KEMAHIRAN MEMBACA

12
Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Abstrak Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca kepada semua murid supaya memenuhi impian warga sekolah agar kadar buta huruf di kalangan murid-muridnya adalah sifar. Justeru itu, satu kajian telah dilaksanakan ke atas murid-murid tahun 2 berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun semasa mereka di tahun 1.Tinjauan awal telah menunjukkan murid-murid ini tidak dapat membaca perkataan yang mengandungi KVKVK. Dalam kajian ini kaedah pembelajaran Masteri telah diaplikasikan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P & P). Penggunaan teknik latih tubi dan bercerita berdasarkan pengetahuan sedia ada lebih memudahkan lagi murid mengikuti proses P & P yang dijalankan. Selain itu, murid disajikan dengan bahan bantu mengajar yang menarik serta tulisan berwarna mengikut suku kata. Teknik ini telah berjaya menarik minat mereka untuk membaca. Setiap hari murid akan dibekalkan dengan perkataan dari ayat mudah kepada satu perkataan yang panjang seperti ‘penggunaan’ dan agak susah. Ia bertujuan mendedahkan murid-murid dengan perkataan yang lebih mencabar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid ini dapat membaca ayat yang mengandungi gabungan suku kata KVKV dan KVKVK dengan mudah tanpa perlu mengeja. Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran masteri amat sesuai digunakan di kalangan murid- murid pemulihan kerana ia telah berjaya membawa mereka ini belajar dalam suasana yang menyeronokkan. 1. Refleksi P & P Yang Lalu Keputusan peperiksaan akhir tahun 2004 mendapati 26 orang murid atau 18% daripada keseluruhan murid Tahun Satu sekolah ini gagal menguasai kemahiran membaca secara total. Maksud total ialah murid-murid ini gagal mengenal huruf, tidak dapat menyebut suku kata KVKVK, dan tidak boleh membatangkan perkataan. Situasi ini telah menimbulkan kebimbangan semua pihak terutamanya pihak pentadbir, penjaga, PIBG, dan guru-guru. 1

description

Bahasa Melayu

Transcript of KEMAHIRAN MEMBACA

Page 1: KEMAHIRAN MEMBACA

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Abstrak

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca kepada semua murid supaya memenuhi impian warga sekolah agar kadar buta huruf di kalangan murid-muridnya adalah sifar. Justeru itu, satu kajian telah dilaksanakan ke atas murid-murid tahun 2 berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun semasa mereka di tahun 1.Tinjauan awal telah menunjukkan murid-murid ini tidak dapat membaca perkataan yang mengandungi KVKVK. Dalam kajian ini kaedah pembelajaran Masteri telah diaplikasikan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P & P). Penggunaan teknik latih tubi dan bercerita berdasarkan pengetahuan sedia ada lebih memudahkan lagi murid mengikuti proses P & P yang dijalankan. Selain itu, murid disajikan dengan bahan bantu mengajar yang menarik serta tulisan berwarna mengikut suku kata. Teknik ini telah berjaya menarik minat mereka untuk membaca. Setiap hari murid akan dibekalkan dengan perkataan dari ayat mudah kepada satu perkataan yang panjang seperti ‘penggunaan’ dan agak susah. Ia bertujuan mendedahkan murid-murid dengan perkataan yang lebih mencabar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid ini dapat membaca ayat yang mengandungi gabungan suku kata KVKV dan KVKVK dengan mudah tanpa perlu mengeja. Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran masteri amat sesuai digunakan di kalangan murid-murid pemulihan kerana ia telah berjaya membawa mereka ini belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

1. Refleksi P & P Yang Lalu

Keputusan peperiksaan akhir tahun 2004 mendapati 26 orang murid atau 18% daripada

keseluruhan murid Tahun Satu sekolah ini gagal menguasai kemahiran membaca secara

total. Maksud total ialah murid-murid ini gagal mengenal huruf, tidak dapat menyebut

suku kata KVKVK, dan tidak boleh membatangkan perkataan. Situasi ini telah

menimbulkan kebimbangan semua pihak terutamanya pihak pentadbir, penjaga, PIBG,

dan guru-guru.

1

Page 2: KEMAHIRAN MEMBACA

Selepas kajian dibuat, didapati kumpulan ini terdiri daripada:

a) Majoriti golongan yang berpendapat rendah seperti pemandu lori, pekerja am,

pekerja kilang, dan peniaga kecil.

b) Mereka yang mengharapkan pihak sekolah sahaja sebagai satu-satunya

penyampai maklumat dan ilmu.

c) Mereka yang tiada diberi perhatian daripada ibu bapa terhadap kemajuan

pelajaran.

d) Mereka yang menghadapi masalah keluarga.

