Esei Guru Dahulu Dan Sekarang Serta Pembelajaran Sepanjang Hayat

12
TUGASAN 1 Perbandingan Peranan Guru Dahulu Dengan Peranan Guru Sekarang Guru adalah pengajar atau pendidik dalam sesebuah institusi pendidikan. Walaupun pada masa kini pelbagai gelaran digunapakai, hakikatnya, guru tetap guru sama ada dipanggil cikgu, ‘sir’, ‘teacher’, ustaz, ustazah, pensyarah, doktor, professor, atau lain- lain lagi. Tugas mereka adalah sama yakni mangajarkan ilmu pengetahuan kepada anak murid atau pelajar. Oleh sebab itu, pada pendapat saya, adalah sangat baiknya jika pelajar dapat mengucapkan selamat hari guru kepada pensyarah mereka. Namun pada zaman kini, pensyarah amat mudah menghina pangkat guru tersebut. Bagi kebanyakan orang guru hanyalah mereka yang mengajar di peringkat sekolah sama ada rendah atau menengah. Salahfahaman ini amatlah sukar untuk dibendung. Walaubagaimanapun, berbalik kepada tajuk kita di atas, guru pada zaman dahulu dan sekarang amatlah berbeza. Perbezaan yang ketara wujud dalam pelbagai bentuk. Pertama, perubahan penerimaan masyarakat terhadap guru, seterusnya perubahan taraf guru dalam sistem pendidikan dan juga perubahan guru itu sendiri. Apakah penyebab semua ini berlaku dan bagaimana ia berlaku adalah melibatkan pelbagai faktor yang meliputi semua pihak. Perubahan dalam masyarakat menyebabkan kedudukan guru di mata masyarakat sekarang amatlah berbeza daripada dulu. Dapat dilihat dengan ketara, guru kini tidaklah lagi dihormati sebagaimana pada suatu masa dulu. Buktinya, lihat sahaja di dada-dada akhbar atau media-media massa lain, terdapat banyak kes saman terhadap guru. Ibu

description

sefsfsefsefsfsefe ef sefsef sef sffss fs

Transcript of Esei Guru Dahulu Dan Sekarang Serta Pembelajaran Sepanjang Hayat

Page 1: Esei Guru Dahulu Dan Sekarang Serta Pembelajaran Sepanjang Hayat

TUGASAN 1

Perbandingan Peranan Guru Dahulu Dengan Peranan Guru Sekarang

Guru adalah pengajar atau pendidik dalam sesebuah institusi pendidikan. Walaupun

pada masa kini pelbagai gelaran digunapakai, hakikatnya, guru tetap guru sama ada dipanggil

cikgu, ‘sir’, ‘teacher’, ustaz, ustazah, pensyarah, doktor, professor, atau lain-lain lagi. Tugas

mereka adalah sama yakni mangajarkan ilmu pengetahuan kepada anak murid atau pelajar.

Oleh sebab itu, pada pendapat saya, adalah sangat baiknya jika pelajar dapat mengucapkan

selamat hari guru kepada pensyarah mereka. Namun pada zaman kini, pensyarah amat mudah

menghina pangkat guru tersebut. Bagi kebanyakan orang guru hanyalah mereka yang

mengajar di peringkat sekolah sama ada rendah atau menengah. Salahfahaman ini amatlah

sukar untuk dibendung.

Walaubagaimanapun, berbalik kepada tajuk kita di atas, guru pada zaman dahulu dan sekarang

amatlah berbeza. Perbezaan yang ketara wujud dalam pelbagai bentuk. Pertama, perubahan

penerimaan masyarakat terhadap guru, seterusnya perubahan taraf guru dalam sistem

pendidikan dan juga perubahan guru itu sendiri. Apakah penyebab semua ini berlaku dan

bagaimana ia berlaku adalah melibatkan pelbagai faktor yang meliputi semua pihak.

