KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

16
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40. 25 KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA PENDIDIKAN Aisyah Sjahrony [email protected] Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Maimun Aqsha Lubis [email protected] Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff [email protected] Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Buku teks merupakan salah satu bahan bacaan pengajaran utama dalam pengajaran bahasa Arab di Malaysia. Seiring dengan perkembangan bahasa, bahasa Arab telah menjadi bahasa kedua yang penting selepas bahasa Inggeris. Pencapaian bahasa Arab para pelajar di negara ini masih ditahap rendah kerana bahasa Arab memerlukan kefahaman yang menyeluruh dalam pembelajarannya. Antara faktor yang dikaitkan dengan isu kelemahan bahasa Arab dalam kalangan pelajar adalah isi kandungan buku teks yang kurang berkesan. Dalam konteks ini, dalam menilai sesuatu bahan bacaan antara aspek utama yang diambil kira adalah tahap kebolehbacaan. Kebolehbacaan ialah satu kaedah dalam mengukur tahap kesukaran sesuatu teks bahan bacaan seperti buku teks. Buku teks yang berkualiti akan menghasilkan satu teks bacaan mudah difahami oleh pelajar khasnya. Artikel ini membincangkan peranan buku teks dalam mempertingkatkan keupayaan kefahaman kemahiran bahasa Arab. Bahagian kedua artikel ini memberikan fokus kepada kepentingan kajian kebolehbacaan dalam penyediaan bahan bacaan bagi pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Oleh itu, diharap kajian kebolehbacaan ini dapat berperanan sebagai satu wadah baru dalam penyebaran ilmu dan maklumat yang dapat membantu pihak-pihak tertentu dalam menghasilkan satu bahan bacaan yang bermutu. Kata kunci: Kebolehbacaan; Bahan Bacaan; Buku Teks; Akademik; Bahasa Arab THE IMPORTANCE OF READABILITY TEXT BOOK IN EDUCATION FIELD ABSTRACT A textbook is one of the primary reading materials of the education field in Malaysia, especially for learning the Arabic language. Along with the evolution of languages, the Arabic language has become a second foreign language after English. Arabic language achievements among students in this country are still low because the Arabic language requires comprehensive

Transcript of KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

Page 1: KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40.

25

KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA PENDIDIKAN

Aisyah Sjahrony

[email protected]

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Maimun Aqsha Lubis

[email protected]

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff

[email protected]

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Buku teks merupakan salah satu bahan bacaan pengajaran utama dalam pengajaran bahasa

Arab di Malaysia. Seiring dengan perkembangan bahasa, bahasa Arab telah menjadi bahasa

kedua yang penting selepas bahasa Inggeris. Pencapaian bahasa Arab para pelajar di negara ini

masih ditahap rendah kerana bahasa Arab memerlukan kefahaman yang menyeluruh dalam

pembelajarannya. Antara faktor yang dikaitkan dengan isu kelemahan bahasa Arab dalam

kalangan pelajar adalah isi kandungan buku teks yang kurang berkesan. Dalam konteks ini,

dalam menilai sesuatu bahan bacaan antara aspek utama yang diambil kira adalah tahap

kebolehbacaan. Kebolehbacaan ialah satu kaedah dalam mengukur tahap kesukaran sesuatu

teks bahan bacaan seperti buku teks. Buku teks yang berkualiti akan menghasilkan satu teks

bacaan mudah difahami oleh pelajar khasnya. Artikel ini membincangkan peranan buku teks

dalam mempertingkatkan keupayaan kefahaman kemahiran bahasa Arab. Bahagian kedua

artikel ini memberikan fokus kepada kepentingan kajian kebolehbacaan dalam penyediaan

bahan bacaan bagi pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Oleh itu, diharap kajian

kebolehbacaan ini dapat berperanan sebagai satu wadah baru dalam penyebaran ilmu dan

maklumat yang dapat membantu pihak-pihak tertentu dalam menghasilkan satu bahan bacaan

yang bermutu.

Kata kunci: Kebolehbacaan; Bahan Bacaan; Buku Teks; Akademik; Bahasa Arab

THE IMPORTANCE OF READABILITY TEXT BOOK IN EDUCATION FIELD

ABSTRACT

A textbook is one of the primary reading materials of the education field in Malaysia, especially

for learning the Arabic language. Along with the evolution of languages, the Arabic language

has become a second foreign language after English. Arabic language achievements among

students in this country are still low because the Arabic language requires comprehensive

Page 2: KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40.

26

understanding in learning it. One of the problems that lead to this issue is that the content of

the textbook may be difficult to comprehend, thereby being less effective in helping students

grasp its concepts. In this context, one of the main aspects in evaluating the textbook’s

efficiency is the level of readability. Readability is the ease in which the text can be read and

understood; for some students, this can be classified as either hard or easy, affecting their level

of understanding. This paper will discuss the role of the textbook in increasing the reader’s

ability in understanding the Arabic language. Furthermore, part two of this paper will focus on

the significance of readability research in assisting teaching the Arabic language in Malaysia.

Thus, the study of readability gives a new platform of knowledge and information that can help

the people in this community produce good quality Arabic reading materials for students, and

Malaysian society as well.

Keywords: Readability; Reading Material; Textbook; Academic; Arabic Language

PENGENALAN

Bahasa Arab merupakan bahasa kebangsaan bagi beratus juta orang Arab dan menjadi bahasa

pemikiran, kebudayaan, politik, perniagaan dan kepercayaan kepada satu billion umat Islam

termasuk negara Malaysia (Kamarul Shukri Mat Teh et al. 2012). Buku teks dalam

pembelajaran bahasa Arab adalah satu aspek dan elemen penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (pdp) di sekolah kerana ia mengandungi fakta, maklumat dan pelbagai tajuk yang

menghurai dan memperinci sukatan mata pelajaran dalam kurikulum (Leslie 2005). Di

Malaysia, penggunaan buku teks dalam sistem pendidikan Negara masih terus berjalan.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah meletakkan visi untuk menghasilkan buku

teks bertaraf dunia yang mempunyai ciri-ciri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

berkualiti, mesra pengguna dan mempunyai nilai-nilai murni yang dapat melahirkan insan

berpendidikan cemerlang dan mampu bersaing di peringkat global menjelang 2020 (KPM

2016). Sistem pendidikan sesebuah negara yang dijalankan secara terancang dan sistematik

terhadap perkembangan modal insan, jasmani dan rohani mempunyai tujuan untuk

melengkapkan seseorang individu supaya dapat menjalankan kehidupan yang sempurna

(Mohamad Najib Ghafar 2004).

