esei

11
Kod etika keguruan dijadikan rujukan kepada para guru bagi meningkatkan tahap kualiti,produkitviti dan disiplin dalam meningkatkan imej profesion perguruan. Bincangkan sejauh manakah kod etika ini dapat direalisasikan oleh para guru bagi memartabatkan profesion keguruan. Pengenalan Guru merujuk kepada suatu kerjaya yang berperanan menyampaikan ilmu.Guru dianggap sebagai agen perubah kepada masyarakat.Peranan mereka bukan sahaja kepada menyampaikan ilmu tetapi mereka juga tidak terlepas dari tugas pendidik.Menurut Kamus Dewan (1993),guru merujuk kepada pendidik,pengajar dan pengasuh.Manakala keguruan pula ialah perkara yang berkaitan dengan guru,peranan (tugas,kelayakan) sebagai guru.Profesor ialah panggilan tertinggi bagi mereka yang mengajar di universiti,manakala pengajar yang seterusnya yang belum mencapai tahap profesor akan digelar sebagai pensyarah.Menurut Dewan Bahasa & Pustaka(1995), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Maksud etika profesional pula ialah, semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek,

description

pengajian profesional

Transcript of esei

Page 1: esei

Kod etika keguruan dijadikan rujukan kepada para guru bagi meningkatkan tahap kualiti,produkitviti dan disiplin dalam meningkatkan imej profesion perguruan. Bincangkan sejauh manakah kod etika ini dapat direalisasikan oleh para guru bagi memartabatkan profesion keguruan.

Pengenalan

Guru merujuk kepada suatu kerjaya yang berperanan menyampaikan

ilmu.Guru dianggap sebagai agen perubah kepada masyarakat.Peranan mereka

bukan sahaja kepada menyampaikan ilmu tetapi mereka juga tidak terlepas dari

tugas pendidik.Menurut Kamus Dewan (1993),guru merujuk kepada

pendidik,pengajar dan pengasuh.Manakala keguruan pula ialah perkara yang

berkaitan dengan guru,peranan (tugas,kelayakan) sebagai guru.Profesor ialah

panggilan tertinggi bagi mereka yang mengajar di universiti,manakala pengajar yang

seterusnya yang belum mencapai tahap profesor akan digelar sebagai

pensyarah.Menurut Dewan Bahasa & Pustaka(1995), etika bermaksud satu sistem

dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Maksud etika profesional pula

ialah, semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti

dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua

aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah

laku profesion dalam masyarakat.

Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan

ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru

juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan

tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan

kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai

kemajuan.

Kod etika keguruan dianggap sangat penting kepada guru.Guru perlu memiliki

kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Hal ini kerana, guru

dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi

dengan mengikuti kod etika ini. Ini dapat,membuka mata masyarakat untuk

menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam

mencapai matlamat pendidikan dan negara.Selain itu,kod etika perguruan ini dapat

Page 2: esei

memupuk nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Kepercayaan yang

diberi dapat memelihara dalam menjalankan tugas dan semangat tanggungjawab

dapat dipupuk serta mengeratkan perhubungan antara ahli dalam sesebuah

organisasi melalui pengamalan kod etika ini. Kod etika perguruan menyatakan

dengan jelas tentang garis panduan sebagaimana bertingkah laku dalam profesion

perguruan.Selain itu, kandungan yang dinyatakan dalam kod ini di negara kita

menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat

melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara

lain.

Kod etika dapat direalisasikan oleh para guru bagi memartabatkan profesion keguruan.

