HBEF2703 Jurnal Refleksi (Group)

download HBEF2703 Jurnal Refleksi (Group)

of 8

Transcript of HBEF2703 Jurnal Refleksi (Group)

  • 7/29/2019 HBEF2703 Jurnal Refleksi (Group)

    1/8

    1

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

    HBEF 2703

    SEMESTER JANUARI/2012

    PENDIDIKAN KOKURIKULUM

    JURNAL REFLEKTIF (Kumpulan)

    NAMA : ROSLAN BIN MOHD NOH

    NO. MATRIKULASI : 730122125173001

    NO. KAD PENGENALAN : 730122-12-5173

    NO. TELEFON : 0178643128

    E-MEL : [email protected]

    TUTOR : ANANDAN A/L DORAYSAMY

    PUSAT PEMBELAJARAN : PPT SANDAKAN

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/29/2019 HBEF2703 Jurnal Refleksi (Group)

    2/8

    2

    KANDUNGAN MUKA SURAT

    Pengenalan 3

    Kelemahan 4-5

    Kekuatan 6

    Tindakan dan cara mengatasi 7

  • 7/29/2019 HBEF2703 Jurnal Refleksi (Group)

    3/8

    3

    JURNAL REFLEKTIF

    PENGENALAN

    DEFINISI JURNAL REFLEKTIF

    Mengikut kamus dewan dwi bahasa 1979 reflektif bermaksud sebagai gambar bayangan

    dalam cermin,pembalikan,renungan kenangan atau pernyataan fikiran dalam bentuk tulisan

    atau percakapan.Mengikut Mezirow (1994) Reflektif merupakan proses pedagogi

    membolehkan perkembangan bermakna berlaku menerusi penilaian kendiri terhadap sesuatu

    amalan dan dalam konteks pendidikan reflektif merupakan proses murid berusaha untuk

    meningkatkan dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang difikir atau dialaminya dan

    selepas itu menilai kembali.

    Sukan sekolah merupakan aktiviti tahunan sekolah ini yang biasanya diadakan pada awal

    penggal kedua iaitu sekitar bulan julai antara objektif utama sukan sekolah ialah untuk

    mengcungkil bakat murid dan seterusnya mewakili sekolah di peringkat MSSZ,MSSD dan

    seterusnya ke peringkat negeri dan kebangsaan.Untuk tahun 2012 amatlah membanggakan

    apabila dua murid sekolah ini telah terpilih mewakili Negeri Sabah ke peringkat kebangsaan

    masing-masing untuk acara ragbi iaitu adik Julfadlie Sailan dan atlit lari berpagar 80 meter

    adik Arman Selatan dan yang paling membanggakan adik Arman Selatan mendapat pingat

    perak dalam kejohanan peringkat kebangsaan.

  • 7/29/2019 HBEF2703 Jurnal Refleksi (Group)

    4/8

    4

    Refleksi sebelum kejohanan sukan sekolah

    Kelemahan

    Antara kelemahan yang berlaku sebelum kejohanan ialah masalah penentuan tarikh

    kejohanan sukan ini memandangkan banyak aktiviti sekolah yang dibuat selepas penggal

    kedua terutama murid tahun enam yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR sekitar bulan

    September jadi banyak kelas tambahan.diadakan dan program yang lain untuk tahun enam

    jadi persoalanya adakah mereka dilibatkan dalam aktiviti sukan sekolah nanti.

    Kelemahan yang kedua ialah kekurangan peralatan yang digunakan untuk latihan rumah

    sukan antara peralatan yang tidak ada ialah tilam dan besi lompat tinggi,peluru dan juga

    pagar yang digunakan untuk acara lompat berpagar.kekurangan dan ketiadaan perlatan sukan

    akan menyebabkan murid sukar untuk berlatih terutamanya peralatan lompat tinggi.

    Di samping itu sekolah ini tidak mempunyai padang untuk berlatih yang ada hanya dewan

    serbaguna yang tidak sesuai untuk membuat latihan rumah sukan kerana ruangnya yang

    terhad terutama untuk acara balapan seperti acara 200 meter dan acara lari berganti-

    ganti.Begitu juga dengan acara lontar peluru tidak ada padang rumput kerana dewan ini

    bersimen.

