Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

40
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU Disediakan oleh: MOHD TAHIR BIN HARON ( 830709-01-6361 ) UNIT PJMB PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JUN 2011 Untuk Perhatian:

description

123

Transcript of Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

BMM 3043

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Disediakan oleh:

MOHD TAHIR BIN HARON( 830709-01-6361 ) UNIT PJMB

PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURUPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUANPENDIDIKAN JASMANIAMBILAN JUN 2011

Untuk Perhatian:

JABATAN BAHASA MELAYUINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

25 OGOS 2014

1.0Pengenalan Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru perlu mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid-muridnya. Oleh itu, guru perlu menjalankan penilaian untuk mengukur pencapaian murid melalui penilaian berterusan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Pengujian, pentaksiran dan penilaian adalah beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti kognitif, afektif dan psikomotor. Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Taksonomi ini disediakan khusus untuk domain kognitif, iaitu memberi tumpuan khusus kepada pemikiran dan kefahaman murid. Domain Krathwolh juga digunakan dalam penilaian pendidikan yang khusus untuk domain afektif, iaitu melibatkan perkembangan sikap dan nilai murid.

2.0Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian2.1PentaksiranPentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperoleh seseorang individu. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Maklumat tersebut termasuk hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pentaksiran bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan. pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan pembelajaran seseorang murid. Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan, kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah, kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian serta menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah instrumen, kumpulan yang ditaksir, respons, kumpulan pentaksir dan skor.Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran iaitu seperti pemerhatian, lisan, penulisan, pertimbangan profesional dan portfolio. Pentaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temu bual. Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pentaksiran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris.Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.

2.2PengujianSeterusnya, pengujian merujuk kepada satu teknik yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang murid terhadap pembelajarannya, sama ada dalam bidang kognitif, afektif atau psikomotor (Mok Soon Sang, Lee Shok Mee, 1986: 360). Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.Terdapat empat tujuan utama pengujian, iaitu mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai, mengesan kemajuan yang telah diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain, ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada murid sebelum pengajaran serta ujian diagnostik akan menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu dapat membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan. Terdapat enam jenis ujian yang boleh dijalankan oleh guru, iaitu ujian pencapaian, kecerdasan, prestasi, diagnostik, bakat dan personaliti.Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan atau pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.Terdapat empat jenis ujian, iaitu Ujian Kemajuan, Ujian Pencapaian, Ujian Kemahairan dan Ujian Bakat. Ujian Kemajuan kerap digunakan di dalam bilik darjah dan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat manakah pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkara-perkarayang diajarkan di bawah satu-satu tajuk tertentu. Ujian Pencapian pula lebih rasmi dan bertujuan untuk mengukur pencapaian secara lebih menyeluruh, seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal sekolah. Kebanyakan ujian pencapaian merupakan ujian umum seperti UPSR.Ujian Kemahiran dijalankan untuk menentukan sejauh mana kemahiran bahasa seseorang pelajar dan bagaimana dia menggunakan kemahiran ini untuk menghadapi sesuatu tugas tertentu seperti pelajaran lain atau bidang-bidang tertentu. Misalnya, ada ujian lisan bahasa Malaysia pada peringkat UPSR, dan ada ujian untuk menguji kemahiran pelajar dalam pertuturan. Seterusnya, Ujian Bakat merupakan ujian yang dibentuk untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar di dalam bahasa itu. Hal ini disebabkan bukan semua orang mempunyai bakat untuk mempelajari bahasa Malaysia.Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2.3PenilaianDari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas (Ee Ah Meng, 1994: 202). Penilaian merupakan proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid sekolah rendah. Terdapat beberapa tujuan penilaian di dalam bilik darjah, iaitu diagnosis, pencapaian, pemilihan dan penempatan serta bimbingan dan kaunseling. Bagi tujuan diagnosis, penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan keperluan pelajar. Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Sekiranya pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan oleh guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.Seterusnya, bagi tujuan pencapaian pula, penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar. Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.Bagi tujuan pemilihan dan penempatan, penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka. Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga adalah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.Tujuan bimbingan dan kaunseling pula, penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.Tujuan lain penilaian ialah membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar, membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan, membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran, membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka, melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka serta pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) semakan (2003) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan dan kemahiran serta kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian, iaitu penilaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian. Penilaian mengesan penguasaan dijalankan semasa guru berada di bilik darjah. Tujuannya adalah untuk mengesan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang sedang diajarkan, supaya kelemahan itu dapat dibetulkan dengan serta-merta. Penilaian mengesan kemajuan pula dilakukan selepas beberapa kemahiran dalam sesuatu topik telah diajar. Penilaian ini bertujuan untuk mengesan kemajuan murid tentang kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya dapat menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pemulihan. Penilaian mengesan pencapaian dijalankan selepas guru telah mengajar beberapa topik pelajaran, biasanya dijalankan dalam tempoh satu penggal. Penilaian ini bertujuan untuk mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik pelajaran untuk menentukan kedudukan murid-murid dalam sesuatu kumpulan.Berdasarkan KSSR pula, pentaksiran bagi pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Justeru, pelbagai kaedah pentaksiran yang bersifat autentik dan holistik digunakan. Terdapat dua jenis penilaian, termasuklah penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Contoh ujian formatif ialah soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan. Penilaian sumatif pula sering digunakan pada peringkat akhir sesuatu topik pengajaran. Tujuan utama penilaian ini dilaksanakan adalah bagi mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian murid bagi satu kelas atau kumpulan.Penilaian yang digunakan juga adalah berbentuk permarkahan yang mengutamakan aras gred atau diberikan pangkat kepada pencapaian yang dikuasai oleh pelajar. Ujian rujukan kriteria dan rujukan norma sering digunakan dalam ujian jenis ini.Penilaian rujukan norma digunakan untuk membandingkan pretasi murid dengan prestasi murid lain. Melalui penilaian ini, guru boleh mentafsir kemajuan prestasi murid dalam satu-satu ujian dan ia berupaya membandingkan keputusan dalam kalangan murid terhadap satu kelas ataupun kumpulan. Kaedah ini sering digunakan oleh guru untuk menentukan gred yang diperoleh oleh murid dalam satu-satu ujian. Penilaian rujukan kriteria pula digunakan untuk membandingkan murid dengan kriteria tertentu. Penilaian ini digunakan untuk menilai tahap prestasi kemajuan murid-murid. Keputusan yang diperolehi tidak akan dibandingkan dengan prestasi murid-murid lain. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temu bual.

