak dan tahu untuk mengambil cara yang betul untuk menangani masalah ini. Contohnya, aini sering kali tidak menghantar kerja rumah dan bersikap tidak serious dalam kelas. Pada masa ini, guru perlu menegur dan memberi dendaan yang sepatutnya seperti menyuruh aini untuk berdiri dalam kelas. Guru perlu melakukan dendaan yang dapat dilihat oleh murid lain, kerana dendaan terhadap aini bukan semata-mata untuk memberi amaran dan pengajara kepada aini, ia turut bertujuan untuk memberi pengingtatan kepada murid-murid yang lain agar membuat kerja rumah dan tidak bersikap sambil lewa dalam kelas. Namun begitu, semasa melakukan dendaan guru harus menyatakan dengan jelas tentang sebab utama guru mendenda aini agar semua murid termasuk aini jelas mengapa dia didenda. Jikalau guru hanya mendenda dan tidak melakukan penjelasan ramai murid akan takut kepada guru tersebut dan bukannya akur kepada guru itu.

Selain itu aplikasi momentum dimana guru dapat menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pengajaran. Mulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran dengan berkesan. Guru perlulah mengetahui minat pelajar dan merancang p&p yang tidak membosankan murid. Pertama sekali semasa mulakan pengajaran guru perlulah menggunakan kaedah yang tidak sama seperti melakukan permainan kecil ataupun menggunakan gambar-gambar yang menarik. Walaupun aktiviti-aktiviti ini akan membuang masa p&p kerana banyak guru berpendapat permulaan kelas tidak memberi ilmu yang banyak kepda murid namun mereka tidak sedar bahawa permulaan yang baik akan menarik minat pelajar untuk berlajar sepanjang kelas itu dijalankan. Justeru, kadang-kala guru bolehlah meluangkan masa dan melakukan aktiviti yang kreatif dalam permulaan kelas. Selain itu, guru juga perlu cekap dalam membuat peralihan iaitu lancar dalam pertukaran aktiviti. Guru perlu memberi focus dalam aspek masa semasa peralihan. Sekiranya peralihan tidak dilakukan dengan baik maka masa kelas akan terganggu dan guru tidak dapat menjalankan p&p dengan berkesan. Antara faktor yang penting dalam peralihan adalah penerangan yang jelas, guru perlu menerangkan apa yang akan dibuat, apa yang perlu diperhatikan oleh murid dan masa yang diberikan kepada murid semasa guru menjalankan peralihan. Kebolehan memberi peralihan yang lancar di antara dua aktiviti dan mengekalkan momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan dengan berkesan. Selain itu, guru juga perlu merancang aktivti yang mencabar kebolehan murid kerana cabaran inilah yang menjadi motivasi murid untuk belajar dan ini turut akan mengelakkan kebosanan daripada berlaku. Akhir sekali, guru perlu menamatkan pengajaran dengan kesimpulan yang jelas agar murid dapat mengingat apa yang telah mereka belajar hari ini. Ini juga dapat meningkatkan pemahaman mereka kerana kesimpulan guru menunjukkan samada mereka telah menguasai ilmu tersebut ataupun tidak. justeru, kesimpulan guru semasa menamatkan kelas haruslah jelas dan terus kepada isi utama p&p yang telah dijalankan.Dengan ini, guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap ahli kumpulan mempunyai akauntabiliti dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran yang optimal berlaku. Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam belajar bilik darjah.Strategi pengurusan Kounin telah membawa galakan pembelajaran yang aktif. Strategi beliau telah digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan masa kini kerana kajian menunjukkan bahawa cara beliau adalah paling berkesan dalam pengurusan bilik darjah.