esemen FPK

download esemen FPK

of 15

Transcript of esemen FPK

  • 7/29/2019 esemen FPK

    1/15

    1

    1.0 Pengenalan

    Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh

    serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

    KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan,kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran

    (PDP) akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru

    telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-

    murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

    Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan

    penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk

    mengajar dalam subjek tertentu .Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usahamenyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid

    dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan

    semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam proses transformasi kurikulum,

    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat penanda arasan dengan kurikulum

    negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan

    pendidikan global.

  • 7/29/2019 esemen FPK

    2/15

    2

    2.0 Peranan guru dalam menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

    Falsafah Pendidikan Guru dalam melaksanakan Kurikulum Standrad Sekolah

    Rendah.

    2.1 Guru Seorang Serba Tahu

    Menurut Choong ( 2008 ), Falsafah Pendidikan Guru digubal bertujuan untuk menjadi

    panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, hasrat FPG dan

    FPK saling berkaitan untuk mencapai kecemerlangan dalam sistem pendidikan di negara

    kita Malaysia. Pendidik bermaksud memelihara dan melatih, seperti yang diketahui peranan

    guru amat penting dalam menjayakan hasrat FPK dan FPG kerana guru merupakan agen

    utama dalam pendidikan yang dapat melaksanakan kurikulum baharu yang dinamakan

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam melahirkan murid yang mempunyai

    aspek pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.

    Dalam melaksanakan KSSR yang lebih berpusatkan kepada murid atau dalam kata

    lain lebih tertumpu kepada membangunkan modal insan , peranan guru amat penting dalam

    merealisasikan hasrat FPK dan FPG tersebut. Oleh itu, cara guru dalam memainkan

    peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG ini ialah guru tersebut haruslah seorang yang

    serba tahu. Menurut Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon, 2011 dalam

    Pengantar Pendidikan, seorang guru haruslah serba tahu dalam mengesan, menerima

    perbezaan individu dalam kalangan muridnya dan membimbing mereka dalam

    memperkembangkan potensi mereka dari segi Jasmani, daya cipta, Intelek dan Rohani.

    Ini kerana setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan yang berbeza dan guru

    haruslah pandai dalam mengesan kepelbagaian tersebut agar aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran yang dijalankan dapat mencapai objektif pembelajaran. Tambahan pula,

    dalam usaha memperkembangkan lagi potensi mereka dari segi jasmani, daya cipta, intelek

    dan rohani ini, secara tidak langsung unsur unsur berakhlak mulia dan berpegang kepadanilai nilai murni seperti baik hati, jujur, hormat menghormati dan sebagainya dapat

    diterapkan dalam diri murid murid lantas dapat merealisasikan hasrat FPK dan FPG dalam

    melaksanakan KSSR untuk membangunkan modal insan yang berminda kelas pertama.

    Di samping itu, dalam menjadi seorang guru yang serba tahu, guru tersebut haruslah

    peka dengan segala perkembangan yang berlaku pada dunia moden ini, tidak kira dalam

    skop pendidikan atau secara global. Menurut Ahmad Bajunid (1995) dalam Pengantar

    pendidikan menyatakan tenaga pengajar dan dan pengurus pendidikan seharusnya peka

    dengan perkembangan terkini dalam proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber

  • 7/29/2019 esemen FPK

    3/15

    3

    dan pencapaian matlamat pendidikan. Justeru, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi

    dalam pendidikan seperti KSSR ini sudah pasti menjadikan peranan guru dan

    tanggungjawab guru menjadi lebih mencabar. Oleh itu, guru haruslah peka dan celik mata

    dengan segala perubahan yang berlaku disekeliling mereka agar tidak ketinggalan dan

    berciciran dalam mengikuti peredaran masa.

    Guru yang peka dengan perkembangan semasa akan berkongsi ilmu pengetahuan

    dengan muridnya lantas dapat melahirkan murid yang berfikiran terbuka dan dan murid yang

    sama aktif dengan perkembangan global pada zaman ini. Seperti mana yang kita sedia

    maklum, kebelakangan ini, konsep pembangunan modal insan diberi penekanan yang serius

    sejajar dengan perancangan negara kita menjadi maju dalam bidang sains dan teknologi

    berdasarkan acuan sendiri dan memenuhi hasrat wawasan 2020. Secara tidak langsung

    guru dapat memberi ilmu pengetahuan tentang pelbgai aspek yang dapat mendidik mereka

    menjadi bangsa yang kreatif, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar dan cintakan

    negara.

    Tuntasnya,menurut Ragbir Kour ( 2007 ) dalam Pengantar Pendidkan mengatakan

    guru sebagai pengamal ilmu perlu mempratikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir,

    memerhati, berkarya, memberi idea dalam proses sumbangsaran dan bertukar fikiran serta

    mencari pengalaman baru, untuk melahirkan modal insan yang produktif dan mempunyai

    keyakinan diri untuk menonjolkan bakat yang ada dalam diri mereka melalui proses

    komunikasi antara murid dan guru. Oleh itu, guru haruslah menjadi gudang ilmu kepada

    murid agar dapat membantu mereka dalam semua aspek serta dapat merealisasikan

    tunjang tunjang atau aspek yang dikehendaki dalam KSSR .

  • 7/29/2019 esemen FPK

    4/15

    4

    2.2 Guru Sebagai Pembentuk Akhlak

    Peranan guru dalam menjayakan hasrat FPK dan FPG yang kedua ialah guru

    sebagai pembentuk akhlak. Akhlak menurut Abdul Rahman Al Basyar dalam Falsafah &

    pendidikan di Malaysia ialah ilmu tentang keadah menghiasi diri dengan sifat sifat terpujidan menjauhi sifat sifat yang keji. Maka, pembinaan modal insan perlu dipenuhi dengan

    akhlak kerana akhlak dapat membantu melengkapkan diri setiap individu dengan disiplin,

    bertanggungjawab, mampu berdaya saing, baik hati serta ikhlas. Dalam KSSR, nilai menjadi

    salah satu tunjang yang penting, jadi sebagai seorang guru mereka haruslah menggunakan

    pelbagai pendekatan dan strategi bagi memastikan pembinaan akhlak murid seiring dengan

    pembinaan modal insan.

    Guru merupakan contoh atau role model kepada murid, oleh sebab itu, akhlak guru

    perlu dimantapkan dengan mengamalkan nilai nilai profesionalisme yang tinggi,

    akauntabliti dan intergriti yang tidak goyah. Menurut Che Kamarudin, Nik Aminah, Rukiah,

    Siti Fatimah dan Sulaiman ( 1996 ) akhlak merupakan manifestos yang dirangkaikan

    bersama hati dan budi yang bersifat rohani, dipamerkan melalui gaya dan tindakan. Lantaran

    itu untuk membina dan membentuk akhlak individu dan masyarakat ia haruslah terlebih

    dahulu melalui pembentukan yang bersifat rohani. oleh itu, guru haruslah sentiasamenunjukkan tingkah laku yang baik di depan murid agar murid murid dapat jadikan ia

    sebagai teladan seperti berpakaian sopan dan menutup aurat.

    Seterusnya, guru juga perlu sentiasa belajar untuk meningkatkan ilmu dalam pelbagai

    perkara, sentiasa munasabah diri dengan membetulkan akhlak sendiri bagi mempamerkan

    akhlak yang mulia kepada murid. Selain itu, guru juga harus tegas dan mampu

    memperbetulkan perlakuan murid dengan berkesan hingga murid menyedari akan kesalahan

    dan kekurangan dirinya. Sebagai seorang guru, haruslah memperbetulkan kesalahan yang

    dilakukan oleh muridnya agar murid dapat menyedari kesalahan yang mereka lakukan

    kerana kadang kadang mereka tidak tahu perbuatan mereka merupakan satu kesalahan.

