Faktor Keracunan Bahasa

7
Faktor-faktor Penyebab Kerancuan Banyak faktor yang menyebabkan kerancuan terjadi. Menurut Awang Sariyan ( 1994) " Salah satu punca utama terjadinya kerancuan bahasa kita ialah wujudnya manusia yang bukan ahli tempat yang menentukan nasib bahasa Melayu itu sendiri. Wajarkah kita menyalahkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa jika bahasa yang diajarkan memang bahasa yang kacau dan dijalankan pula oleh manusia yang belum benar-benar mahir dalam selok-belok bahasa?" Faktor yang pertama ialah gangguan daripada bahasa ibunda, dialek atau bahasa daerah, serta bahasa lisan atau bahasa pasar. Tidak dinafikan penggunaan bahasa-bahasa tersebut sedikit sebanyak mengganggu usaha pembakuan bahasa Melayu kerana dengan penggunaan bahasa-bahasa tersebut di dalam kehidupan seharian, pengguna bahasa Melayu sukar untuk membandingkan bahasa baku yang betul dan tidak Pengaruh bahasa asing juga merupakan penyebab penutur bahasa Melayu melakukan kesalahan. Kesalahan ini berlaku kerana penggunaan istilah yang tidak tepat. Sebagai contoh, oleh sebab begitu ghairah untuk menggunakan bahasa Inggeris, maka banyak perkataan Inggeris telah cuba dimelayukan. Perkataanbajet, misalnya, diambil daripada perkataan Inggeris,budget, dengan

description

bahasa

Transcript of Faktor Keracunan Bahasa

Page 1: Faktor Keracunan Bahasa

Faktor-faktor Penyebab Kerancuan Banyak faktor yang menyebabkan kerancuan terjadi. Menurut Awang Sariyan ( 1994)

" Salah satu punca utama terjadinya kerancuan bahasa kita ialah wujudnya manusia yang bukan ahli tempat yang

menentukan nasib bahasa Melayu itu sendiri. Wajarkah kita menyalahkan para pelajar yang lemah dalam

penguasaan bahasa jika bahasa yang diajarkan memang bahasa yang kacau dan dijalankan pula oleh manusia yang

belum benar-benar mahir dalam selok-belok bahasa?"

Faktor yang pertama ialah gangguan daripada bahasa ibunda, dialek atau bahasa daerah, serta bahasa

lisan atau bahasa pasar. Tidak dinafikan penggunaan bahasa-bahasa tersebut sedikit sebanyak

mengganggu usaha pembakuan bahasa Melayu kerana dengan penggunaan bahasa-bahasa tersebut di

dalam kehidupan seharian, pengguna bahasa Melayu sukar untuk membandingkan bahasa baku yang

betul dan tidak

Pengaruh bahasa asing juga merupakan penyebab penutur bahasa Melayu melakukan kesalahan.

Kesalahan ini berlaku kerana penggunaan istilah yang tidak tepat. Sebagai contoh, oleh sebab

begitu ghairah untuk menggunakan bahasa Inggeris, maka banyak perkataan Inggeris telah cuba

dimelayukan. Perkataanbajet, misalnya, diambil daripada perkataan Inggeris,budget, dengan

alasan lebih tepat. Alasan yang dikemukakan ialah perkataan belanjawan membawa makna yang

negatif, iaitu orang yang suka berbelanja.Pengaruh media massa juga merupakan faktor

terpenting yang menyebabkan kerancuan terjadi. Bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen,

atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa. Contoh terbaru yang dapat kita lihat ialah

Page 2: Faktor Keracunan Bahasa

penggunaan istilah infotainmen yang telah diperkenalkan oleh RTM. Penggunaan istilah tersebut

masih diteruskan penggunaannya walaupun menerima kritikan tokoh bahasa. Pencipta istilah ini tidak mengetahui

bagaimana istilah baru dibentuk seperti yang ditetapkan oleh DBP dalam buku Pedoman Umum Pembentukan