Perubahan dalam masyarakat menyebabkan kedudukan guru di mata masyarakat

sekarang amatlah berbeza daripada dulu. Dapat dilihat dengan ketara, guru kini tidaklah lagi

dihormati sebagaimana pada suatu masa dulu. Buktinya, lihat sahaja di dada-dada akhbar atau

media-media massa lain, terdapat banyak kes saman terhadap guru. Ibu bapa kini lebih

sanggup menyaman guru apabila berlaku sesuatu terhadap anak-anak berbanding membiarkan

anak mereka dididik ke arah yang betul. Benarlah, tidak semua kes adalah kerana keegoan ibu

bapa, dan ada juga yang disebabkan kelampauan guru itu sendiri. Namun, jika dibandingkan

dengan masa lalu, tidak pernah wujud kes sebegini. Dahulu, ibu bapa akan menghantar anak-

anak ke sekolah dan berpesan kepada guru jika anak mereka berbuat salah, maka pukullah

asal tidak patah riuk. Anak-anak juga apabila pulang ke rumah selepas dirotan guru tidak akan

berani mengadu kepada ibu bapa kerana pasti akan bertambah dos mereka nanti. Sebagai

contoh, apabila pulang kerumah selepas dirotan di sekolah dan memberitahu ibu, perkara

pertama akan disebut ibu atau bapa saya ialah “Kamu ada buat salah lah tu, kamu buat apa

Page 2: Esei Guru Dahulu Dan Sekarang Serta Pembelajaran Sepanjang Hayat

sampai cikgu marah?”. Betullah pada masa itu, cikgu tidak akan pukul jika tidak buat salah.

Sebagai warga pendidik, kita dapat memahami apa yang dirasai oleh guru-guru pada masa kini.

Selain daripada itu, sistem pendidikan juga semakin hari semakin diubah. Kedudukan

guru juga dilihat semakin berbeza daripada dahulu. Dahulu, pekerjaan sebagai guru dianggap

paling menjamin masa depan. Anak-anak lepasan sekolah yang menyertai maktab perguruan

adalah sangat disanjung tinggi. Berdasarkan pengalaman, dahulu apabila habis sekolah, ramai

ibu bapa menggalakkan anak-anak menceburi jurusan perguruan. Selalu kita mendengar

dahulu, ibu berkata kepada anak-anak yang gagal; “Kalau dulu jadi cikgu kan dah senang”.

Tetapi di zaman kini amat berbeza, bukanlah kerana gaji guru makin sedikit atau apa. Malahan

guru adalah lebih mewah sekarang berbanding dahulu. Apa yang dilihat sekarang anak-anak

muda lebih mahu menjadi doktor, jurutera, saintis dan sebagainya. Cita-cita sebegini turut

diterapkan oleh ibu bapa. Kita semakin menuju ke alaf baru, alaf sains. Semua berkejar-kejar

menjadi pakar dalam bidang-bidang berkenaan. Sudah tidak ramai yang benar-benar ikhlas

ingin menjadi guru. Kerana itulah sekarang dikatakan guru banyak makan gaji buta. Masuk

kelas, suruh pelajar salin nota dalam buku teks, kemudian dibiarkan sahaja. Bukanlah semua

guru begini, hanya sebahagian kecil sahaja.

Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut kesabaran

serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan

disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat

seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak

menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai

taraf hidup yang agak baik. Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan

pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa

yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan,

kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak. Sewajarnya ibu

bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi

turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah

terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa mengutamakan kecemerlangan akademik

semata-mata dan bukan sahsiah yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur

walaupun melakukan kesalahan.

Page 3: Esei Guru Dahulu Dan Sekarang Serta Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kedapatan juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka

bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang terlebih dahulu dan

jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat pendedahan pada media.

Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru perlu menghukum pelajar yang

melakukan kesalahan dengan bijaksana. Hukuman yang dikenakan adalah proses mendidik

dan bukan memalukan pelajar, sekali gus memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah

laku yang dilakukan. Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di

dunia, kini memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai

pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan guru

lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru

perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara

cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal.

Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu

pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih

banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar

menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat.

Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan

maklumat yang betul.

Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar.

Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita

perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya

keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor

bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga

adalah model manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan

sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan. Selain itu, kelayakan akademik

juga adalah satu lagi perkara yang perlu di timbangkan. Ini kerana profesionalisme guru itu

adalah berpusatkan kepada pengetahuan. Maka, adalah wajar diramalkan, seiringan dengan

kejayaan Malaysia meningkatkan kadar pembangunannya, guru-guru ijazah akan bertugas

sehingga ke sekolah rendah. Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam

pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai

kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa

berkhidmat. Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru

meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan termasuklah kursus

Page 4: Esei Guru Dahulu Dan Sekarang Serta Pembelajaran Sepanjang Hayat

dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah,

pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan

ijazah kedoktoran merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru.

Kesimpulannya, guru merupakan satu institusi terpenting dalam negara untuk

membentuk anak bangsa. Tidak kiralah diperingkat sekolah, kolej, universiti atau apa sekalipun.

Hormatilah setiap insan bergelar guru. Kita tidak dapat berjalan jika tidak ada tangan yang

mengangkat kita dahulu. Kepada ibu bapa khususnya dan msyarakat amnya, guru mempunyai

darjat yang tinggi, malah disisi Tuhan sekalipun guru dihormati. Oleh itu, kita haruslah berusaha

kearah yang lebih baik.

Page 5: Esei Guru Dahulu Dan Sekarang Serta Pembelajaran Sepanjang Hayat

Bagaimana Guru Dapat Melaksanakan Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat

Bagi Meningkatkan Profesionalisme Keguruan.

Dasar pendidikan sentiasa berubah-ubah sejajar dengan tuntutan perubahan yang

berlaku dalam ekonomi dan pemodenan kehidupan. Terkini, pembelajaran sepanjang hayat

telah menjelma sebagai suatu dasar yang mula diambil berat oleh negara maju dan negara

membangun di dalam konteks globalisasi dan pemodenan. Idea pembelajaran sepanjang hayat

bukanlah sesuatu yang baru. la terlakar dalam sejarah seawal 1920-an melalui usaha-usaha

oleh cendekiawan (antaranya Basil Yeaxlee, Eduard Lindeman, Albert Mansfield, R. H. Tawney,

John Dewey) sehinggalah kini. Malah sedari zaman Plato, 'education is life' adalah tonggak

asas falsafah beliau. Barangkali, gerakan yang paling agresif dilakukan oleh Edgar Faure

melalui laporannya berjudul 'Learning To Be' (1972). Sebagai golongan yang

dipertanggungjawabkan memacu sistem pendidikan negara ke tahap unggul, guru adalah

penjawat awam yang memikul amanah dalam kemandirian kemajuan negara dan maruah

bangsa. Peningkatan pencapaian pelajar pada semua peringkat penting dalam membangunkan

modal insan cemerlang bagi menghasilkan tenaga kerja mahir supaya hasrat menjadi negara

membangun menjelang 2020 tercapai.

Terdapat beberapa cara seseorang pendidik dapat mengamalkan pembelajaran

sepanjang hayat antaranya ialah pelan pembelajaran peribadi. Pelan pembelajaran peribadi

meliputi proses pembelajaran peribadi, belajar cara belajar, pendidikan berterusan dan

persekitaran pembelajaran kendiri (PPK). Pembelajaran sepanjang hayat ini juga sekaligus

dapat melonjakkan kecemerlangan dalam diri guru tersebut mahupun ditempat mereka

ditugaskan. Menurut Dr Syarifah Hayati, aktiviti pembelajaran bukan sahaja berlaku di sekolah

sahaja, malah pada masi kini, aktiviti pembelajaran berlaku ditempat kerja (universiti Malaya) .