Seiring dengan perkembangan bahasa-bahasa lain, bahasa Arab merupakan bahasa

kedua terpenting selepas bahasa Inggeris. Kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk

mempelajari bahasa ini mula dikaji oleh para sarjana. Proses pengajaran dan pembelajaran

merupakan satu proses yang melibatkan ilmu, kemahiran dan bahan bacaan. Bahan pengajaran

memainkan peranan yang penting dalam mempelajari buku teks dan menyediakan kurikulum

pembelajaran (Rosni Samah et al. 2013). Tujuan dan matlamat pembelajarannya bergantung

kepada keperluan sesuatu bahasa kedua atau bahasa asing itu hendak dipelajari oleh semua

peringkat umur.

Bagi mencapai sesuatu objektif dalam pembelajaran, bahan-bahan pembelajaran itu

memerlukan motivasi yang baik agar para pelajar khususnya boleh menarik perhatian mereka

untuk mempelajari bahasa tersebut dengan baik. Buku teks merupakan antara bahan

pembelajaran terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pdp). Dan ini

Page 3: KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40.

27

memerlukan tahap kebolehan membaca yang sesuai untuk pelajar serta dapat menarik minat

dan motivasi mereka untuk terus menggunakannya (Salasiah Hanin Hamjah et al. 2011) serta

untuk meningkatkan kemahiran membaca pelajar dalam mempelajari bahasa asing yang

mereka pelajarinya (Kamarulzaman Abdul Ghani 2011).

Hal ini kerana bagi memastikan proses pembelajaran bahasa asing tersebut tidak

terhenti dalam kelas atau bilik kuliyah sahaja, tetapi berterusan hingga diluar kelas atau

kampus. Oleh itu, tahap kebolehbacaan buku teks yang digunakan harus sesuai dengan

kebolehan membaca para pelajar serta persembahan kandungan yang baik agar dapat menarik

minat dan motivasi pelajar-pelajar terbabit (Muhammad Izuan Abd Gani & Radziah Ismail

2015).

KELEMAHAN BAHAN BACAAN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam dunia pendidikan bergantung kepada beberapa

faktor seperti pemilihan bahan pengajaran (Combs 2009). Pemilihan buku atau bahan bacaan

yang tidak sesuai dengan tahap kefahaman para pelajar berkemungkinan besar menyebabkan

para pelajar gagal menguasai maklumat yang ingin disampaikan. Ramai guru sering

menghadapi masalah dalam pemilihan dan menyediakan bahan bacaan untuk pelajar kerana

kurangnya pendedahan yang baik (Zamri Ariffin & Nurul Masyitah Mohd Sham 2012).

Bahan bacaan digunakan oleh murid dan guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran pada masa kini walaupun ianya agak tergugat dan menghadapi saingan daripada

alat bantu pengajaran lainnya seperti komputer, televisyen dan Internet. Buku teks merupakan

bahan pengajaran dan pembelajaran bagi para pelajar dan guru. Sistem pendidikan yang sedang

membangun telah menyebabkan kepentingan buku teks amat besar dan memainkan peranan

yang penting untuk semua pihak (Affandi 2006).

Penjelasan ini menjelaskan bahawa buku teks merupakan aspek utama yang terlibat

secara langsung dalam pembelajaran pelajar. Peranan buku teks adalah untuk menentukan

pencapaian pelajar dalam satu subjek mata pelajaran yang diajar dan ia perlu dilakukan tanpa

melibatkan faktor-faktor lain. Ini adalah kerana buku teks merupakan satu-satunya rujukan

yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan dimiliki oleh semua pelajar.

Oleh itu, bahan bacaan yang baik perlu dihasilkan agar para pelajar dapat menjalani

proses pembelajaran dengan berkesan lebih efisien dan lancar. Buku teks merupakan satu

rujukan utama kepada para pelajar sekaligus membantu mereka memahami pelajaran dan

menjadikan mereka berjaya dalam peperiksaan atau ujian pada masa hadapan. Sebagaimana

yang diketahui, mata pelajaran bahasa Arab merupakan satu mata pelajaran penting yang

bermula di sekolah.

Sebagai satu usaha untuk menyelaraskan sistem pendidikan di sekolah, maka

Kementerian Pendidikan telah menyediakan buku teks sebagai satu rujukan utama sama ada

kepada guru mahupun pelajar, ini selaras dengan garisan bagi peringkat menengah sahaja.

Manakala di peringkat tinggi, buku-buku teks sebagai rujukan mula diperkenalkan. Salah

satunya adalah buku teks kemahiran bahasa Arab yang digunakan di peringkat universiti

sebagai asas utama pembelajaran bahasa al-Quran ini.

Page 4: KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40.

28

Dalam konteks pendidikan bahasa Arab, kajian tentang kebolehbacaan bahan bacaan

masih tidak banyak kedapatan. Hal ini menunjukkan bahawa kajian seperti ini perlu diberi

perhatian oleh para pengkaji khususnya dalam skop bidang bahasa Arab agar dapat memberi

maklumat berguna dalam menghasilkan buku teks yang dapat membantu para pelajar

menguasai bahasa al-Quran ini dengan baik. Mohd nazri Abdul Rahman et.al (2014)

menjelaskan penyediaan buku teks yang kurang sesuai dengan tahap dan kebolehan pelajar-

pelajar mungkin boleh menghilangkan minat dan motivasi mereka untuk mendalami bahasa

ini.

TUJUAN KAJIAN KEBOLEHBACAAN

Kajian kebolehbacaan terhadap buku-buku teks mampu membantu pihak berwajib kearah

perlaksanaan inovasi dan kreativiti dalam buku teks pada masa hadapan sejajar dengan

keperluan global (Hamedi 2007). Bahagian kedua artikel ini memfokuskan faktor yang

dikaitkan dengan isu kelemahan bahasa Arab dalam kalangan pelajar iaitu isi kandungan buku

teks yang kurang berkesan. Dalam hal ini, dalam menilai sesuatu buku teks antara aspek utama

yang diambil kira adalah tahap kebolehbacaan.

Kebolehbacaan atau dalam bahasa Inggeris diistilahkan sebagai readability dan dalam

bahasa Arab sebagai Maqru’iyyah atau Inqira’iyyah Tu’aymah & al-Thu’aybi (2006). Menurut

Zulazhan Ab. Halim (2012), konsep kebolehbacaan berbeza dengan kebolehan membaca.

Aspek yang menjadi tumpuan konsep kebolehbacaan ialah bahan bacaan itu sendiri manakala

kebolehan membaca memberi penekanan kepada individu pembaca. Konsep kebolehbacaan

mengandungi formula-formula untuk mentaksir tahap senang-sukar bahan bacaan secara

objektif dan saintifik.

Kebanyakan kajian yang telah dijalankan mendapati pengajaran dan pembelajaran

bahasa Arab di Malaysia masih belum mampu mencapai matlamat dan objektif yang sebenar

dikeranakan beberapa masalah yang timbul semasa proses pdp dijalankan (Zamri Arifin et al.

