esei 1 mlysia

7
Ciri-ciri Budaya Satu Malaysia Malaysia kembali mengorak langkah baru di bawah pimpinan Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 Datuk Seri Najib bin Tun Abd.Razak apabila beliau memperkenalkan konsep satu Malaysia. Konsep satu Malaysia ini merupakan satu langkah proaktif oleh Perdana Menteri sebagai satu cara pengukuhan perpaduan di Malaysia. Hal ini selari dengan perlembagaan persekutuan dan rukun Negara. Konsep ini mengambil tindakan – tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam Negara kita. Bak kata Perdana Menteri sewaktu ucapannya, “ kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Hal ini mambawa maksud rakyat daripada berbagai kaum dan agam berfikir melepasi sempadan kaun masing-masing. Konsep ini akan membawa perubahan kepada corak pimpinan di mana kepimpinan Negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia. Matlamat atau objektif utama konsep satu Malaysia ialah mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik untuk menghadapi sebarang cabaran. Terdapat lapan budaya satu Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan intergriti.

description

esei

Transcript of esei 1 mlysia

Page 1: esei 1 mlysia

Ciri-ciri Budaya Satu Malaysia

Malaysia kembali mengorak langkah baru di bawah pimpinan Yang Berhormat

Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 Datuk Seri Najib bin Tun Abd.Razak apabila beliau

memperkenalkan konsep satu Malaysia. Konsep satu Malaysia ini merupakan satu

langkah proaktif oleh Perdana Menteri sebagai satu cara pengukuhan perpaduan di

Malaysia. Hal ini selari dengan perlembagaan persekutuan dan rukun Negara. Konsep

ini mengambil tindakan – tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam

Negara kita. Bak kata Perdana Menteri sewaktu ucapannya, “ kita berdiri, kita berfikir

dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Hal ini mambawa maksud rakyat daripada

berbagai kaum dan agam berfikir melepasi sempadan kaun masing-masing. Konsep ini

akan membawa perubahan kepada corak pimpinan di mana kepimpinan Negara akan

melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

Matlamat atau objektif utama konsep satu Malaysia ialah mengekalkan dan

meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan

Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik

untuk menghadapi sebarang cabaran. Terdapat lapan budaya satu Malaysia iaitu

budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi,

pendidikan dan intergriti.

Budaya satu Malaysia yang pertama iaitu budaya kecemerlangan bermaksud

cemerlang yang berterusan. Hal ini mambawa pengertian seperti mementingkan

prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan. Budaya kecemerlangan

ini bukan tertumpu dalam bidang pendidikan, tetapi merangkumi semua aspek dalam

kehidupan termasuklah pembangunan, pentadbiran dan pelbagai cabang lagi. Prinsip

ketepatan merupakan tunjang atau batu asas untuk mencapai kecemerlangan. Elemen

ini penting dalam menentukan kecemerlangan dapat di capai atau pun tidak.

Page 2: esei 1 mlysia

Selain itu, budaya yang kedua ialah ketabahan. Sebagai bangsa yang berdaulat

serta bermaruah, kita perlulah tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Ketabahan

yang paling penting ialah ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi. Hal ini

menerangkan kita harus tabah dalam memperbetulkan kesilapan atau kegagalan

terdahulu. Kita seharusnya berani merubah sesuatu daripada baik kepada yang lebih

baik serta mengkaji kelemahan-kelemahan serta memperbaikinya secara positif. Kita

juga seharusnya mengikis sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerah segalanya

pada takdir. Seharusnya kita perlu berusaha ke arah yang lebih baik dan menjadikan

apa yang dilakukan menjadi yang terbaik. Budaya ketabahan juga merujuk kepada

semangat juang yang tinggi serta berpendirian teguh dalam melakukan sesuatu dalam

kehidupan seharian.

Budaya yang ketiga ialah budaya rendah hati. Budaya ini tidak bererti kita tunduk

atau mengalah dengan orang lain. Budaya ini menjadikan kita sebagai bangsa yang

tidak angkuh serta meninggi diri walaupun kita mencapai tahap kemajuan atau

mencapai sesuatu kejayaan yang tinggi. Segala kemampuan dan kebolehan tidak perlu

ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari. Hal ini akan membawa

kepada rasa tidak puas hati atau rasa yang tidak orang sekelililng. Sikap rendah diri ini

perlulah bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat. Sikap ini dielakkan apabila

berurusan dengan masyarakat atau Negara luar untuk mencerminkan kekuatan dan

keyakinan sebagai rakyat Malaysia.

