Kemahiran Membaca Kaedah Dan Teknik

19
Kaedah Dan Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Menurut Ishak Ramly (2006), kaedah bermaksud satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Kaedah mestilah tidak bercanggah dengan pendekatan yang telah dipilih. Oleh itu, pemilihan kaedah yang paling sesuai amat diperlukan oleh guru untuk memastikan pengajarannya berjalan lancar dan objektif pengajarannya tercapai. Kamarudin Hj. Husin,1988 telah menyatakan 10 jenis kaedah pengajaran kemahiran bahasa iaitu Kaedah Terus, Kaedah Semulajadi, Kaedah Askar Atau Tentera, Kaedah Ajuk-Hafaz, Kaedah Linguistik/Fonetik, Kaedah Oral-Aural, Kaedah Terjemahan, Kaedah Psikologi, Kaedah Kod- Kognitif dan Kaedah Khusus. Terdapat beberapa kaedah yang dinyatakan oleh beliau sesuai untuk pengajaran kemahiran membaca iaitu Kaedah Abjad, Kaedah Semulajadi, Kaedah Fonetik dan Kaedah Pandang Sebut. 1) Kaedah Abjad Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja kerana usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan.

description

MEMBQCQ

Transcript of Kemahiran Membaca Kaedah Dan Teknik

Page 1: Kemahiran Membaca Kaedah Dan Teknik

Kaedah Dan Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca

Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca

Menurut Ishak Ramly (2006), kaedah bermaksud satu rancangan tentang apa

yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif

pengajaran. Kaedah mestilah tidak bercanggah dengan pendekatan yang telah dipilih.

Oleh itu, pemilihan kaedah yang paling sesuai amat diperlukan oleh guru untuk

memastikan pengajarannya berjalan lancar dan objektif pengajarannya tercapai.

Kamarudin Hj. Husin,1988 telah menyatakan 10 jenis kaedah pengajaran

kemahiran bahasa iaitu Kaedah Terus, Kaedah Semulajadi, Kaedah Askar Atau

Tentera, Kaedah Ajuk-Hafaz, Kaedah Linguistik/Fonetik, Kaedah Oral-Aural, Kaedah

Terjemahan, Kaedah Psikologi, Kaedah Kod-Kognitif dan Kaedah Khusus. Terdapat

beberapa kaedah yang dinyatakan oleh beliau sesuai untuk pengajaran kemahiran

membaca iaitu Kaedah Abjad, Kaedah Semulajadi, Kaedah Fonetik dan Kaedah

Pandang Sebut.

1) Kaedah Abjad

Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku

kata dan aktiviti mengeja. Kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja kerana usaha

menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk  membolehkan murid

mengeja perkataan. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti  dahulu

melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunan dan

diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan serta huruf-huruf yang terkandung

dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994).

Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua

bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Namun menurut Abdul Aziz

Page 2: Kemahiran Membaca Kaedah Dan Teknik

Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf

kecil diajarkan.

Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula

pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang

terdapat dalam sistem ejaan semasa. Murid perlu menghafal nama semua huruf yang

diperkenalkan, seterusnya perlu menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf

vokal serta bunyinya. Pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara

berturutan kemudiannya membentuk perkataan dari suku kata tersebut.

Guru perlu mengadakan latih tubi mengeja perkataan dengan bersama

murid dengan lebih kerap. Kebiasaannya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama

huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Setelah murid

sudah lancar mengeja suku kata dan perkataan, guru boleh mengadakan latih tubi

membina dan mengeja ayat mudah atau ayat pendek berdasarkan perkataan yang

telah digunakan dalam latih tubi mengeja tersebut.

Jadual 1 dibawah menunjukkan banding beza kekuatan dan kelemahan penggunaan

Kaedah Abjad dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kekuatan Kaedah Abjad Kelemahan Kaedah Abjad

1) Sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu.

2) Murid-murid dapat membaca apa-apa jua bahan

terutamanya perkataan yang dijumpainya kerana

mereka sudah mengenal semua huruf dan tahu

mengeja.

3) Cara mengeja suku kata adalah tetap.

4) Memberi asas yang kukuh dalam membaca.

1) Guru perlu mengadakan latih tubi mengeja

perkataan dengan kerap.

2) Kaedah menghafal huruf bercanggah dengan

dengan prinsip pendidikan iaitu murid perlu belajar

sesuatu yang konkrit sebelum mempelajari sesuatu

yang abstrak.

3) Murid terlalu bergantung kepada proses

mengeja sehingga boleh menyebabkan murid tidak

lancar semasa membaca.

Jadual 1: Banding beza kekuatan dan kelemahan penggunaan Kaedah Abjad.

