Esei Moral

5
ISU PONTENG SEKOLAH Ponteng adalah satu perbuatan salah laku yang melanggar peraturan sekolah. Pelajar ponteng adalah pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab serta alasan yang kukuh atau mendapat kebenaran dari pihak tertentu. Ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan untuk menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, definisi ponteng ialah sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu hari. PERANAN GURU DALAM MENGATASI ISU PONTENG DI SEKOLAH Kemampuan mengenali emosi orang lain-(Goleman), mendalami emosi pelajar. Sebagai seorang guru yang prihatin,guru kelas perlulah menyelidik dan mengesan sebab-sebab mengapa pelajarnya ponteng.Kadangkala, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana sering dimarahi oleh guru atau sering dirotan atau mengalami masalah disiplin memberikan perhatian serentak kepada emosi dan pengajaran

description

ponteng

Transcript of Esei Moral

ISU PONTENG SEKOLAH

Ponteng adalah satu perbuatan salah laku yang melanggar peraturan sekolah. Pelajar ponteng adalah pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab serta alasan yang kukuh atau mendapat kebenaran dari pihak tertentu. Ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan untuk menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, definisi ponteng ialah sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu hari.

PERANAN GURU DALAM MENGATASI ISU PONTENG DI SEKOLAH

Kemampuan mengenali emosi orang lain-(Goleman), mendalami emosi pelajar.Sebagai seorang guru yang prihatin,guru kelas perlulah menyelidik dan mengesan sebab-sebab mengapa pelajarnya ponteng.Kadangkala, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana sering dimarahi oleh guru atau sering dirotan atau mengalami masalah disiplin

memberikan perhatian serentak kepada emosi dan pengajaran

memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang strategimengendalikan masalah emosi

mengambil tindakan apabila mendapati pelajar-pelajar berada diluar sekolah

pemantauan ke atas kehadiran murid kesekolah

bertindak segera

Pihak sekolah pula memainkan peranan yang penting dalam kes ponteng sekolah. Pihak sekolah perlu menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus menghadiri kelas. Oleh yang demikian, guru haruslah mengubahkan cara mendidiknya ataupun menambahkan sedikit hiburan supaya pelajar tidak dapat berasa bosan dan mereka dapat menikmati keseronokan dalam pelajaran. Guru juga perlu melayan pelajarnya dengan ramah, penuh kasih sayang, ada perasaan empati dalam diri terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar.3. Perkhidmatan Bimbingan dan KaunselingDengan menolong pelajar yang selalunya lewat ke sekolah, pihak sekolah haruslah memberi kaunseling kepada pelajar, bukannya merotan mereka sebagai denda kerana tindakan tersebut mungkin akan memberi kesan yang negatif padanya. Sebaliknya, jika pelajar dapat dikaunselingkan, pihak sekolah dapat tahu sebabnya dan dapat memberi nasihat yang sewajarnya.

PERANAN IBU BAPA DALAM MENGATASI ISU PONTENG

menentukan proses perkembangan emosi pelajar menjadisempurna

Kemampuan membina hubungan-(Goleman), ibubapadengan anak

memerhatikan setiapgerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka

mengetahui rakan-rakan anak mereka

menghabiskan sebahagian daripada masaseharianbersama anak-anakmereka

role model

PIBG

Sebagai penjaga, mereka perlu memberi perhatian kepada anak sama ada dalam soal memberi kasih sayang atau perhatian terhadap pelajaran mereka. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan bermula dari akar umbi bagi mencegah anak-anak mereka daripada ponteng sekolah. Mereka seharusnya memerhatikan gerak-geri anak mereka, dengan siapa anak mereka berkawan, kerap menghubungi pihak sekolah serta memeriksa beg sekolah anak mereka sebagai bukti sama ada anak-anak mereka menghadiri sekolah atau tidak. Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu mempercayai anak-anak mereka kerana sikap terlalu memanjakan anak sudah tentunya bakal memakan diri sendiri kelak.

ISU YANG MELANDA MASYARAKAT DISEBABKAN MASALAH PONTENG SEKOLAH.

KESIMPULAN

Gejala ponteng sekolah ini dapat dihadapi dan dibendung dengan berkesan jika pelajar itu sendiri faham tentang kesannya ponteng sekolah dan kepentingnya dalam pelajaran. Jika pelajar itu sendiri dapat memahami bahawa pelajarannya dapat membawa kajayaan dalam masa depan, mereka tidak akan ponteng sekolah dan sebaliknya akan belajar bersungguh-sungguh.Oleh yang demikian, dengan mengatasi masalah ponteng sekolah, ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar memainkan peranan yang penting dan masalah ini harus dikenal pasti oleh mereka dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada masa akan datang.