    Guru haruslah mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovasi dalam mencari

    pendekatan dan strategi untuk membina akhlak murid tanpa murid teragak agak menururti

    ajaran guru. Tambahan pula, guru tidak boleh sesekali mengabaikan ajaran akhlak kepada

    murid walaupun sibuk menghabiskan sukatan pelajaran yang terdapat dalam kurikulum

    yang telah ditetapkan. Guru tidak boleh terlalu memberi tekanan kepada murid dalam

    proses menghabiskan sukatan pelajaran sedangkan jiwa murid kosong tanpa diisi dengan

    nilai nilai yang baik dalam jiwa mereka.

  • 7/29/2019 esemen FPK

    5/15

    5

    Natijahnya,menurut Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin, dan

    Zakiah Noordin ( 2012 ) modal insan datang dalam satu pakej, ilmu pengetahuan dan

    berakhlak mulia. Tanpa akhlak, seseorang yang mempunyai kelulusan akademik tinggi

    sanggup melakukan kemusnahan dalam masyarakat dan negara. Melalui KSSR aspek dan

    nilai menjadi salah satu tunjang di mana tunjang kerohanian, sikap dan nilai menjadi salah

    satu tunjang daripada enam tunjang yang terkandung dalam KSSRjadi dalam pembinaan

    modal insan guru juga haruslah mempunyai akhlak yang mulia dan boleh dijadikan sebagai

    rujukan kepada murid agar guru dapat menjayakan hasrat FPK dan FPG.

  • 7/29/2019 esemen FPK

    6/15

    6

    2.3 Guru Sebagai Pendorong Pemikiran Kreatif dan Kritis

    Peranan guru yang ketiga dalam melaksanakan hasrat FPK dan FPG dalam

    melahirkan modal insan ialah guru sebagai pendorong pemikiran kritis dan kreatif. Kreatif

    menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah mempunyai kebolehan mencipta,menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru. Kritis pula bermaksud tidak

    begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu menimbangkan yang baik dan buruk

    dahulu, bersifat mengkritik.

    Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982) menjelaskan, kreativiti berkait dengan suatu

    garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu menghasilkan atau

    memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik, melalui proses pemikiran

    bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil

    yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri, kelainan,

    unik, individual dan keaslian, berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan proses dan

    bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu

    mengkritik, serta menilai.

    Melalui hujah yang telah dihuraikan oleh Viktor Lowenfeld dan Brittain jelaslah

    bahawa jika semua murid mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis, maka tidak hairankah

    jika semua murid boleh menjadi modal insan kelas pertama lantas dapat merealisasikan

    Wawasan 2020. Selain itu, Menurut Noriati A. Rashid , Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin

    dan Zakiah Noordin dalam Falsafah & Pendidikan Di Malaysia pemupukan daya imaginasi

    dan kreativiti turut ditekankan menerusi tunjang fizikal dan estetika di dalam KSSR. Hal ini

    bererti setiap guru bertanggungjawab dalam mendorong pemikiran kritis dan kreatf menerusi

    pengajaran guru.

    Oleh itu, beberapa tindakan perlu dilakukan oleh guru untuk melahirkan murid yang

    berfikiran kreatif dan kritis iaitu guru boleh menjalankan pebelajaran di luar bilik darjah untuk

    meluaskan pengalaman dan pengamatan murid terhadap persekitaran yang mendorongmurid untuk berfikir melalui soalan soalan terbuka yang guru sediakan. Banyak unsur

    alam, flora dan fauna yang selama ini kurang diperhatikan dengan teliti oleh murid dapat

    digunakan oleh guru untuk meransang pemikiran murid. Jika murid lebih didedahkan dengan

    persekitaran yang sebenar atau bahan maujud barulah murid akan lebih teransang dan

    dapat meransang lagi kemahiran berfikir murid sama ada dari segi mengkonsepsikan idea,

    menyelesaikan masalah atau membuat keputusan yang merupakan elemen penting dalam

    kehidupan murid dalam kehidupan harian dan kerjaya masa depan mereka.