Page 3: Kemahiran Membaca Kaedah Dan Teknik

2) Kaedah Semulajadi

Kaedah ini hampir sama dengan Kaedah Terus. Melalui kaedah ini, guru memulakan

pengajaran dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar.

Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-

perkataan yang telah diketahui oleh murid. Untuk murid yang bukan penutur pertama

bahasa Melayu, terjemahan tidak langsung digunakan.

3) Kaedah Fonetik/Linguistik

Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan

antara huruf dengan bunyinya. Kaedah ini hanya mensyaratkan murid mengingat

bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini bermula dengan

memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan,

pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau

dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat

serta faham apa-apa yang dibaca.

Jadual 2 dibawah menunjukkan banding beza kekuatan dan kelemahan penggunaan

Kaedah Fonetik dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kekuatan Kaedah Fonetik Kelemahan Kaedah Fonetik

1) Murid hanya perlu mengingat bentuk huruf dan

bunyinya tanpa mengingat nama huruf.

2) Murid tidak perlu menghafal hukum bahasa yang

rumit.

3) Murid akan dapat membaca beberapa perkataan

dengan cepat serta dapat memahami apa-apa

yang dibaca.

1) Murid tidak mengingat nama huruf

2) Murid mungkin mengalami masalah semasa

membina ayat kerana murid tidak menghafal

hukum bahasa.

Jadual 2 : Banding beza kekuatan dan kelemahan penggunaan Kaedah Fonetik.

Page 4: Kemahiran Membaca Kaedah Dan Teknik

4) Kaedah Pandang Sebut

Kaedah ini dinamakan kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah

memandang dan menyebut. Kaedah ini juga dinamakan kaedah seluruh perkataan

kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf

atau suku kata.

Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-

murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Murid-murid perlu menyebut

perkataan-perkataan itu beberapa kali semasa kad diimbaskan. Perkara yang

dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar dan yang

disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.

Pengajaran bacaan dimulakan dengan murid-murid terus diperkenal

kepada seluruh perkataan yang disertai gambar dan bukannya mengenal dan

menghafal huruf atau abjad satu persatu. Para peringkat permulaan, murid-murid cuba

mengenali lambang lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang

membentuk sesuatu perkataan. Murid-murid perlu mengenali banyak lambang untuk

membolehkan mereka membaca suatu ayat yang pendek.

Jadual 3 dibawah menunjukkan banding beza kekuatan dan kelemahan penggunaan

Kaedah Pandang Sebut dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kekuatan Kaedah Pandang Sebut Kelemahan Kaedah Pandang Sebut

1) Murid tidak perlu menghafal nama huruf yang

abstrak.

2) Murid didedahkan dengan bahan konkrit atau

bermakna.

3) Murid memahami apa yang dibaca dan dilihat

mereka.

1) Murid lambat mengingati huruf kerana

kemahiran mengenal huruf yang membentuk

perkataan tidak muncul dengan cepat.

2) Murid membaca bukan berdasarkan lambang-

lambang yang membentuk huruf tetapi

berdasarkan gambar.

Page 5: Kemahiran Membaca Kaedah Dan Teknik

3)Mereka hanya menyebut nama gambar

bukannya membaca apa yang ditulis.

4) Mudah keliru jika gambar yang digunakan tidak

jelas.

Jadual 3 : Banding beza kekuatan dan kelemahan penggunaan Kaedah Pandang

Sebut.

Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca

Teknik menurut Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz

bermaksud pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik

darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Menurut Abd. Aziz Abd.

Talib dalam dalam bukunya Buku Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip Kaedah dan

Teknik, teknik ialah cara khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar sesuatu

kemahiran atau aspek bahasa.

Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu. Teknik yang dipilih perlu sesuai

dengan kebolehan murid supaya dapat meningkatkan minat serta interaksi murid

terhadap pelajaran. Terdapat beberapa teknik pengajaran kemahiran membaca iaitu

teknik Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R), 3R, Knowledge, What, Learn,

How (KWLH), Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Researsh (RADAR), tatacerita

dan teater pembaca.

1) Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)

Teknik ini merupakan satu teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang

mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca

dengan tugasan yang perlu diselesaikan.

Page 6: Kemahiran Membaca Kaedah Dan Teknik

SQ3R adalah singkatan bagi;

S (survey) - Tinjau

Q (question) - Soal/tanya

R (read) - Baca

R (recite) - Imbas kembali atau nyatakan secara lisan

R (review) - Baca semula

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan

tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Murid perlu meneliti tajuk

besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca

perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.

Murid sebenarnya perlu juga menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan

scanning.

Question (soal atau tanya) merupakan satu langkah yang memerlukan murid

menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut

berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan

keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan

menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Murid akan cuba mencari jawapan

kepada soalan-soalan tersebut.

