isu vandalisme

20
Pengenalan dan Takrifan Maksud vandalisme menurut kamus dewan adalah satu bentuk jenayah di sisi moral. Sebarang perbuatan seperti menconteng, mengotori, atau merosakkan harta benda awam dianggap sebagai vandalisme. Perkataan vandalisme berasal daripada Vandalisme juga merujuk kepada nama sebuah puak di Eropah iaitu vandal penambahan, penghapusan, atau yang telah membinasakan kota Rome pada pengubahan dengan sengaja pada kurun ke-5. Dalam erti kata yang lain definisi vandalism ialah membuat sebarang perubahan seperi melukis, menanda, mengecat, menampal, merosakkan atau mengotorkan harta benda awam tanpa kebenaran pihak berkuasa. Dari segi konteks sekolah pula vandalism merupakan laku musnah yang berupa pelanggaran disiplin yang mana termasuklah merosakkan harta benda sekolah, menconteng meja, memecahkan cermin tingkap, menendang pintu tandas, mematah-matahkan pokok, bermain dengan alat pemadam api, mengotorkan kawasan sekolah, menconteng dinding bilik darjah, merosakkan harta benda guru dan guru besar dan mengguris kenderaan guru. Merosak harta benda kantin seperti mematah-matahkan sudu dan garpu, mengemek dan memecahkan piring dan menghilangkan sudu, garpu, gelas dan piring.Laporan statistik mencatatkan kerugian akibat vandalisme di sekolah menengah bagi pertengahan 2000 ialah RM40,446 yang membabitkan perbuatan merosakkan peralatan seperti meja, kerusi, pagar dan tandas. Perbuatan ini juga dilaporkan di sekolah rendah yang membabitka murid-murid berumur di bawah 12 1

description

isu vandalisme

Transcript of isu vandalisme

Pengenalan dan TakrifanMaksud vandalisme menurut kamus dewan adalah satu bentuk jenayah di sisi moral. Sebarang perbuatan seperti menconteng, mengotori, atau merosakkan harta benda awam dianggap sebagai vandalisme.Perkataan vandalisme berasal daripada Vandalisme juga merujuk kepada nama sebuah puak di Eropah iaitu vandal penambahan, penghapusan, atau yang telah membinasakan kota Rome pada pengubahan dengan sengaja pada kurun ke-5. Dalam erti kata yang lain definisi vandalism ialah membuat sebarang perubahan seperi melukis, menanda, mengecat, menampal, merosakkan atau mengotorkan harta benda awam tanpa kebenaran pihak berkuasa. Dari segi konteks sekolah pula vandalism merupakan laku musnah yang berupa pelanggaran disiplin yang mana termasuklah merosakkan harta benda sekolah, menconteng meja, memecahkan cermin tingkap, menendang pintu tandas, mematah-matahkan pokok, bermain dengan alat pemadam api, mengotorkan kawasan sekolah, menconteng dinding bilik darjah, merosakkan harta benda guru dan guru besar dan mengguris kenderaan guru. Merosak harta benda kantin seperti mematah-matahkan sudu dan garpu, mengemek dan memecahkan piring dan menghilangkan sudu, garpu, gelas dan piring.Laporan statistik mencatatkan kerugian akibat vandalisme di sekolah menengah bagi pertengahan 2000 ialah RM40,446 yang membabitkan perbuatan merosakkan peralatan seperti meja, kerusi, pagar dan tandas. Perbuatan ini juga dilaporkan di sekolah rendah yang membabitka murid-murid berumur di bawah 12 tahun. Kerugian yang dicatatkan dalam sekolah rendah ialah ialah RM31,384.00 bagi tempoh Januari hingga Julai 2000. Vandalisme seringkali dirujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda awam seperti kerusi, telefon dan tandasawam. Vandalisme ataupun salah laku merujuk kepada tabiat seseorang induvidu membinasakan harta benda awam. Kadangkala ia juga boleh dikatakan sebagi seni dalam kalangan sesetengah induvidu. Perilaku yang memusnahkan harta benda ini juga dianggap sebagai satu jenayah yang setius dalangan murid sekolah rendah pada masa kini. Pada era globalisasi ini, kes vandalisme semakin berleluasa dan bermaharajalela di negara kita khususnya dalam kalangan murid sekolah rendah. Melalui media masa, kita dapat mengetahui kes-kes vandalisme seperti yang dipapar melalui surat khabar dan majalah, didengar melalui gelombang radio, ataupun dilihat melalui televisyen. Tepuklah dada, tanyalah selera. Tidakkah semua pihak risau tentang gejala vandalisme ini? Pelajar masa kini hanya mementingkan diri sendiri tanpa memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Pada lazimnya, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat tetapi hal ini juga menular dalam kalangan murid sekolah rendah dan juga amat membimbangkan masyarakat kita. Ada juga orang mengatakan bahawa Vandalisme terdiri daripada laku musnah sebagai ritual, laku musnah sebagai jenayah dan juga laku munah di wikipedia. Vandalisme yang berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah sekarang menjadi isu yang amat dihangatkan. Contohnya, menconteng dinding sekolah, memecahkan telefon awam di hadapan sekolah dan juga memusnahkan harta benda yang berada di dalam sekolah.

Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk. Antara perlakuan yang sering kita lihat dewasa ini seperti menconteng dinding menggunakan objek (pensel, pen atau marker ). Bagi yang tiadak mempunyai peralatan untuk menconteng, tapak kasut adalah jalan mudah bagi mereka memenuhkan ruang dinding. Selain itu, tabiat suka mematahkan atau merosakkan pam tandas sekolah juga semakin berleluasa. Ada juga murid yang mencabut batang paip tandas sekolah. Perkara yang sering dilakukan oleh murid-murid yang suka merosakkan harta benda ialah menconteng meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas. Bagi murid-murid yang terlibat dalam perbuatan merosakkan harta benda ini bolehlah dikategorikan dalam tingkah laku melakukan jenayah atau rosak akhlak. Murid-murid yang terlibat dalam masalah jenayah tidak sesuai lagi dikenakan denda atau hukuman. Denda bukanlah ubat yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit ini. Masalah ini perlu diberi tumpuan khusus oleh guru dan pihak sekolah kerana bibit-bibit jenayah yang diperlihatkan pada peringkat ini jika berlarutan dan dibiarkan ia akan menjadi barah. Dengan erti kata lain, ia akan menjadi masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Oleh itu, sebaik-baiknya murid-murid yang menunjukkan sikap sedemikian perlu dirujukkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan rawatan dan bimbingan yang betul. Terdapat sesetengah pandangan mengatakan anak-anak yang baik ialah kanak-kanak yang pendiam, pasif, tidak tahu meminta dan hanya bersifat menerima sahaja. Kanak-kanak yang aktif, lincah, terlalu banyak bercakap atau bertanya, berani menjawab atau mempersoalkan apa yang dikemukakan adalah dianggap sebagai kanak-kanak nakal, tidak berdisiplin atau dianggap kurang ajar dan biadap.Banyak fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan mata memandang dan ini sudah tentu menjejaskan imej sesebuah sekolah. Jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme di sekolah ini amatlah besar. Peruntukan kewangan yang dikeluarkan oleh sekolah yang digunakan untuk mengganti baru dan membaik pulih kemudahan-kemudahan yang dirosakkan itu lebih baik sekiranya digunakan untuk melaksanakan projek lain yang lebih berfaedah di sekolah. Pihak sekolah amat menitikberatkan perkara ini. Hal ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

Contoh yang berlakuVandalisme yang membabitkan pelajar sekolah kini bukan sahaja merosakkan harta benda awam malah mereka berani merosakkan peralatan serta membakar sekolah di kalangan murid sekolah. Melalui laporan yang dikemukakan oleh Jabatan Pendidikkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah berlaku beberapa kes tentang usaha membakar sekolah oleh murid-murid sekolah berkaitan.Demikian menurut Aktivis Masyarakat, Dato' Lee Lam Thye ketika melancarkan Kempen Anti-Vandalisme Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur peringkat perumahan awam dan rumahpangsa di Kompleks Perniagaan Flat Seri Selangor.''Walaupun kerosakkan yang berlaku dianggap minimum, akan tetapi kos membaik pulih serta menggantikan kemudahan awam yang telah sengaja dirosakkan itu menelan belanja yang yang sangat tinggi,'' katanya. Jelas beliau lagi, kos perbelajaan yang disalurkan untuk membaiki kerosakkan-kerosakkan itu umpamanya, boleh digunakan untuk menambahkan lagi kemudahan awam bagi kegunaan dan keselesaan semua.CogankataHarta Awam Milikku, Milikmuharus disemat ke dalam diri dan menganggap segala kemudahan awam yang digunakan itu sebagai milik bersama dan perlu menjaganya dengan baik,''ujarnya. Semasa berucap beliau berkata, usaha pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama agensi-agensi lain adalah, untuk memupuk sikap cinta dan sayang dari semua lapisan masyarakat terhadap kemudahan awam yang disediakan. Menurutnya, pada tahun ini sahaja pihak DBKL telah memperuntukkan sebanyak RM7.5 Juta bagi membaik pulih kemudahan awam yang telah rosak akibat perbuatan vandalisme di kawasan perumahan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kesan Vandalisme Terdapat banyak kesan yang dapat dilihat oleh fizikal dan juga emosi. Kesan vandalisme bukan dirasai oleh individu sahaja malah masyarakat sekeliling dan negara juga memberi impak yang teruk akibat perbuatan yang tidak bermoral dan menyusahkan semua pihak. Vandalisme boleh memberi kesan kepada individu, masyarakat, dan negara. Kebanyakan individu yang melakukan vandalisme hanya untuk melepaskan geram dan sesetengahnya untuk memenuhi kepuasan hati. Hal demikian memberikan kesan kepada individu untuk melakukan perbuatan yang sama itu lagi jika masalah ini masih berterusan . Hal ini secara tidak lansung akan menyebabkan perkara yang lebih teruk akan berlaku seperti merompak atau membunuh. Vandalisme sering dipandang remeh oleh masyarakat setempat. Mereka hanya berdiam diri sedangkan vandalisme berlaku di depan mata mereka. Akhirnya masyarakat juga yang merana akibat aktiviti yang terkutuk itu. Masyarakat susah untuk membuat perhubungan semasa dalam keadaan kecemasan. Contohnya telefon awam rosak semasa rumah sedang terbakar. Selain itu, masyarakat tidak selesa ketika menggunakan harta benda awam yang lain. Contohnya basah ketika menunggu bas kerana atap di perhentian bas rosak sebab tidak dapat menghalang hujan yang turun. Contengan pada dinding tandas awam memburukkan dan mendorong kepada generasi muda untuk meniru gejala tidak sihat ini. Banyak fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan mata memandang dan ini sudah tentu menjejaskan imej negara .Jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme ini amatlah besar. Peruntukan kewangan yang digunakan untuk mengganti baru dan membaik pulih kemudahan-kemudahan yang dirosakkan itu lebih baik sekiranya digunakan untuk melaksanakan projek lain yang lebih berfaedah. Hal ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

Gambar-gambar menunjukkan vandalisme

Kepada mereka, mungkin melukis graviti pada dinding sejuk dipandang mata, tetapi tahukah mereka bahawa perkara sebegini hanya mengotorkan dinding .Perbuatan seperti ini hanya merugikan wang kerajaan kerana mereka terpaksa berbelanja ribuan wang untuk memperbaikinya. Sebaliknya, kita hanya menggoyang kaki, menggunakan kemudahan awam yang disediakan dengan mudah.Inilah perbuatan manusia yang mengamalkan sikap alpa. Mereka langsung tidak mempedulikan akan perasaan orang lain. Masyarakat hanya mementingkan diri sendiri. Apabila diperlukan, mereka menggunakan kemudahan awam, apabila tidak diperlukan, mereka merosakkannya. Sikap seperti ini hanya seperti pepatah Melayu, 'selepas isi dimakan, kepah dibuang'.Perbuatan seperti ini boleh menjejaskan imej pemimpin negara. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi imej negara.