2013). Matlamat pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah adalah untuk

melahirkan pelajar-pelajar yang boleh bertutur dengan baik mungkin telah hampir mencapai

sasaran yang ditetapkan.

Menurut Khadijah Rohani (2001) pula sudah sampai masanya bagi para guru, ibu bapa

dan penulis buku mengambil berat dan menitik beratkan tentang masalah menyesuaikan bahan

bacaan dengan kebolehan membaca murid-murid. Mereka hendaklah menggunakan satu alat

yang lebih objektif untuk menilai bahan-bahan bacaan itu dan memastikan tahap

kebolehbacaannya sebagai panduan semasa memilih bahan bacaan.

Mohd Fadzli dan Mohd Sukki (2012) menjelaskan bahawa buku teks merupakan faktor

penting yang terlibat secara langsung dalam pembelajaran pelajar. Peranan buku teks adalah

untuk menentukan pencapaian pelajar dalam satu subjek mata pelajaran yang diajar dan ia perlu

dilakukan tanpa melibatkan faktor-faktor lain. Ini adalah kerana buku teks merupakan satu-

satunya rujukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan dimiliki oleh semua pelajar.

Mungkin jika ia digunakan dengan baik, peranan dan fungsinya akan dapat menggantikan

fungsi guru, khususnya apabila pelajar membuat ulang kaji atau rujukan di rumah semasa

ketiadaan guru.

Page 5: KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40.

29

Abdul Halim (2002) menyatakan buku teks seperti nahu yang digunakan peringkat

menengah adalah tidak sesuai dengan para pelajar yang mengambil subjek tersebut. Dalam

pembelajaran memahami sesuatu bahasa kedua atau asing, pemilihan dan penggunaan bahan

bacaan iaitu buku teks yang sesuai adalah amat penting. Keperluan dan tahap pelajar perlu

dititik beratkan. Oleh itu, salah satu kriteria yang perlu diteliti dalam penyediaan buku teks

pembelajaran bahasa sebagai bahasa asing adalah kebolehbacaannya (Muhammad Haron

Husaini 2012).

Berdasarkan sorotan ini, artikel ini bertujuan untuk membincangkan kajian

kebolehbacaan melibatkan definisi, konsep dan kaedah mengukur kebolehbacaan tersebut.

Selain itu, kertas ini juga bertujuan untuk menjelaskan apakah kepentingan kebolehbacaan

dalam dunia pendidikan khususnya untuk pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Diharap

artikel ini dapat membantu pelbagai pihak dalam menghasilkan satu bahan bacaan yang

berkualiti agar para pelajar dapat memahami teks-teks bahasa Arab dengan lebih baik

BUKU TEKS

Buku teks adalah buku pelajaran yang digunakan dalam sesuatu bidang pembelajaran tertentu

dan merupakan buku standar serta disusun oleh para pakar dalam bidang tersebut untuk

menjelaskan sesuatu topik berdasarkan tujuan dan objektif proses pembelajaran. Ia mestilah

mudah dipahami oleh para pembacanya di sekolah mahupun institut pengajian tinggi sehingga

dapat menunjang sesuatu program pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

Muslich (2010) menyatakan bahwa buku teks adalah satu buku yang dijadikan

pegangan atau rujukan oleh para pelajar pada tahap tertentu sebagai satu medium pembelajaran

(instruksional) yang berkaitan dengan sesuatu bidang pembelajaran tertentu. Berdasarkan hal

ini, buku teks merupakan buku standar yang disusun oleh para pakar dalam bidangnya, iaitu

dilengkapi dengan sarana pembelajaran (seperti penulisan) dan digunakan sebagai penunjang

utama dalam program pembelajaran.

Manakala dari segi bahasa Arab pula buku teks disebut sebagai satu arti iaitu الكتاب

yang membawa makna buku yang dijadikan bahan medium (al-kitāb madrasī) المدرسي

pengajaran di sekolah (al-Mawrid 1976: 961). Buku teks juga dikenal sebagai كتاب مدرسي أو

iaitu satu bentuk ilmu yang (al- kitāb madrasī , al- kitāb taʿlimī, al- kitāb muqarrar) نعليمي أو مقر

ditulis menjadi satu kitab atau satu buku pembelajaran. Perkataan-perkataan ini diambil

daripada bahasa Inggeris seperti textbook, schoolbook, class book yang berarti buku sekolah

atau buku pengajaran. Topik-topik yang terkandung di dalam buku teks dinamakan course atau

subject مادة أو دراسية أو علمية yang membawa maksud buku teks merupakan satu bahan materi

atau bahan pengajaran berunsur keilmuan yang tinggi.

KEBOLEHBACAAN TEKS BAHASA ARAB

Dalam perspektif pengajian bahasa Arab di Malaysia, kajian tentang kebolehbacaan buku teks

tidak banyak kajian yang dilakukan dan amat jarang (Kamarulzaman Abdul Ghani et al. 2011).

Ini merupakan suatu kekurangan kerana kajian tentang kebolehbacaan buku teks bahasa Arab

dapat memberi maklumat berguna dalam menghasilkan buku teks yang dapat membantu

Page 6: KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40.

30

pelajar menguasai bahasa Arab dengan berkesan. (Abdul Razif Bin Zaini et al. 2016) juga

menambahkan bahawa penyediaan buku teks yang kurang sesuai dengan tahap dan kebolehan

pelajar mungkin boleh menghilangkan minat dan motivasi mereka untuk mendalami bahasa al-

Quran ini.

Menurut sumber dan sorotan kajian-kajian terawal telah didapati bahawa kajian bangsa

Arab yang pertama telah direkodkan adalah kajian Toeimah pada tahun 1978 (Toeimah 1984).

Menurut Dubay (2004) kajian di negara barat bermula selama lebih kurang 80 tahun yang lalu.

Dalam jangka masa tersebut banyak penyelidikan dan ujian telah dilakukan oleh pengkaji-

pengkaji barat. Kajian-kajian tersebut membantu dalam penambahbaikan teks melalui

perkataan dan ayat yang merupakan penyebab utama kesukaran dalam memahami sesebuah

teks.

Dubay (2004) menjelaskan bahawa kajian kebolehbacaan terbahagi kepada dua jenis

iaitu kajian klasik dan kajian baru. Yang dimaksudkan dengan kajian klasik ialah kajian atau

penyelidikan tentang kebolehbacaan yang bermula pada akhir ke 19 sehingga tahun 1940-an.

Sebagai contoh adalah kajian Formula Flesch (1948) dan Formula Dale-Chale (1948). Pada

masa tersebut para penyelidik, para guru dan penerbit menggunakan hasil kajian tersebut untuk

diguna pakai sebagai ukuran memadankan teks dengan kemahiran membaca, sama ada untuk

pelajar-pelajar sekolah atau orang dewasa.