Istilah Bahasa Malaysia ( DBP, 1975) yang sudah menggariskan tujuh langkah pembentukan istilah

Faktor ketiga ialah buku yang berbeza huraian atau pegangan. Di negara kita ini, ada pelbagai buku, baik

buku tatabahasa mahupun buku teks Bahasa Melayu, yang digunakan di sekolah. Bagi pengguna bahasa

yang mendalami bidang bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi, mereka pernah didedahkan kepada

buku tatabahasa yang ditulis Za'ba, Asmah Omar dan lain-lain. Pelajar sekolah pula didedahkan kepada

aspek tatabahasa berdasarkan buku tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan. Kekeliruan berlaku

berpunca daripada ketidakseragaman huraian dari segi ejaan, golongan kata dan tatabahasa.

4.1.4Faktor seterusnya ialah pengguna bahasa Melayu tidak mengetahui sistem bahasa. Setiap bahasa di

dunia ini mempunyai sistemnya tersendiri. Oleh sebab pengguna bahasa tidak mengetahui sistem ini,

maka mereka melakukan kesalahan. Sebenarnya, bahasa Melayu mempunyai sistem, baik dari segi

ejaan, morfologi mahupun sintaksis. Lihat sistem bahasa Melayu tentang pembentukan apitan pe...an,

seperti yang berikut

Laksana –melaksanakan-pelaksanaan( bukan *perlaksanaan) •

Lantik –melantik –pelantikan ( bukan *perlantikan

Faktor yang kelima ialah kejahilan dalam kalangan pengguna bahasa. Ada sesetengah pihak yang

mengaku tahu, tetapi sebenarnya tidak tahu, malah aspek bahasa yang salah dikatakan yang salah

Page 3: Faktor Keracunan Bahasa

dikatakan betul, manakala aspek bahasa yang betul dikatakan salah. Banyak kosa kata yang yang muncul

sejak akhir-akhir ini yang memaparkan gejala tersebut. Dalam kajian bahasa, gejala ini dikenali sebagai

kejahilan bahasa. Mereka yang terlibat dalam gejala ini tidak mahu mengambil kira pandangan ahli