Peranan agensi yang bertanggungjawab dalam menangani gejala vandalisme Pihak sekolah (guru) harus mengambil tindakan tegas terhadap gejala merosakkan harta benda di sekolah. Contohnya, kes pelajar memecahkan pintu bilik darjah, pintu pagar sekolah, pintu tandas, merosakkan kerusi meja dan kemudahan sekolah yang lain serta gejala menconteng dinding bangunan sekolah amat mendukacitakan pihak sekolah. Hal ini demikian kerana, peruntukan yang besar terpaksa dikeluarkan untuk menggantikan peralatan sekolah yang rosak untuk menyediakan persekitaran yang kondusif kepada guru dan pelajar sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Gejala vandalisme dalam kalangan pelajar di sekolah mesti dibendung sejak awal dengan mengenal pasti pelajar-pelajar yang terlibat. Tindakan tegas perlu diambil selaras dengan peraturan disiplin sekolah contohnya, tindakan amaran, sesi kaunseling, denda malah sehingga lah pelajar boleh digantung sekolah supaya gejala ini tidak menular kepada pelajar-pelajar lain dan menjadi duri dalam daging kepada pihak sekolah. Malah program 'Polis Angkat' iaitu pihak polis menjadikan sekolah sebagai sekolah angkat dan menghantar beberapa orang pegawai polis untuk memberi ceramah tentang vandalisme atau terlibat dalam program sekolah amat baik untuk mengelakkan pelajar dari terlibat dalam gejala ini.Badan kerajaan juga turut memainkan peranan dalam menangani gejala vandalism. Di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Anti vandalisme yang turut dianggotai oleh jabatan lain dan agensi kerajaan. Menyedari hakikat bahawa remaja merupakan aset yang penting dan pemimpin generasi wawasan yang akan menerajui negara pada masa hadapan, maka Jawatankuasa Anti Vandalisme ini telah mengambil langkah pertama dengan melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini. Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan Harta Benda Awam Milikku-Milikmu . Pertandingan seperti ini penting untuk menanamkan sifat bertanggungjawab dan menyemaikan perasaan sayang terhadap harta benda awam. .

Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis-majlis perbandaran serta Bandaraya juga turut memberi peranan penting bagi menangani malah vandalisme yang semakin berleluasa pada akhir-akhir ini. Pertubuhan Persatuan Pencegah Jenayah telah ditubuhkan di setiap sekolah bagi mengurangkan kadar masalah sosial dalam kalangan remaja. Selain itu, badan bukan kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam menangani gejala vandalism. Penubuhan Rukun Tetangga merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab mengelakkan gejala vandalisme berlaku terutamanya berdekatan dengan kawasan perumahan mereka. Jawatankuasa Perumahan yang berkenaan perlu bergabung tenaga untuk membuat kawal selia di kawasan masing-masing. Setiap persatuan yang bukan badan kerajaan dan juga Rukun Tetangga telah diberi satu kawasan untuk dijaga dan di selenggara

Faktor-faktor Berlakunya Vandalismei. Pengaruh Rakan SebayaPengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme dalam kalangan murid sekolah rendah. Pelajar sekolah rendah lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya yang sentiasa berada dengannya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku seseorang pelajar dan lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan pelajar yang melakukan vandalisme merupakan pelajar dalam kumpulan. Mereka juga tidak mempunyai sebarang niat dan juga tujuan, apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda yang berada dalam sekolah dan merosakkannya.

ii. Ibu Bapa dan KeluargaIbu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan murid sekolah rendah. Murid di sekolah rendah menggunakan kebanyakan masanya dengan keluarga. Oleh itu, murid menjejak kaki ibu bapa mereka dan meniru perlakuan ibu bapa mereka di rumah. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Hal ini akan dipengaruhi oleh murid-murid ini. Sikap ibu bapalah yang menunjukan keperibadian murid-murid. Sesetengah murid yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh murid sekolah rendah yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong murid-murid terjebak dalam gejala negatif ini disekolah.

iii. Pengaruh Media MassaMedia massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi murid-murid melakukan vandalisme. Murid-murid sekolah rendah ini mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya. Mereka mudah meniru perlakuan yang negatif ini dalam siaran televisyen dan ingin cuba untuk melakukan perbuatan tersebut di sekolah rendah. Hal ini menyebabkan perlakuan vandalisme di sekolah dan merugikan pihak sekolah.

iv. Sikap Apati ( tidak peduli) yang diamalkan oleh pihak sekolah.Murid sekolah rendah adalah produk sistem sesebuah masyarakat pada masa akan nanti. Mereka juga menjadi remaja pada masa hadapan nanti dan juga menjadi tulang belakang negara kita. Pihak sekolah perlu memerhatikan setiap pergerakan murid-murid di dalam sekolah. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang. Oleh itu, Sikap pihak sekolah yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan murid menconteng dan merosakkan harta benda sekolah seperti menconteng dinding tandas sekolah. Pihak sekolah perlu mengambil tindakan terhadap murid-murid sebigini. Golongan murid merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda sekolah.Bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Di samping itu, kurang kawalan dan bimbingan oleh ibu bapa juga mengakibatkan golongan remaja terjebak dalam gejala vandalisme, terutamanya berasal daripada keluarga yang tidak sempurna yang ingin menarik perhatian daripada ibu bapa dan masyarakat.Langkah drastik yang dapat digunakan untuk mengawal vandalisme ialah penguatkuasaan undang-undang di sekolah. Pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak murid di sekolah. Pengenalan subjek pendidikan moral dan agama serta sivik terhadap anak murid adalah bertujuan untuk mengurangkan gejala vandalisme di sekolah. Ini memudahkan penerapan nilai-nilai positif dalam kalangan murid-murid. Tambahan lagi nilai-nilai ini perlu disuntik dalam sanubari murid-murid sejak dari bangku sekolah lagi. Dengan ini, murid sekolah akan menggunakan kemudahan awam dengan berhemah dan tidak cuba untuk merosakkan harta benda tersebut.Tindakan-tindakan yang boleh dilakukan melalui dendaan dan hukuman berat kepada sesiapa yang melakukan gejala vandalisme dalam kalangan murid sekolah rendah. Selain itu, pihak sekolah juga boleh melaksanakan undang-undang baru iaitu mengenakan kerja-kerja khidmat kepada murid-murid seperti menyapu taman awam dan mencuci tandas awam terhadap pesalah. Perbuatan sedemikian dapat dijadikan sebagai satu teladan kepada murid-murid dan mereka tidak melakukan sekali lagi. Kempen-kempen juga boleh diadakan oleh pihak sekolah mengenai vandalisme di sekolah. Pihak sekolah boleh mengadakan kempen Kempen kesedaran seperti Anti Vandalismedan Jauhi Diri daripada Gejala Vandalisme bagi mengurangkan gejala ini. Semua lapisan masyarakat harus bersikap prihatin dan menggembleng tangan untuk menangani masalah tersebut. Masyarakat juga perlu bersikap proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di sekitar mereka. Selain itu, Usaha yang paling efisien untuk mengatasi masalah jenayah dalam kalangan murid-murid di negara ini, bermula daripada didikan awal ibu bapa. Iman Al-Ghazali pernah bersabda, mendidik anak-anak ibarat menanam biji benih. Ia perlu di baja dan disiram setiap hari dengan pebuh kasih sayang agar biji benih tersebut akan membesar dan membuahkan hasil.Hal ini membuktikan bahawa kebijaksanaan ibu mendidik anak-anak pada usia muda akan menghalang mereka dari terjerumus dalam kebejatan sosial.Melentur buluh biarlah dari rebungnya,merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mendidik dan mengatur kehidupan anak-anak mereka dan mengajar mereka untuk menghargai sesuatu benda. Ibu bapa perlu memberi penekanan kepada pendidikan agama sejak ubun-ubun mereka masih lembutagar mereka faham setiap perkara yang dilakukan sama ada salah atau betul.Sikap yang kejam dalam kalangan murid perlu ditangani dengan baik. Janganlah sesudah nasi menjadi bubur, barulah ibu bapa mahu bertindak, kelak dibimbangi akan mengeruhkan lagi keadaan. Seterusnya, ibu bapa tidak seharusnya bersikaplepas tangandalam mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab mereka kepada pembantu rumah. Tegasnya, ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa merupakan penaung yang paling selamat untuk mereka berlindung dan dan tempat terbaik untuk berkongsi masalah. Ibu bapa harus mendidik anak-anak supaya menghargai benda-benda yang berada di kawasan sekolah.Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan antara modus operandi untuk menangani masalah jenayah dalam kalangan remaja yang semakin leluasa. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Antidadah (SLAD) merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-kelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan menggalakkan remaja untuk mengambil bahagian dalam aktiviti bersifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kelab bersifat antijenayah sosial boleh menjadi agen mencegah jenayah dalam kalangan remaja. Hal ini bersesuaian dengan pepatah,mencegah lebih baik daripada mengubat.

