KERTAS BENTANG

20
1 Penerimaan Teknologi Maklumat oleh Guru dan Integrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Viknesvaran A/L Ramachandran SMK Telupid Abstrak: Kajian ini bertujuan meninjau tahap penerimaan dan integrasi teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. Kajian ini melibatkan sebuah sekolah di daerah Telupid, Sabah. Jumlah guru yang dijadikan renponden dalam kajian ini adalah seramai 40 orang dan diambil berdasarkan purposeful sampling (Miles & Huberman 1984). Sampel ini mewakili jumlah populasi sebanyak 100 guru di sekolah tersebut. Soal selidik merupakan instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data dalam kajian ini. Sebanyak dua jenis instrumen yang berlainan digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik tentang penerimaan teknologi guru dan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Instrument ini diubahsuai dari intrumen tesis sarjana pengurusan pendidikan Jasni Bin Ismail (1997). Item-item dalam soal selidik juga diubah suai daripada instrument SSQS guru daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Rekabentuk kajian ini adalah secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Keputusan analisis menunjukkan tahap penerimaan teknologi maklumat oleh guru adalah paling tinggi iaitu skor min 3.89 (SP= 0.38). Seterusnya sikap guru menunjukkan skor min 3.62 (SP = 0.45), peranan pentadbir menunjukkan skor min 3.54 (SP = 0.52), integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan skor min 3.53 (SP = 0.43), kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi guru menunjukkan skor min 3.50 (SP = 0.65) dan keberkesanan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap pelajar menunjukkan skor min 3.14 (SP = 0.64). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara dua pembolehubah iaitu tahap penerimaan TMK dengan keberkesanan TMK terhadap pelajar. Pengkaji memberi beberapa cadangan untuk meningkatkan tahap integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

description

KERTAS KERJA

Transcript of KERTAS BENTANG

Page 1: KERTAS BENTANG

1

Penerimaan Teknologi Maklumat oleh Guru dan Integrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Viknesvaran A/L RamachandranSMK Telupid

Abstrak: Kajian ini bertujuan meninjau tahap penerimaan dan integrasi teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. Kajian ini melibatkan sebuah sekolah di daerah Telupid, Sabah. Jumlah guru yang dijadikan renponden dalam kajian ini adalah seramai 40 orang dan diambil berdasarkan purposeful sampling (Miles & Huberman 1984). Sampel ini mewakili jumlah populasi sebanyak 100 guru di sekolah tersebut. Soal selidik merupakan instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data dalam kajian ini. Sebanyak dua jenis instrumen yang berlainan digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik tentang penerimaan teknologi guru dan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Instrument ini diubahsuai dari intrumen tesis sarjana pengurusan pendidikan Jasni Bin Ismail (1997). Item-item dalam soal selidik juga diubah suai daripada instrument SSQS guru daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Rekabentuk kajian ini adalah secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Keputusan analisis menunjukkan tahap penerimaan teknologi maklumat oleh guru adalah paling tinggi iaitu skor min 3.89 (SP= 0.38). Seterusnya sikap guru menunjukkan skor min 3.62 (SP = 0.45), peranan pentadbir menunjukkan skor min 3.54 (SP = 0.52), integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan skor min 3.53 (SP = 0.43), kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi guru menunjukkan skor min 3.50 (SP = 0.65) dan keberkesanan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap pelajar menunjukkan skor min 3.14 (SP = 0.64). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara dua pembolehubah iaitu tahap penerimaan TMK dengan keberkesanan TMK terhadap pelajar. Pengkaji memberi beberapa cadangan untuk meningkatkan tahap integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

PENGENALAN

Teknologi maklumat dan komunikasi(TMK) secara revolusi memberi kesan kepada perkembangan sekolah, pendidikan jarak jauh, polisi sektor awam kerajaan dan perkembangan ekonomi antarabangsa sejak beberapa dekad yang lalu (UNESCO Bangkok, 2003). Dalam abad ke 21 ini setiap negara dalam Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO), termasuk Malaysia mula memberi fokus terhadap penerapan TMK dalam matapelajaran tertentu seperti Sains dan Matematik. Walaubagaimanapun masih terdapat negara-negara yang sedang membangun dan sudah membangun ini mengalami masalah dalam memberi galakkan kepada para guru untuk menggunakan TMK secara penuh dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana terdapat segelintir guru yang masih tidak memahami pelaksanaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Jivantee, 2005).

Perkembangan teknologi maklumat di Malaysia bermula pada tahun 1960-an dengan penggunaan komputer yang digunakan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun, ia hanya digunakan untuk memproses data untuk kegunaan pentadbiran dan pengurusan pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia mula menggalakkan sekolah

Page 2: KERTAS BENTANG

2

menggunakan komputer dengan penubuhan kelab komputer pada awal tahun 1980. Selepas itu, beberapa program IT diteruskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Projek Rangkaian Pendidikan (1992), Pusat Sumber Pendidikan (1993), Projek Rangkaian Pendidikan (1994), Arahan Sokongan Komputer (1994), Projek Komputer Dalam Pendidikan (1994), Projek Rangkaian Musyi (1995) dan Sistem Maklumat Pendidikan (1995).