Penilaian

Pengujian Pentaksiran

Rajah 1: Perhubungan antara pengujian, pentaksiran, dan penilaian

Daripada rajah 1 di atas, dapat disimpulkan bahawa pengujian, dan pentaksiran adalah di dalam penilaian. Oleh yang demikian, untuk mendalami konsep penilaian, pemahaman konsep pengujian, dan pentaksiran adalah amat penting sekali. Penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti rajah 2 berikut.

Rajah 2: Prosedur PenilaianBerdasarkan kepada rajah 2 di atas, pengujian merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam penilaian. Untuk menjalankan penilaian, seseorang guru perlulah terlebih dahulu melaksanakan pengujian dan kemudiannya memeriksa dan mengukur tahap pencapaian muridnya. Setelah data pencapaian murid didapati barulah guru tersebut boleh menjalankan penilaian terhadap pencapaian muridnya sama ada murid tersebut lemah, sederhana, baik ataupun cemerlang. Kemudian, guru akan merancang tindakan susulan untuk membantu murid-muridnya meningkat prestasi mereka.

3.0Banding BezaTaksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. ( kamus Dewan Edisi Keempat, (2005)). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti kognitif, afektif dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar di mana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir. domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan, emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. Sehubungan itu, konsep domain mempunyai kaitan dengan pembinaan objektif pengajaran dan penyediaan soalan untuk tujuan pentaksiran, pengujian dan penilaian.Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956. Taksonomi Bloom disediakan khusus untuk domain kognitif, iaitu memberi tumpuan khusus kepada pemikiran dan kefahaman murid. Seterusnya, Bloom bekerjasama dengan Karthwalh dan Betram B. Masia lalu menghasilkan Domain Krathwolh yang khusus untuk domain afektif, iaitu melibatkan perkembangan sikap dan nilai murid. Taksonomi Bloom telah membahagikan domain kognitif ini kepada enam peringkat yang bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Namun begitu, Domain Krathwohl pula dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu penerimaan, gerak balas, penilaian, organisasi dan perwatakan. Peringkat-peringkat yang terdapat dalam Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl agak berbeza.Dalam Taksonomi Bloom, elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Aras pengetahuan merujuk kepada mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan. Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Murid dapat mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf dalam aras ini. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi memerlukan murid menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula seperti membina graf daripada data dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan. Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur unsur dan struktur. Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas Murid akan cuba menyepadukan, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi di mana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran, membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi. Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Murid membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras penilaian ialah pilih, berikan alasan, kritikan dan buktikan.Bagi Domain Krathwohl pula, elemen pertama ialah penerimaan iaitu berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian dan kesediaan murid untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap rangsangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.Elemen kedua ialah gerak balas yang membawa maksud murid-murid bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima kerana mempunyai tujuan tersendiri untuk berbuat demikian. Perasaan ingin tahu menyebabkan murid-murid bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima dan tindak balas ini akhirnya akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri murid-murid. Pada peringkat awal, gerak balas ini mungkin berlaku disebabkan oleh arahan orang lain tetapi setelah murid-murid mempunyai tujuan tersendiri, dia akan bertindak balas secara sendiri. Misalnya, murid-murid yang berminat terhadap aktiviti berpantun akan berlatih berpantun dengan bersungguh-sungguh demi kepuasan diri mereka.Elemen ketiga ialah penilaian. Penilaian bermaksud murid-murid memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipraktikkan.Elemen keempat ialah organisasi yang membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai atau menyusun semua nilai yang diterima menjadi satu sistem yang lebih praktikal. Sehubungan itu, penyusunan nilai-nilai ini dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu mengkonseptualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian antaranya serta menyusun nilai-nilai ini hingga menjadi satu sistem nilai atau kepercayaan. Sebagai contoh, murid-murid dapat menerima peraturan sekolah dan seterusnya mengawal diri berdasarkan peraturan tersebut. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya. Elemen terakhir ialah perwatakan. Perwatakan bermaksud murid-murid mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai cara hidup. Pada peringkat ini, murid-murid akan memperlihatkan perwatakannya berlandaskan nilai tertentu, misalnya membuat keputusan mengikut keadaan tanpa dipengaruhi perasaan. Selain itu, murid-murid akan mempunyai sistem nilai tersendiri, iaitu mempunyai prinsip hidup tersendiri. Sebagai contoh, seorang muris yang dimarahi oleh guru kerana tidak membuat kerja rumah akan segera membetulkan kesalahannya dengan menyiapkan semua kerja rumah. Pada kebiasaannya, murid-murid akan kekal memegang sistem nilai berkenaan.

3.0 analisis soalan 3.1 pengertian dan konsep anlisis soalan.

4. JADUAL PENENTUAN / SPESIFIKASI UJIAN

Mata Pelajaran : Matematik Tahun : Enam

Unit : PENGETAHUANKEFAHAMANAPLIKASIANALISIS

Aras Kesukaran :

MPSMPS

MPSMPS

Unit 1: 1.1- Nombor Hingga Juta

2

5

1.2- Penambahan

1

1.3- Penolakan

3

1.4- Pendaraban

1112

1.5-Pembahagian

718

1.6-Operasi Bergabung

4

91619

Unit 2 Pecahan

68131410151720

Jumlah Soalan

7733

Aras Kesukaran : M - Mudah

P - Pertengahan

S - Sukar

8

5. SPESIFIKASI ITEM

Dalam penyediaan kerja kursus ini kami telah diminta menyenaraikan sebanyak 10 soalan untuk perincian item iaitu 3 item aras mudah, 4 item aras pertengahan dan 3 item aras sukar.

1. Nombor Item : 1 Topik : Nombor Bulat Sub topic : 1.2 Penambahan Objektif soalan : Mencari hasil tambah tiga nombor yang melibatkan nombor lima digit Dan enam digit Aras soalan : Mudah

Item No 1: 645 300 + 17 403 + 21 631 = A. 594 643 B. 604 334 C. 624 134 D. 684 334 (Aras : Pengetahuan, H.P-1.2 (Aras 1(a) )

2. Nombor Item : 2 Topik : Nombor Bulat Hingga Juta Sub topic : 1.1 - Nombor Bulat Objektif soalan : Membundarkan sebarang nombor kepada puluh ribu terdekat Aras soalan : Mudah