Tahap senang atau sukar sesuatu bahan bacaan untuk dibaca dan difahami merupakan

satu konsep kebolehbacaan. Manakala penyelidik Klare (1969) menerangkan dalam kajian

beliau istilah kebolehbacaan ini amat penting dalam menunjukkan tiga penggunaannya iaitu:

1. Untuk menunjukkan kemudahbacaan sesuatu teks tulisan.

2. Untuk menunjukkan kemudahan membaca yang disebabkan oleh nilai minat bahan

bacaan tersebut.

3. Untuk menunujukkan kemudahan pemahaman yang disebabkan oleh gaya penulisan

bahan bacaan tersebut.

Chall (1974) menyifatkan terdapat beberapa faktor yang berkait dengan individu

pembaca dan konsep kebolehbacaan. Sesuatu idea yang berada dalam pengukuran sesuatu

kebolehbacaan teks adalah padanan antara teks dengan pembaca. Gilliand (1972) pula

menyokong kajian Chall tersebut. Beliau menjelaskan dalam kajiannya kebolehbacaan

merupakan kajian untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul antara pembaca dan

teks. Dengan kata lain, ia mengkaji tentang bagaimana dua pihak iaitu pihak pembaca yang

memiliki kemahiran membaca dan minat untuk membaca berhubungan dengan teks yang

menyediakan pelbagai gaya dan isi-isi dalam teks tersebut yang kedua-dua aspek ini akan

disesuaikan berdasarkan para pembaca apakah mereka memahami dengan betul apa yang

mereka baca.

KONSEP KEBOLEHBACAAN

Kajian-kajian lepas mendapati penyelidik-penyelidik Barat dan para sarjana Arab telah

mengemukakan pelbagai teori untuk mendefinisikan arti kebolehbacaan itu sendiri. Dale dan

Chall (1948) menjelaskan kebolehbacaan merupakan satu gabungan kesemua aspek-aspek

dalam bahagian tertentu daripada sesuatu bahan cetak yang mempengaruhi kejayaan

sekumpulan pembaca yang membaca bahan bacaan tersebut. Kejayaan itu ialah sejauhmana

Page 7: KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40.

31

mereka memahaminya, membacanya pada kelajuan optimum dan mendapati boleh menarik

minat mereka.

English dan English (1958) mendefinisikan kebolehbacaan sebagai sejauh mana kualiti

bahan pengajaran yang bertulis mahupun bercetak yang membuatnya mudah difahami oleh

para pembaca apabila diberikan bahan bacaan dan mereka berminat untuk meneruskan bacaan

mereka sampai selesai. McLaughlin (1968) memberi pandangan beliau bahawa kebolehbacaan

membawa makna sejauh manakah teks itu difahami dan menarik oleh sekumpulan orang yang

diberikan teks tersebut. “Readability is ...the degree to which a text is comprehensible and

compelling to a given class of people.”

Menurut Chall (1974) konsep kebolehbacaan itu mengandungi tiga aspek yang saling

berkait antara satu sama lain, iaitu minat, mudah dibaca dan mudah difahami. Toeimah (1985)

yang merupakan salah seorang pakar dalam bidang ini menyatakan beliau memilih definisi

yang dijelaskan oleh Dale dan Chall (1948). Ini karena definisi dan konsep kebolehbacaan

mereka telah diterima oleh kebanyakan para penyelidik

Manakala, Khadijah Rohani (1987), yang merupakan seorang pencipta formula

kebolehbacaan bahasa Melayu menjelaskan bahawa kebolehbacaan adalah keupayaan dan

tahap senang-susahnya sesuatu bahan bacaan itu difahami. Marohaini (1999) pula menyatakan

bahawa kebolehbacaan adalah satu konsep yang merujuk kepada tahap atau darjah susah

senangnya sesuatu bahan untuk dibaca. Bahan yang susah untuk dibaca dikatakan mempunyai

tahap kebolehbacaan yang tinggi sementara bahan bacaan yang senang dibaca pula dikatakan

mempunyai tahap kebolehbacaan yang rendah.

Seterusnya menurut pandangan Dubay (2004), “...readibility is what makes some text

easier to read than other.” Ini membawa penjelasan bahawa kebolehbacaan merupakan apa

yang menjadikan beberapa teks lebih mudah dibaca daripada teks tersebut. Berdasarkan

definisi-definisi di atas ia dapat diringkaskan bahawa kebolehbacaan ialah satu konsep yang

berkait dengan proses membaca dan memahami sesuatu bahan bacaan sama ada senang atau

sukar.

Menurut Oakland dan Lane (2004), anggaran kebolehbacaan menunjukkan kepada

faktor-faktor pembaca itu sendiri. Ia dianggarkan dari segi kebolehan pembaca dan faktor

faktor sesebuah teks serta formula teks itu sendiri. Antara faktor-faktor pembaca adalah

merangkumi kemampuan seseorang itu membaca dengan lancar dan cepat, tahap pengetahuan

terhadap subjek yang sebelumnya, pengetahuan leksikal, kebiasaannya dengan bahasa tersebut,

motivasi dan penglibatan para pembaca.

Daripada faktor-faktor teks juga ia menerangkan sedikit penambahan bagi metrik

kebolehbacaan semasa, tetapi merangkumi perbandingan sintaksis, pemilihan leksikal,

kepadatan idea, dan beban kognitif. Oakland dan Lane telah melihat kebolehbacaan yang

menunjukkan bahawa kemungkinan untuk mengukur secara umum teks yang sukar dan

memerlukan pertimbangan setiap pembaca.

UJIAN KLOZ SEBAGAI PENGUKUR KEBOLEHBACAAN TEKS BACAAN

Dalam mengukur kebolehbacaan terdapat beberapa teknik dan instrumen yang boleh

digunakan. Teknik dan instrumen tersebut boleh diklasifikasikan kepada dua kaedah, iaitu

Page 8: KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40.

32

kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. (Klare 1969; Gilliland 1972; Chall 1974; Hull 1979;

Harrison 1980; Harris & Sipay 1980).

Jadual 1: Teknik kebolehbacaan

Kaedah Kualitatif Kaedah Kuantitatif

Iaitu tahap kebolehbacaan sesebuah bahan

bacaan yang ditentukan berdasarkan

penilaian dan pandangan subjektif daripada

para pakar atau ahli pendidikan, pustakawan

dan guru berdasarkan kriteria-kriteria yang

ditentukan.

Kaedah kuantitatif merupakan satu kaedah

pengukuran yang merangkumi penggunaan

formula kebolehbacaan, penggunaan graf

dan carta, ujian kefahaman, dan ujian kloz.

Contoh: isi kandungan, gaya penulisan, jenis

kosa kata, format, dan organisasi teks

Dalam konteks kebolehbacaan kajian bahasa Arab, ujian Kloz digunakan. Ia merupakan

alat untuk mengukur kebolehbacaan khususnya dalam mengukur kesukaran teks bahasa Arab

kerana masih belum ada kaedah lain yang dibina untuk mengukurnya selain formula tersebut.