Kod etika keguruan yang memartabatkan profesion keguruan ialah guru

hendaklah menjalankan tugasnya dengan jujur . Bagi profesion keguruan nilai

kejujuran adalah amat penting dalam tugasanya. Ini bermakna guru hendaklah

berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan niat untuk mendapat ganjaran,

nama mahupun populariti dalam kalangan pelajar ketika guru sedang melakukan

tugas dan bergaul dengan pelajar.Guru perlu bersikap jujur terhadap semua murid

tanpa mengira faktor jasmani,emosi,politik,ekonomi,sosial,keturunan atau

agama.Guru juga perlu jujur dalam memberi perlindungan kepada pelajar dan tidak

pernah sekali cuba untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenangan

peribadinya.Guru juga jujur membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam

darjah sendiri atau dalam mana-mana matapelajaran yang dajarnya di bilik darjah

tanpa sebarang bayaran.

Selain itu, nilai amanah dalam diri seseorang guru juga merupakan kod etika

keguruan yang memartabatkan profesion keguruan. Guru tidaklah harus

bertingkahlaku yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan 

amanah.Ini adalah melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru apabila

memegang sesuatu amanah . Guru harus mengelakkan diri dari membuat sebarang

kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di

hadapan pelajar atau ibu bapa,atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan

maruah seseorang guru.Contohnya,merokok dan minum arak di hadapan murid-

Page 3: esei

murid dapat menjatuhkan imej sebagai guru.Sebagai seorang guru yang

bertanggungjawab guru sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama

baik profesion perguruan.Guru juga berusaha dengan sepenuh-penuhnya

menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dengan

mengekalnnya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.Guru perlu menghormati

masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab

sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam

sebarang kegiatan masyarakat.Guru juga mempunyai tanggungjawab dalam diri

setiap pelajar sikap dan nilai-nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka

untuk menjadi warganegara yang taat setia,bertanggungjawab dan

berguna,menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan

agama,keturunan dan kebudayaan.Guru merupakan sebuah profesion yang suci

dan unik.Oleh itu,guru harus berbangga untuk menjalankan profesion keguruan

secara bertanggungjawab.

Guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh

masyarakat yang memartabatkan profesion keguruan selain tugas dalam bilik

darjah. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat

dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid. Guru juga memainkan

peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi yang baik dalam kalangan

murid.Setiap guru juga perlu menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi

pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh

sahsiah yang baik kepada murid-murid.Guru menjadi suri teladan (role model)

kepada murid-murid di sekolah.Guru perlu menunjukkan cara berpakaian,pertuturan

dan tingkah laku yang dapat menjadi contoh yang baik kepada pelajar. Dalam hal

ini,apabila guru menjadi pengganti ibubapa kepada anak muridnya maka ia

merupakan salah satu usaha untuk membentuk tingkah laku murid ke arah

matlamat yang diterima oleh masyarakat. Hal ini demikian kerana, sebaik sahaja

pelajar melangkah kaki ke sekolah, guru adalah merupakan orang paling tua dan

orang yang paling diharapkan untuk menjaga, mengasuh dan mendidik pelajar pada

waktu persekolahan, ibu bapa sebenar keluar bekerja dan tidak dapat menumpukan

perhatian pada anak mereka. Guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan

keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.Seorang guru yang baik adalah seorang

yang melayan pelajarnya seperti anak sendiri agar pelajar tidak merasa tersisih dan

Page 4: esei

dapat menikmati kasih sayang yang mungkin tidak diperolehi ketika di rumah.

Perkara ini juga merupakan antara kod etika yang utama yang perlu mematuhi oleh

semua guru.

Seterusnya,guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan,

politik persendirian terhadap muridnya. Perkara ini juga merupakan salah satu kod

etika guru yang memartabatkan profesion keguruan.Sudah tertakluk dalam

perlembagaan negara bahawa rakyatnya adalah bebas menganut mana-mana

agama. Oleh sebab itu guru tidak harus memaksa mahupun mempengaruhi

pelajarnya agar mempercayai apa yang guru percaya. Guru harus berada di pihak

yang neutral agar beri peluang pelajar agar mereka menilai dan memilih

kepercayaan sendiri apakah yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Guru hanya

boleh memberi panduan selebihnya murid perlu membuat keputusan sendiri.

