Faktor Mempengaruhi Pencapaian Akademik

2
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK Hasil kajian yang telah saya lakukan, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik di kalangan murid. Pertama ialah tekanan. Banyak kajian lep as yang mengatakan tekanan atau stres mempunyai hubungan yang kuat dalam mempeng aruhi prestasi akademik murid. Kajian Hayati Mohammad (1998), Mara Merani (1999) , Sharozat Ibrahim (1981) dan Mohd Zain Kader (1995), jelas menunjukkan terdapat pengaruh tekanan ke atas pencapaian akademik murid. Kebanyakan kajian di atas m enunjukkan tahap tekanan yang tinggi akan meninggalkan kesan negatif yang tinggi ke atas proses pembelajaran seseorang murid berbanding dengan kesan positif. Siti Nor Yaakob (1990) melihat perkaitan faktor latar belakang keluarga dengan p encapaian akademik murid. Murid yang mempunyai ibu bapa yang berpendidikan dan b erpendapatan tinggi didapati adalah lebih cemerlang prestasi akademiknya berband ing dengan murid yang mempunyai ibu bapa yang berpendidikan dan berpendapatan re ndah. Keluarga yang berpendapatan rendah akan lebih membelanjakan sejumlah besar pendapatan mereka untuk keperluan asas dan mempunyai kurang peruntukkan untuk k eperluan pendidikan dan keperluan lain. Keadaan seumpama ini boleh memberikan te kanan serta menjejaskan tahap pencapaian akademik murid. Jas Laile Suzanna Jaafar (1996) juga bersetuju dengan pandangan ini dan mengatak an murid dari latar belakang sosio-ekonomi yang tinggi lebih cenderung untuk mem perolehi tahap pencapaian akademik yang tinggi berbanding murid dari keluarga ya ng mempunyai tahap ekonomi yang sederhana. Tekanan yang wujud dalam diri murid boleh menyumbang kepada kegagalan murid menc apai akademik yang baik. Ini kerana murid masih tidak mampu mengawal tahap tekan an dan memerlukan seseorang seperti guru bagi membantu menyelasaikan masalah mer eka. Sekiranya tekanan murid tidak dapat ditangani pada peringkat awal, dikhuati ri ia akan memakan murid itu sendiri. Murid itu akan tidak bermotivasi dan serin g menganggap diri mereka pengecut dan orang yang tewas. Pada jangka masa panjang , ia akan memberi kesan terhadap kehidupan murid itu kelak. Mentaliti inilah yan g perlu dijauhi daripada minda dan perspektif murid pada peringkat awal. Faktor tekanan boleh dikaitkan dengan Teori Psikososial Erikson di mana seseoran g kanak-kanak melalui lapan tahap perkembangan dalam hidup yang penuh dengan kri sis. Sesorang perlu melalui krisis pada tahap-tahap tersebut. Faktor yang kedua ialah persekitaran keluarga. Menurut kajian Chua Mooi Kim (199 4) mengenai persekitaran keluarga dan hubungannya dengan konsep kendiri dan penc apaian akademik murid mendapati persekitaran keluarga yang mesra dalam konteks p erhubungan akan memberi konsep kendiri dan pencapaian akademik murid. Keluarga merupakan institusi yang utama, kerana keluarga mempunyai peranan besar dalam melahirkan masyarakat yang harmonis, berilmu seterusnya melahirkan warga yang cemerlang dalam mencapai wawasan yang seimbang antara kemajuan dan pembangu nan modal insan. Dalam institusi keluarga, ibu bapa merupakan individu yang pali ng hampir dengan anak-anak dan mereka yang mencorakkan perkembangan peribadi ana k-anak bermula di peringkat kelahiran sehinggalah ke peringkat dewasa (Rohner, R onald & Veneziano, 2001). Asuhan dan didikan yang sempurna juga perhatian yang s ecukupnya serta kasih sayang terhadap anak-anak akan mencorakkan kehidupan anak- anak di masa akan datang (Lain Ehmann, 2001). Murid yang mempunyai latar belakang keluarga yang agak berada dan berpendidikan sememangnya memiliki persekitaran keluarga yang memberangsangkan berbanding muri d yang yang mempunyai latar belakang sederhana. Sebagai contoh, terdapat seorang orang murid saya yang mempunyai bapa bekerja sebagai buruh kasar dan ibu sebaga i suri rumah sepenuh masa. Oleh kerana bapa adalah ketua keluarga dan lebih bany ak menghabiskan masa bekerja dan ibu pula memikul beban menjaga adik-beradik yan g ramai, maka kebajikan dan keperluan murid tersebut terabai. Murid tersebut aka