  • 7/29/2019 esemen FPK

    7/15

    7

    Di samping itu, guru juga perlu membuat persediaan sumber pengajaran dan

    pembelajaran yang mengajak murid murid berfikir dan menyelesaikan masalah, contoh

    penggunaan sumber audio atau video, buku cerita, keratan akbar, gambar dan pelbagai

    sumber yang berkaitan dengan isi pelajaran. Dengan pelbagai sumber pembelajaran ini

    dapat membantu murid berinteraksi dengan guru ketika menyelesaikan masalah serta dapat

    meningkatkan kemahiran komunikasi antara mereka lantas dapat mendorong mereka

    menjadi murid yang aktif dalam pembelajaran.

    Kesimpulannya, melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010

    usaha untuk membangunkan modal insan, lebih diberikan tumpuan dalam melahirkan

    murid yang kompeten dalam bidang sains dan berdaya kreatif serta berkebolehan pasaran.

    Melalui PIPP menunjukkan bahawa unsur kreatif dan kritis merupakan satu elemen yang

    harus ada dalam ciri ciri modal insan yang kita ingin lahirkan. Tambahan pula dalam KSSR

    menekankan elemen Kreatif dan inovasi yang bertujuan untuk memenuhi keperluan murid

    dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, kemahiran tinggi dan

    berkepribadian mulia. Oleh itu, guru haruslah seorang yang mampu menjana pemikiran

    kreatif dan kritis murid agar dapat merealisasikan hasrat FPK dan FPG melalui KSSR.

  • 7/29/2019 esemen FPK

    8/15

    8

    2.4 Guru Sebagai Penjana Perubahan

    Peranan guru yang keempat ialah sebagai penjana perubahan yang boleh dijelaskan

    bahawa kehidupan kita akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa dan manusia

    perlu menyiapkan diri dengan perubahan yang dialami. Kepesatan pembangunan negaradan globalisasi menjadikan tanggungjawab guru semakin mencabar dan memerlukan

    kekuatan serta jati diri yang utuh. Oleh itu, setiap guru berperanan sebagai agen perubahan

    dan perlu bersedia dengan kritikan dan yang bakal mereka tempuhi. Dalam KSSR juga

    menekankan aspek sains dan teknologi yang mana akan meliputi segala perubahan yang

    berkaitan dengan pelbagai penciptaan benda baru.

    Menurut Rosabeth Moss Kanter, guru berfungsi sebagai change master leader dan

    aspek tersebut mampou menggenggam masa hadapan. Dalam hal ini guru mestilah

    berfikiran jauh dan mempunyai sifat inovatif dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Pelbagai strategi, teknik, kaedah dan pendekatan yang harus digunakan mestilah

    diperkemaskan dan disesuaikan dengan corak pembelajaran masa kini. Penggunaan

    bahan bahan pengajaran juga harus mengikut peredaran zaman contohnya penggunaan

    Ipad atau tablet supaya dapat menarik minat murid lantas dapat memberi pendedahan

    kepada murid tentang perubahan yang berlaku setiap masa.

    Di samping itu, bagi memastikan guru mampu menjana perubahan dalam abad ini

    dan abad seterusnya guru perlu memiliki ciri ciri kecemerlangan diri sebagai seorang guru

    yang profesional seperti menguasai subjek iaitu kandungan kurikulum. Guru perlu

    menguasai dan menghayati kandungan subjek dan memastikan bahawa guru seorang yang

    pakar dalam subjek yang diajar. Guru boleh merealisasikan hal ini dengan mengamalkan

    pembelajaran sepanjang hayat, iaitu sentiasa menganggap proses pembelajaran ialah

    proses yang berterusan dan mengamalkan budaya ilmu melalui pembacaan, secara tidak

    langsung dapat membantu murid dalam pembelajaran serta dapat memahami dengan baik

    sesuatu subjek dan memberi kesan yang mendalam dalam pembelajaran mereka.

    Tambahan pula, guru haruslah mahir dan berketrampilan dalam pedagogi iaitu

    pengajaran dan pembelajaran. Selain mempunyai ilmu dan kemahiran asas dalam pedadogi,

    seseorang guru perlu mengikuti perkembangan terkini dalam dunia pendidikan untuk

    memastikan terdapat unsur unsur terkini untuk diperbaharui amalan pedadogi. Setiap

    amalan terbaik di dalam bilik darjah perlu sebati di dalam diri guru dan guru perlulah sentiasa

    kreatif mencari pendekatan- pendekatan agar dapat menarik minat murid lantas dapat

    mencapai objektif pengajaran pada hari tersebut.