Item No 2. Bundarkan 234 567 kepada puluh ribu yang terdekat ialah

A. 230 000 B. 234 000 C. 235 000 D. 240 000 (Aras : Pengetahuan, H.P- 1.1(Aras 3(a)

3. Nombor Item : 4 Topik : Nombor Bulat Hingga Juta Sub topic : 1.6 - Operasi Bergabung Objektif soalan : Mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak Aras soalan : Mudah

Item No 4 35 ribu + 12 ratus - 26 puluh

A. 21 B. 3 594 C. 35 940 D. 359 400 (Aras : Pengetahuan, H.P- 1.6(Aras 1(a))

94. Nombor Item : 9 Topik : Nombor Bulat Hingga Juta Sub topic : 1.6-Operasi Bergabung Objektif soalan : Mencari hasil operasi bergabung bahagi dan darab Aras soalan : Pertengahan

Item No : 9. 256 -- 16 x 20 = A 330 B. 320 C. 310 D. 300 (Aras : Kefahaman, H.P- 1.6(Aras 1(b)

5. Nombor Item : 11 Topik : Nombor Bulat Hingga Juta Sub topic : 1.4- Pendaraban Objektif soalan : Mendarab nombor bulat dengan nombor bercampur Aras soalan : Pertengahan

Item No 11. 1 x 320 =

A. 640

B. 448

C. 320

D. 128 (Aras : Kefahaman, H.P- 1.4(Aras3(a) )

6. Nombor Item : 13 Topik : Unit 2 - Pecahan Sub topic : 2.1 Objektif soalan : Mencari nilai terkecil Aras soalan : Pertengahan

Item No . Antara berikut, yang manakah nilainya terkecil ?

A. daripada 30

B. daripada 48

C. daripada 24

D. daripada 20 (Aras : Kefahaman, H.P-2.1(Aras 2(b) 107. Nombor Item : 3 Topik : Nombor Bulat Hingga Juta Sub topic : 1.3 - Penolakan Objektif soalan : Menyelesaikan masalah yang melibatkan penolakan Aras soalan : Pertengahan

Item No 3. juta - 17 852 = A. 517 852 B. 482 148 C. 482 147 D. 32 1484. ( Aras : Pengetahuan, H.P-1.3(Aras 3a)

8. Nombor Item : 18 Topik : Nombor Bulat Hingga Juta Sub topic : 1.5- Pembahagian Objektif soalan : Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tolak Aras soalan : Sukar

Item No 19. Che Man membeli 2 air tebu. Dia menuangkan air tebu itu ke dalam 4

gelas yang sama besar. Setiap gelas boleh mengisi daripada air tebu yang

dibeli. Berapakah baki isipadu, dalam m, air tebu itu ?

A. 50 B. 250 C. 400 D. 1600

(Aras : Analisis, H.P- 1.5(Aras 3(a)

11

9. Nombor Item : 17 Topik : Nombor Bulat Hingga Juta Sub topic : 1.6 Objektif soalan : Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bergabung Aras soalan : Sukar

Item No 17. Encik Amir membahagikan wangya sejumlah RM 90 kepada 4 orang anaknya. Rizman mendapat RM 30 dan baki wang itu dibahagikan sama rata antara Rizan, Reena dan Rita. Langkah untuk mengira wang yang akan diterima oleh Rita ialah

A.

B. RM 90 - RM 30 x 4 C. RM 90 - 4 - RM 30

D. ( RM 90 - RM 30 ) -- 3 (Aras : Analisis, H.P-1.6(Aras 3(b)

10. Nombor Item : 18 Topik : Unit 2- Pecahan Sub topic : 2.3 Objektif soalan : Menyelesaikan masalah operasi bergabung + dan melibatkan pecahan Aras soalan : Sukar Item No 18. Rajah menunjukkan satu garis nombor.

Y 1 1 3 7 2 5 4 10 20 5 Nilai Y ialah

A.

B

C.