Sehubungan dengan itu, satu tindakan sistematik dan terancang melalui kajian tindakan

telah diambil bagi mengatasi masalah ini supaya mereka tidak terus ketinggalan pada

masa akan datang.

2. Isu Keprihatinan

Analisis daripada keputusan akhir tahun 2004 menunjukkan 18% daripada keseluruhan

murid-murid Tahun Satu gagal menguasai kemahiran membaca. Membaca merupakan

komponen utama dalam 3M di dalam KBSR. Kegagalan membaca secara langsung akan

menggagalkan pembelajaran individu kerana bahasa adalah merentas kurikulum.

Keadaan ini akan memberi kesan yang ketara dalam penguasaan penulisan dan pengiraan.

Hasil kajian mendapati masalah ini berpunca daripada:

i ) Keupayaan berfikir yang rendah.

ii) Tidak dapat memberi tumpuan yang lama.

iii) Tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata.

iv) Tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna.

Sekiranya masalah ini berterusan, murid-murid merasakan satu tekanan berada di

sekolah. Secara tidak langsung ia mewujudkan masalah sampingan seperti masalah

disiplin, vandalisme dan lain-lain. Sekiranya masalah ini berlarutan hingga selepas alam

persekolahan, mereka akan menjadi sumber kepada kepincangan masyarakat dan

ketidakstabilan sosial.

2

Page 3: KEMAHIRAN MEMBACA

3. Objektif Kajian

Objektif utama pengkaji menjalankan kajian ini ialah untuk:

A Mengenal pasti murid-murid yang lemah dan tidak tahu membaca.

B Membantu dan membimbing murid yang tidak tahu membaca.

C Meningkatkan kemahiran membaca bagi murid-murid yang lemah.

D Membentuk kaedah mengajar yang sesuai dengan kehendak dan keupayaan

murid.

E Menyelesaikan masalah kemahiran membaca supaya tidak berterusan hingga ke

tahap 2.

F Memupuk minat membaca di kalangan murid-murid.

4. Kumpulan Sasaran

Pelaksanaan kajian tindakan ini melibatkan 22 orang murid Tahun Dua Bestari sekolah

ini dengan mengambil kira batasan-batasan berikut:

A Mencakupi masalah membaca di kalangan murid-murid.

B Dijalankan sepenuh masa selama tiga bulan.

Hasil dapatan kajian ini, diharapkan murid-murid dapat:

A Memahami maksud yang tersirat di dalam bahan bacaan.

B Menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi.

C Bersaing untuk meningkatkan kemahiran sesama rakan sebaya.

5. Pelaksanaan Kajian

5.1. Tinjauan Masalah

Dalam perlaksanaan program ini, masalah dikenal pasti melalui :

i. Perbincangan dengan guru pemulihan

ii. Pemerhatian

iii. Ujian Pra

3

Page 4: KEMAHIRAN MEMBACA

i. Perbincangan dengan guru pemulihan

Perbincangan dengan guru pemulihan diadakan untuk mengenal pasti murid yang benar-

benar layak sahaja untuk mengikuti kelas ini. Hasil dari perbincangan ini, mendapati

murid-murid ini sememangnya menghadapi masalah penguasaan kemahiran membaca

melibatkan suku kata yang panjang seperti gabungan KV dan KVK . Disebabkan mereka

tidak dapat membaca maka minat untuk mendalami lagi bacaan semakin pudar dan secara

tidak langsung timbullah masalah disiplin seperti membuat bising dan mengganggu

rakan-rakan sebaya yang lain.

ii. Pemerhatian

Sebelum kajian dijalankan, pemerhatian telah dibuat ke atas kumpulan sasaran. Hasil

yang diperoleh mendapati mereka hanya boleh membaca perkataan-perkataan yang

mengandungi dua suku kata sahaja. Gejala ini berlaku adalah disebabkan mereka kurang

menguasai kemahiran membaca perkataan yang mempunyai suku kata tertutup seperti

‘malam’, ‘musim’ , ‘bakul’ dan sebagainya. Kesan daripada masalah tersebut secara tidak

langsung menyebabkan mereka gagal menguasai kemahiran membaca sepenuhnya.

iii. Ujian pra

Ujian ini dijalankan kepada semua murid yang terlibat untuk mengetahui sejauh mana

mereka dapat menguasai kemahiran membaca pada peringkat asas. Setelah dianalisis

keputusannya, majoriti murid-murid ini gagal menguasai kemahiran membaca peringkat

asas terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata KV dan KVK (rujuk Jadual 1).