    Kelemahan yang terakhir sebelum sukan bermula ialah masalah kekurangan masa latihan ini

    disebabkan sekolah ini dua sesi dan rumah sukan sebanyak empat rumah sukan jadi masa

    untuk mengadakan latihan adalah pendek hanya dua minggu sebelum sukan bermula ini

    menyebabkan murid tidak mempunyai masa yang banyak untuk berlatih bergitu juga dengan

    kekurangan guru yang menjadi pelatih kepada murid kerana ada guru rumah sukan yang

    bertugas pada waktu petang ini menyebabkan guru yang melatih terdiri daripada guru-guru

    sesi pagi,ini menyebabkan kekurangan guru yang menjadi jurulatih rumah sukan.

  • 7/29/2019 HBEF2703 Jurnal Refleksi (Group)

    5/8

    5

    Kelemahan semasa kejohanan sukan berlangsug.

    Antara kelemahan yang dapat dikesan semasa kejohanan sedang berlangsung ialah masalah

    PA system yang digunakan menghadapi masalah antaranya suara yang tidak begitu jelas dan

    kadang-kadang suara pengacara majlis langsung tidak keluar ini menyebabkan kelancaran

    perjalanan sukan ter jejas sedikit.begitu juga dengan pembahagian hadiah yang agak tidak

    sistemetik kerana menunggu semua acara tamatlah barulah dibahagikan hadiah sepatutnya

    setiap acara selesai terus dibahagikan hadiah supaya tidak mengambil masa yang banyak.

    Kelemahan yang seterusnya ialah kelancaran sesuatu acara sukan itu tidak begitu lancar

    kerana pengadil bagi sesutu acara terpaksa menunggu murid yang terlebih dahulu mengikuti

    acara lain ini menyebabkan acara tersebut lama diadakan contohnya acara lompat tinggi yang

    paling lama disiapkan kerana berlakunya sitausi macam ini.

    Kelemahan yang ketiga ialah masalah murid yang masuk ke gelanggang acara tujuan mereka

    ialah untuk menyaksikan acara tersebut ini menganggu guru yang bertugas pada waktu itu

    kerana ada antara murid ini yang begitu hampir dengan gelanggang dan membahayakan

    mereka contoh seperti acara lontar peluru.Di samping itu ada juga murid yang bising dan

    menjerit semasa tetamu jemputan masih ada di pentas selepas acara perasmian bukan sahaja

    menjerit ada antara mereka yang melontar bekas minuman kepada rakan-rakan mereka yang

    lain ini menyebabkan imej sekolah tercalar dengan perbuatan dan sikap murid berkenaan.

    Dan kelemahan yang terakhir ialah kurangnya sambutan daripada ibu bapa yang datang ke

    Komplek sukan ini menyebabkan suasana sukan tidak begitu meriah kerana kurangnya

    penonton terutama ibu bapa yang datang disebabkan masalah pengangkutan ke komplek

    sukan Sandakan dan ada antara ibu bapa murid yang bekerja pada waktu itu jadi

    menyukarkan mereka untuk hadir menyaksikan anak-anak mereka bersukan.

  • 7/29/2019 HBEF2703 Jurnal Refleksi (Group)

    6/8

    6

    Kelemahan Selepas sukan berakhir

    Antara kelemahan yang berlaku selepas sukan berakhir ialah masalah kebersihan yang tidak

    begitu memuaskan ada antara murid yang membuang sampah merata tempat terutamanya di

    sekitar astaka terdapat plastic aiskrim yang dibuang oleh murid.Mujurlah ada pekerja

    pembersihan sekolah yang turut sama hadir bertugas semasa kejohanan

    berlangsung.Merekalah yang telah membersihkan kawasan astaka.Disamping itu ada juga

    murid yang tidak bekerjasama apabila diarahkan memungut sampah mereka tidak

    mengendahkan arahan guru sebaliknya melarikan diri.

