Forum Gejala Pembuangan Sampah Di Merata Tempat

5
FORUM: GEJALA PEMBUANGAN SAMPAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil ‘alamiin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia. Warga dewan sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya (nama pengerusi) pada pagi/petang yang berbahagia ini. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, bahawa masalah pembuangan sampah di merata tempat dalam kalangan masyarakat boleh dikatakan berada dalam tahap yang agak membimbangkan semua pihak. Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali ini Gejala Pembuangan Sampah Dalam Kalangan Masyarakat. Persoalan inilah kunci utama forum yang ingin kita gunakan sebagai pembuka pintu-pintu kecemerlangan pendidikan di dalam kalangan masyarakat khususnya dalam persoalan mengatasi masalah pembuangan sampah Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara/saudari _______________________ yang merupakan _________________________ Apa khabar saudari? Panel Pertama : AlHamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana? Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga.

description

Gejala pembuangan sampah dalam kalangan masyarakat

Transcript of Forum Gejala Pembuangan Sampah Di Merata Tempat

FORUM: GEJALA PEMBUANGAN SAMPAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil alamiin, wassolatu wassalaamu alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ala alihi wa sohbihi ajmaiin. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia.

Warga dewan sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya (nama pengerusi) pada pagi/petang yang berbahagia ini.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, bahawa masalah pembuangan sampah di merata tempat dalam kalangan masyarakat boleh dikatakan berada dalam tahap yang agak membimbangkan semua pihak. Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali ini Gejala Pembuangan Sampah Dalam Kalangan Masyarakat. Persoalan inilah kunci utama forum yang ingin kita gunakan sebagai pembuka pintu-pintu kecemerlangan pendidikan di dalam kalangan masyarakat khususnya dalam persoalan mengatasi masalah pembuangan sampah

Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini.Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara/saudari _______________________ yang merupakan _________________________ Apa khabar saudari? Panel Pertama : AlHamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana? Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari/saudara____________________________, jawatan. Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari/saudara _________________. Selamat datang juga buat saudara.

Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah sebenarnya punca-punca pembuangan sampah di merata tempat ?Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati,guru bahasa melayu kita iaitu(nama guru), rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian.Terdapat beberapa punca pembuangan sampah di merata tempat .Seperti yang kita tahu bahawa di kawasan perumahan sememangnya banyak berlaku kes kes pembuangan sampah di merata tempat walaupun pihak berkuasa telah menyediakan tempat pembuangan sampah.Ini berpunca daripada masyarakat kita sendiri yang tidak peduli akan alam sekitar.Selain itu,sikap masyarakat dan individu yang tidak bertanggungjawab dan membuang sampah sesuka hati .Ini akan menyebabkan kawasan tempat tinggal atau kawasan yang bersih akan dipenuhi dengan sampah sarap seperti plastik makanan ,plastik minuman ,kertas dan seumpama dengannya.Ia juga berpunca daripada kurangnya pengetahuan dan menyebabkan ramai masyarakat yang belum faham atau tidak tahu betapapentingnya alam sekitar.Seterusnya,saya serahkan kepada pengerusi forum kita pada pagi/petang ini.Pengerusi : Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa masyarakat kita kurang pengetahuan dan ia juga menyebabkan ramai masyarakat yang kurang faham dan tidak tahu betapa pentingnya alam sekitar.Adakah kita mahu hidup seperti katak di bawah tempurung? Seterusnya, saya ingin menanyakan persoalan seterusnya kepada ahli panel kita yang kedua ,apakah akibat dan kesan yang kita akan hadapi sekiranya kes pembuangan sampah di merata tempat ini semaikn serius?

Panel Kedua: Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini. Bismillah.. Baiklah sebenarnya, pembuangan sampah di merata tempat juga akan menjejaskan semua orang dan ia juga terdapat banyak kesan buruk dan akibat jika kita sebagai masyarakat yang tidak prihatin dan membiarkan perkara ini menjadi lebih serius .Antara kesan dan akibat yang dapat kita perolehi termasuklah membuang sampah yang mengandungi bahan kimia atau bahan organikseperti sisa-sisa makanan dan najis ,jika dibuang secara berterusan ke dalam kawasan air ia boleh menyebabkan nutrien yang berlebih lebihan dan menyebabkan hidupan laut tidak dapat oksigen secukupnya.Selain itu,pembuangan sampah merata-rata tempat akan menjejaskan kesihatan masyarakat sekeliling alam sekitar serta memberi impak kepada negara kita . Sisa-sisa pembuangan sampah boleh membawa pelbagai penyakit seperti demam denggi, keracunan makanan dan sebagai. Misalnya, pembuangan sampah di dalam air boleh menyebabkan nyamuk Aedes membiak di dalam air dan boleh menyebabkan penyakit deman denggi kepada orang sekeliling serta boleh membawa maut. Di samping itu,pembuangan sampah dalam kalangan masyarakat memberikesan visual yang negatif. Ianya juga boleh menjejaskan imej sesuatu kawasan itu dan memberikan gambaran bahawa penduduk dikawasan itu tidak pembersih walaupun hanya disebabkan oleh sebahagian daripada masyarakat sahaja

Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas sebentar tadi. Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa sebenarnya terdapat banyak kesan dan akibat yang boleh kita ketahui .Jika dua orang panel kita tadi menerangkan punca dan akibat,seterusnya saya meminta ahli panel yang ketiga untuk menyatakan bagaimana kita semua untuk mengatasi masalah pembuangan sampah di merata tempat?

Panel Ketiga : Bismillah...Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini. Untuk menjawab persoalan ini, umum sedia maklum, isu-isu berkaitan dengan masalah pembuangan sampah yang kerap berlaku di kalangan masyarakat sering diperkatakan pada masa kini.Tibalah masanya untuk kita mengetahui apakah langkah langkah yang perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah pembuangan sampah di merata tempat ini.Antaranya termasuklah pihak berkuasa hendaklah menguatkan kuasakan undang undang supaya masyarakat tidak berani lagi untuk membuang sampah di merata tempat.Selain itu,menjemput penceramah untuk memberi ceramah tentang betapa pentingnya alam sekitar ini.Di samping itu,masyarakat mestilah bekerjasama dalam gotong royong di kawasan perumahan atau di mana mana sahaja supaya kawasan ini kelihatan bersih.Pengerusi: Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita yang ketiga. Memang tidak dapat disangkal lagi, semua pihak harus bekerjasama bagi membersihkan kawasan persekitaran bersama sama jiran dan masyarakat bak kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Pembuangan sampah sememangnya kerap berlaku di Negara kita tetapi kita dapat mengatasi masalah tersebut jika kita berfikiran terbuka .Dengan itu tadi kita semua dapat mengetahui serba sedikit tentang gejala pembuangan sampah yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang berbunyi:

Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.

Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri.

Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia. Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh