Kepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guru

8
Bhasah Haji Abu Bakar & *Ismail Abdul Raoh Pusat Asas Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim, Perak *Fakulti Sains Kognitif, Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim, Perak

Transcript of Kepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guru

Page 1: Kepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guru

 Bhasah Haji Abu Bakar & *Ismail Abdul RaohPusat Asas Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim, Perak *Fakulti Sains Kognitif, Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim, Perak

Page 2: Kepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guru

Mengenal pasti tahap kepuasan guru terhadap perkhidmatan Pusat Kegiatan Guru (PKG)

Page 3: Kepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guru

Isu kajian adalah untuk melihat peranan PKG sebagai satu tempat untuk mendapatkan kemudahan dan perkhidmatan dalam membantu guru-guru meningkatkan kualiti pendidikan terutama menyokong penggunaan prasarana teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Page 4: Kepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guru

Kajian ini bertujuan meninjau kepuasan guru terhadap perkhidmatan PKG sebagai sebuah pusat kegiatan iktisas, pusat sumber, pusat kegiatan sosial, pusat penyelesaian masalah dan agen perubahan.

Page 5: Kepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guru

Soalan soal selidik tinjauan berjumlah 3303 borang digunakan. Masa kajian ditetapkan 2 minggu. Hanya 700 borang / 21.2% borang dikembalikan.

Kajian ini menggunakan kaedah asas kuantitatif yang melibatkan soal selidik tinjauan yang dibina dan ditadbir untuk mendapatkan data-data daripada guru-guru yang berurusan dengan PKG.

Alat statistiK peratus, frekuensi, min dan chi khi kuasa dua digunakan untuk menganalisis data.

Peratus dan frekuensi digunakan untuk mendapatkan data tentang lima peranan PKG dan persepsi guru yang mendapat perkhidmatan PKG.

Skor purata min dan Korelasi Pearson digunakan untuk membuat perbandingan di antara lima peranan PKG.

Manakala khi kuasa duadigunakan untuk melihat hubungan antara kepuasan guru terhadap perkhidmatan PKG dan faedah yang diperolehi guru.

Page 6: Kepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guru

Analisis data dibuat secara deskriptif dan inferensi untuk menjawab persoalan kajian ini. Statistik deskriptif yang digunakan termasuklah min, sisihan piawai, peratusan dan frekuensi.

Manakala statistik inferensi melibatkan penggunaan khi kuasa dua dan ANOVA

Page 7: Kepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guru

Penyelidik menggunakan borang soal selidik (Skala Likert, Skala Thurstone –setuju / tidak setuju), iaitu sebanyak 3303 borang untuk diagihkan kepada guru yang dihantar kepada 367 PKG, berasaskan kepada lima peranan PKG mengikut fungsi yang terdapat dalam Buku Konsep dan Pengoperasian (BTP, 1992).

Page 8: Kepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guru

Min skor kepuasan terhadap perkhidmatan PKG ialah 2.70. Ini menunjukkan kepuasan guru terhadap PKG adalah tinggi. Ini bersesuaian dengan konsep penubuhan PKG yang memberi tumpuan kepada aktiviti di kalangan guru. Kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara faedah yang diperolehi dari PKG dengan kepuasan terhadap perkhidmatan PKG. Ini terbukti dari Korelasi Pearson di mana r = 0.547, p < 0.001 yang menunjukkan bahawa apabila kepuasan terhadap PKG meningkat maka faedah yang diperolehi akan terus meningkat secara positif.