  • 7/29/2019 esemen FPK

    9/15

    9

    Tuntasnya, KSSR menekankan pembelajaran berpusatkan murid, jadi segala bentuk

    pedadogi atau pengajaran haruslah berpusatkan murid supaya mereka lebih aktif dan dapat

    menyuntik semangat keyakinan dan dapat beri penekanan terhadap tunjang komunikasi

    yang menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi lantas dapat

    merealisasikan hasrat FPK dan FPG.

  • 7/29/2019 esemen FPK

    10/15

    10

    2.5 Guru Sebagai Pendidik Dan Pakar Rujuk

    Peranan guru yang seterusnya dalam melaksanakan hasrat FPG dan FPK ialah guru

    sebagai pendidik dan pakar rujuk. Menurut J.M Cooper guru yang berkesan ialah guru yang

    memperolehi ilmu pengetahuan khusus dan kemahiran mengajar seperti menguasai ilmupengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia. Contohnya, guru haruslah

    mendalami setiap jiwa murid agar guru dapat mengawal dan menerapkan nilai nilai dalam

    diri murd murid. Seterusnya, guru menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan

    pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala. Guru haruslah

    sentiasa mewujudkan komunikasi dua hala atau satu dalam pembelajaran agar murid

    sentiasa aktif dan mereka seronok ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku.

    Selain itu, guru juga perlu memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata

    pelajaran yang diajar serta menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan

    murid murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Jika guru tersebut mengajar mata

    pelajaran Bahasa Melayu, guru haruslah sentiasa menkaji tentang subjek tersebut agar

    murid tidak ketinggalan dan sentiasa memperoleh input input yang baru. Selain itu, guru

    juga harus mempelbagaikan kaedah dan teknik seperti kaedah berlakon, bercerita, dan

    sebagainya agar pelajar tidak mudah bosan ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    dijalankan.

    Tambahan pula, guru sebagai pakar rujuk kepada murid muridnya hendaklah

    melengkapkan diri bukan sahaja dalam bidang kurikulum sekolah tapi juga dalam bidang

    kerohanian dan emosi serta pengetahuan am. Ini kerana murid murid suka juga bertanya

    tentang perkara yang tidak berkaitan dengan subjek tersebut jadi sebagai guru

    lengkapkanlah diri dengan pelbagai ilmu agar dapat memudahkan proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    Kesimpulannya , guru bukan sahaja dikenali sebagai pendidik tetapi juga sebagai

    pakar rujuk kepada murid kerana guru merupakan sumber utama mereka mendapat ilmudan maklumat. Oleh itu, guru haruslah menjadi pakar rujuk yang utama kepada murid untuk

    melahirkan murid yang boleh berkomunikasi dengan pelbagai bahasa, beretika, mempunyai

    keyakinan diri, bersikap patriotik, menghayati dan mengamalkan semangat perpaduan dan

    cintakan negara, menepati ciri ciri yang ingin dibentuk melalui pembentukan KSSR.

  • 7/29/2019 esemen FPK

    11/15

    11

    3.0 Rumusan

    Transformasi Kurikulum persekolahan merupakan usaha yang dilakukan bagi memastikan

    kurikulum tersebut holistik, sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan yang seimbang

    dan mampu menangani cabaran semasa dan masa depan. Sebagai usaha bagimemastikan transformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di perkukuh serta

    ditambah baik dan penggunaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai agen

    perubahan mampu mencapai objektif, para jurulatih utama terlebih dahulu diberikan kursus

    orientasi. Sebagai melengkapkan para guru berhadapan dengan cabaran melaksanakan

    KSSR, satu lagi kursus orientasi turut dianjurkan pada peringkat negeri oleh jurulatih utama

    masingmasing mengikut mata pelajaran.

    Sehubung dengan itu, guru haruslah menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    dan Falsafah Pendidikan Guru dahulu agar setiap elemen elemen yang ingin dicapai

    dalam KSSR dapat dilaksanakan. Dalam membangunkan modal insan, guru haruslah

    memperbaiki dahulu kelemahan kelemahan diri mereka agar mereka dapat memberikan

    yang terbaik kepada murid dalam menerapkan unsur unsur modal insan dalam diri mereka.

    Selain itu, guru juga harus berfikiran luar daripada kotak supaya dapat menaja pemikiran

    murid ke arah yang lebih jauh atau lebih kepada kajian masa depan.

    Selain itu,dalam menjayakan hasrat FPK dan FPG ini guru juga harus

    mempertingkatkan profesionalisme. Para pendidik harus sedar tentang tugas dan amanah

    yang dipikul untuk medidik generasi yang akam mencapai wawasan negara. Kemahiran dan

    pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha untuk mengaplikasikan

    kaedah kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Seorang pendidik juga perlu

    mempunyai ciri ciri yang berkualiti seperti yang terkandung dalam FPK serta sentiasa

    memperkemaskan kualiti sebagai pendidik dari semasa ke semasa dengan latihan, seminar

    dan lain lain kursus dalam perkhidmatan.

    Oleh itu, guru seharusnya memahami akan peranan mereka sepenuhnya dalam

    menjayakan modal insan ini. Segalanya perlu bermula dari diri guru tersebut. Menjadi

    seorang guru yang cemerlang bukan sahaja dinilai dari aspek luaran semata-mata, tetapi

    yang lebih penting adalah keperkasaan dari aspek profesionalismenya, prinsipnya, keutuhan

    peribadinya, kecekapan dan ketrampilan mental dan intelektualnya, kestabilan emosi dan

    spiritualnya seta kebijaksanaan kepimpinannya. Usaha-usaha ini penting dalam menyiapkan

    diri mereka sebagai role-model utama terhadap generasi bakal peneraju kemajuan negara

    suatu hari nanti.

  • 7/29/2019 esemen FPK

    12/15

    12

    4.0 Rujukan

    Choong Lean Keow, (2011), Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia,Kuala Lumpur,

    Kumpulan Budiman Sdn Bhd

    Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin, ( 2012) Falsafah &

    Pendidikan Di Malaysia,Selangor

    Oxford Fajar Sdn Bhd

    Syed Ismail Syed Mustafa, Ahmad Subki Miskon, ( 2012), Penghantar Pendidikan, Perak ,

    Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

    pensyarah tamadun islam kangar perlis, december 2009, akhalak dalam pembentukan diri,

    diakses pada 9 march

    http://ctu101az.blogspot.com/2009/12/bab-5-akhlak-dalam-pembentukan-jati.html

    jihah, Tuesday 8 march 2011, kreativiti dan kritis, diakses pada 9 march

    http://mond0k.blogspot.com/2011/03/kreativiti_7785.html

    http://ctu101az.blogspot.com/2009/12/bab-5-akhlak-dalam-pembentukan-jati.htmlhttp://ctu101az.blogspot.com/2009/12/bab-5-akhlak-dalam-pembentukan-jati.htmlhttp://mond0k.blogspot.com/2011/03/kreativiti_7785.htmlhttp://mond0k.blogspot.com/2011/03/kreativiti_7785.htmlhttp://mond0k.blogspot.com/2011/03/kreativiti_7785.htmlhttp://ctu101az.blogspot.com/2009/12/bab-5-akhlak-dalam-pembentukan-jati.html
  • 7/29/2019 esemen FPK

    13/15

    13

    Refleksi

    Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu

    Encik Halim Bin Wan Ibrahim. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan

    kurniaNYA dapat saya menyiapkan tugasan projek bagi subjek Falsafah dan Pendidikan diMalaysia ini tepat pada masanya. Terima kasih kepada Encik Halim selaku pensyarah

    pembimbing kerana sudi memberi perhatian dan sokongan terhadap tugasan saya ini,

    tanpa bantuan beliau saya tidak mungkin dapat melaksanakan tugasan ini dengan jayanya.