    Kelebihan sebelum.semasa dan selepas sukan

    Walau pun banyak kelemahan namun ada juga kelebihan kelebihan di sini saya akan

    merumuskan kelebihan secara keseluruhan iaitu kelebihan sebelum.semasa dan selepas sukan

    berlangsung.

    Antara kelebihan yang pertama sekali ialah semangat kesukanan yang sangat tinggi yang

    ditunjukkan oleh murid terutamanya dari segi kehadiran yang amat baik dan mereka hadir

    lebih awal daripada guru.Begitu semangat yang mereka tunjukkan sewaktu latihan walaupun

    tidak ada padang yang luas mereka tetap juga mahu berlatih dalam dewan yang serba sempit.

    Begitu juga dengan kerjasama guru yang sanggup hadir pada waktu petang walaupun

    mempunyai komimen yang lain tetapi sanggup turun untuk melatih murid.Bukan sahaja guru

    malah pentadbir sekolah terutamanya guru besar telah memberikan komitmen dalam sukan

    terutama dari segi penyediaan kewangan untuk kejohanan sukan sekolah contohnya setiap

    rumah sukan diberikan RM 250.00 untuk kegunaan rumah sukan ini tidak lagi menyukarkan

    guru dan murid rumah sukan untuk mencari sumber kewangan.

    Ibu bapa juga bekerjasama dengan pihak sekolah terutamanya memberi kebenaran kepada

    anak-anak mereka untuk hadir bagi menghadiri latihan rumah sukan.Begitu juga dengan

    kakitangan Komplek Sukan Sandakan yang memberikan kerjasama dalam penyediaan

    peralatan semasa kejohanan berlangsung dan begitu juga dengan murid-murid yang terlibat

    dalam acara persembahan semua menunjukkan komitmen yang baik contoh penari di bawah

  • 7/29/2019 HBEF2703 Jurnal Refleksi (Group)

    7/8

    7

    bimbingan cikgu Priscilla dan juga pasukan rekoder sekolah yang dipimpin oleh cikgu Romie

    semuanya memberikan komitmen yang baik,

    Cara mengatasi kelemahan dan tindakan susulan

    Antara cara mengatasi kelemahan kekurangan peralatan untuk latihan sukan ialah dengan

    cara meminjam dari sekolah yang berdekatan terutamanya sekolah menengah yang

    mempunyai kelengkapan sukan yang baik.dengan cara ini peralatan sukan akan

    mencukupi.Manakala masalah tempat latihan yang terhad tidak ada padang jadual latihan

    rumah sukan perlu di buat dengan menghadkan dalam masa satu hari hanya satu atau dua

    sahaja latihan rumah sukan diadakan .ini untuk mengelakkan kesesakan di dalam dewan

    sekolah.

    Masalah PA system yang kurang memuaskan pihak sekolah perlu membawa PA systemnya

    sendiri sebagai alternatif sekiranya PA system yang sedia ada di Komplek sukan menghadapi

    masalah.Masalah murid yang terlalu dekat dengan gelanggang guru AJK keselamatan perlu

    bertindak dan memastikan murid tidak dekat dengan gelanggang acara mereka hanya boleh

    menonton dari astaka sahaja.Begitu juga dengan AJK disiplin perlu mengawasi murid agar

    sikap dan kelakuaan mereka dijaga semasa berada di Astaka.Dan untuk memeriah kejohanan

    sukan sekolah pihak pentadbir perlu menyedikan sebuah bas khas untuk ibu bapa menghadiri

    sukan sekolah ini

    Kesimpulannya dengan adanya kerjasama pentadbir,guru dan murid sekolah ini segala

    kelemahan ini akan dapat diatasi dan segala yang baik haruslah diteruskan ini untuk

    memastikan murid-murid dapat bersukan dengan baik dan yang paling penting bakat-bakat

    murid dalam bidang sukan dapat digilap demi untuk kecemerlangan sukan di sekolah ini

    sejajar dengan aspirasi kerajaan yang mahu melahirkan atlet yang bertaraf dunia dan sekolah

    adalah tempat mengilap bakat-bakat murid dalam bidang sukan.

  • 7/29/2019 HBEF2703 Jurnal Refleksi (Group)

    8/8

    8