Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

9
April 21, 2008 [PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM] KURIKULUM Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada laluan dalam sesuatu pertandingan . Berdasarkan kepada konsep tersebut, perkataan kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan laluan atau laluan-laluan . Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu apa itu persekolahan . Ahli progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan kemasyarakatan dan strategi-strategi pengajaran. Kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan pembelajaran; tahap tanggungjawab yang perlu diambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran; bagaimana dan di mana kurikulum dilaksanakan (Dillard & Laidig, 1998). Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Sebenarnya terdapat dua jenis kurikulum utama iaitu kurikulum formal dan tersembunyi. Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku di bilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada kurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan rancangan eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas (Ornstein, A.C. & Hunkins, F, 1983). Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ia mungkin disebut sebagai kurikulum tak rasmi atau terlindung atau tak formal . Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut

Transcript of Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

Page 1: Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM]

KURIKULUM

Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada ‘laluan

dalam sesuatu pertandingan’. Berdasarkan kepada konsep tersebut, perkataan

kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan ‘laluan atau laluan-laluan’.

Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan

pembelajaran yang berkembang iaitu ‘apa itu persekolahan’. Ahli progresif dan

behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang

kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan

kemasyarakatan dan strategi-strategi pengajaran.

Kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi

kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan

pembelajaran; tahap tanggungjawab yang perlu diambil oleh guru dan pelajar

untuk pembelajaran; bagaimana dan di mana kurikulum dilaksanakan (Dillard &

Laidig, 1998). Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah

atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan.

Sebenarnya terdapat dua jenis kurikulum utama iaitu kurikulum formal dan

tersembunyi.

Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan

supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan

satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku

di bilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada

kurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan kandungan

dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan rancangan

eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata

pelajaran dan gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas (Ornstein,

A.C. & Hunkins, F, 1983).

Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak

formal. Ia mungkin disebut sebagai kurikulum ‘tak rasmi’ atau ‘terlindung’ atau

‘tak formal’. Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia

Page 2: Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM]

merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah

tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dari

peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia dibentuk

oleh faktor-faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman

guru dan murid.

Oleh itu, beberapa pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi

ini antaranya ialah kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara

penyampaian dengan menggunakan pelbagai strategi, kurikulum akan dibina

sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan, bahan, pengalaman dan

sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam

struktur teras kurikulum.

FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM

Ilmu dan kandungan kurikulum

Kemahiran guru

Premis

Sumber

Murid

Kurikulum berpusat

Faktor 1: Ilmu dan kandungan kurikukulum

Kurikulum prasekolah mengandungi 6 komponen pembelajaran iaitu:

- Komponen Bahasa dan Komunikasi

Merupakan media pengantara yang digunakan oleh guru dan kanak-

kanak di prasekolah. Kefahaman dan pertuturan kanak-kanak berbeza

mengikut tahap kumpulan umur. Ia adalah penting supaya guru

memahami cara berinteraksi dengan kanak-kanak. Pengajaran akan lebih

berkesan dengan mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan

tahap keupayaan kanak-kanak berbahasa dan berkomunikasi.

Page 3: Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM]

- Komponen Perkembangan Kognitif

Kanak-kanak akan menggunakan deria bagi meneroka dan memahami

persekitaran mereka. Penemuan ini dianggap sebagai proses kognitif bagi

mengalami, memahami dan mengetahui. Guru dan ibu bapa perlu

menyedari pemikiran kanak-kanak adalah berbeza khususnya kanak-

kanak di prasekolah. Pada peringkat ini, kanak-kanak membina konsep

dengan menggunakan bahan yang konkrit. Aktiviti yang melibatkan

perkembangan kognitif perlu dilaksanakan secara tidak formal.

- Komponen Pendidikan Kerohanian dan Moral

Menyedari dan percaya pada Tuhan, bersyukur dengan pemberian

Tuhan, berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur ini

amat penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai murni masyarakat

berbilang kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada

Tuhan, berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

- Komponen Perkembangan Sosioemosi

Kanak-kanak berpuas hati dan yakin apabila dapat melakukan dengan

mencapai kemahiran menerusi daya usaha sendiri. Kanak-kanak perlu

menyesuaikan diri dengan rakan sebaya, keluarga dan ahli komuniti

persekitarannya. Guru di prasekolah perlu memupuk nilai-nilai rohani dan

moral yang sesuai dengan peringkat kefahaman kanak-kanak supaya

diamalkan semasa berinteraksi dengan orang lain.

- Komponen Perkembangan Fizikal

Tubuh badan yang sihat memerlukan makanan dan aktiviti pergerakan

yang dapat membantu pertumbuhan kanak-kanak. Aktiviti fizikal pada

peringkat prasekolah perlu dirancang dengan menyesuaikan tahap umur

Page 4: Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM]

dan keupayaan kanak-kanak. Aktiviti perkembangan fizikal perlu meliputi

pergerakan motor halus dan motor kasar.

- Komponen Kreativiti Dan Estetika

Kreativiti adalah proses dan bukan dilihat daripada penghasilannya.

Setiap peringkat umur kanak-kanak memperlihatkan hasil kreativiti yang

berbeza. Oleh itu, sebarang hasil karya yang dihasilkan adalah mengikut

tahap perkembangan murid itu sendiri.

Kurikulum atau aktiviti yang dirancang oleh guru seharusnya

menghubungkaitkan di antara satu komponen yang lain supaya kanak-kanak

mendapat pengalaman yang bersepadu dan menyeluruh. Bahan atau

kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap dan keperluan

kanak-kanak supaya setiap kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam

pengalaman pembelajaran. Kandungan kurikulum hendaklah sesuai dengan

tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran,bina

sikap positif dan akhlak yang baik. Meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke

arah penyuburan potensi yang optimum.

Faktor 2: Kemahiran guru

Guru prasekolah diwajibkan memperoleh latihan bidang pendidikan prasekolah.

Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak adalah

mengikut apa yang mereka tahu dan boleh buat. Guru hendaklah merancang

aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran

dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah.

Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak

adalah mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka boleh buat. Guru

hendaklah merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi

peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah.

Guru yang berkemahiran juga perlu merancang dan melaksanakan aktiviti

prasekolah yang menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan tingkah laku

Page 5: Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM]

disiplin selain perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak.

Guru perlu mempunyai pengetahuan psikologi kanak-kanak, serta prihatin

kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan,minat dan latar belakang

serta peka terhadap perubahan dan revolusi dunia pendidikan masa kini.

Guru haruslah mempunyai kualiti seperti berikut;

Kualiti Huraian

Kecindan i. Suasana yang ceria membantu perkembangan

emosi kanak-kanak.

ii. Suasana yang ceria juga mendorong minat

belajar.

Anjal i. Guru perlu bersikap boleh mudah ubah dan

menjangka perubahan.

ii. Guru dapat mengubah suai aktiviti yang

dirancang jika keadaan tidak sesuai tetapi

matlamat pengajaran dapat dicapai.

Mesra i. Guru dapat menyesuaikan diri dengan kanak-

kanak.

ii. Kemesraan guru dapat mengimbangkan emosi

kanak-kanak (perubahan emosi).

Matang i. Ketika berhadapan dengan masalah kanak-

kanak.

ii. Masalah peribadi tidak dibawa ke kelas.

iii. Profesional terhadap tugas.

Bersikap terbuka i. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

memberi pendapat.

ii. Kanak-kanak yang diterima pendapatnya akan

merasa dirinya dihargai dan meningkatkan

keyakinan diri.

Anjakan i. Bersedia mempelajari pengetahuan dan

maklumat baru dan menyesuaikan dengan

Page 6: Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM]

perubahan persekitaran.

Menyediakan

persekitaran yang

menarik

i. Bahan bantu belajar yang sesuai dengan umur

dan tahap perkembangan kognitif.

ii. Susun atur alatan dalam keadaan selamat dan

mudah digunakan.

Kecekapan bahasa i. Menggunakan laras bahasa dengan mudah

dan sesuai dengan tahap usia dan

pengalaman kanak-kanak.

ii. Guru perlu menggunakan bahasa yang mudah

untuk melambangkan sesuatu yang konkrit

dan dapat diimaginasikan maksudnya dengan

jelas.

Penyelesaian masalah i. Guru perlu menggunakan teknik bimbingan

yang sesuai dengan kanak-kanak. Contohnya:

Peneguhan

Time-out (pengasingan masa)

Token economy

Faktor 3: Premis

Premis prasekolah yang kondusif merupakan faktor utama dan pendorong

perkembangan kanak-kanak secara bersepadu dan seimbang. Premis haruslah

selesa dan selamat, riang serta penuh kasih sayang. Persekitaran premis

seharusnya mencabar dan boleh mengayakan pengalaman mereka.

Premis perlulah mempunyai 3 bahagian iaitu;

Luar bangunan

Dalam bangunan, dan

Lanskap.

Dalam bangunan;

Saiz ruang yang menepati syarat penubuhan sebuah prasekolah

Page 7: Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM]

Bentuk bilik segi empat lebih sesuai dan mudah disusun kerana laluan

trafik selesa dan memudahkan pergerakan, guru mudah menyelia kanak-

kanak, kanak-kanak mudah berinteraksi dengan rakan sebaya.

Plug elektrik mestilah berada pada kedudukan yang tidak boleh dicapai

ileh kanak-kanak dan selamat.

Dinding disediakan untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid dengan

kreatif. Pemilihan warna dinding sesuai dengan konsep kanak-kanak.

Tingkap dan pintu;

(i) Membantu pencahayaan (ruang melukis dan membaca)

(ii) Pintu kecemasan tidak dibenarkan meletak sebarang bentuk

penghalang

(iii) Pintu ruang ke dapur hendaklah ada penghadang pintu dan

sentiasa diawasi.

Faktor 4: Sumber

Maklumat atau bahan yang digunakan mempunyai daya penarik bagi menarik

minat pelajar. Sumber yang asli dan tidak diubahsuai. Sumber yang tepat dan

benar serta boleh diterima secara logik oleh murid

Faktor 5: Murid / kanak-kanak

Kanak-kanak yang sentiasa didorong oleh semangat ingin tahu. Semangat ingin

tahu menyebabkan mereka sentiasa cerdas dan cenderung untuk

berkomunikasi. Semangat ingin tahu pada kanak-kanak tidak boleh disekat.

Kanak-kanak perlu menguasai penggunaan otot kasar, otot halus dan koordinasi

pergerakan mata dan tangan. Interaksi yang mesra antara murid dengan guru,

pengasuh, rakan sebaya dan masyarakat sekitar digalakkan.

Faktor 6: Kurikulum Berpusat

Terdapat 4 prinsip pembelajaran kanak-kanak prasekolah iaitu:

Pembelajaran melalui pengalaman dan bahan maujud ditekankan.

Bermain sambil belajar dalam suasana riang diutamakan.

Page 8: Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM]

Pembelajaran hendaklah dijalankan secara bersepadu.

Interaksi mesra antara kanak-kanak dengan guru, pengasuh, rakan

sebaya dan masyarakat sekitar digalakkan.

Kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan

mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan

ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilainya

diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran.

Perkembangan kurikulum, sebagai satu proses, merupakan putaran asas

yan mengandungi : menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai.

Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep dan

menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan.

Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan

oleh sebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan.

Di bawah kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti

kurikulum integrasi, teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungkan

untuk membentuk kurikulum formal. Pembentukkan dan perubahan dalam

kurikulum dipengaruhi oleh polisi-polisi kerajaan, matlamat dan keutamaan

program, keperluan negara dan masyarakat, keperluan individu serta keperluan

menyeluruh.

Page 9: Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM]

RUJUKAN

Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak.

Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur. (1998). Siri Bimbingan Diploma

Perguruan Psikologi 2. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2006). Pengantar Pendidikan Teras. Subang Jaya :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Prof Madya Dr. Bustam Kamri. (2007). Pendekatan dan Kurikulum dalam

Pendidikan Awal Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Ishak Alishah Ahmad. (2003). Panduang Pengajaran Bertema Prasekolah.

Kajang: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.