Kebaikan Amalan Pemakanan Seimbang Bagi Kanak

1

Click here to load reader

description

stpm

Transcript of Kebaikan Amalan Pemakanan Seimbang Bagi Kanak

Page 1: Kebaikan Amalan Pemakanan Seimbang Bagi Kanak

KEBAIKAN AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG BAGI KANAK-KANAK

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi

Majlis, yang berusaha Tuan Pegawai Daerah Macang, Encik Abdul Halim bin Safi, yang

dihormati Tuan Pengarah Hospital Umum Macang, Dr. Hanafi bin Mahmud, para ibu-ibu

serta hadirin sekalian. Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana memberi saya peluang

untuk berucap sempena sambutan Bulan Kesihatan Hospital Macang ini.

Hadirin sekalian,

Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka

untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal,

emosi, rohani dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan

dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang

akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang

berat badan, obesiti dan anemia. Oleh itu para ibu perlu merancang menu makanan

yang seimbang mengikut piramid makanan supaya anak-anak mendapat khasiat

pemakanan yang secukupnya.

Makanan yang seimbang penting untuk anak-anak sejak kecil lagi kerana

mampu meningkatkan pertumbuhan fizikal serta memperbaiki keupayaan mental

mereka.