Ujian Kloz adalah satu bentuk ujian mengisi tempat kosong. Laporan Bullock pada tahun 1975

telah mendefinisikan ujian ini sebagai ‘the use of a piece of writing in which certain words

have been deleted and the pupil has to make maximum possible use of context clues available

in predicting the missing words’ Rye (1982).

Ujian ini dibina dengan menggugurkan beberapa perkataan dalam petikan yang diuji

dan para responden yang mengambil ujian tersebut dikehendaki mengisi tempat kosong

tersebut berdasarkan kepada konteks ayat. Menurut Harrison (1980), ujian kloz adalah satu

cara yang paling tepat dan berkesan dalam mengukur tahap sukarnya teks. Ia bukan sahaja

digunakan sebagai teknik mengukur kebolehbacaan, tetapi juga turut digunakan untuk

mengukur kefahaman, mengenal pasti tahap kebolehan membaca, dan sebagai alat bantu dalam

pembangunan kemahiran membaca.

Sementara Torres dan Roig (2005) telah menyimpulkan bahawa ujian kloz adalah

antara alternatif yang baik untuk mengukur kesesuaian bahan bacaan dengan tahap kebolehan

membaca seseorang. Manakala untuk mengukur tahap kebolehbacaan bahan bacaan bahasa

Arab, ujian kloz juga boleh digunakan Daud (1977). Dalam konteks ini, prosedur ujian kloz

akan dipilih menggunakan teks-teks dalam buku teks yang dijadikan subjek kajian sahaja.

Prosedur yang digunakan bagi membina dan menjalankan ujian ini adalah berdasarkan panduan

dan saranan yang telah dikemukakan oleh beberapa sarjana seperti Toiemah (1984) dan Rye

(1982) dengan beberapa pengubahsuaian sesuai dengan keperluan dan fokus kajian. Prosedur

yang dilakukan adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tiga teks bacaan daripada topik-topik dalam pembelajaran buku teks

yang dijadikan subjek kajian. Ujian ini dibahagi kepada tiga teks utama iaitu Teks A

yang mengandungi teks daripada tajuk pertama. Seterusnya teks kedua iaitu teks B

dipilih daripada topik kesebelas dalam buku teks tersebut. Akhir sekali adalah teks C

daripada topik akhir dalam buku teks.

Page 9: KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40.

33

2. Teks bacaan yang dipilih paling kurang mengandungi 250 patah perkataan (Rye, 1982;

Toiemah, 1984). Kesemua tiga teks ini diletakkan baris seperti mana yang terdapat di

dalam buku teks asal. Para pelajar dikehendaki mengisi teks-teks tersebut dengan tepat.

Pilihan 3 perkataan sebagai jawapan diberi kepada pelajar iaitu dengan cara memilih

perkataan yang sesuai sama ada perkataan pertama, kedua atau ketiga. Pelajar

dikehendaki hanya bulatkan atau gariskan sahaja jawapan yang benar.

3. Bagi teks bahasa asing pemotongan perkataan dalam teks yang diuji dibuat pada setiap

perkataan yang kelima atau ketujuh tanpa mengira bentuk ayat dan jenis perkataan

(Toiemah, 1984). Manakala teknik pemotongan pada setiap perkataan ketujuh lebih

baik kerana kebolehan bahasa pelajar lemah atau teks yang diuji agak sukar.

4. Sistem pemarkahan kajian ini memilih untuk menggunakan sistem pemarkahan yang

hanya menerima jawapan yang betul berdasarkan kata asal sebagaimana yang terdapat

dalam buku teks yang dijadikan subjek kajian sebagai jawapan yang betul. Kemudian

jawapan yang betul ditukarkan kepada peratus dengan membahagikannya dengan

jumlah perkataan yang dipotong. Setelah membina alat kajian tersebut untuk kajian

sebenar, pengkaji merujuk kepada beberapa pakar bagi mengadili tahap kesahan

kandungan alat ujian kloz yang dibina. (Toiemah 1978 & Alias Baba, 1999).

Kajian kebolehbacaan juga adalah penting dalam usaha menilai semula bahan bacaan

yang digunakan untuk diolah semula teks dari sumber asli kepada teks bacaan yang lebih

mudah difahami. Tahap kebolehbacaan juga dapat membantu tahap kebolehan membaca

seseorang pembaca, hal ini kerana pengukuran kebolehbacaan membaca dan kebolehbacaan

teks bacaan dijalankan pada masa yang sama. Marohaini (1999) membahagikan tahap

kebolehbacan teks kepada tiga iaitu:

Jadual 2: Tahap dan Fungsi Pembacaaan

Tahap Teks Ciri-Ciri Bentuk Pembacaan

Pembacaan

Bebas

Senang

atau

mudah

-Kefahaman yang

cemerlang

-Ketepatan pengecaman

perkataan yang cemerlang

-Kadar bacaan yang lancar

-Sangat sedikit kesilapan

dalam semua aspek

-Pembacaan untuk

keseronokan sepenuhnya

-Pembacaan untuk pilihan

sendiri

-Kerja rumah, ujian,

seatwork, pusat-pusat

pembelajaran dan segala

bentuk tugasan dilakukan

oleh pembaca itu sendiri

Pembacaan

Pengajaran

Selesa -Kefahaman yang baik

-Ketepatan pengecaman

perkatan yang baik

-Kadar kelancaran bacaan

yang sederhana

-Sebahagian perkataan

perlu dianalisis

-Buku teks sekolah dna

pembaca asas

-Tugasan membaca

berpandu berasaskan bilik

darjah

-Panduan belajar dan

tugasan berpandu yang lain

Page 10: KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40.

34

-Borang-borang

permohonan

Pembacaan

Kecewa

terlalu

sukar atau

susah

-Kefahaman yang lemah

-Kadar kelancaran yang

perlahan dan tersekat-sekat

-Banyak perkataan sukar

yang perlu dianalisis

-Tiada bahan sesuai untuk

tugasan

-Pembacaan untuk tujuan

diagnostik

-Pilihan sendiri yang

bergantung kepada tahap

minat yang tinggi walaupn

teks bacaan sukar

*Sumber Gillet &Temple 1994 dan Kamarulaman 2010

Walaupun kajian kebolehbacaan yang melibatkan bahan bacaan bahasa Arab telah

bermula seawal tahun 1978 melalui kajian oleh Toeimah (Toeimah) 1984) namun sehingga

kini belum terdapat satu formula khusus untuk mengukur tahap kebolehbacaan bahan bacaan

bahasa Arab ini (Toeimah & Thu’aybi 2006). Salah satu puncanya adalah kerana kriteria

penggunaan bahasa Arab yang berbeza dengan bahasa Inggeris menyukarkan pembinaan

formula berkenaan (Ja’dan 1989 dalam Kamarulaman 2010).

