Karangan fakta

12
KARANGAN FAKTA : FAEDAH BERSUKAN Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh. Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas. Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial. Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan

Transcript of Karangan fakta

Page 1: Karangan fakta

KARANGAN FAKTA : FAEDAH BERSUKAN

 

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh

badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan

aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.

            Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh

badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan

sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam

tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika

belajar di dalam kelas.

            Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan

menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira

umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman,

kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan

mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

            Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara

bermanfaat.Sesi latihan  permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu

lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri

daripada terjebak dalam gejala sosial.

            Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama

sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili

pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi

mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama

sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

        Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita

bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia

masyarakat yang cerdas dan cergas.

 

Page 2: Karangan fakta

Faedah Menabung       Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.

     Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung.

     Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu.

     Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika  ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. 

     Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain.

Page 3: Karangan fakta

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Faedah-faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.              Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.  

       Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung".

Page 4: Karangan fakta

       Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.  

         Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian.  

         Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah.

     Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk

Page 5: Karangan fakta

bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

     Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

     Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.

     Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesamakita.

     Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula

Page 6: Karangan fakta

hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Laporan Minggu Bahasa Melayu

Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bahagia telah menganjurkan Minggu Bahasa Melayu yang bermula dari 12 Mei hingga 16 Mei 2011.

     Objektif utama Minggu Bahasa Melayu itu diadakan adalah seperti berikut :

i. Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul.

ii. Memupuk minat murid untuk berkarya dan mencungkil bakat seni sastera.

iii. Membantu mempertingkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid.

iv. Memberi kesedaran tentang kepentingan dan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Minggu Bahasa Melayu telah dilancarkan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Husin, Guru besar sekolah ini untuk sesi pagi dan Tuan Haji Saari bin Harun, Penyelia Petang  untuk sesi petang pada 12 Mei 2011.

     Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu berkenaan untuk semua tahap murid sebagaimana berikut:

i. Tahun 1 - Pertandingan Mewarna

ii. Tahun 2 - Pertandingan Bercerita

iii. Tahun 3 - Pertandingan Berpantun

iv. Tahun 4 - Pertandingan Mendeklamasi Sajak

v. Tahun 5 - Pertandingan Syarahan

Page 7: Karangan fakta

vi. Tahun 6 - Pertandingan Menulis Esei

vii. Terbuka kepada murid Tahap 2 - Pertandingan Melukis Poster 'Cintailah Bahasa Melayu'

Murid-murid telah menunjukkan minat dan memberikan sambutan yang menggalakkan terhadap semua aktiviti yang dijalankan.

Semua pertandingan telah diadili oleh guru-guru dalam Panitia Bahasa Melayu. Sebanyak 3 hadiah disediakan bagi setiap pertandingan. Hadiah-hadiah pertandingan telah disumbangkan oleh pengusaha kantin sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 17 Mei 2011. Tuan Guru Besar dan Yang Dipertua PIBG telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Disediakan oleh,20 MEI 2011.

(SHAHARUDIN BIN BUSU)Setiausaha,Panitia Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Bahagia.

Suatu kejadian banjir telah berlaku di daerah kamu. Sebagai

wartawan, kamu telah diminta untuk menulis berita tentang kejadian

banjir kilat di daerah kamu. Sediakan berita itu selengkapnya.

GEMENCHEH, 19 Mei 2009 – Hujan lebat tanpa berhenti-henti

selama dua hari berturut-turut telah menyebabkan Kampung Baru

Gedok dilanda banjir kilat. Hampir separuh kampung telah

ditenggelami air setinggi satu meter.

Page 8: Karangan fakta

Beratus-ratus buah rumah penduduk kampung telah rosak.

Semua harta benda dan tanaman mereka juga turut musnah.

Selain itu, semua binatang ternakan seperti ayam, anjing,

lembu, kucing, itik, dan sebagainya turut mati lemas. Kelihatan

banyak bangkai terapung-apung di permukaan air.

Sebanyak seratus buah keluarga kehilangan tempat tinggal.

Nasib baik, tiada mangsa yang terkorban. Semua mangsa banjir

telah dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara dengan

menaiki bot penyelamat.

Di pusat itu, semua mangsa banjir diberi bantuan makanan,

pakaian, dan ubat-ubatan. Mereka juga menerima sumbangan

daripada orang ramai.

Apabila air surut, semua mangsa banjir pun dibenarkan pulang

ke rumah masing-masing. Mereka terpaksa membersihkan rumah

mereka yang kotor akibat banjir. Diharap banjir tidak akan berlaku

lagi.

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

   Hari Kemerdekaan juga disebut Hari Kebangsaan. Hari

Kemerdekaan negara kita jatuh pada tanggal 31 Ogos setiap

tahun. Pada tarikh keramat ini seluruh rakyat Malaysia yang

Page 9: Karangan fakta

berbilang kaum bersama-sama menyambutnya dengan riang

gembira dan yang penting dapat menambah rasa cinta rakyat

terhadap negara.   

  

   Pada hari itu, pemimpin negara berada di atas pentas utama.

Antara pemimpin yang hadir ialah Yang di-Pertuan Agong,

Perdana Menteri dan para menteri. Masyarakat berbilang kaum

turut menghadirinya. Mereka tidak mahu ketinggalan meraikan

hari yang bersejarah ini.

     Acara sambutan Hari Kemerdekaan biasanya dimulakan

dengan upacara menaikkan bendera Malaysia iaitu “Jalur

Gemilang”. Sewaktu bendera dinaikkan lagu “Negaraku”

dinyanyikan bersama-sama dengan penuh semangat. Selepas

itu ,ikrar taat setia dilafazkan sebagai janji taat setia rakyat

kepada negara. Pada Hari Kemerdekaan, pemimpin negara turut

memberikan ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia.

   Tidak lama selepas itu, upacara perbarisan pun dimulakan.

Upacara perbarisan ini disertai oleh rakyat berbilang kaum.

Mereka terdiri daripada murid sekolah .pekerja sektor awam dan

pekerja sektor swasta. Peserta perbarisan ini memberi tabik

hormat kepada pemimpin negara yang berdiri di atas pentas

utama.

    Sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan penonton juga dapat

menyaksikan perarakan kereta berhias yang berwarna-warni dan

penuh bercahaya ,persembahan pancaragam oleh pasukan

beruniform ,pertunjukan jet di udara dan melihat kemahiran

Page 10: Karangan fakta

penerjun-penerjun negara terjun dari helikopter sambil

mengibarkan “Jalur Gemilang”.

           

   Acara kemudiannya diteruskan dengan persembahan

kebudayaan. Pelbagai persembahan seperti tarian ,nyanyian dan

sketsa diadakan. Persembahan ini dijayakan oleh semua kaum di

Malaysia. Semua persembahan yang dipersembahkan sungguh

menghiburkan. Rakyat Malaysia yang datang sendiri sewaktu

sambutan Hari Kemerdekaan ramai yang tidak melepaskan

peluang untuk mengambil foto peristiwa yang berlaku pada hari

tersebut.

       

    Sambutan Hari Kemerdekaan disambut dengan meriah. Bagi

mereka yang tidak hadir, mereka boleh menontonnya di kaca

televisyen.