Peringkat ketiga ialah Read (baca). Pada peringkat ini murid sebenarnya membaca

bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada

soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Berdasarkan perkembangan

kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan, murid mungkin juga

akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan dan mempersoal pendapat atau

maklumat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali) merupakan peringkat yang keempat dalam teknik ini. Setelah

selesai membaca, murid cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti

Page 7: Kemahiran Membaca Kaedah Dan Teknik

segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai perlulah dilakukan dalam

konteks tugasannya. Murid juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang

disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir dalam teknik ini. Murid perlu

membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan

jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah keempat. Murid juga perlu

memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

2) Knowledge, What, Learn, How (KWLH)

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:

K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)

W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)

L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca)

H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan

(untuk membaca seterusnya)

Melalui teknik ini pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telah

diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan

pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari

pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh

(sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).

Teknik pembacaan akan membolehkan murid mengaitkan pengetahuan

sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari

pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin

mendapat maklumat tambahan.

Page 8: Kemahiran Membaca Kaedah Dan Teknik

Murid dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH

dalam konteks pengajaran. Berikut merupakan contoh cara pelaksanaan pengajaran

menggunakan borang KWLH.

1. Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada murid.

2. Guru berbincang dengan murid tentang tajuk dan meminta murid mengisi ruanagan

‘K’ ( apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk.

3. Guru meminta murid mengisi ruangan ‘W’ ( apa yang saya ingin tahu) tentang tajuk

yang diberi.

4. Guru memberi petikan dan meminta murid membaca dan mencatat isi-isi penting

dalam ruangan ‘L’ ( apa yang saya telah pelajari).

5. Guru berbincang dengan murid tentang perkara yang telah dipelajari dan meminta

murid mengisi ruangan ‘H’ ( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan)

berkaitan dengan tajuk yang dipelajari).

3) Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Researsh (RADAR)

RADAR adalah singkatan bagi yang berikut:

R (Read) - Membaca

A (Analogize) - Menganalogi

D(Discuss) - Berbincang

A( Apply) - Mengaplikasi

R(Review/Research) - Menyemak/ Menyelidik

Page 9: Kemahiran Membaca Kaedah Dan Teknik

Teknik RADAR direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan murid

menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. RADAR berfungsi

untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang

telah diketahui. Terdapat lima langkah dalam pelaksanaan teknik RADAR iaitu:

R – Murid dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat

yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi

serta membandingkan dengan maklumat lain.

A – Murid menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat

berhubungkait dan mempunyai persamaan.

D – Murid menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea

atau tempat. Guru membantu murid membuat perbandingan serta menentukan

persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat.

A – Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.

R – Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau

merumus semula apa yang telah dibincangkan.

Kelebihan menggunakan kaedah ini ialah murid-murid berpeluang untuk

membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan

sedia ada pada diri mereka sendiri.

4) Teater Pembaca

Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011), ketika murid membaca, wujud interaksi

antara bahasa dan pemikiran dimensi yang luas. Teknik teater pembaca merupakan

teknik yang menggambarkan wujudnya interaksi antara bahasa dan pemikiran dimensi

Page 10: Kemahiran Membaca Kaedah Dan Teknik

yang luas ketika seseorang itu sedang membaca. Teknik ini melibatkan sekumpulan

pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan

intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan.

Terdapat seorang murid sebagai pencerita yang akan membaca cerita dengan lancar

dengan nada serta intonasi yang betul. Pelakon perlu melakukan gerak aksi yang

sesuai dengan isi atau suasana cerita. Kebiasaannya pelakon berdiri dan berlakon

apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita.

Berikut merupakan langkah pelaksanaan teknik Teater Pembaca:

(a) Cerita yang dipilih perlu bersesuaian dengan kebolehan murid.

(b) Plot perlu diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon.

(c) Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog.

(d) Pembaca dapat membaca dengan baik serta menggunakan nada dan intonasi yang

sesuai.

(e) Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan.

(f ) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan.

(g) Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca.

(h) Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.

Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi

membantu murid dan penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.

Rujukan:

- Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir(2011), Pengajaran Kemahiran Bahasa

Melayu, Puchong:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

- Kemahiran Membaca Teknik KWLH.

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2011/05/teknik-pengajaran-kemahiran-

membaca_5065.html

- Borang KWLH. http://bme3103azie.tripod.com/minggu_08/kwlh.pdf

Page 11: Kemahiran Membaca Kaedah Dan Teknik

- Kemahiran Membaca. http://aida4eva.blogspot.com/2012/05/nota-bmm-3104-

pengajaran-kemahiran.html

- Slideshow Pendekatan, Kaedah dan Teknik http://zainul.com/kpd/Pendekatan,

%20Kaedah,%20Teknik%20Dan%20Strategi.ppt

Pengurusan Grafik

Page 12: Kemahiran Membaca Kaedah Dan Teknik

Refleksi berhubung dengan pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik serta

aktiviti dan bahan bantu mengajar yang digunakan.