description

Faktor Mempengaruhi Pencapaian Akademik

Transcript of Faktor Mempengaruhi Pencapaian Akademik

Page 1: Faktor Mempengaruhi Pencapaian Akademik

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK

Hasil kajian yang telah saya lakukan, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik di kalangan murid. Pertama ialah tekanan. Banyak kajian lepas yang mengatakan tekanan atau stres mempunyai hubungan yang kuat dalam mempengaruhi prestasi akademik murid. Kajian Hayati Mohammad (1998), Mara Merani (1999), Sharozat Ibrahim (1981) dan Mohd Zain Kader (1995), jelas menunjukkan terdapat pengaruh tekanan ke atas pencapaian akademik murid. Kebanyakan kajian di atas menunjukkan tahap tekanan yang tinggi akan meninggalkan kesan negatif yang tinggi ke atas proses pembelajaran seseorang murid berbanding dengan kesan positif.

Siti Nor Yaakob (1990) melihat perkaitan faktor latar belakang keluarga dengan pencapaian akademik murid. Murid yang mempunyai ibu bapa yang berpendidikan dan berpendapatan tinggi didapati adalah lebih cemerlang prestasi akademiknya berbanding dengan murid yang mempunyai ibu bapa yang berpendidikan dan berpendapatan rendah. Keluarga yang berpendapatan rendah akan lebih membelanjakan sejumlah besar pendapatan mereka untuk keperluan asas dan mempunyai kurang peruntukkan untuk keperluan pendidikan dan keperluan lain. Keadaan seumpama ini boleh memberikan tekanan serta menjejaskan tahap pencapaian akademik murid.

Jas Laile Suzanna Jaafar (1996) juga bersetuju dengan pandangan ini dan mengatakan murid dari latar belakang sosio-ekonomi yang tinggi lebih cenderung untuk memperolehi tahap pencapaian akademik yang tinggi berbanding murid dari keluarga yang mempunyai tahap ekonomi yang sederhana.

Tekanan yang wujud dalam diri murid boleh menyumbang kepada kegagalan murid mencapai akademik yang baik. Ini kerana murid masih tidak mampu mengawal tahap tekanan dan memerlukan seseorang seperti guru bagi membantu menyelasaikan masalah mereka. Sekiranya tekanan murid tidak dapat ditangani pada peringkat awal, dikhuatiri ia akan memakan murid itu sendiri. Murid itu akan tidak bermotivasi dan sering menganggap diri mereka pengecut dan orang yang tewas. Pada jangka masa panjang, ia akan memberi kesan terhadap kehidupan murid itu kelak. Mentaliti inilah yang perlu dijauhi daripada minda dan perspektif murid pada peringkat awal.

Faktor tekanan boleh dikaitkan dengan Teori Psikososial Erikson di mana seseorang kanak-kanak melalui lapan tahap perkembangan dalam hidup yang penuh dengan krisis. Sesorang perlu melalui krisis pada tahap-tahap tersebut.

Faktor yang kedua ialah persekitaran keluarga. Menurut kajian Chua Mooi Kim (1994) mengenai persekitaran keluarga dan hubungannya dengan konsep kendiri dan pencapaian akademik murid mendapati persekitaran keluarga yang mesra dalam konteks perhubungan akan memberi konsep kendiri dan pencapaian akademik murid.

Keluarga merupakan institusi yang utama, kerana keluarga mempunyai peranan besar dalam melahirkan masyarakat yang harmonis, berilmu seterusnya melahirkan warga yang cemerlang dalam mencapai wawasan yang seimbang antara kemajuan dan pembangunan modal insan. Dalam institusi keluarga, ibu bapa merupakan individu yang paling hampir dengan anak-anak dan mereka yang mencorakkan perkembangan peribadi anak-anak bermula di peringkat kelahiran sehinggalah ke peringkat dewasa (Rohner, Ronald & Veneziano, 2001). Asuhan dan didikan yang sempurna juga perhatian yang secukupnya serta kasih sayang terhadap anak-anak akan mencorakkan kehidupan anak-anak di masa akan datang (Lain Ehmann, 2001).