bahasa atau badan yang dipertanggungjawabkan untuk menangani masalah bahasa

Punca penutur guna bahasa rojakOleh Johan JaaffarORANG seperti saya berkemungkinan besar membuat banyak kesilapan bahasa.Saya mendapat pendidikan Inggeris dan banyak menulis dalam bahasaInggeris. Saya juga pernah menjadi Ketua Pengarang sebuah akhbar arusperdana bahasa Melayu dan menulis dalam bahasa Melayu. Pada masa ini,saya menjadi kolumnis untuk akhbar New Straits Times (setiap Sabtu)selain akhbar ini, tentunya menggunakan dua bahasa yang berbeza. Sayaamat sedar kemungkinan saya menulis dalam bahasa Melayu menggunakan poladan gaya bahasa Inggeris atau menulis dalam bahasa Inggeris sambilberfikir dalam bahasa Melayu. Kedua-duanya adalah bahasa yang berbeza dari segi ragam, nahu, strukturayat dan lenggok. Bahasa-bahasa itu juga dicorakkan oleh budaya yangberbeza. Lagi pula bahasa adalah sebahagian daripada sistem budaya dansosial. Bahasa mencerminkan bangsa. Malah, lebih tepat lagi jikalaudikatakan bahasa itu sebenarnya jiwa sesuatu bangsa. Memang sukar untuk berfikir dalam satu bahasa sambil menulis dalambahasa yang lain. Berdasarkan pengalaman, jikalau menulis untuk NST, sayaharus berfikir dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, sementara saya akanberfikir dalam bahasa Melayu apabila menulis untuk akhbar ini. Dalamkajian ilmu bahasa, terdapat konsep yang disebut code-switching. Mungkindalam ilmu bahasa, konsep ini merujuk pada proses pemindahan ataupercampuran unsur bahasa atau language codes antara bahasa-bahasa yangterbabit (dalam konteks kita bahasa Melayu dan Inggeris). Mungkin bagiorang yang menulis dalam dua bahasa seperti saya, proses ini tidak lebihdaripada sekadar menutup satu `paip' pemikiran untuk masuk ke `paip'pemikiran lain. Saya percaya penutur yang menguasai banyak bahasa menggunakan kaedahini. "Berfikir dalam satu bahasa pada satu masa", demikianlah lebihkurang prinsipnya. Sekiranya saya berfikir dalam bahasa Melayu, sayatidak mungkin menulis ayat sebegini dalam salah sebuah rencana saya, "Ifind it perplexing that books by an indefatigable crusader forinter-faith dialogue are deemed disruptive to Muslims in this country."(NST, 30 Jun 2007). Bahasa Melayu mempunyai gayanya yang tersendiri, ataunuansa kebahasaan khusus sesuai dengan nilai dan budaya bahasa itu.Bahasa Inggeris juga mempunyai ciri dan sifat yang khusus. Ada kalanya saya menyedari kesilapan saya kerana dipengaruhi oleh salahsatu daripada bahasa berkenaan. Mungkin ayat bahasa Melayu saya `berbau'Inggeris dan ungkapan bahasa Inggeris saya agak janggal kerana pengaruhbahasa Melayu. Kadangkala beberapa ungkapan yang saya gunakanterang-terang adalah terjemahan literal daripada bahasa Inggeris. Malah,saya juga pernah ditegur agar tidak terlalu `keInggerisan' dari segistruktur ayat bahasa Melayu saya. Maka itu saya amat bersetuju dengan banyak hujah yang diberikan oleh

Page 4: Faktor Keracunan Bahasa

Datuk Dr Hassan Ahmad apabila beliau membentangkan kertas kerja berjudulKecelaruan Bahasa Melayu dari Faktor Dalaman dalam Seminar Bahasa Rojakdi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berakhir Khamis lalu. Seminar itubertujuan `untuk mengenal pasti bentuk dan penggunaan bahasa rojak dalammencari kaedah membimbing penggunaan bahasa yang baik dalam pelbagaisituasi dan konteks.' Memang isu bahasa rojak ini banyak diperkatakan akhir-akhir ini. Adapandangan yang mengatakan bahawa kemunculan bahasa rojak tidak dapatdielakkan. Bahasa perlu dinamis untuk berkembang. Bahasa rojak adalahsebahagian daripada akibat langsung `penciptaan semula' bahasa Melayuyang dalam proses perkembangannya yang pesat. Malah, seperti jugabahasa-bahasa utama dunia yang berdepan dengan krisis, ekoran ragambahasa di dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan internet, bahasa Melayuharus juga berdepan dengan masalah kecelaruan berikutan penggunaannyayang meluas dan oleh pelbagai kalangan. Apa yang membezakan bahasa ituialah laras dan ragamnya sesuai dengan taraf penguasaan pengguna atausituasi penggunaannya. Ada yang berpendapat asal bahasa formal dapatdipertahankan, memadailah. Apa yang membimbangkan ialah bahasa rojak begitu meluas digunakan dimedia hingga akhirnya menjejaskan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.Pada akhirnya apa yang dianggap bahasa yang celaru diterima sebagaipemakaian yang betul dalam masyarakat. Dalam kertas kerja itu, Hassan menyebutkan di antara punca utamaberlaku kecelaruan itu ialah kegagalan orang Melayu yang bukan saja tidakmempunyai kecekapan linguistik (linguistic competence) tetapi jugaketiadaan kecekapan berkomunikasi dalam masyarakat (communicativecompetence). Kecelaruan ini banyak dilakukan oleh orang Melayu yang menguasai bahasaInggeris sebagai bahasa kedua. Mereka mungkin secara sedar atau tidak,sering berfikir dalam atau melalui bahasa Inggeris, lantas merekamelakukan kesalahan bahasa baik pada peringkat sistem atau strukturbahasa mahupun pada peringkat leksikal dan bentuk kata. Katanya, masalah kecelaruan lebih jelas apabila bahasa kedua (bahasaInggeris) digunakan sebagai alat pemikiran yang utama. Pada waktu yangsama mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai `bahasa terjemahan.' BahasaMelayu digunakan tidak lebih untuk `menterjemahkan fikiran' yang dibentukdalam bahasa Inggeris. Dalam keadaan itu peraturan sistem bahasa Inggerisyang mewakili cara berfikir dan budaya pengucap asli bahasa itu cubadigunakan atau ditiru dalam bahasa Melayu. Hassan berpendapat bahawa kecelaruan bahasa tidak semestinya berertikesalahan bahasa saja. Kecelaruan ini berlaku `apabila terdapatperaturan-peraturan bahasa, biasanya peraturan yang preskriptif, yangtidak konsisten atau yang tidak sesuai dengan sistem bahasa Melayu yangasli.' Atau lebih jelas apabila bahasa yang digunakan itu menyalahiperaturan bahasa `asli' bahasa Melayu. Katanya, `orang Melayu makin lama makin tidak berfikir atau tidakpandai berfikir lagi dalam bahasanya sendiri.' Lantas mereka menggunakanbahasa kedua, khususnya bahasa Inggeris sebagai `bahasa fikiran' merekadan ini menyebabkan mereka membuat pelbagai kesalahan dalam bahasaMelayu. Apabila `sistem' bahasa Inggeris mempengaruhi pengguna bahasa,ayat dan kata-kata bahasa Inggeris mulai bercampur-baur dengan ayat dankata-kata bahasa Melayu. Apabila orang Melayu mulai bergantung padakata-kata leksikal dalam bahasa Inggeris, maka bahasa rojak akanberleluasa. Bagaimanapun, kata Hassan, tiga perkara harus diambil perhatian apabila

