Karangan fakta

3
Cara-cara Membalas Jasa Guru. Kita perlu menjadi seorang yang tahu membalas jasa. Di rumah kita perlu membalas jasa ayah dan ibu.Di sekolah pula kita perlu membalas jasa guru. Untuk membalas jasa guru, kita perlu rajin belajar.Sebagai contoh, semasa di dalam kelas, kita memberikan tumpuan semasa guru mengajar.Kesannya, kita akan mendapat keputusan yang cemerlang dan sudah tentu guru kita akan merasa gembira. Kita juga perlu mengamal segala nasihat guru.Sebagai contoh guru mahu kita bersikap berbudi bahasa.Oleh itu, apabila kita bertemu dengan guru, kita perlu menunjukkan sikap lemah lembut. Seterusnya, kita tahu menghargai jasa guru.Sebagai contoh, kita mengucap terima kasih atau member hadiah ketika Hari Guru.Kesannya, guru merasa murid-muridnya insane yang tahu mengenang budi. 21 Selanjutnya, kita perlu menghargai guru walaupun kita sudah meninggalkan alam persekolahan.Sebagai contoh, kita patut menghubungi bekas guru kita di sekolah rendah satu ketika dahulu.Cara ini dapat mengeratkan siraturrahim yang sudah lama terjalin.

Transcript of Karangan fakta

Page 1: Karangan fakta

Cara-cara Membalas Jasa Guru.

Kita perlu  menjadi seorang yang tahu membalas jasa. Di rumah kita perlu membalas

jasa ayah dan ibu.Di sekolah pula kita perlu membalas jasa guru.

            Untuk membalas jasa guru, kita perlu rajin belajar.Sebagai contoh, semasa di

dalam kelas, kita memberikan tumpuan semasa guru mengajar.Kesannya, kita akan

mendapat keputusan yang cemerlang dan sudah tentu guru kita akan merasa gembira.

            Kita juga perlu mengamal segala nasihat guru.Sebagai contoh guru mahu kita

bersikap berbudi bahasa.Oleh itu, apabila kita bertemu dengan guru, kita perlu

menunjukkan sikap lemah lembut.

            Seterusnya, kita tahu menghargai jasa guru.Sebagai contoh, kita mengucap

terima kasih atau member hadiah ketika Hari Guru.Kesannya, guru merasa murid-

muridnya insane yang tahu mengenang budi.

21

            Selanjutnya, kita perlu menghargai guru walaupun kita sudah meninggalkan

alam persekolahan.Sebagai contoh, kita patut menghubungi bekas guru kita di sekolah

rendah satu ketika dahulu.Cara ini dapat mengeratkan siraturrahim yang sudah lama

terjalin.

            Sebagai kesimpulannya, banyak cara yang boleh dilakukan untuk membalas

jasa guru. Oleh itu, kita berusaha menjadi murid yang tahu mengenang budi.Orang

berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa.

Maksud peribahasa yang digunakan.

Orang berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa – Tiap-tiap pemberian orang

hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus berterima kasih.

Page 2: Karangan fakta

SOALAN : Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan tentang

cara-cara menjaga kesihatan diri. Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka

sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak

cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik. Cara yang laing

mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain

pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan

langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Selain itu,

pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan

segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak

dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik. Malah, aktiviti bersenam juga

mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh

dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap

imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit. Seseorang itu juga

perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual

sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah

menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu. Kesimpulannya,

menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan

penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan

seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan

keluarga.

s