PERANAN BUKU TEKS SEBAGAI BAHAN BACAAN YANG BERKESAN

Kajian kebolehbacaan adalah kajian yang melibatkan bahan bacaan untuk pembelajaran

terutamanya, buku teks. Buku teks merupakan bahan bacaan yang digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Matlamat utama adalah untuk menyediakan maklumat dan

panduan kearah menghasilkan bahan bacaan buku teks yang sesuai dan mudah difahami oleh

pelajar. Klare (1969) mengkategorikan bidang pendidikan sebagai bidang yang paling banyak

terlibat dengan kajian kebolehbacaan. Ia digunakan utnuk menentukan bahan-bahan bacaan

atau buku teks yang akan diguna pakai di sekolah bersesuaian dengan keperluan dan tahap

keupayaan pelajar.

Coleman (1962) menjelaskan apabila pelajar diajar tentang kemahiran membaca,

kemudian dibantu dengan penyediaan bahan bacaan yang sesuai dengan kebolehan dan

kemampuan membaca mereka, maka ia telah berjaya dalam menyelesaikan proses membaca

tersebut. Kajian kebolehbacaan sesuatu bahan bacaan itu sangat memainkan peranan penting

sebagai satu usaha menilai semula buku teks yang telah digunakan untuk penulisan semula isi

kandungan buku teks yang dipilih itu Klare (1984). Selain itu, ukuran dalam kebolehbacaan

tahap sukar dan senangnya sesuatu teks, sepatutnya dijadikan sebagai kunci utama dalam

menentukan cara pemilihan buku teks.

Kamarulzaman (2011) menjelaskan bahawa dengan adanya kajian ini, pelbagai pihak

boleh mengambil manfaat seperti mereka yang terlibat dengan penulisan buku teks sama ada

ahli akademik, penggubal, penulis, penerbit, guru dan pustakawan. Justeru, diharap maklumat

dalam artikel ini dapat memberi kesan yang baik kearah penyediaan suasana dan bahan

pembelajaran bahasa Arab yang lebih menarik, efektif dan menyeronokkan melalui bahan

bacaan yang bermutu dan berkualiti serta berkesan untuk pembaca.

Page 11: KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40.

35

Shokrpour (2005) menyatakan bahawa pihak-pihak seperti penulis, editor buku, para

penerbit dan juga guru-guru dapat menggunakan hasil kajian ini dalam menyediakan dan

menghasilkan buku-buku teks yang baik. Mereka dapat mengambil manfaat daripada kajian

kebolehbacaan ini. Justeru, Gilliland (1972) dalam bukunya menyebut sesiapa sahaja boleh

mengambil faedah daripada kajian kebolehbacaan, dan daripadanya pihak-pihak yang paling

besar mendapat impak secara langsung adalah sebagai mana berikut:

Guru

Di Malaysia peranan guru dalam proses pdp amatlah besar. Pelbagai bahan bacaan seperti

buku, akhbar dan majalah merupakan satu alat medium pembelajaran yang amat penting. Para

guru mempunyai peranan yang sangat penting dalam memilih buku-buku yang tepat dan bagus

untuk mencapai matlamat proses pembelajaran pdp dalam kelas. (Yahya 2003). Membaca

adalah asas dalam pembentukan diri seseorang ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan dan

pelbagai informasi baru. Melalui aktifiti membaca, seseorang itu dapat menjadikan dirinya

sebagai sumber rujukan sama ada kepada dirinya sendiri ataupun kepada orang lain.

Guru-guru mempunyai peranan untuk menggalakan dan memberi motivasi minat

kepada pelajar agar budaya membaca dapat terus diterapkan. Bukan itu sahaja, para guru dapat

memanfaatkan sebahagian daripada metodologi kajian kebolehbacaan sebagai salah satu teknik

mengajar yang dapat mempertingkatkan kemahiran membaca pelajar. Sehubungan dengan itu,

Marohaini (1999) menegaskan guru perlu tahu dan sedar kepentingan kebolehbacaan dalam

pengajaran bacaan dalam kelas.

Penulis

Salah satu tujuan seorang penulis adalah untuk menghasilkan satu karya yang dihasilkan

bersesuaian dengan kaum pembaca. Ia harus mengandungi fakta, teori dan sikap pembaca itu

sendiri. Pengetahuan yang perlu ada dalam diri penulis bergantung kepada pengetahuannya

terhadap kebolehan membaca terhadap pembaca sasaran dan cara bagaimana pembentukan

ayat dan susunan idea tersebut boleh mempengaruhi kefahaman para pembacanya. Dengan

hasil daripada kajian kebolehbacaan, ia dapat membantu para penulis memahami teks yang

mereka tulis melalui tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan efisien untuk tujuan penulisan

mereka. Dengan maklumat tersebut, para penulis dapat menulis sebuah buku yang sesuai

dengan kebolehan membaca para pembaca sasaran.

Penerbit

Pihak penerbit juga dapat mengambil manfaat daripada dapatan kebolehbacaan dalam

menghasilkan dan menyediakan bahan bacaan untuk para pelajar di setiap peringkat umur.

Dalam menyediakan bahan bacaan terutama buku teks, kawalan tahap kesukaran amat penting

dan ia berperanan sebagai salah satu faktor utama dalam menarik perhatian pembaca untuk

membeli dan membacanya. Siri penerbitan yang diterbitkan oleh pihak penerbit dapat

membantu penilaian keperluan pembaca, mereka boleh menilai bagaimana siri penerbitan itu

berbeza-beza dari sudut kebolehan dan kemahiran membaca mereka.

Page 12: KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40.

36

Pustakawan

Tugas seorang pustakawan adalah memilih dan menyusun bahan bacaan yang dibaca oleh

pengunjung perpustakaan. Mereka berperanan menyediakan maklumat-maklumat umum

tentang kandungan buku melalui sistem klasifikasi berdasarkan peringkat umur serta jenis

bahan bacaan. Sebagai contoh, penggunaan kod warna tertentu dalam menyediakan bahan

bacaan di rak-rak buku. Dengan cara ini, ia dapat membantu para pembaca atau pengunjung

dalam memilih bahan bacaan dengan cepat, menjimatkan masa dan mudah untuk mencari buku

yang sesuai dengan tahap pembacaan mereka.

Pihak Kementerian Malaysia

Selain itu, dapatan yang dihasilkan daripada hasil kebolehbacaan boleh dijadikan garis panduan

dalam menghasilkan buku teks yang baik oleh pihak KPM, institut-institut pendidikan, para

guru, pensyarah-pensyarah dalam menghasilkan buku teks kemahiran bahasa atau buku teks

bahasa. Ia juga boleh dijadikan tali ukur dalam menerbitkan bahan-bahan bacaan arab dan

modul bahasa arab yang berkualiti.