    Semasa dalam proses menyiapkan tugasan projek ini pelbagai pengalaman telah

    saya dapati dalam melaksanakannya seperti proses mengumpul maklumat, bahan atau

    dokumen dokumen yang berkaitan dengan tugasan. Saya memulakan pencarian maklumat

    di perpustakaan dan selepas itu, saya mula mencari buku rujukan yang berkaitan dengan

    tajuk soalan tugasan. Seterusnya, saya mula mencari dan meminjam buku rujukan dengan

    kawan kawan. Selain itu, saya juga menggunakan internet untuk mencari maklumat dan

    mengumpul semua maklumat yang berkaitan. Setelah maklumat yang diingini telah didapati

    saya akan kumpulkan semua maklumat dan kaji atau olah semua maklumat berikut

    berdasarkan soalan dan ambil maklumat yang perlu sahaja.

    Masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan ini ialah ketika proses

    mencari maklumat maklumat tambahan yang dapat menyokong huraian saya dan

    masalah masa yang padat kerana ketika itu pelbagai aktiviti dijalankan di institut. Tetapi

    saya dapat menghadapi masalah ini dengan baik dengan meminjam buku di perpustakaan

    dan menggunakan internet untuk mencari maklumat maklumat tambahan. Selain itu, saya

    juga dapat membahagikan masa dengan baik untuk menyiapkan tugasan ini.

    Melalui tugasan ini saya juga dapat mempertingkatkan lagi kefahaman saya tentang

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau lebih dikenali sebagai KSSR. Saya dapat

    mendalami konsep KSSR ini yang lebih tertumpu kepada penglibatan murid atau lebih

    berpusatkan murid berbanding KBSR ( Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ). Selain itu,saya juga mendapat beberapa maklumat tentang KSSR yang memainkan peranan besar

    dalam membentuk modal insan dan terdapat elemen elemen yang penting yang harus

    diterapkan dalam diri setiap murid untuk melahirkan modal insan tersebut seperti elemen

    komunikasi, sain & teknologi, perkembangan fizikal & estetika, Kerohanian,sikap & nilai. ,

    kemanusiaan, serta ketrampilan diri,

  • 7/29/2019 esemen FPK

    14/15

    14

    Semua elemen yang diterangkan dalam KSSR merupakan elemen yang penting dan

    harus ada dalam diri generasi yang akan datang kerana untuk melahirkan modal insan

    bukan mudah dan memerlukan perancangan yang rapi. Perubahan kurikulum berlaku dari

    semasa ke semasa adalah bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara. Perubahan yang

    dilakukan bergantung kepada perubahan dan kepentingan semasa. Di samping itu, faktor

    persekitaran sosial,ekonomi dan politik yang semakin mencabar dan kompleks, memainkan

    peranan penting yang mendorong kepada perubahan terhadap orientasi sesuatu kurikulum

    supaya kurikulum itu sendiri sentiasa releven dengan keperluan serta dapat merealisasikan

    wawasan 2020 .

    Walau bagaimanapun, daripada pengetahuan yang saya dapati setelah menyiapkan

    tugasan ini terdapat beberapa jenis perubahan kurikulum iaitu bercorak hemeostatik,

    perkembangan, neomobilistik dan metamorphistik. Segala perubahan kurikulum adalah

    berdasarkan kepada falsafah pendidikan untuk memperkembangkan potensi dan keupayaan

    individu. Selain itu, saya juga banyak mendapat input tentang peranan guru dalam

    menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ketika

    menyiapkan tugasan ini.

    Tuntasnya, tugasan ini dapat membantu saya dalam menyiapkan diri dalam proses

    persediaan sebagai seorang bakal pendidik agar dapat melahirkan modal insan yang

    berkualiti untuk negara. Oleh itu, semua bakal pendidik atau pendidik haruslah meningkatkan

    kefahaman tentang KSSR dulu sebelum melaksanakan tanggungjawab mereka agar segala

    objektif dan tujuan KSSR tercapai.

  • 7/29/2019 esemen FPK

    15/15

    15

    Lampiran