Edu 3073 Kemahiran Asas Kaunseling

27
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING EDU 3107

description

.

Transcript of Edu 3073 Kemahiran Asas Kaunseling

  • KEMAHIRAN ASAS KAUNSELINGEDU 3107

  • KEMAHIRAN ASAS KAUNSELINGMembina hubunganMemberi perhatianMendengar aktifDorongan minimaKemahiran menyoalMenyemak persepsiKemahiran parafrasaRefleksiKesenyapanKonfrantasiMinta penjelasanMembuat interpretasimerumus

  • KEMAHIRAN MEMBINA HUBUNGANMembolehkan klien benar-benar rasa diterima bagi menjalankan proses kaunseling.Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:Keadaan fizikal tempat pertemuanMenyambut kehadiran klienMemulakan perbualan ringan berkaitan kehidupanMemulakan temu bual awalPenstrukturan: proses aunseling,tanggungjawab pembimbing,tanggungjawab klien,etika kerahsiaan,jangka masa sesi,bayaran dan limitasi

  • CIRI-CIRI KLIEN YANG ENGGANresistanceDiam atau kurang bercakapBercakap panjang tetapi bercerita perkara yang tidak perluTidak mahu berkongsi perasaanBertanya soalan yang tidak bekaitanDatang lambatJanji palsuCuba menarik perhatian

  • 1.KEMAHIRAN MEMBERI PERHATIAN/MELAYAN

    EKSPRESI WAJAHTAHAP TENAGAKEDUDUKAN JARAKGAYA DUDUKPERGERAKAN KAKI DAN TANGANNADA SUARA

  • a.EKSPRESI WAJAHPenglahiran perasaan, pemikiran dan nilai kaunselor.Wajah yang ceria dan senyum menunjukkan tanda persahabatan dan kesediaan kaunselor.Kontak mata menunjukkan kaunselor memberi perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh klien

  • b.TAHAP TENAGATahap tenaga memberikan mood kepada sesi kaunseling.Tahap tenaga dapat dilihat melalui gaya duduk, berjalan, nada suara dan mimik muka kaunselor.Tenaga yang lemah akan menjejaskan kepercayaan dan keyakinan klien.

  • c.KEDUDUKAN JARAKKedudukan yang terlalu hampir membuatkan klien berasa lemas dn tidak selesa.Jarak yang terlalu jauh menyulitkan perbincangan kerana sukar untuk mendengar suara yang berbisik dan kurang jelas air muka.

  • d.GAYA DUDUKKedudukan badan yang condong menghala kepada klien semasa berbincang adalah menunjukkan minat kaunselor kepada perkara yang diperkatakan oleh klien

  • e.PENSTRUKTURANIa memberikan peraturan dalam perbincangan yang bakal dijalankan.Beberapa perkara utama perlu disentuh:faktor masaPeranan kaunselor-mendengar,memahami dan memberi bantuanPeranan klien- bercerita secara jujurEtika kerahsiaan

  • 2.DORONGAN MINIMAIa dibuat secara lisan dan bukan lisan.Adalah usaha lisan kaunselor untuk menimbulkan rasa klien didengar dan diterima. Ia bertujuan untuk memberansangkan klien untuk bercerita.Antara bentuk dorongan minima ialah:-kata-kata separa bahasa.Contoh: hmmm..ya,Oh begitu.., jadi,Lepas tu, Teruskan, anggukan kepala atausenyuman

  • Contoh respon dorongan minimaKlien: saya nak bincang masalah kawan saya..Kaunselor: Hmmmsilakan..Klien: Dulu kami kawan baiktapi sekarang lain pula jadinyaKaunselor: (angguk)Klien: sekarang dia seolah-olah nak kawal sayaKaunselor: Hmmm..Teruskan..

  • 3.KEMAHIRAN MENDENGARMendengar merupakan proses yang paling penting kerana ia boleh memberi pemahaman yang tepat terhadap sesuatu mesej yang disampaikan dan seterusnya respon yang akan diberikan juga bergantung kepada ketepatan mendengar.Proses mendengar merupakan satu proses yang aktif.Mendengar aktif bermaksud bukan sekadar mendengar apa yang dikatakan tetapi bagaimana ia diperkatakan, emosi yang mengiringi kata-kata tersebut, nadanya, mimik mukanya dan tingkah laku tubuh badan semasa memperkatakannya.Cuba memahami perasaan klien secara tersurat dan tersirat.

  • AKTIVITI 2

    Dengan mengunakan berbagai nada sila latih untuk lafazkan kenyataan berikut:1. Kadang kala dia seolah-olah macam sayang pada saya.2. Dia tak sukakan saya pun saya tak kisah 3.rambut sama hitam, tapi hati lain-lain

  • KEMAHIRAN MENYOALUntuk mendapatkan maklumat dengan tepat.Gunakan saoalan terbuka dan tertutup

  • KEMAHIRAN PARAFRASA(menyatakan semula)Menyatakan semula apa yang diucapkan oleh seseorang dengan menggunakan ayat kaunselor sendiri namun tidak tersasar daripada maksud sebenar klien. Ringkas dan tepat.Kebaikannya: memastikan kaunselor dengan baik. Ini akan menimbulkan rasa dihargai dalam diri klien lalu menggalakkan klien terus bercerita.

  • 4.KEMAHIRAN PARAFRASASila berikan parafrasa kepada kenyataan yang berikut:Latihan 1Klien: Dah lama saya menunggu untuk mendengar berita darinya, tapi habuk pun tak ada

    Kaunselor:

  • Latihan 2

    Klien: mana saya tak marahdia buat saya macam lembu..Kaunselor:

    Latihan 3Klien: kalau cakap depan saya tak marah..ini mengumpat di belakang. Itu yang saya hot ni..

  • KEMAHIRAN REFLEKSI Respon ini mencerminkan kepada klien apa yang dicakapkan olehnya iaitu mesej yang didengari oleh kaunselor. Kaunselor membuat respon tentang apa yang telah dicakapkan,bagaimana ia dicakapkan termasuk maksud tersirat dan isyarat bukan lisan(non-verbal). Ada persamaan dengan parafrasa tetapi lebih menumpukan kepada elemen perasaan yang tersurat dan tersirat.Refleksi dapat didefinisikan sebagai membias semula apa yang didengari dari segi perasaan.

    Klien:Baru-baru ini saya rasa macam saya dipinggirkan oleh kawan-kawan saya. Tak tahu apa sebabnya. Dua tiga bulan dulu tak macam itu. Saya ada ramai kawan dan mereka rapat dengan saya.Kaunselor: Anda risau kerana kawan-kawan anda menjauhkan diri daripada anda.

  • Contoh refleksiKlien: Bila saya dapat tahu permohonan pinjaman PTPTN saya diluluskan barulah saya merasa lega sebab sekurang-kurangnya kebimbangan tak cukup wang belanja semakin berkurangan.Kaunselor: anda merasa lega(gembira) kerana masalah kewangan anda sudah hampir selesai

  • 6.KESENYAPANSenyap bermaksud membiarkan keadaan senyap seketika. Ini membolehkan klien memeriksa apa yang sedang difikirkannya atau perasaannya. Juga mungkin klien enggan bekerjasama dengan kaunselor kerana dirujuk.Untuk memecahkan kesenyapan, kaunselor boleh menggunakan respon berikut:

  • Anda nampaknya sedang memikirkan sesuatu. Cuba anda kongsikan perasaan anda dengan saya/ cuba anda ceritakan apa yang berman-main dalam minda anda

  • 7.MINTA PENJELASANPeranan ini digunakan apabila kaunselor memerlukan penjelasan tentang isu-isu yang kabur atau bila ingin menjauhi daripada kekeliruan berlaku. Sebagai kaunselor anda mungkin kurang pasti apa yang dimaksudkan oleh klien anda.Kaunselor: Saya kurang pasti maksud saudara. Cuba anda jelaskan dengan lebih lanjut lagi apa yang anda maksudkan dengan

  • 8.MEMBUAT INTERPRETASIMelihat masalah atau situasi daripada perspektif yang berbeza. Ia membantu klien melihat diri sendiri, peristiwa, perubahan yang berlaku dan masalah mereka daripada perspektif yang baru.Ia akan meningkatkan lagi kefahaman diri klien dan dapat mengambarkan kepada klien bahawa masalah yang berat dapat ditangani dengan usaha.

  • Contoh interpretasiKaunselor: Dapatkah saya katakan yang perbuatan Ani ini adalah bertujuan untuk membalas dendam semata-mata?

  • KONFRANTASIKemahiran mencabar klien supaya melihat diri mereka dengan lebih jujur.Kemahiran konfrantasi digunakan apabila terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan dengan apa yang dilakukan.

  • 9.MERUMUSMerumus bertujuan untuk menonjolkan perkara-perkar penting yang mengandungi isi dan perasaan klien sepanjang sesi berlangsung/usaha menfokus masalah.Ada dua bentuk merumus iaitu rumusan kecil dan rumusan besar.

    ***************************