Seterusnya,keikhlasan merupakan kod etika keguruan yang perlu mematuhi

oleh guru bagi memartabatkan profesion keguruan. Dalam hal ini,semua guru

mestilah melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat organisasi, bukannya untuk

mendapat pangkat dan kedudukan. Guru juga tidak harus menerima apa-apa

bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang

dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah.Bayaran yang disahkan iaitu

seperti tuisyen atau kelas tambahan persendirian yang mahu guru lakukan adalah

mesti bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi dan mengatasi

kelemahannya bukan untuk guru menambah pendapatan luar waktu sekolah. Apa

sahaja pendapatan yang diperolehi daripada pengajaran adalah dilarang. Ini adalah

bagi menjaga kredibiliti seorang guru yang berpekerti mulia. Guru juga haruslah

menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak

diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan yang ini juga

menunjukkan keikhlasan seorang guru dalam profesion keguruan. Maka apa sahaja

maklumat mengenai pelajar tidak boleh didedahkan sama sekali terutama jika

maklumat itu boleh memalukan dan mengaibkan pelajarnya.

Seorang guru perlu menyayangi muridnya seumpama mereka menyayangi

anak mereka sendiri.Kita akan mengajar mereka dengan sebaik mungkin apabila

kita menganggap murid sebagai anak.Kerana sudah pasti kita mahukan anak kita

Page 5: esei

berjaya dalam semua bidang,tidak kira dalam bidang akademik mahupun sahsiah

diri.Tidak ada ibu bapa yang ingin melihat anak mereka menjadi insan yang tidak

berguna?Jika kita mampu menerapkan sikap ini dalam diri kita,sudah pasti kita akan

mengajar mereka dengan sebaik mungkin,bahkan kita akan bergembira dan

berlapang dada semasa mendidik mereka.Ini dapat meningkatkan tahap

kualiti,produktiviti dan disiplin dalam meningkatkan imej profesion perguruan.

Kod etika perguruan ini juga tidak dapat dilakukan secara efektif pada masa

sekarang kerana pelajar dapat melibatkan diri dalam gejala sosial dan aktiviti-aktiviti

yang tidak memberi kebaikan kepada mereka.Guru menghadapi pelbagai cabaran

untuk membendung masalah ini dengan mengikuti kod etika perguruan

ini.Walaubagaimanapun,sesetengah guru kalah menghadapi cabaran tersebut

menerusi kod etika perguruan ini.Oleh itu,pihak kerajaan seharusnya mengadakan

kempen atau ceramah tentang kod etika ini supaya para guru dapat direalisasikan

bagi memartabatkan profesion keguruan.

Kesimpulan

Guru merupakan suatu tugas yang mulia.Jasa mereka diperakui oleh

setiap zaman.Di mana mereka berperanan bagi memastikan bahawa tamadun

manusia terus berlangsung dengan baik.Tidak ada guru yang ingin melihat anak

muridnya gagal,menjadi impian seseorang guru agar murid-muridnya mampu

menjadi insan yang berjaya bukan sahaja dalam akademik tetapi turut memiliki

sahsiah tinggi.Guru tidak akan gembira jika hasil didiknya berjaya mendapat

keputusan yang cemerlang tetapi akhlak mereka runtuh. Seorang guru haruslah

menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi supaya kod etika ini dapat

meningkatkan tahap kualiti,produktiviti dan disiplin dalam meningkatkan imej

profesion perguruan.Tugas sebagai guru merupakan suatu amanah,bukan sahaja

daripada ibu bapa tetapi dari tuhan pencipta. Oleh itu,jelaslah bahawa kod etika

keguruan yang terdapat diatas menunjukkan peranan setiap guru dalam

memartabatkan profesion keguruan. Profesion keguruan yang cemerlang akan

mampu meningkatkan sistem pendidikan negara.

Page 6: esei

LAMPIRAN

Page 7: esei

Buku pembangunan professional guru

Buku guru pendidik,pengajar dan pendakwah ?

Page 8: esei

Tanggungjawab yang dijalankan oleh para guru