D. (Aras : Aplikasdi, H.P-2.3(Aras 3(a) *****************************

12

TABURAN JAWAPAN

NOMBOR SOALANABCD

1/

2/

3/

4/

5/

6/

7/

8/

9/

10/

11/

12/

13/

14/

15/

16/

17/

18/

19/

20/

JUMLAH JAWAPAN4664

Soalan 1-24Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 11. Hanisah sedang asyik menonton televisyen di ___________________ rumahnya. A ruang keluargaB ruang makan C ruang tamuD ruang dapurAnalisis : ______________________Rumusan Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

Gambar 22. Pak Seman menggunakan _______________ untuk menebang sebatang pokok rambutan yang berdekatan dengan rumahnya, kata Samad kepada adiknya. A pisauB parang C gergajiD kapakAnalisis : __________________________Rumusan :__________________________

3._______________ berikrar untuk melakukan apa sahaja yang terdaya bagi menjayakan majlis itu. A AkuB Saya C AwakD Anda

4. Sekiranya tidak ada apa-apa perubahan, ___________ikutlah jadual yang telah tadi, kata Cikgu Rahman kepada murid-muridnya.

A kalianB kamu C andaD kitaSoalan 5 berdasarkan Gambar 3

Gambar 35. Kuda itu berlari dengan ______________ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk oleh kerbau. A perlahanB pantas C cepatD laju

Soalan 6 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 6. Sungguhpun bayi itu _____________ tetapi dia telah ditinggalkan oleh ibu bapanya. A comotB cantik C comelD molekSoalan 7 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

7. Sazali, Kamal dan Yahya berlatih ________________sambil bermain alat muzik untuk menyertai Pertandingan Bintang Kecil di sekolahnya. A menari B menjerit C menangis D menyanyi

Soalan 8 berdasarkan Gambar 6

Gambar 68. Pemandu lori itu memecut lorinya dengan laju untuk _______________bas yang ada di hadapannya. A melanggar B menyelit C memotong D menyusup

9. Tun Haji Abdul Razak bin Husin ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua.Beliau berasal _____________ negeri Pahang.A pada B dariC kepadaD daripada

10. Zaiton menulis surat _________________ sahabatnya yang sedang belajar di Universiti Malaya. A bagi B untuk C kepada D daripada

11. Murid-murid dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh _______________ berjaya dalam pelajaran.

A oleh B hingga C sambil D supaya

12. Saleh berlari ____________ menjinjing beg plastik berisi buah-buahan kerana dikejar oleh anjing.

A sambil B dengan C seraya D dan

13. Saya _______________ membeli sepasang baju kurung,kata Melati kepada Puteri. A harus B dapat C boleh D hendak

14. Cikgu Nazri mengambil masa selama ______________ hari untuk menanda kertas ujian penulisan itu.

A setiap B beberapa C sebilangan D sebahagian

15. Cincin berlian yang dipamerkan di kedai emas itu __________________ tinggi nilainya. A amat B benar C nian D agak

16. Kamu _________________ perlu menekan suis yang berwarna hijau untuk menggerakkan mesin pemotong kayu itu. A jua B hanya C sahaja D memang

Soalan 17 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

17.Ramli terpaksa berakit di ________________ jambatan Sungai Jelai untuk pergi ke kebunnya. A bawah B tengah C atas D tepi

18. Rosdah membeli sebuah kereta __________________ di Kuala Lumpur dengan harga serendah RM15,000. A terlaris B terbaru C terbuang D terpakai

Soalan 19 berdasarkan Gambar 8

Gambar 819. Ibu menyediakan________________ sempena Hari Raya Aidilfitri.

A lauk-pauk B kuih-muihC sayur-mayur D buah-buahan Soalan 20 berdasarkan Gambar 9

Gambar 920. Terdapat _____________ pondok buruk di hujung kampung itu.

A sebiji B sebuku C sebuah D sebatang

Soalan 21 berdasarkan Gambar 10

Gambar 921. Setiap minggu, adik Hashim mengelap cermin tingkap biliknya dengan menggunakan _____________ tuala. A sehelai B secarik C selembar D sekeping

22. Suhaila berasa ___________________ meninggalkan ayahnya yang sakit tenat di rumah seorang diri.

A jauh hati B berat hati C besar hati D berkat hati

23.Setelah berjaya dalam perniagaannya, Ahmad telah melupakan jasa ibu bapanya.Sikap Ahmad ________________________.

A bagai menatang minyak yang penuh. B seperti kacang lupakan kulit C bagai kaduk naik junjung D seperti aur dengan tebing.

20 Kasim seorang murid yang lemah dalam pelajaran, ___________________ dia sentiasa berusaha untuk berjaya. A namun begitu B selain itu C walaupun D sekiranya

25 Rejab mengambil kesempatan untuk melarikan diri daripada penculik yang sedang tidur. Perkataan seerti bagi kesempatan ialah ........