Kini, bidang teknologi maklumat ini terus berkembang dengan drastiknya di Malaysia, dengan penubuhan MSC (Multimedia Super Coridor) yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada abad ke-21. Perubahan ini juga turut akan memberi kesan terhadap corak pemikiran rakyat supaya memiliki pemikiran yang lebih terbuka dan mampu membentuk pemikiran kelas pertama ke arah lebih berdaya saing seiring dengan kemajuan teknologi kini.

Dengan ini, pengkaji ingin menyelidik penerimaan dan teknologi oleh guru-guru Malaysia dan tahap persediaan mereka dalam penggunaan ICT di bilik darjah. Tambahan pula penyelidik juga ingin menyiasat integrasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bilik darjah dan kesan terhadap pelajar.

PERNYATAAN MASALAH

Pada zaman ini, maklumat dalam bentuk perkataan, imej dan suara sudah boleh disalurkan melalui lebuh raya elektronik pada kelajuan cahaya. Melalui teknologi baru ini, telefon, tv dan komputer peribadi dapat dihubungkan melalui lebuh raya maklumat dengan menggunakan jaringan optik gentian.

Revolusi teknologi pembelajaran tentunya akan mengakibatkan perubahan peranan dan fungsi guru. Guru akan menjadi pemandu (guide) dan jurulatih (coach) untuk membantu pelajar menggunakan pelbagai perkakasan baru dan perisian pendidikan. Guru akan mengajar murid-murid bagaimana mengurus sumber teknologi ini dengan bijaksana. Jika dahulu, guru bergantung pada buku teks untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, tetapi pada masa kini mereka memilih beraneka jenis perisian pendidikan yang mampu mengajar bahasa, sains, sejarah, geografi, dan pelbagai bidang disiplin yang lain.

Maka di sini timbul persoalan yang akan dibincangkan dalam penyelidikan ini iaitu sejauhmanakah pendedahan teknologi maklumat yang diterima oleh para guru dan kesediaan para guru untuk menyampaikan perkembangan teknologi maklumat kepada para pelajar.Pada masa yang sama, penyelidik juga ingin membincangkan keperkesanan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini kajian ini membantu dunia pendidikan bersedia dengan lebih kompetitif dalam menghadapi cabaran era teknologi.

Hal ini adalah penting kerana para pelajar sekarang merupakan sumber tenaga manusia dan aset penting negara pada masa hadapan. Kemajuan sesebuah negara bergantung pada kemahiran, keilmuan, kualiti, dan produktiviti sumber tenaga manusia. Berdasarkan kepada perbincangan di atas, maka persoalan asas yang dikaji dalam penyelidikan ini adalah untuk melihat tahap penerimaan dan integrasi teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah.

Page 3: KERTAS BENTANG

3

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk:

a. Mengenalpasti tahap penerimaan teknologi maklumat dan komunikasi oleh guru-guru dan pentadbir sekolah.

b. Mengetahui kemahiran guru-guru dalam integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

c. Mengenalpasti keberkesanan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar.

d. Mengenalpasti hubungan antara penerimaan teknologi oleh guru dengan tahap integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian dapat memberi maklumbalas dan manfaat kepada guru-guru sekolah yang terlibat dalam kajian ini untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap integrasi atau perlaksanaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Jivantee (2005) masih negara-negara sedang membangun dan sudah membangun di Asia tenggara mengalami masalah darisegi mengalakkan guru menggunakan TMK secara penuh dalam pengajaran dan pembelajaran kerana segelintir guru-guru masih tidah memahami perlaksanaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu kajian ini juga akan menjadi suatu kajian kes terhadap pentadbir dan guru penyelaras bestari untuk memantapkan tahap kelayakan sekolah standard pintar (smart school qualification standard). Pengukuran tahap bestari sekolah dibuat dengan Smart School Qualification Standards (SSQS) yang dilancarkan oleh YB Menteri Pelajaran pada 24 April 2007. SSQS dibangunkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Multimedia Development Corporation (MDeC). Walaubagaimanapun, masih banyak sekolah mengalami pelbagai kekangan dalam mencapai kualiti lima bintang SSQS.Dapatan kajian terhadap sekolah bestari menunjukkan tahap penggunaan komputer dalam pengurusan pendidikan yang sederhana mungkin disebabkan oleh sikap terhadap komputer yang sederhana (Azizan, 1999).