Murid yang mempunyai latar belakang keluarga yang agak berada dan berpendidikan sememangnya memiliki persekitaran keluarga yang memberangsangkan berbanding murid yang yang mempunyai latar belakang sederhana. Sebagai contoh, terdapat seorang orang murid saya yang mempunyai bapa bekerja sebagai buruh kasar dan ibu sebagai suri rumah sepenuh masa. Oleh kerana bapa adalah ketua keluarga dan lebih banyak menghabiskan masa bekerja dan ibu pula memikul beban menjaga adik-beradik yang ramai, maka kebajikan dan keperluan murid tersebut terabai. Murid tersebut aka

Page 2: Faktor Mempengaruhi Pencapaian Akademik

n memberontak di sekolah untuk menarik perhatian guru dan murid-murid lain seperti mengganggu kawan sekelas. Sebenarnya murid ini mempunyai potensi untuk terus maju tetapi disebabkan keperluan dan kebajikan murid ini terabai di rumah, maka murid ini melanggar disiplin di sekolah untuk menarik perhatian semua orang.Masalah persekitaran keluarga boleh dikaitkan dengan Teori Arnolg Gessel. Teori ini memfokuskan kepada baka sebagai penggerak utama dalam perkembangan individu. Beliau percaya bahawa kematangan fizikal penting dalam kelancaran proses pembelajaran. Kebolehan anak akan muncul mengikut perkembangan dan kematangan masing-masing.

Faktor yang ketiga ialah bahasa dan perhubungan antara murid dengan guru dan kakitangan am. Harbiah Kasim (1994) menunjukkan antara masalah pokok yang dihadapi oleh murid yang berkaitan dengan soal akademik ialah bahasa, perhubungan antara murid dengan guru dan kakitangan am, dan beberapa masalah lain. Hayati Mohammad (1998) pula melihat hubungan antara sokongan sosial dengan penghargaan kendiri dan juga pengaruhnya terhadap pencapaian akademik. Kajian beliau mendapati secara keseluruhannya sumber sokongan ibu bapa, rakan-rakan dan ahli keluarga tidak mempengaruhi pencapaian akademik seorang murid. Berbeza pula dalam kes yang berlaku di sekolah saya, murid yang mempunyai perbezaan dalam pencapaian akademik dilihat amat ketara dalam menguasai bahasa dan perhubungan antara murid dengan guru dan kakitangan am. Murid yang cemerlang dalam akademik menguasai bahasa dengan baik sama ada dari segi pertuturan mahupun penulisan, dan hubungan antara murid dengan guru dan kakitangan am berbanding dengan murid yang kurang cemerlang dalam akademik. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan kesinambungan faktor persekitaran keluarga di mana ibu bapa telah mengajar anak-anak mereka dalam berbahasa dan berkomunikasi dengan baik walau di mana mereka berada. Sifat kesopanan dalam berbahasa dapat menjamin perhubungan yang baik.

Faktor yang keempat ialah bermotivasi lemah. Mohd Zain Abdul Kader (1994) menjelaskan beberapa kelemahan murid dalam bidang akademik adalah kerana mereka lemah dan kurang bermotivasi dalam menangani cabaran akademik, kurang melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum, kurang memahami teknik-teknik belajar yang berkesan dan kurang cekap dalam perhubungan antara manusia. Motivasi, gaya pembelajaran dan iklim bilik darjah adalah berhubung rapat dengan pencapaian murid dalam pelajaran. Pencapaian murid yang lemah dalam akademik menimbulkan kesan negatif. Antara lain ialah seperti keciciran dalam pelajaran dan sebagainya. Selain itu, faktor yang mempengaruhi pencapaian murid ialah keberkesanan motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling. Oleh itu, keberkesanan gaya pembelajaran memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan motivasi dan pencapaian murid. Kebiasaannya iklim bilik darjah pada masa kini kurang dititikberatkan oleh guru sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara amnya, murid yang mempunyai motivasi rendah adalah murid yang berasal daripada keluarga yang sederhana. Hal ini dapat dilihat ketika sekolah mengadakan sesuatu aktiviti panatia. Apabila murid diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan kecil, di mana murid cemerlang akademik akan berpasangan dengan murid yang kurang cemerlang akademik. Murid yang cemerlang dalam akademik lebih banyak mengeluarkan idea yang baik dan berkomunikasi dalam menyiapkan tugasan berbanding murid yang lemah dalam akademik lebih menerima arahan dan menolong menyiapkan tugasan kumpulan. Walaupun terdapat fasilitator atau guru pembimbing bagi setiap kumpulan untuk membantu melancarkan kerjasama di kalangan murid, namun tetap wujud perbezaan motivasi ini. Murid yang kurang cemerlang akan berasa rendah diri dan beranggapan mereka tidak memiliki ciri-ciri kepimpinan dan pergaulan yang baik berbanding murid yang cemerlang.

Di sini, guru perlu melaksanakan Teori Humanis iaitu pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu lain. Strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu.