Folio Lima Deria Pada Manusia

28
LIMA DERIA PADA MANUSIA PENGENALAN Deria manusia terdiri daripada lima deria yang penting iaitu, deria rasa, deria sentuhan, deria bau, deria penglihatan dan deria pendengaran. Masing-masing menggunakan organ deria yang tersendiri dan juga spesifik dengan fungsinya. Sebagai contohnya, deria penglihatan menggunakan mata sebagai organ deria dan deria pendengaran menggunakan telinga sebagai organ deria. Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan rangsangan (stimuli), yang merupakan perubahan di sekeliling kita. Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria bau, lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan. Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan organ- organ deria untuk bertindak balas kepadanya. Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah - sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan cahaya. Setiap satu daripada organ deria kita sensitif terhadap hanya satu jenis rangsangan. Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan. Organ deria Jenis deria Ransangan dikesan Kulit Sentuhan Sentuh, tekanan, sakit, sejuk & panas Hidung Bau Bahan-bahan kimia Lidah Rasa Kimia Telinga Pendengaran & keseimbangan Bunyi Mata Penglihatan Cahaya 1

Transcript of Folio Lima Deria Pada Manusia

LIMA DERIA PADA MANUSIA

PENGENALANDeria manusia terdiri daripada lima deria yang penting iaitu, deria rasa, deria

sentuhan, deria bau, deria penglihatan dan deria pendengaran. Masing-masing

menggunakan organ deria yang tersendiri dan juga spesifik dengan fungsinya.

Sebagai contohnya, deria penglihatan menggunakan mata sebagai organ deria dan

deria pendengaran menggunakan telinga sebagai organ deria. Organ-organ deria

berfungsi untuk mengesan rangsangan (stimuli), yang merupakan perubahan di

sekeliling kita. Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan,

hidung sebagai deria bau, lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria

pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan.

Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber

tertentu dan ia boleh menyebabkan organ-organ deria untuk bertindak balas

kepadanya. Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah - sentuhan,

tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan cahaya. Setiap satu daripada

organ deria kita sensitif terhadap hanya satu jenis rangsangan. Semua organ-organ

deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu

hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.

Organ deria Jenis deria Ransangan dikesanKulit Sentuhan Sentuh, tekanan,

sakit, sejuk & panasHidung Bau Bahan-bahan kimiaLidah Rasa Kimia

Telinga Pendengaran & keseimbangan

Bunyi

Mata Penglihatan Cahaya

1. DERIA SENTUHAN

Organ Deria: Kulit

Rangsangan : Sejuk, Haba, Sakit, Sentuhan, Tekanan

1

Kulit merupakan organ terbesar pada badan manusia.

Deria sentuhan adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan

sentuhan yang dikenakan oleh objek yang tertentu.

Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit.

2. DERIA BAU

Organ Deria : HidungRangsangan : Bahan Kimia dalam udara

Deria bau adalah deria yang boleh mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam.

Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung 

Struktur hidung manusia: Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria yang dikenali sebagai sel-sel penghidu

Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus yang dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.

Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.

3. DERIA RASA

Organ Deria : Lidah

Rangsangan : Bahan Kimia dalam makanan

2

Deria rasa adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang

dihasilkan oleh bahan kimia berperisa.

Lidah merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia /

bahan berperisa.

4.  DERIA PENDENGARAN

 Organ Deria : TelingaRangsangan : Bunyi

Deria pendengaran adalah deria yang boleh mengesan sumber bunyi yang dihasilkan oleh objek bergetar.

Deria keseimbangan adalah deria yang bertanggungjawab untuk mengawal keseimbangan apabila badan bergerak.

Telinga adalah organ pendengaran manusia. Manusia mempunyai dua telinga yang terletak di sisi kepala.

Struktur telinga manusia:

Struktur dan fungsi telinga manusia.

Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.

Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam dipenuhi dengan cecair.

5.  DERIA PENGLIHATAN3

 Organ Deria : MataRangsangan : Cahaya 

2. FUNGSI DERIA SECARA KESELURUHAN

4

DERIA PENGLIHATAN

Deria Penglihatan menggunakan mata sebagai organ deria. Mata adalah organ

penglihatan yang penting bagi manusia.

Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak (skull).

Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol.

Rangsangan yang diperlukan adalah cahaya. Deria penglihatan adalah deria yang

boleh mengesan rangsangan cahaya.

Struktur mata manusia.

Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar),

koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam). Di bahagian hadapan,

mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan sendirinya. Mata juga

dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata (tear gland).

DERIA PENDENGARAN

Deria Pendengaran menggunakan telinga sebagai organ deria. Telinga adalah organ

pendengaran manusia. Manusia mempunyai dua telinga yang terletak di sisi kepala.

Rangsangan yang diperlukan adalah bunyi. Deria pendengaran (sense of hearing)

adalah deria yang boleh mengesan sumber bunyi yang dihasilkan oleh objek

bergetar.

Struktur telinga

Telinga dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama:

telinga luar,

telinga tengah,

telinga dalam

5

MEKANISMA PENDENGARAN

Cuping telinga akan mengumpulkan gelombang bunyi.

Salur auditori menyalurkan gelombang bunyi ke gegendang telinga.

Gegendang telinga bergetar.

Tulang osikel menguatkan lagi gelombang.

Gelombang bunyi dihantar ke koklea melalui jendela bujur.

Koklea menukarkan getaran bunyi kepada impuls.

Impuls dihantar melalui saraf auditori ke otak.

Otak akan mentafsirkan bunyi tersebut.

DERIA BAU

Deria Bau menggunakan hidung sebagai organ deria. Deria bau adalah deria yang

boleh mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam Organ

yang terlibat dalam deria bau adalah hidung . Rangsangan yang diperlukan

adalah bahan kimia dalam udara. Reseptor bau terletak di bahagian atas rongga

hidung. Hujung setiap reseptor bau diselaputi oleh lendir yang dipanggil mukus.

6

Struktur hidung manusia:

Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium

(epithelium tissue).

Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells) yang

dikenali sebagai sel-sel penghidu (olfactory cells).

Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus (mucus)

yang dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.

Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung)

yang mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.

DERIA SENTUHAN

Deria Sentuhan menggunakan kulit sebagai organ deria.

Rangsangan yang diperlukan adalah haba, sejuk, sakit, tekanan dan sentuhan.

Setiap rangsangan itu akan dikesan oleh reseptor yang khas.

Bahagian badan paling sensitif:

Hujung jari, bibir, kelopak mata

Bahagian badan kurang sensitif:

Tapak tangan, Tapak kaki, Belakang badan 

DERIA RASA

Deria Rasa menggunakan lidah sebagai organ deria.

Rangsangan yang diperlukan adalah bahan kimia dalam makanan.’

Bonggol-bonggol kecil pada permukaan lidah dipanggil tunas rasa

Dalam tunas rasa terdapat reseptor rasa yang peka kepada rasa.

Reseptor rasa peka kepada rasa manis, masin, masam dan pahit. 

7

3. FUNGSI SECARA KHUSUS

DERIA PENGLIHATAN

Fungsi setiap bahagian mata.

Bahagian Struktur/Ciri-ciri Fungsi

Sklera (sclera) Lapisan putih yang kuat. Memegang bentuk mata.

Melindungi mata.

Kornea (cornea) Membran lut cahaya (translucent) sklera, pada

bahagian depan mata.

Membenarkan cahaya masuk ke

dalam mata.

Memfokus cahaya pada retina.

Koroid (choroid) Lapisan gelap yang mempunyai banyak kapilari

darah

Membekal oksigen dan makanan kepada

mata.

Menyerap dan mengelakkan

pantulan cahaya di dalam mata.

Konjunktiva (conjunctiva) Lapisan epitelium pada depan mata.

Melindungi kornea.

Iris Lapisan berbentuk cakera (disc-shaped) pada depan

mata.

Menentukan warna mata.

Mengawal saiz pupil dan jumlah cahaya

yang memasuki mata.

Anak mata (pupil) Bukaan kecil pada depan mata.

Membenarkan cahaya memasuki mata.

Kanta mata (lens) Kanta cembung yang lut sinar dan elastik.

Membias dan menfokus cahaya pada retina.

Otot silia (ciliary muscle) Otot yang membentang dari koroid.

Mengubah ketebalan kanta apabila jarak fokus kanta

berubah.

Ligamen gantung (supportive ligament)

Satu struktur yang terbentuk daripada gentian kolagen.

Menyokong dan memegang kanta pada tempatnya.

Gelemaca (vitreous humour) Bahan seperti jeli yang mengisi ruang di dalam biji

mata.

Mengekalkan bentuk mata.

Menyerakkan dan memfokus imej pada

retina. Bertindak sebagai penyerap

getaran pada mata.

9

Gelemair (aqueous humour) Cecair tidak berwarna yang mengisi ruang di bahagian

hadapan kanta mata.

Membias dan menfokus cahaya yang memasuki

mata.

Retina

(a)   Bintik kuning(yellow spot)

(b)   Bintik buta(blind spot)

Lapisan sel yang peka kepada cahaya.

Titik bertentangan dengan pupil dan kaya dengan reseptor peka cahaya.

Titik melalui saraf optik, yang keluar dari retina, dan tidak mempunyai sel yang peka

kepada cahaya.

Mengesan rangsangan cahaya dan menukarkannya

kepada impuls.

Kawasan mata yang paling peka terhadap

cahaya. Imej objek yang

dilihat difokus disini.

Kawasan mata yang tidak peka terhadap

cahaya. Imej objek yang terbentuk di sini tidak

dapat dikesan.

Saraf optik (optic nerve) Sekumpulan saraf yang menghubungkan retina ke

otak.

Menghantar impuls dari retina ke otak untuk

ditafsirkan.

10

DERIA PENDENGARAN

Fungsi bahagian-bahagian telinga adalah seperti berikut:

Bahagian Struktur / Ciri-ciri Fungsi

Telinga luar:Cuping telinga

(Pinna)

Berbentuk corong dan terdiri daripada tulang rawan.

Mengumpul dan mengarahkan gelombang

bunyi ke dalam telinga.

Salur telinga(Ear canal)

Tiub sempit yang menghala ke arah gegendang telinga.

Menghantar gelombang bunyi ke gegendang telinga.

Gegendang telinga(Eardrum)

Membran nipis yang memisahkan bahagian

telinga luar daripada telinga tengah.

Bergetar dan menghantar gelombang bunyi ke osikel.

Telinga tengah:

Osikel(Ossicles)

Terdiri daripada tiga tulang kecil:

Tukul (Hammer): Menyentuh gegendang

telinga.

Andas (Anvil): Menyambungkan tulang tukul

kepada tulang rakap.

Rakap (Stirrup): Melekat pada tingkap bujur.

Mempertingkatkan getaran gelombang bunyi sebanyak 22 kali sebelum menghantar

ke tingkap bujur.

Tiub Eustachia(Eustachian tube)

Tiub sempit yang menyambungkan bahagian

telinga tengah ke tekak.

Mengimbangi tekanan udara di kedua-dua belah gegendang telinga.

Tingkap bujur(Oval window)

Membran nipis yang berbentuk bujur antara

telinga tengah dan telinga dalam.

Menghantar getaran bunyi dari bahagian telinga tengah

ke telinga dalam.

Telinga dalam:

Koklea(Cochlea)

Tiub bergelung yang penuh dengan cecair. Dinding

dalamnya mempunyai hujung saraf yang sensitif terhadap getaran gelombang bunyi.

Mengubah getaran bunyi kepada impuls.

Salur separuh bulat(Semicircular canals)

Tiga saluran yang terletak pada sudut kanan di antara satu sama lain. Mempunyai kantung kecil yang dipenuhi dengan cecair dan hujung

saraf yang sensitif terhadap keseimbangan fizikal badan.

Mengimbangi kedudukan badan.

Saraf auditori(Auditory nerves)

Sekumpulan saraf yang menyambungkan sel-sel

deria ke otak.

Menghantar impuls dari koklea ke otak untuk

ditafsirkan sebagai bunyi.

11

Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga yang tidak terlibat

dalam pendengaran. Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah

gegendang telinga.

Salur separuh bulat mengawal keseimbangan badan.

Salur separuh bulat terdiri daripada tiga tiub yang diisi dengan sejenis cecair

yang dipanggil 'endolymph'.

Pergerakan kepala akan mempengaruhi keadaan endolymph.

Pergerakan endolymph akan merangsang sel-sel deria untuk mengeluarkan

impuls.

Impuls tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan kedudukan dan arah

pergerakan kepala.

Mekanisme pendengaran telinga

1. Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang

(waves).

2. Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus

kepada salur telinga.

3. Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang telinga.

4. Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.

5. Getaran gelombang bunyi digandakan/dipergiatkan/dipertingkatkan

(intensified) sebanyak 22 kali oleh osikel.

6. Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui

tingkap bujur.

7. Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea untuk bergetar

dan merangsang sel-sel saraf di dalam koklea.

8. Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls.

9. Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan

sebagai bunyi.

DERIA RASAKawasan rasa lidah manusia.

Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut.

Lidah membolehkan kita untuk mengesan rasa manis masin, masam

dan pahit.

Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa. Tunas rasa ini

menyebabkan permukaan lidah kasar dan menggerutu.

12

Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan rasa

sesuatu bahan.

Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap satu jenis rasa tertentu sahaja.

Lidah manusia mempunyai empat kawasan / bahagian, yang mana masing-

masing sensitif terhadap rangsangan rasa tertentu sahaja.

Sebagai contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap rasa

manis dan masin, bahagian belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa pahit,

manakala bahagian sisi lidah lebih sensitif terhadap rasa masam.

Proses mengesan rasa oleh lidah manusia:

Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam

bentuk cecair.

Apabila makanan dimakan, air liur dirembeskan di dalam mulut untuk

melarutkan makanan.

Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa untuk

mencetuskan impuls.

Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan

sebagai rasa.

Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat

jenis rasa (tastes).

DERIA SENTUH

Struktur dan fungsi kulit manusia

Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu, dermis (lapisan dalaman) dan epidermis

(lapisan luar).

Dermis:

Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective tissue).

Kaya dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut (to transport)

nutrien, oksigen ke dermis dan membawa keluar karbon dioksida.

Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian (muscle fibres),

kelenjar peluh (sweat glands) dan tisu adipos (lemak).

Dermis juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) untuk mengesan kesakitan,

sejuk, panas, sentuhan dan tekanan.

13

Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory receptors) kerana

ianyanya boleh mengesan pelbagai deria di seluruh bahagian kulit.

Jenis-jenis reseptor.

Epidermis:

Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada

permukaan.

Sel-sel mati itu mengandungi keratin.

Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam

lapisan tersebut sentiasa membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru.

Tahap kepekaan kulit

Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza (different degrees of sensitivity)

di setiap bahagian yang berlainan pada badan.

Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak sama rata pada setiap bahagian kulit.

Sebagai contoh, lidah dan hujung jari adalah lebih sensitif berbanding tumit kaki,

siku atau tapak tangan.

Tahap kepekaan (sensitivity) kulit bergantung kepada dua faktor

Ketebalan epidermis

Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan.

Bilangan reseptor

Bahagian kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.

Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan pada tubuh manusia

Leher, pipi dan hujung jari. Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis serta

reseptor yang banyak, yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan.

Tapak tangan (palm). Bahagian ini mempunyai banyak reseptor yang sensitif kepada

rangsangan sejuk dan panas.

Tapak kaki dan siku (soles and elbows) adalah kurang sensitif terhadap sentuhan

kerana ia mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan reseptor yang sedikit.

14

4. KECACATAN DERIA

KECACATAN DERIA PENGLIHATAN

Kecacatan mata yang biasa terjadi ialah rabun jauh, rabun dekat, astigmatisme,

rabun warna dan rabun tua.

Kecacatan terjadi apabila imej objek tidak jatuh tepat di atas retina.

Kecacatan penglihatan yang lazim.

Rabun jauh : Objek jauh kelihatan kabur manakala objek dekat kelihatan jelas.

Rabun dekat : Objek dekat kelihatan kabur manakala objek jauh kelihatan jelas.

Astigmatisme : Penglihatan objek jauh mahupun dekat kelihatan kabur dan terherot.

Rabun warna : Tidak dapat membezakan warna-warna tertentu seperti hijau dan

merah.

Rabun tua : Objek dekat kelihatan kabur apabila usia tua akibat kanta mata kurang

kenyal.

KECACATAN DERIA PENDENGARAN

Cacat pendengaran dapat dibahagikan kepada dua jenis:

Pekak : Tidak dapat mendengar langsung walaupun ada alat bantu dengar (hearing

aid).

Separa pekak atau kurang/kesukaran pendengaran : masih ada sisa-sisa

pendengaran untuk mengamati perbualan atau bunyi-bunyi dalam persekitaran, dan

boleh mendengar dengan alat bantu dengar.

15

5. CARA MENGATASI KECACATAN DERIA

DERIA PENGLIHATAN

Mikroskop

Fungsi : Untuk melihat objek yang sangat kecil seperti mikroorganisma

Kanta pembesar

Fungsi : Untuk membesarkan objek kecil

Teropong

Fungsi ; untuk melihat objek yang jauh

16

Sinar-X

Fungsi : Untuk mengimbas imej tubuh badan bagi digunakan untuk tujuan perubatan

Periskop

Fungsi : Untuk melihat objek di hadapan yang terlindung oleh halangan

DERIA PENDENGARAN

A) TELINGAAlat Bantu Pendengaran

Fungsi : Untuk membantu menguatkan lagi bunyi yang masuk ke dalam telinga

17

Mikrofon

 

Fungsi : Untuk menukar gelombang akustik ke dalam bentuk getaran mekanikal

Stetoskop

Fungsi : Untuk mendengar bunyi degupan jantung

18

6. HAD DERIA PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN

Had deria penglihatan ialah sejenis kecacatan fizikal di mana sebahagian daripada

alat pancaindera telah rosak atau mengalami kehilangan yang sedikit sehingga

meninggalkan kesan negatif terhadap pertumbuhan seseorang. Terdapat beberapa

had dan halangan tertentu kepada deria penglihatan dan deria pendengaran kita.

Sebagai contohnya, mata kita tidak dapat melihat objek yang sangat kecil seperti

kuman. Manakala telinga kita pula tidak dapat mendengar bunyi yang sangat kecil

atau yang sangat kuat.

Had Deria Pendengaran adalah keterbatasan terhadap deria pendengaran yang

disebabkan oleh halangan tertentu pada fungsi organ telinga.

Sebagai contohnya:

- tidak dapat mendengar bunyi yang terlalu kecil - tidak dapat mendengar bunyi

jantung Had Deria Penglihatan adalah keterbatasan terhadap deria penglihatan yang

disebabkan oleh halangan tertentu pada fungsi organ mata.

Sebagai contohnya:

- tidak dapat melihat objek yang terlalu kecil

- tidak dapat melihat objek yang terlalu jauh

- tidak dapat melihat objek yang berada di sebalik dinding.

19

7. CARA MENGATASI HAD DERIA PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN

Penggunaan teknologi moden dapat mengatasi halangan dan had kepada

deria. Alatan seperti teleskop, mikroskop, kanta pembesar, sinar-X, periskop,

teropong dan alat pengimbas ultrabunyi dapat membantu mengatasi had kepada

deria penglihatan kita.

Manakala alatan seperti mikrofon, pembesar suara, stetoskop dan alat bantu

dengar pula mampu untukmembantu kita mengatasi had deria pendengaran.

1. Fungsi : Mikroskop adalah sebuah alat untuk melihat objek yang terlalu kecil

seperti mikroorganisma.

Alat yg menggunakan kanta untuk menjadikan objek kecil kelihatan besar.

elektron mikroskop berkeupayaan tinggi yg menggunakan alur elektron utk

menghasilkan imej yg diperbesar;

majmuk mikroskop yg mempunyai dua sistem kanta (kanta objek dan kanta

mata)

ringkas mikroskop yg mempunyai sistem kanta tunggal

2. Kaca mata

Fungsi : sebagai pelindung, menambah tajam penglihatan dan kecantikan.

Merupakan alat bantu bagi sipemakainya dimana sebuah bingkai atau frame yang di

depannya terletak sebuah kedudukan lensa, jika lensa telah tepasang dikedudukan

gagang atau frame maka jadilah sebuah kacamata.ia membantu pemakainya unutk

melihat dengan lebih jelas.

3. Kanta pembesar

Fungsi : Kanta pembesar merupakan suatu kanta cembung yang mempunyai

panjang fokus yang lebih pendek. Apabila objek dilihat melalui kanta pembesar pada

jarak yang kurang daripada panjang fokusnya, imej yang terbentuk diperbesarkan.

Kanta pembesar biasanya mempunyai kuasa pembesar yang rendah: 2×–6×,

dengan jenis kuasa rendah adalah lebih biasa. Pada pembesaran yang lebih tinggi,

kualiti imej kaca pembesar mudah menjadi lemah kerana herotan optik ,

terutamanya herotan sfera . Apabila lebih pembesaran atau imej yang lebih baik

diperlukan, jenis pembesar tangan yang lain biasanya digunakan.

4. Pengimbas sinar-x 

Fungsi : mesin yg memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal seperti bahagian

dalam tubuh, bagasi dan sebagainya. Popular dalam bidang kesihatan dan

keselamatan.

5. Periskop

Fungsi : Alat optik berbentuk tiub yang mengandungi kanta, cermin, atau prisma 20

untuk melihat objek yang tidak selari dengan garis pelihatan, mislanya dalam kapal

selam, untuk melihat objek di permukaan air. Untuk melihat objek di hadapan yang

terlindung.

6. Teropong binokular

Fungsi : Untuk melihat objek yang jauh seperti yang digunakan oleh pasukan tentera

dan para pelancong

ALAT UNTUK MENGATASI HAD DERIA PENDENARAN 

1. Stetoskop

Fungsi : Stetoskop ialah sebuah alat perubatan yang digunakan untuk mendengar

bunyi dari dalam tubuh manusia, lazimnya bunyi degupan jantung dan bunyi

pernafasan. Ia juga boleh digunakan untuk mendengar bunyi dari usus dan aliran

darah. Stetoskop membantu mendengar degupan jantung

memperkuaatkan ransangan bahagian sel-sel sensorik teliga pada bahagian dalam

telinga yang rosak terhadap rangsangan bunyi dari luar

2. Alat bantu pendengaran

Fungsi : Alat bantu dengar merupakan suatu alat yang dapat digunakan oleh

manusia dengan gangguan fungsi pendengaran pada telinga. Biasanya alat ini dapat

dipasang pada bahagian dalam telinga manusia ataupun pada bagian sekitar teling

3. Mikrofon

Fungsi : alat untuk mengubah gelombang bunyi menjadi gelombang elektrik bagi

meninggikan tekanan bunyi seperti dalam telefon, radio dan pembesar suara.

4. Pembesar suara

Fungsi : alat penguat suara.dan bunyi. Speaker menukarkan gelombang elektrik

kepada gelombang bunyi.

5. Pengimbas ultrabunyi

Fungsi : Untuk mengimbas bahagian dalam badan dengan menggunakan imbasan

ultrabunyi banyak membatu dalam bidang perubatan.

8. SOALAN BONUS SAINS (KBAT)

21

BAGAIMANAKAH ANDA MENERUSKAN KEHIDUPAN TANPA ORGAN DERIA

TERTENTU?

A) DERIA SENTUHAN

Kita boleh bergantung kepada persekitaran dengan menggunakan organ deria yang

lain seperti deria bau, deria rasa, deria penglihatan dan deria pendengaran untuk

mengesan dan mengetahui sesuatu perkara.

B) DERIA RASA

Tanpa deria rasa, kita boleh menggunakan deria bau bagi mengecam rasa.

C) DERIA BAU

Tanpa deria bau, kita boleh menggunakan deria rasa bagi mengecam bau sesuatu

benda seperti wangi, busuk dan sebagainya dengan menggunakan deria

penglihatan dan sentuhan.

D) DERIA PENGLIHATAN

Tanpa organ deria penglihatan kita boleh menggunakan hujung jari untuk membaca

tulisan Braille kerana hujung jari peka terhadap persekitaran. Kita juga boleh

menggunakan organ deria bau dan rasa untuk mengetahui sesuatu benda atau

perkara. Selain itu, pelbagai alat dicipta untuk membantu memulihkan deria

penglihatan seperti penggunaan cermin mata, PERISKOP, teleskop, mikroskop,

kanta pembesar dan lain-lain.

E) DERIA PENDENGARAN

Tanpa deria pendengaran, kita boleh menggunakan deria penglihatan dan alat bantu

pendengaran, stetoskop, pembesar suara, alat pengimbas bunyi dan lain-lain.

Kesimpulan

Kemajuan teknologi nampaknya banyak membantu kita untuk mendapatkan kualiti

hidup yang lebih baik. Alatan moden seperti Sinar -X dan juga Alat Bantu Dengar,

ternyata banyak membantu ramai manusia di luar dalam mendapatkan keperluan

hidup yang maksimum. Walau bagaimana pun, sekalipun teknologi yang ada ini

banyak membantu kita, namun perlu lah kita sedari akan kepentingan menjaga

organ deria kita dengan baik. Ini juga bagi membolehkan kita menikmati segala

kurniaan Tuhan dengan sempurna dan tanpa perlu bersusah payah. Harus juga kita

bersyukur dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri

supaya dapat menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin.

22