Tambahan pula, dalam konsep satu Malaysia yang diperkenalkan, nilai atau

budaya murni yang cuba diterapkan ialah penerimaan. Negara kita Malaysia

memerlukan rakyat yang menerima apa jua perkara yang baik. Hal ini memudahkan

urusan sesuatu serta mendapat persetujuan secara bersama dengan baik. Semua

peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi serta agihan projek perlu adil

mencerminkan keperluan satu Malaysia iaitu adil dan memenuhi keperluan semua

pihak.

Page 3: esei 1 mlysia

Kesetian juga merupakan salah satu daripada budaya satu Malaysia yang

diterapkan yang berhormat perdana menteri kita. Kesetiaan ini meliputi kesetiaan

kepada pemimpin atau ketua, Negara, agama mahupun bangsa. Kesetiaan merupakan

teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan. Kesetiaan akan

membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan yang teguh antara satu sama lain.

Kita perlu menerima setiap teguran mahupun kritikan dan pandangan yang membina

bagi mencapai sesuatu kejayaan. Konsep satu Malaysia tidak hanya tertumpu kepada

rakyat semata-mata, tetapi pemimpin atau ketua juga perlu menghindari sikap

sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.

Budaya satu Malaysia yang keenam ialah meritokrasi. Meritokrasi bermaksud

mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang memacu pembangunan

Negara. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka, sesiapa yang berjaya

memenuhi kriteria sesutu bidang berhak dipilih. Selain itu budaya ini sebenarnya

membudayakan masyarakat Malaysia mengahadapi cabaran globalisasi yang lebih

mancabar dari semasa ke semasa.

Di samping itu, budaya pendidikan turut diterapkan dalam lapan ciri satu

Malaysia. Hal ini menunjukkan perdana menteri kita tidak memandang ringan soal

pendidikan di Negara kita. Pendidikan merupakan tunjang kepada Negara pada masa

hadapan. Tanpa pendidikan, mustahil bagi kita untuk mentadbir, membangun serta

memerintah Negara pada masa hadapan. Negara perlu memiliki masyarakat yang

mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya. Budaya membaca

berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda terbuka dan luas

pengetahuannya.

Antara lain budaya satu Malaysia ialah nilai integriti. Kita perlulah bersikap jujur

terhadap sesuatu tindakan atau percakapan. Hal ini akan memberi keselesaan kepada

orang sekeliling tentang apa yang kita lakukan dan perkatakan. Bercakap benar

walaupun perkara yang disampaikan pahit dan sukar diterima juga perlu kita praktikkan

supaya nilai integriti dalam diri kita kekal dan teguh. Selain itu, menepati janji dan masa

merupakan salah satu elemen dalam ciri integriti. Memungkiri janji boleh mengikis

kepercayaan dan kesetiaan orang lain kepada diri kita.

Page 4: esei 1 mlysia

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghayati apa yang

disarankan perdana menteri kita. Dengan slogan serta laungan baru oleh yang

berhormat, kita perlu menyokong sepenuhnya kehendak pemimpin kita kearah yang

lebih baik bagi memastikan pembangunan dan pencapaian Negara semakin hari

semakin bertambah baik. Sikap hormat serta patuh perintah pemimpin merupakan

tunjang kepada kejayaan sebuah Negara. Sokongan serta kegigihan setiap anggota

masyarakat perlu dalam memastikan Negara kita Malaysia melakar sejarah dan

mengukir nama di persada antarabangsa sebagai sebuah Negara yang dihormati dan

disegani di masa akan datang.

Page 5: esei 1 mlysia

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia harus mendukung dan menyokong

kehendak pimpinan kita dengan cuba menjadi rakyat yang mampu hidup dalam

suasana pelbagai kaum dan etnik. Menjayakan matlamat satu Malaysia bukanlah

mudah, dengan semangat serta persefahaman antara semua pihak, konsep satu

Malaysia yang diperkenalkan boleh mencapai objektif yang telah ditetapkan. Segala

kehendak murni pimpinan Perdana Menteri kita demi memakmurkan Negara yang unik

dengan budaya bangsa dan kaum ini mestilah kita jadikan pegangan untuk menjadikan

hasrat pemimpin kita tercapai. Sebagai rakyat dibawah pimpinan baru ini, kita

seharusnya meletakkan kepercayaan yang jitu dengan slogan satu Malaysia yang

dilaungkan oleh Perdana Menteri kita ini. Semua kelapan ciri budaya satu Malaysia

mempunyai maksud tersirat dan tersurat yang begitu murni untuk kesejahteraan

Negara. Segala matlamat dan objektif satu malaysioa akan tercapai sekiranya kita

sebagai rakyat bersatu mengikuti lapan budaya yang telah digariskan untuk semua

golongan masyarakat di Negara tercinta kita Malaysia.