JURNAL REFLEKSI M9

4

Click here to load reader

description

jurnal

Transcript of JURNAL REFLEKSI M9

Page 1: JURNAL REFLEKSI M9

JURNAL REFLEKSI

MINGGU 9 ( 17 MAC 2013 – 21 MAC 2013)

MASALAH

Pada minggu ini, saya telah dapat mengesan masalah yang timbul sepanjang

pengajaran saya. Masalah yang timbul ialah ketika slot menjawab soalan

berdasarkan lembaran kerja. Saya dapati, apabila sedang menjawab soalan, semua

murid menjawab dengan tekun, tetapi setelah murid siap, mereka mula membuat

bising dan mengganggu rakan-rakan yang lain.

Kebisingan sebahagian murid ini akan mengganggu murid-murid lain yang

sedang menyiapkan latihan. Murid-murid lain tidak dapat menumpukan perhatian

sepenuhnya terhadap soalan yang diberikan. Murid-murid yang membuat bising

adalah terdiri daripada murid-murid yang dapat menyiapkan latihan dengan cepat.

Masalah ini sangat ketara ketika saya mengajar subjek Bahasa Melayu kelas

pemulihan.

ANALISIS MASALAH

Bagi mencari punca berlakunya masalah ini, saya telah membuat pemerhatian dan

soal selidik dengan guru pembimbing saya bagi mendapatkan pendapat serta tunjuk

ajar. Setelah dianalisis masalah ini timbul kesan daripada beberapa perkara

antaranya;

aktiviti perbincangan dan kerja berkumpulan yang telah saya jalankan

memakan masa yang agak lama.

Soalan yang saya sediakan di dalam lembaran kerja terlalu banyak dan rumit

Pelajar mengambil masa yang lama untuk menyudahkan soalan yang

diberikan.

Proses pertukaran antara satu subjek ke satu subjek yang lain telah

memakan masa yang agak lama (15 hingga ke 20 minit).

guru perlu menanti kesemua murid masuk dan bersedia untuk belajar juga

secara tidak langsung telah memakan masa.

Dalam teori Behaviorisme yang diasaskan oleh Gagne pada 1985, beliau

berpendapat bahan pelajaran yang perlu dikuasai dan distrukturkan bertahap-tahap

Page 2: JURNAL REFLEKSI M9

mengikut darjah kesukaran. Sekiranya penyediaan suatu kemahiran tidak mengikut

aras dan tahap, ia akan memakan masa dan objektif tidak akan dicapai.

Oleh yang demikian, dapatan daripada analisis masalah ini secara tidak

langsung menunjukkan sebab musabab permasalahan ini berlaku. Jadi aktiviti yang

dirancang oleh saya kadang kala terpaksa dipendekkan atau tidak dilakukan terus.

Meskipun begitu saya tetap memberikan pengajaran yang efektif supaya murid

dapat memahami isi pengajaran hari itu. Selalunya hanya refleksi sahaja yang tidak

sempat dilakukan sebagai rumusan kepada P&P hari itu namun sempat saya

selitkan dalam P&P saya dengan menggunakan teknik pengulangan dan penyoalan

sebagai peneguhan.

CADANGAN

Bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul pada minggu ini saya telah merangka

beberapa cadangan yang bersesuian dengan tahap masalah tersebut. Ini adalah

cadangan-cadangan yang telah dibuat;

saya akan mengehadkan masa bagi murid jika melibatkan aktiviti secara

berkumpulan atau perbincangan supaya mereka tidak menggunakan masa

yang lama.

Saya juga akan menggunakan teknik penyampaian arahan secara ringkas tidak pelajar tidak akan memerlukan masa yang panjang hanya untuk

mendengar arahan guru. Saya juga akan membuat peninjauan sebagai fasilitator terhadap setiap kumpulan supaya pelajar tidak membuang masa

dengan perkara lain.

Bagi kertas lembaran kerja yang diberi, saya akan mengehadkan masa untuk mereka menyiapkan tugasan tersebut. Saya juga akan turut serta

dalam membantu pelajar menjawab soalan ini kerana pelajar selalu lambat

menyiapkan tugasan

Saya juga akan menyediakan set-set soalan yang sesuai dengan aras murid supaya sesuai dengan masa yang ditetapkan.

Page 3: JURNAL REFLEKSI M9

Saya akan berpesan kepada pelajar supaya memberitahu guru mata pelajaran yang sebelumnya supaya melepaskan mereka setelah tamat

waktunya.

TEMPOH PENYELESAIAN

17 Mac 2013 – 21 Mac 2013 ( 1 Minggu)

TINDAKAN SUSULAN

Daripada cadangan-cadangan yang telah diutarakan didapati ada perubahan yang

berlaku. Didapati pelajar dapat memberi kerjasama yang baik antara guru namun

ada juga sesetengah daripada mereka yang melanggar peraturan yang telah

ditetapkan. Tetapi atas kesedaran mereka menunjukkan perubahan sikap secara

beransur-ansur.

Bagi masalah pertukaran masa masih lagi berlaku pada hari-hari tertentu.

Tapi saya telah berjumpa dengan guru pembimbing saya untuk mendapatkan

nasihat beliau dan daripada perbincangan tersebut dapat saya simpulkan bahawa

kelewatan ini memang sering berlaku kepada semua guru. Namun guru-guru

tersebut cuba untuk mengurangkan masa kelewatan tersebut atas sebab-sebab

tertentu.

Oleh yang demikian saya perlu bijak dalam merangka rancangan pengajaran

saya supaya dapat menyesuaikan dengan masalah ini. Saya perlu meneliti objektif

pengajaran saya pada hari tersebut supaya apa yang dirancang tercapai dan

menggunakan aktiviti yang perlu sahaja.

KESIMPULAN

Kemahiran dan kecekapan dalam mengendalikan masa amatlah penting dalam

merancang sesuatu aktiviti dalam P&P. Hal ini kerana ia adalah penentu bahawa

tercapai atau tidak objektif atau hasilan pengajaran kita pada hari itu. Guru juga

Page 4: JURNAL REFLEKSI M9

perlu cekap dalam memberi arahan dan bijak menyelesaikan masalah secara

langsung yang tiba-tiba sahaja berlaku.

Saya berharap dengan cadangan dan tindakan yang diambil mampu

membina sikap daya saing positif dalam diri mereka supaya prestasi pembelajaran

mereka akan terus meningkat dari sehari ke sehari.