Page 5: Faktor Keracunan Bahasa

kita bercakap tentang bahasa rojak. Pertama, bahasa rojak bukan bahasakacukan seperti bahasa Creol dan Pidgin atau bahasa Melayu pasar. Malah,jikalau dikaji kebanyakan ayat, frasa atau kata-kata yang digunakan tidaksalah dari segi bentuk dan strukturnya. Kedua, bahasa rojak tidaksemestinya digunakan oleh mereka yang lemah bahasa Inggeris atau bahasaMelayunya. Ketiga, bahasa rojak digunakan hanya dalam bentuk komunikasilisan tetapi tidak dalam bentuk tulisan. Jikalau begitu keadaannya, bahasa rojak masih belum terlalu serius danmasih boleh diperbaiki. Paling penting ialah orang Melayu harusmenggunakan bahasa Melayu sebagai alat pemikiran utamanya bagimengelakkan kecelaruan berfikir dan menggunakan bahasa. Beliau jugamencadangkan agar bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah tidak harusditumpukan hanya sebagai sistem linguistik tetapi juga diajar sebagaisistem atau alat pemikiran dan budaya. Saya bersetuju dengan beliau bahawa sekiranya bahasa rojak ini tidakdikawal orang Melayu `akan kehilangan alat yang penting bagi kemajuanpendidikan, fikiran, ilmu dan budaya mereka, yakni bahasa Melayu.' Kedua,bahasa rojak akan menjadikan bahasa Melayu bahasa kacukan seperti bahasaCreol atau Pidgin. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara harusdipertahankan martabatnya sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sikapketerbukaan kita untuk melihat bahasa itu maju dan dinamis jangan sampaimembenarkan ia menjadi bahasa bertaraf rendah dan dicemuh di negaranyasendiri. Hassan mengingatkan penulis dwi-bahasa seperti saya akan bahayanya saya`mencelarukan' bahasa saya sendiri.