Dari sudut lain, potensi kajian kebolehbacaan ini telah luas diaplikasikan keseluruh

dunia dalam pelbagai skop bidang yang menyeluruh. Peranan kajian ini amat penting untuk

sekumpulan pihak yang mementingkan kejayaan aspek dunia pendidikan. Pengkaji Klare

(1999) telah menyenaraikan dalam kajian beliau tentang beberapa bidang utama yang berkait

rapat dengan wujudnya kajian ini agar dilakukan secara berterusan. Bidang-bidang tersebut

anatara lain sebagaimana berikut: pendidikan, pentadbiran kerajaan, perniagaan dan industri,

ujian dan soal selidik psikologi, bidang kewartawanan, bidang penulisan, bidang komunikasi

korporat, ucapan awam penulisan perundangan serta bahasa asing.

KESIMPULAN

Kajian berkaitan kebolehbacaan bahan bacaan bahasa Arab di Malaysia masih berada dalam

tahap baru dan jarang dikaji oleh para pengkaji. Untuk memperluas skop kajian kebolehbacaan

dalam bahasa Arab perlulah adanya cadangan kajian lanjutan. Dapatan yang diperoleh tidak

dapat dijadikan satu rujukan kepada buku-buku teks bahasa Arab yang lain. Justeru kajian-

kajian lainnya perlu dijalankan sama ada dalam peringkat rendah atau tinggi. Dari sudut lain,

potensi kajian kebolehbacaan ini telah luas diaplikasikan keseluruh dunia dalam pelbagai skop

bidang yang menyeluruh.

Peranan kajian ini amat penting untuk sekumpulan pihak yang mementingkan kejayaan

aspek dunia pendidikan. Sebagai rumusan dapat dinyatakan bahawa perubahan dalam

menghasilkan sesuatu bahan atau buku teks yang dijadikan sebagai satu sumber bahan

pengajaran dapat membuat perubahan atau inovasi yang baik. Hal ini bertujuan untuk

membawa kemajuan, pembaikan dan penambahbaikan dalam buku tersebut.

Berdasarkan tinjauan literatur, ia menunjukkan bahawa kajian ini iaitu kajian dalam

bidang kebolehbacaan merupakan satu bidang utama yang mempunyai kepentingan yang amat

luas dan besar dalam dunia pendidikan. Ia merupakan satu bidang skop yang luas dan

pembelajarannya yang perlu diambil berat oleh seluruh ahli-ahli akademik seperti guru-guru,

para pensyarah, penerbit dan penulis.

Page 13: KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40.

37

Kaedah dan penilaian terhadap bahan bacaan bahasa Arab khususnya diperlukan dalam

menghasilkan satu buku teks yang berkualiti dan bermutu tinggi. Sehubungan dengan itu kajian

berkaitan kebolehbacaan dan pelaksanaannya perlu diperbesar dan diteruskan untuk mencapai

satu matlamat yang sejajar dengan sistem pendidikan Malaysia yang berkembang pesat dan

maju. Penggunaan bahan bacaan dengan baik dan bermutu dalam mempertingkatkan mutu

kemahiran membaca dalam kalangan pelajar disekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi.

Akhir kalam, pengkaji mendapati bahawa peranan buku teks dalam proses pengajaran

dan pembelajaran (pdp) dalam mata pelajaran bahasa Arab adalah penting. Kebolehbacaan

merupakan satu tahap yang penting dalam menentukan susah dan senangnya teks yang

digunakan untuk para pelajar dan ia juga dapat membantu pihak-pihak tertentu dalam

menghasilkan satu buku teks yang baik pada masa akan datang.

RUJUKAN

Abdul Halim Mohamad. 2002. Pembelajaran Frasa Bahasa Arab Di Kalangan Pelajar

Melayu: Satu Analisis Kesalahan. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Pengajian Bahasa Dan

Linguistik, Universiti Malaya.

Abdul Razif Bin Zaini, Muhd Haron Husaini, Khairil Asyraf & Mohd. Zaki Bin Abd.

Rahman. 2016. Inovasi dalam Pembinaan Ujian Kloz Bahasa Arab

Berbantukan Komputer. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah (JSASS).Vol 3 Bil

1. E-ISSN: 2289 8042.

Aisyah Sjahrony. 2014. Hubungan Antara Tahap Kebolehbacaan Buku Teks Maharat Al-

Qiraah Dengan Motivasi Dan Pencapaian Pelajar FPI UKM. Tesis Master. Fakulti

Pendidikan UKM, Bangi Selangor.

Affandi Bin Ag Ghani. 2006. Tesis: Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Buku Teks Jawi

Pendidikan Islam Dalam Pembelajaran: Satu Kajian Ke Atas Pelajar Tingkatan 4,

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai, Johor Bahru. Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia.

Chall, J.S. 1974. Readability: An Appraisal of Research and Application. Cetak Ulang.

Epping, Essex: Bowker Publishing Company.

Che Kamarudin Kamel Che Muhammad. 1999. Satu Kajian Penguasaan Nahu Bahasa

Arab Peringkat Menengah Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Arab. 70-74

Coleman, E.B. 1962. Improving Comprehensibility by Shortening Sentences. Journal of

Applied Psychology 46:131-134.

Combs, B. 2009. Mengajar Secara Efektif. Terj. Siti Aishah Mohd. Elias. Kualalumpur:

Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd.

Dale, E. & Chall, J.S. 1948. A Formula for Predecting Readabilty and Instruction.

Educational Research Bulletin.

Daud, B.A. 1977. Alaqah Al-Maqru’iyyah Bi Bacd Al-Mutaghayyirat Al-Lughawiyyah.

Tesis Sarjana University of Baghdad.

Dubay, W.H. 2004. The Principles of Readability. California: Impact Information.

English, H.B. & English, A.C. 1958. A Comprehensive Dictionary of Psyhological and

Psychoanalytical Terms. London: Longmans, Green.

Page 14: KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40.

38

Gilliland, J. 1972. Readability. London: University of London Press Ltd.

Harrison, C. 1980. Readability in the Classroom. Cambridge: Cambridge University

Press.

Haris Md. Jadi. 1991. Reformasi Kurikulum Di Malaysia. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan.

11(1):1-15.

Ishak Mohd. Rejab. 1993. Teaching Reading Comprehension Processes. Ed. Ke-2. Boston:

Allyn and Bacon

Istilah Pendidikan. 1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ja’dan, N.Ca. 1989. Mustawa Maqru’iyyah Nusus Al-Mutalacah Al-Takwiniyyah

Almuqarrarah Li Al-Saff Al-Khamis Al-Ibtida’i. Tesis Sarjana University of Jordan.

Kamarulzaman Abdul Ghani & Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff. 2002. Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Kefahaman Bacaan Bahasa Arab Dikalangan Pelajar Sekolah Agama.