Sebagai contoh, guru masa kini sering menjalankan aktiviti latihan dalam pembelajaran

(LADAP). Dalam aktiviti tersebut, para guru akan bersama-sama berbengkel tentang sesuatu

kemahiran ataupun program-program baharu pihak pendidikan dari semasa ke semasa. Ini

dapat meningkatkan proses pengajaran guru di dalam kelas seterusnya mencapai kehendak

pihak kementerian. Menurut Cheah & Lim (2010), guru yang menghadiri kursus LDP selalunya

dikehendaki untuk melatih guru-guru lain apabila mereka kembali ke sekolah. Secara umum, ia

kelihatan seperti sangat efisyen kerana lebih ramai guru yang akan terdedah dengan teori dan

pedagogi baru dalam masa yang singkat.

Page 6: Esei Guru Dahulu Dan Sekarang Serta Pembelajaran Sepanjang Hayat

Para guru masa kini adalah menjadi satu kemestian untuk mahir dalam bidang

Teknologi Maklumat komunikasi atau (ICT). Ini kerana kehendak negara yang semakin maju

memerlukan penggunaan ICT dimaksimumkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh sebab itu, guru memerlukan suatu bentuk program sokongan yang berterusan terhadap

pembangunan profesional supaya mereka kekal efektif untuk memberikan perkhidmatan

terbaik. Menurut Cheah & Lim (2010) pembangunan guru melibatkan dua proses iaitu

melupakan imej tradisional dan membina imej baru bagi trend amalan mengajar yang terkini.

Pembangunan guru juga melibatkan tugas berterusan untuk melupakan cara lama dan

mempelajari pengetahuan baru. Bagi mengimplimentasikan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran ini, guru perlu belajar bangaimana mengendalikan peralatan ICT seperti LCD,

komputer riba dan juga projektor dengan betul dan selamat. Selain itu juga , guru diberi latihan

asas tentang cara-cara menggunakan beberapa program yang memerlukan kemahiran ICT

contohnya egtukar, e-gaji, keharidan murid, rekod pencapaian murid dan berbagai lagi program

yang berkaitan dengan pendidikan. Pelancaran FrogVle oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

telah membuka satu sejarah yang baharu dimana guru-guru perlu membuat satu laman

sesawang berbentuk pendidikan dan pengurusan pembelajaran secara maya. Di bawah

1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang

membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di

Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau

dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet. Guru-guru masa kini perlu belajar

bagaimana untuk mengendalikan program ini dengan jayanya melalui proses pembelajaran

sepanjang hayat. Ianya jelas dapat meningkatkan lagi mutu dan juga profesionalisme keguruan

itu sendiri.

Cabaran dalam dunia pendidikan pada masa kini memerlukan ketahanan mental dan

fizikal bagi diri seseorang guru. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai kaedah guru untuk

sama-sama menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 ini dengan mengamalkan konsep

pembelajaran sepanjang hayat. Kolaborasi antara guru begitu penting bagi meghasilkan produk

pendidikan yang berkualiti. Para guru berkolabirasi dengan berkongsi bahan pengajaran,

maklumat serta kemahiran tertentu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan diri. Kolaborasi

yang baik ini dapat menyelesaikan, belajar dan juga membuat keputusan yang reflektif terhadap

satu-satu masalah yang timbul di sekolah. Antara kaedah kolaboratif ialah program Lesson

Study. Ia merupakan satu pembangunan professional berasaskan sekolah yang telah

Page 7: Esei Guru Dahulu Dan Sekarang Serta Pembelajaran Sepanjang Hayat

dibuktikan sangat berjaya di Jepun dan semakin popular di kebanyakan negara ialah Lesson

Study. Lesson Study merupakan suatu program pembangunan guru yang berterusan dan

menggalakkan guru bekerja secara kolaboratif dengan melibatkan sokongan rakan sekerja

serta amalan reflektif dilihat berpotensi untuk mengubah amalan pengajaran guru dan

meningkatkan pembelajaran pelajar. Program ini telah diguna pakai di Malaysia dalam usaha

menambahbaik kualiti guru. Satu kajian telah dibuat (Nurhana Mohamad Rafiuddin, Proceeding

of the Global Summit on Education (GSE2013) ) yang mana hasil dari kajian tersebut ialah