A peluang B peranan C kehendak D kesanggupan

26 Siput babi makan bahagian tumbuh-tumbuhan yang lembut. Perkataan berlawan bagi lembut ialah A rapuh B keras C kenyal D lembik

27 __________________kah yang menjadi johan dalam Pertandingan Pidato Diraja Peringkat Negeri Johor Tahun 2013 yang lalu?Pilih kata tanya yang sesuai bagi ayat tanya di atas

A Apa B Bila C Siapa D Mengapa

28 Siapakah yang bercakap dengan kamu sebentar tadi ? Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

A Saya tidak dengarlah. B Saya tidak boleh bercakap. C Saya bercakap dengan kamu tadi. D Salmah yang bercakap dengan saya tadi.

29 Di manakah letaknya sekolah kamu ? Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

A Sekolah saya terletak di Kampung Budu, Benta, Pahang. B Sekolah saya mempunyai empat bangunan. C Sekolah saya sentiasa bersih dan ceria. D Sekolah saya sekolah kampung.

Soalan 30 Pilih ayat yang betul.

I . Perdana Menteri akan melawat ke Kuala Lipis. Beliau dijangka tiba pada pukul 10.00 pagi. II. Ahmad murid yang pintar . Namun demikian, beliau tetap belajar bersungguh- sungguh. III. Puan Zahalina mengajar di SK Lubok Kulit. Beliau telah berkhidmat di sana selama dua tahun. IV. Pengemis itu menyelongkar tong sampah kerana beliau kelaparan.

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV Analisa

3.3

4.0RumusanKesimpulannya pentaksiran, pengujian dan penilaian yang tepat dan berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar. Pentaksiran, pengujian dan penilaian amat penting dijalankan untuk membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran, membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran. Selain itu, ia juga mengesahkan suatu paras pencapaian pelajar, membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain untuk membimbing pelajar secara individu serta dapat membantu guru menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif.

5.0BIBLIOGRAFIBUKU:Azman Wan Chik. (1994). Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu Edisi Kedua. Selangor: Citra Publishing Sdn. Bhd.Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi III Edisi Kedua (Semester III). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Sdn. Bhd.Ee Ah Meng. (1994). Perkembangan dan Pelaksanaan Kurikulum. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.Institut Bahasa. (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.Isahak Haron, Koh Boh Boon. (1983). Asas-asas dalam Amalan Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Asas KBSR 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mok Soon Sang, Lee Shok Mee. (1986). Kurikulum Baru Sekolah Rendah Tahap 1. Petaling Jaya: Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir. (2012). Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Perak Darul Ridzuan: Penerbit Multimedia. Sdn. Bhd.

Jurnal:Mohd Nazri Abdul Rahman, Rosman Ishak, Juhara Ayob. (2014). Transformasi bentuk pentaksiran dan penilaian dalam buku teks: aplikasi Interprative Structural Modelling (ISM). Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. 2, Artikel 2. Diakses pada 11/8/2014 http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=76790 Veloo, Arsaythamby. (2011). Keupayaan teori dan pelaksanaan pentaksiran dalam pembelajaran. Journal of Governance and Development. 7, 8-15. Diakses pada 12/8/2014 http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=72000

Internet: Konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian http://cikguamirul.files.wordpress.com/2011/09/pengujian_pengukuran_penilaian.pdf diakses pada 10/8/2014Modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_2/BMM3103_Pentaksiran_Bahasa_Melayu_SR.pdf diakses pada 13/8/2014Pengurkuran dan Penilaian dalam Pendidikan. http://www.ipda.edu.my/OUMazman/Topic3.pdf diakses pada 20/8/2014Taksonomi Bloom dan domain Krathwohl http://www.slideshare.net/haidah/taksonomi-bloom-dan-domain-krathwohl diakses pada 16/8/2014Taksonomi Bloom dan domain Krathwohl http://www.slideshare.net/nsmm/taksonomi-bloom-dan-domain-krathwohl-14448763 diakses pada 18/8/2014Taksonomi Bloom, Taksonomi Solo dan Domain Krathwohl http://www.slideshare.net/Aurakaya6966/3-taksonomi-bloom?related=1 diakses pada 20/8/2014