Jurnal Virtec Vol 2. Fakulti Pendidikan, UKM.

Kamarulzaman Abdul Ghani, Hassan Basri Awang Mat Dahan & Nik Mohd Rahimi Nik

Yusoff. 2006. Mengukur Kebolehbacaan Bahan-Bahan Bacaan Bahasa Arab: Satu

Keperluan Dalam Konteks Pendidikan. Prosiding Wacana Pendidikan Islam 5.

Kamarulzaman Abdul Ghani. 2010. Kebolehbacaan Buku Teks Bahasa Arab Tinggi Tingkatan

Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Tesis Dr. Falsafah Pendidikan, Fakulti

Pendidikan, Universiti Malaya.

Kamarul Shukri Mat Teh, Zulazhan Ab. Halim, Nurazan Mohmad Rouyan & Mohd

Sharizal Nasir. 2012. Dinamika Pendidikan Bahasa Arab. Penerbit Sultam

Abidin Terengganu.

Khadijah Rohani Mohd. Yunus (2001). Kebolehbacaan Dalam Buku Teks. Bahan Kursus

Penulisan Buku Teks Sekolah Menengah, Bahagian Buku Teks, KPM Dan Majlis

Buku Kebangsaan Malaysia.

Khadijah Rohani Md. Yunus. 1987. Formula Kebolehbacaan: Satu Cara Objektif Untuk

Menentukan Tahap Kebolehbacaan Bahan-Bahan Bacaan. Jurnal Dewan Bahasa

April: 274-288.

Klare, G.R. 1969. The Measurement of Readabilty. Ed. Ke-3. Iowa: Iowa State University

Press.

Hull, L.C. 1979. Beyond Readability: Measuring the Difficulty of Technical Writing. Tesis

Ph.D Rensselaer Polytechnic Institute, New York.

Harrison, C. 1980. Readability in the Classroom. Cambridge University Press.

Harris, A.J & Sipay, E.R. 1980. How To Increase Reading Ability. Ed. Ke-7. New York:

Longman.

Leslie Limage. 2005. The Political Economy of Textbooks and Literacy. Literacy for Life.

UNESCO: The EFA Global Monitoring Report.

Marohaini Yusoff. 1999. Strategi Pengajaran Bacaan Dan Kefahaman. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mclaughlin, GH. 1969. SMOG Grading a New Readability Formula. Journal of Reading

22:639-646.

Mcconnel, C.1983. Readability: Blind Faith In Numbers?, The Teaching Of Economics.

Journal of Economic Education (Pre-1986), winter, 14(1), 65, ABI/INFORM Global.

Page 15: KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40.

39

Mohd Najib Abdul Ghafar. 2003. Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai:

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Fadzli Ismai & Mohd Sukki Othman .2012. Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab:

Satu Tinjauan Di SMAP Kajang. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan

Pembelajaran Bahasa Arab (PKEBAR’12). Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian

Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 978-967- 5478-49-9.

Mohd Nazri Abdul Rahman, Norlidah Alias, Saedah Siraj & Zaharah Hussin

2013. Inovasi dan Kreativiti Dalam Rekabentuk Buku Teks Sekolah Menengah:

Aplikasi Pendekatan Interpretive Structural Modeling (ISM). JuKu: Jurnal

Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Bil. 1.

Muslich Mansur. 2010. Text Book Writing. Jogjakarta, Ar-Ruzz Media.

Muhammad Izuan Abd Gani & Radziah Ismail. 2015. Penerapan Aspek Penjiwaan

Bahasa Dalam Pengajaran & Pembelajaran (P&P): Kajian Terhadap Guru Bahasa

Arab Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). The International Conference on

Language Literature Culture and Education. ICLLCE 2015-70.

Muhammad Haron Husaini. 2012. Maqru'iyyat Kitab al-Lughat al-‘Arabiyyat Fi al

Kulliyyatal-Jami‘iyyat al-Islamiyyat al-‘Alamiyyat Bi Salanjur.

Nuttall, C. (1985). Teaching Reading Skills in a Foreign Language. London: Heinemann

Educational Books.

Oakland, T. & Lane, H.B. 2004. Language, Reading and Readability Formulas:

Implications for Developing and Adpting Tests (Electronic Version). International

Journal of Testing, 4,239-252.

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks. 2006. Bahagian Buku Teks, Jabatan

Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rosni Samah, Mohd Fauzi Abdul Hamid, Shaferul Hafes Sha’ari & Amizan Helmi

Mohamad. 2013. Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Dalam

Kalangan Jurulatih Debat. GEMA Online™ Journal of Language Studies. Vol 13, (2).

Rye, J. 1982. Cloze Procedure and the Teaching of Reading. London: Heinemann

Educational Books.

Salasiah Hanin Hamjah, Zainab Ismail, Rosmawati Mohamad Rasit & Ermy Azziaty

Rozali. 2010. Kaedah Peningkatan Motivasi Belajar Dalam Kalangan Pelajar Fakulti

Pengajian Islam, UKM. Kongres Pengajaran Pembelajaran UKM 2010. 12- 15 Disember

2010.

Shokrpour, Nasrin. 2005. Comparison of Three Methods of Assessing Difficulty.

Http://Www.Asian-Efl-Journal.Com/Pta_August_05_Ns.Php.

Tay, Meng Guat. 2005. Kebolehbacaan Bahan Bacaan. Jurnal Penyelidikan MPBL 6:23-34.

Toeimah, R.A. 1985. Dalil Camal Fi ‘Icdad Al-Mawadd Al-Taclimiyyah Li Baramij Taclim

Al-arabiyyah. Makkah Al-Mukarramah: Jamicah Umm Al-Qura.

Toeimah, R.A. & Al-Thu’aybi, M.A 2006. Ta’lim Al-Qira’ah Wa Al-Adab: Istiratijiyyah

Mukhtalifah Li Jumhur Mutanawwic. Kaherah: Dar Al-Fikr Al-Carabi.

Torres, M. & Roig, M. 2005. The Cloze Procedure as a Test of Plagiarism: The Influences

of Text Readability. The Journal of Psychology 139(3): 221-231.

Yahya Othman. 2003. Mengajar Membaca Teori Dan Aplikasi. Pahang: PTS

Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Page 16: KEPENTINGAN KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS DALAM DUNIA …

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 25-40.

40

Zamri Arifin, Zulazhan Ab. Halim, Nurul Masyitah Mohd Sham & Azimah Shurfa

Mohammed Shukry. 2013. The Readabilty of the Prose Text. Middle-East

Journal of Scientific Research 17 (3):338-343.

Zulazhan Bin Ab. Halim. 2011. Kebolehbacaan Buku Teks Balaghah Sijil Tinggi Agama

Malaysia Di Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri. Tesis Doktor

Falsafah. Fakulti Pengajian Islam Malaysia. UKM.