Langkah atasi vandalismeSebenarnya, sebelum membincangkan peranan pihak lain, diri golongan remaja sendiri perlu diberi perhatian. Hal ini demikian kerana, remaja sendiri dikurniakan akal fikiran untuk berfikir tentang baik buruknya seuatu perkara. Usaha murni pelbagai pihak untuk memendung gejala vandalisme tidak akan memberi impak seperti yang diharap-harapkan jika golongan remaja sendiri tidak bersedia untuk membuat anjakan paradigma dan mengubah persepsi mereka terhadap kepentingan menghargai kemudahan awam.Sehubungan dengan itu, remaja perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan bersyukur terhadap kemudahan yang disediakan. Contohnya, golongan remaja haruslah menggunakan dengan berhemah dan sentiasa menjaga kemudahan yang disediakan oleh ibu bapa di rumah, kemudahan dan peralatan di sekolah , malahan kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan. Golongan remaja wajar mempunyai kesedaran dengan membayangkan kesulitan yang akan timbul jika mereka tinggal si sesebuah negara yang tidak mempunyai kemudahan awam yang sempurna seperti negara-negara miskin atau negara yang mengalami pergolakan dan peperangan. Sekiranya setiap remaja berjaya memupuk kesedaran ini dalam jiwa mereka, sudah pasti mereka tidak akan tergamak melakukan kegiatan vandalisme ini. Memang tidak dapat disangkal lagi, ibu bapa perlu memainkan peranan penting sebagai pihak yang paling hampir dengan remaja. Didikan agama dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama yang sempurna mampu menjadi tembok penghalang remaja daripada melibatkan diri dalam gejala vandalisme. Hal ini demikian kerana, ajaran agama mementingkan kebaikan dan melarang melakukan perkara-perkara keburukan. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda yang ada di dalam rumah dan menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal mereka mahupun di tempat lain. Justeru, didikan sejak peringkat awal umpama sebutir benih yang ditanam, dibaja, dan disiram setiap hari, bakal tumbuh menjadi pokok yang subur dan menghijau. Lanjutan daripada itu, ibu bapa, harus memantau aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan mengetahui latar belakang rakan anak-anak mereka. Ibu bapa yang cemerlang ialah yang sering menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka terutama dari segi sahsiah. Hal ini disebabkan, tidak mustahil berlaku apabila tingkah laku anak-anak sangat berbeza semasa di sekolah berbanding semasa di rumah. Contohnya, terdapat remaja yang serig menimbulkan masalah di sekolah tetapi dimaklumkan oleh ibu bapa sebagai remaja yang baik tingkah lakunya ketika di rumah. Oleh itu, sekiranya ibu bapa mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala vandalisme ini, tindakan sewajarnya harus diambil sebelum nasi menjadi bubur. Hal ini termasuklah dengan memberi amaran tegas kepada anak-anak mereka. Tindakan ini memang sesuai dengan kata orang-orang tua, sayangkan anak, tangan-tangankan. Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme berlaku dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Sikap mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar , melepaskan pucuk masing-masing harus dikikis apatah lagi jika gejala yang berlaku tidak melibatkan anak atau saudara mara sendiri. Setiap anggota masyarakat juga tidak harus besikap lepas tangan dan hanya mengharapkan pihak berkuasa sahaja. Amalan hanya menjaga tepi kain sendiri, dan tidak mahu menjaga tepi kain orang lain mungkin tidak lagi relevan bagi permasalahan vandalisme ini. Justeru, tindakan segera perlu diambil atas perbuatan seperti menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman permainan dan tong sampah awam. Sebagai contoh, masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala itu dan mengenakan tindakan seperti bayaran denda kepada ibu bapa yang anaknya terlibat dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka. Selain itu anggota masyarakat perlu prihatin dan melaporkan gejala vandalisme kepada pihak berkuasa jika gejala ini bertambah serius di kawasan perumahan masing-masih. Jika masyarakat sentiasa peka dan prihatin tentang gejala vandalisme ini, nescaya jalan keluar dapat ditemui untuk menangani gejala yang melibatkan golongan remaja sebagai aset negara tercinta. Selain itu, memang tidak syak lagi, pihak kerajaan perlu memainkan peranan yang drastik. Umpamanya, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk memerangi gejala vandalisme. Pengisian kempen yang relevan amat perlu dititikberatkan demi meningkatkan kesedaran semua pihak yang terlibat terutama golongan remaja tentang kesan-kesan negatif gejala vandalisme ini. Perancangan yang teliti perlu dibuat supaya kempen yang dijalankan berjaya mengatasi masalah vandalisme ini dan bukanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja'. Contohnya , siri ceramah, pameran, pertandingan yang berkaitan dengan isu vandalisme perlu dilaksanakan dengan terancang dan menyeluruh. Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio tempatan untuk menangani gejala ini. Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam. Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan laku musnah ini perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti menyapu sampah, membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan. Natijahnya, sudah pasti gejala vandalisme akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas oleh pihak berwajib. Tambahan pula, pihak media massa harus berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk membasmi gejala vandalisme ini. Media elektronik seperti televisyen umpamanya, mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat terutama remaja. Justeru, pihak penerbit siaran televisyen harus menyiarkan lebih banyak rancangan yang memberi maklumat dan kesedaran terhadap buruk dan hinanya gejala vandalisme ini dan tidak hanya menumpukan pada rancangan yang membawa keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Contohnya, rancangan berbentuk rencana, wawancara dengan tokoh yang berkenaan, drama yang memaparkan pengajaran tentang vandalisme perlu diperbanyak. Begitu juga dengan media cetak seperti surat khabar, turut berperanan untuk menyiarkan rencana atau artikel tentang vandalisme. Oleh itu sekiranya wujud kesedaran tentang kesan-kesan negatif gejala vandalisme ini dalam sanubari segenap lapisan masyarakat , sudah pasti gejala vandalisme ini dapat dibendung. Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat serta bersama-sama melangkah sederap untuk memerangi gejala vandalisme ini. Gejala ini jika dibiarkan mampu menjadi virus yang akan mencipta jenayah yang lebih besar. Kerajaan bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian malah imej negara di mata para pelancong asing turut tercalar. 14