Penilaian program pembangunan profesional adalah perlu dilakukan bertujuan untuk

mengetahui tahap keberkesanan program dalam mencapai matlamat dan objektifnya. Kajian ini

bermanfaat untuk perancangan proses penambahbaikan terhadap program pembangunan

professional guru dan dapat dijadikan asas untuk membuat keputusan yang lebih berkesan

pada masa akan datang dari pihak tertentu seperti pihak KPM, pihak pentadbir sekolah dan

pihak guru. Kajian ini juga dapat menimbulkan kesedaran bahawa program pembangunan guru

sangat bermakna dan dapat dilaksanakan dengan inisiatif guru tanpa bergantung sepenuhnya

kepada program yang dirancang dari pihak lain demi untuk memantapkan prestasi

perkhidmatan guru.

Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah instrumen yang penting dalam memenuhi

keperluan individu mahupun masyarakat dalam mewujudkan tenaga kerja yang mahir di

Malaysia. Sekiranya keperluan tenaga kerja mahir tidak dapat di penuhi oleh anak tempatan,

maka tidak dapat tidak kita terpaksa menerima lebih ramai tenaga mahir dari luar dan sekaligus

akan merencatkan usaha pembangunan tenaga kerja yang mahir dan berkualiti di kalangan

masyarakat kita. Sebagai seorang guru. Adalah digalakkan untuk membuat amalan reflektif

secara kritis bagi menamanbahbaik kemahiran guru pada sesi pengajaran yang akan datang.

Amalan reflektif ini ialah amalan berfikir atau merenung kembali sesuatu pengalaman bertujuan

untuk penambahbaikan pada masa depan dan mengimbangi antara pengalaman sendiri

dengan golongan terdahulu. Berkongsi dan pengalaman dan pandangan dalam penulisan

refleksi, jurnal dan catatan peribadi. Ia juga merupakan konsep pembelajaran sepanjang hayat

yang dapat meningkatkan mutu pengajaran guru serta mampu melahirkan guru yang

cemerlang, pakar serta mahir dalam bidangnya.

Setiap guru seharusnya memanfaatkan usaha kerajaan dalam meningkatkan

penyertaan program Pembelajaran Sepanjang Hayat oleh pihak kementerian melalui kursus-

kursus yang relevan, inovatif dan memberi nilai yang tinggi kepada setiap guru. Kesimpulannya,

Page 8: Esei Guru Dahulu Dan Sekarang Serta Pembelajaran Sepanjang Hayat

guru yang mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dapat meningkatkan

profesionalisme keguruan, menaikkan martabat seorang guru.Guru masa kini harus lebih peka

terhadap perkembangan terkini dalam kehidupan seharian serta perkembangan terkini dunia

pendidikan.

Rujukan

Barbara Means, (1994). Technology and Education Reform. Jossey-Bass Publishers. San

Francisco.

Dr. Gan Siowck Lee, (2003). IT & Education In Malaysia. Longman Sdn. Bhd. Selangor.

Gary G.Bitter and Melissa E.Pierson, (2002). Using Technology In The Classroom. A

Pearson Education Company. Boston.

Judy Lever-Duffy, Jean M. McDonald and Al P.Mizell, (2005). Teaching and Learning with

Technology. Pearson Education,Inc. Boston.

Noriati A. Rashid dan rakan-rakan, (2010). Siri Pendidikan Guru: Guru dan Cabaran

Semasa. Penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P, diperoleh daripada

www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/ict_in_pnp.pdf pad 25 Ogos 2013

Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, (2010). Guru dan cabaran

semasa, Selangor: Penerbitan Multimedia.

Laman Sesawang

eprints.uthm.edu.my/2713/1/22._PKPGB_2008_2.pdf

www.mohe.gov.my/psptn/index