Jadual 1: Keputusan Ujian Pra

Markah ( % ) Jumlah Murid Peratus

10 12 55

20 3 14

30 5 23

40 1 4

50 1 4

60 0 0

4

Page 5: KEMAHIRAN MEMBACA

70 0 0

80 0 0

90 0 0

100 0 0

Jumlah 22 100

Dapatan di atas menunjukkan:

a 4 % murid berjaya mendapat markah > 50%

b 27% murid mendapat markah antara 30% - 40%

c 69% murid mendapat markah < 20%

Dapatan daripada analisis ini jelas menggambarkan kepada kita betapa pentingnya

rawatan segera dilakukan agar masalah ini dapat diselesaikan. Oleh yang demikian,

beberapa tindakan telah dilakukan bagi memulihkan murid-murid ini.

5.2 Rawatan

Tindakan awal yang dijalankan bagi membantu murid-murid ini menguasai kemahiran

membaca terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata kv dan kvk ialah dengan

mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai. Pengkaji telah memilih untuk

menggunakan kaedah pembelajaran masteri di dalam bilik darjah. Memandangkan

kaedah lebih menjurus kepada kebolehan seseorang, maka ia amat sesuai digunakan

untuk kumpulan sasaran.

5.2.1 Aktiviti Rawatan

i. Stesen Bacaan

Pengkaji telah menyediakan ‘Stesen Bacaan’ di salah satu sudut di dalam kelas. Di stesen

ini, disediakan dengan pelbagai bahan bacaan seperti :

a Kad suku kata

b Kad perkataan

c Kad ayat

d Carta cerita pendek ( Big Book )

5

Page 6: KEMAHIRAN MEMBACA

Stesen ini diwujudkan bertujuan memberi ruang kepada murid-murid untuk mengisi masa

terluang selepas selesai sesuatu aktiviti. Mereka akan membaca di stesen ini setelah guru

mengesahkan yang mereka berjaya melaksanakan aktiviti yang diberi. Aktiviti ini dapat

mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Murid berlumba-lumba menyelesaikan

aktiviti dengan jayanya untuk melayakkan mereka pergi ke stesen bacaan. Murid yang

telah berjaya membaca bahan yang disediakan di stesen ini dengan lancar akan diberi

hadiah.

Kaedah pembelajaran masteri telah dipilih memandangkan kumpulan sasaran merupakan

golongan yang melakukan sesuatu mengikut minat. Dalam kaedah pembelajaran masteri,

aspek utama yang diberi penekanan adalah pembelajaran mengikut kebolehan. Oleh itu,

sekiranya kumpulan sasaran diberi tugasan yang mereka boleh lakukan mengikut

kebolehan sedia ada, secara tidak langsung dapat menarik minat mereka terhadap proses

P & P. Selain itu, pembelajaran masteri lebih memberi peluang individu itu untuk

bertindak atas usaha sendiri tanpa arahan guru. Kaedah ini lebih kepada konsep

pembelajaran kendiri iaitu guru hanya bertindak sebagai pembimbing. Akhir sekali,

dalam kaedah ini murid dapat beralih ke tahap yang lebih tinggi selepas berjaya pada

tahap sebelumnya.

Stesen 1

Di stesen 1 bahan yang digunakan adalah dalam bentuk kad suku kata yang

menggabungkan KV dan KVK seperti ‘bakul’ dan ‘jalan’. Murid-murid dikehendaki

mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna

tulisan pada kad tersebut.

KAD SUKU KATA

ba + kul = bakul

ja + lan = jalan

6

Page 7: KEMAHIRAN MEMBACA

la + wa + tan = lawatan

se + ko + lah = sekolah

Tulisan berwarna di atas menunjukkan gabungan suku kata KV + KVK dan KV + KV + KVK.

ja berwarna biru

lan berwarna merah

Penggunaan tulisan berwarna pada setiap perkataan juga adalah penting. Ia bertujuan

untuk memudahkan kumpulan sasaran mengenal pasti dan membezakan antara suku kata

KV dan KVK. Malahan penggunaan warna pada suku kata juga dapat memudahkan

murid untuk mengeja ataupun membaca sesuatu perkataan yang diberi. Secara tidak

langsung, aktiviti ini dapat membantu murid membaca cepat .

Stesen 2

Di dalam stesen ini, pengkaji menyediakan kad perkataan yang mengandungi gabungan

suku kata KV dan KVK seperti:

KAD PERKATAAN

memasak

tembikai

7

Page 8: KEMAHIRAN MEMBACA

permata

membaca

Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut suku

kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapat melihat

peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad perkataan ini.

Stesen 3

Di sini, pengkaji menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah seperti:

KAD AYAT

1. Ibu memasak nasi lemak di dapur.

2. Hobi kakak saya membaca buku cerita.

3. Adik saya gemar melukis gambar pemandangan

4. Lawatan ke Zoo Melaka telah dibatalkan

8

Page 9: KEMAHIRAN MEMBACA

Dalam melaksanakan aktiviti ini, guru menggunakan dua langkah

a Pengukuhan

Pengkaji meminta murid mengeja dan membatangkan suku kata. Kemudian murid

dikehendaki menyebut suku kata berwarna dan membatangkan perkataan.Ini adalah

sebagai pengukuhan aktiviti di stesen-stesen sebelumnya.

b Pengayaan

Pengkaji meminta murid-murid membaca terus ayat tunggal yang diberi. Kemudian

pengkaji bersoal-jawab untuk mengetahui tahap kefahaman murid terhadap ayat yang

dibaca. Dengan demikian, murid dapat menguasai dua kemahiran serentak, iaitu

membaca dan memahami teks bacaannya.

Stesen 4

Di stesen 4 ini, pengkaji menyediakan ‘Big Book’ . ‘Big Book’ adalah sebuah buku yang

dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan menarik. Ayatnya

adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang.

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:

a Menjana idea - murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil

pengetahuan am dan sedia ada.

b. Bacaan terus - murid membaca tanpa perlu mengeja.

c Membandingkan persepsi murid dengan cerita sebenar pada gambar sebagai

pengukuhan.

d Penilaian

5.3 Ujian Pos

Ujian pos diberikan kepada kumpulan sasaran setelah proses rawatan selesai dijalankan.

Ia bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan teknik yang dilaksanakan.

Dapatan daripada analisis ini jelas menunjukkan ada peningkatan berlaku walaupun tidak

secara keseluruhannya (rujuk Jadual 2).

9

Page 10: KEMAHIRAN MEMBACA

Jadual 2: Keputusan Ujian Pos

Markah ( % ) Jumlah murid Peratus

10 2 9

20 3 14

30 2 9

40 2 9

50 3 14

60 2 9

70 4 18

80 3 14

90 1 4

100 0 0

Jumlah 22 100

Dari dapatan di atas menunjukkan:

a 59.4 % murid berjaya mendapat markah > 50%

b 18 % murid mendapat markah antara 30% - 40%

c 23% murid mendapat markah < 20%

Dapatan daripada analisis ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid telah berjaya

menguasai kemahiran daripada kaedah yang dijalankan (rujuk Jadual 3 dan Rajah 1).

Jadual 3: Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Markah % Pelajar ( Ujian Pra )

% Pelajar ( Ujian Pos )

10 55 9

20 14 14

30 23 9

40 4 9

50 4 14

10

Page 11: KEMAHIRAN MEMBACA

60 0 9

70 0 18

80 0 14

90 0 4

100 0 0

100 100

PERBANDINGAN KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN POST

0

5

10

15

10 20 30 40 50 60 70 80 90 100MARKAH

BIL

AN

GA

N M

UR

ID

UJIAN PRAUJIAN POST

Rajah 1: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

6. Kesimpulan

Dapatan dari kajian yang dijalankan terbukti menunjukkan kaedah pembelajaran

mengikut kebolehan (stesen) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan

kumpulan sasaran secara positif. Kenyataan ini dapat dikukuhkan lagi dengan

perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan ke atas mereka.

Selain itu, ia turut meningkatkan keyakinan diri murid untuk terlibat dalam proses P &

P. Hasil dari ujian pos yang dijalankan terhadap kumpulan sasaran dapat menjelaskan

bahawa kaedah pembelajaran adalah faktor penting untuk meningkatkan penguasaan

sesuatu kemahiran. Kaedah Pembelajaran Masteri yang cuba diterapkan oleh pengkaji

menampakkan hasil yang membanggakan.

11

Page 12: KEMAHIRAN MEMBACA

Melalui kaedah ini, kumpulan sasaran merasakan diri mereka lebih dihargai dan secara

tidak langsung telah berjaya meningkatkan keyakinan diri mereka. Malahan semangat

ingin berjaya yang ditunjukkan oleh mereka amat mengagumkan. Perubahan sikap yang

positif kepada kumpulan sasaran turut membantu kejayaan mereka. Oleh yang demikian,

wujudlah suasana P & P yang lebih menyeronokkan. Kumpulan sasaran juga lebih

berminat untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan kerana mereka memahami apa

yang dipelajari. Selain itu, respons baik yang diberi oleh mereka terhadap P & P secara

tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan guru. Ini adalah kerana setiap aktiviti yang

dirancang dapat diikuti dengan penuh minat. Disebabkan semangat ingin berjaya telah

wujud dalam diri mereka, dengan sendirinya murid-murid ini menggunakan masa

terluang dengan aktiviti membaca bahan yang disediakan .

7. Cadangan Kajian Seterusnya

Pengkaji menyarankan bahawa murid bukan hanya memerlukan satu pendekatan

pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang

sama penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali

maklumat yang diajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan. Walau bagaimanapun,

peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya mereka

benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Bahan yang diberi juga tidak boleh

terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaran terdiri daripada mereka yang cepat

merasa bosan.

12