Kaedah Dan Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca

Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca

Kaedah Abjad

Kaedah Semulajadi

Kaedah Fonetik

Kaedah Pandang Sebut

Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca

Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)

Knowledge, What, Learn, How (KWLH)

Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Researsh (RADAR)

Teater pembaca

Page 13: Kemahiran Membaca Kaedah Dan Teknik

Saya bersama pasangan saya, Jamilah amat bersyukur kerana telah berjaya

menyiapkan sebahagian daripada tugasan BMM3104 ini.

Kami memberi penekanan kepada bacaan mentalis. Pendekatan pengajaran kemahiran

membaca yang digunakan dalam Rancangan Pengajaran Harian kami ialah

Pendekatan Cerakinan dan Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA). Berdasarkan

RPH, guru perlu memberi sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk

membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Selain itu, video turut disertakan

sebagai salah satu bahan bantu mengajar untuk membantu murid memahami bahan

yang dibaca dari slaid interaktif yang telah disediakan. Pendekatan ini jelas digunakan

dalam langkah 1 dan langkah 2.

Pendekatan Cerakinan pula digunakan dalam melaksanakan Langkah 3 untuk murid

pemulihan iaitu membina ayat dengan mengisi abjad/huruf membentuk perkataan. Guru

membaca kad imbasan dan diikuti oleh murid. Murid kemudiannya perlu mengisi

abjad/huruf di tempat kosong untuk melengkapkan perkataan dan membaca semula

perkataan tersebut. Pendekatan Binaan digunakan dalam melaksanakan Langkah 3

untuk pengayaan. Murid perlu membina satu perenggan karangan yang mengandungi

sekurang-kurangnya tiga ayat berkaitan dengan habitat haiwan. Murid diminta

membaca perenggan karangan yang dibinanya.

Kaedah pengajaran kemahiran membaca yang digunakan dalam RPH kami ialah

Kaedah Pandang Sebut dan Kaedah Abjad yang digunakan dalam langkah 1,2 dan 3.

Dalam langkah 1 contohnya, guru menggunakan Kaedah Pandang Sebut semasa guru

menayangkan slaid powerpoint interaktif tentang habitat haiwan. Langkah 3 juga

menggunakan Kaedah Pandang Sebut iaitu murid mengeja dan membaca huruf, suku

kata dan perkataan dengan sebutan yang betul. Kaedah ini sesuai untuk murid

pemulihan. Kaedah Abjad pula digunakan dalam langkah 3 untuk pengayaan iaitu

murid perlu membina satu perenggan karangan yang mengandungi sekurang-

Page 14: Kemahiran Membaca Kaedah Dan Teknik

kurangnya tiga ayat berkaitan dengan habitat haiwan dan murid perlu membaca

perenggan tersebut.

Teknik yang digunakan dalam pengajaran kemahiran membaca dalam RPH ini ialah

Teknik 3R (Read,Recite, Review). Langkah pengajaran 1 dan 2 memerlukan murid

Read (membaca). Murid kemudiannya perlu Recite (Sebut semula) untuk ingat kembali

dan seterusnya menjawab soalan yang disediakan. Murid dan guru kemudiannya

Review (semak semula) jawapan kepada soalan tersebut sama ada betul atau salah.

Teknik ini juga digunakan dalam Langkah 3 penilaian iaitu murid perlu melukis dan

menulis nama haiwan yang dilukis oleh mereka.

Secara keseluruhannya, kami menggunakan slaid power point interaktif sebagai bahan

bantu mengajar utama kami. Kami turut menggunakan lembaran kerja iaitu sebanyak 2

lembaran kerja semasa melaksanakan Langkah 3. Satu lembaran kerja untuk

pemulihan dan satu lagi untuk penilaian. Semasa Set Induksi dan Langkah 3

pemulihan, kad imbasan bergambar turut digunakan. Kad imbasan ini amat penting

semasa menjalankan Langkah 3 pemulihan kerana murid yang lemah perlu diberi

latihan atau latih tubi mengeja perkataan berdasarkan gambar dan perkataan yang

terdapat dalam kad imbasan tersebut.

Setelah mendapat teguran, pembetulan dan cadangan penambahbaikan oleh

pensyarah, kami telah membuat penambahbaikan dan diharap penambahbaikan ini

boleh diterima dan sesuai diaplikasikan semasa sesi P&P. Saya amat berterima kasih

kepada pensyarah pembimbing subjek ini kerana banyak memberi bimbingan dan

dorongan serta kepada rakan-rakan yang memberi kerjasama semasa pembentangan

RPH dan demonstrasi P&P dilaksanakan.