Selain itu, kajian ini juga dapat memberi makluman kepada Bahagian Teknologi Pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia tentang penerimaan teknologi oleh warga pendidik dan juga tahap integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: KERTAS BENTANG

4

TINJAUAN LITERATUR

Permasalahan tentang sikap iaitu sikap guru sekolah menengah dalam mempengaruhi tahap penerimaan dan aplikasi teknologi maklumat merupakan satu daripada pembolehubah atau permasalahan yang dikaji dalam kajian ini. Allport (1935) berjaya memberi satu pengertian yang komprehensif tentang sikap iaitu;

‘An attitude is a mental and neural state of readiness, organized through experience, exerting a directive or dynamic influence upon the individuals’s response to all objects and situation with which related’.

Dari pengertian yang diberikan dapat difahamkan bahawa sikap adalah suatu kesediaan mental dan neural yang tersusun melalui pengalaman, mengarah dan mempengaruhi secara dinamik terhadap semua objek dan situasi yang berkaitan. Droba (1933) pula mengatakan bahawa sikap ialah kecenderungan seseorang untuk bertindak menyokong atau menentang sesuatu objek (dalam kes ini tahap penerimaan dan aplikasi teknologi maklumat) atau tanggapan.

Maka jelaslah bahawa sikap yang merupakan satu ciri dalaman diri seseorang, mempunyai pertalian dengan tindakbalas yang dilakukan oleh individu tersebut terhadap sesuatu. Pembentukan sikap itu pula tidak berlaku secara semulajadi tetapi adalah hasil danpada pembelajaran. Daripada perbincangan ini juga, didapati bahawa sikap guru merupakan salah satu pembolehubah penting yang mempunyai pertalian dengan tahap penerimaan dan aplikasi teknologi maklumat.

Menurut Bowker (1988) guru-guru yang mempunyai sikap negatif terhadap tahap keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran tidak dapat dipengaruhi untuk menggunakan komputer di dalam bilik darjah. Berhubung dengan sikap dan komitmen guru terhadap penggunaan komputer, Kay (1990) mendapati bahawa sikap, kesedaran dan keupayaan menggunakan perisian merupakan petunjuk yang baik terhadap komitmen guru dalam penggunaan komputer.

Menurut Blondin (1966), salah satu faktor penghalang penggunaan alat teknologi pendidikan (komputer) ialah kekurangan kamahiran dalam kalangan guru. Keadaan ini terutamanya berlaku dalam kalangan guru veteran. Maka kursus dan Latihan dalam Perkhidmatan adalah penting bagi meningkatkan kemahiran guru dalam penggunaan alat teknologi. Aziz (1983) menyatakan latihan dalam perkhidmatan adalah berfaedah kepada guru-guru dan pihak sekolah. Guru–guru yang menghadiri kursus dan mahir dalam teknologi pendidikan(komputer) haruslah bersedia membantu guru – guru yang lain di sekolah supaya mereka tidak ketinggalan dalam teknologi pendidikan.

Hasil daripada satu kajian mendapari individu yang terdiri daripada golongan muda (Bariff dan Lusk 1967; Lucas, 1976) dan berpendidikan tinggi (Lucas, 1976) memaparkan sikap yang lebih positif terhadap penerimaan dan aplikasi teknologi maklumat jika dibandingkan dengan golongan yang lebih tua dan berpendidikan rendah (King dan Rodriquez, 1978, Lucas, 1975, Robey dan ZeIlar, 1978). Maka, untuk mengenalpasti sejauh mana kenyataan tersebut adalah benar, ia telah mendorong pengkaji melihat perkaitan di antara faktor demografi terhadap penerimaan dan aplikasi teknologi maklumat dalam kalangan guru.

Page 5: KERTAS BENTANG

5

Seterusnya guru tidak perlu berasa takut dan bimbang tentang penggunaan komputer. Mereka tidak seharusnya mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi terhadap komputer kerana kebimbangan itu biasanya dikaitkan dengan sikap terhadap komputer (Clement, 1981; Jay, 1981; Marcoulides, 1988).

Menurut Robin (1992), tentangan seseorang terhadap komputer berpunca daripada tiga sumber iaitu prihatin terhadap kesan negatif komputer, rasa takut (fobia) terhadap ketidakbiasaan dengan komputer dan aprehensif terhadap perubahan yang akan berlaku terhadap dirinya.

Seterusnya Dyck dan Smither (1994) dalam kajian mereka untuk melihat hubungan di antara kebimbangan terhadap komputer dengan pengalaman menggunakan komputer dalam kalangan orang tua (lebih 55 tahun) dan orang mudah ( kurang 30 tahun) mendapati orang tua kurang bimbang terhadap komputer berbanding orang muda tetapi orang tua mempunyai keyakinan yang rendah terhadap komputer.

Manakala Reginald (1994) yang mengkaji sikap terhadap komputer dan hubungannya dengan kemahiran dan pengetahuan komputer dalam kalangan guru – guru di Nigeria mendapati majoriti guru yang mempunyai sikap yang positif terhadap komputer mempunyai sedikit atau langsung tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan komputer.

Seterusnya Kajian-kajian di Amerika Syarikat (Chacey, et. al. 1985; Knighton, 1991) mendapati betapa pentingnya peranan pengetua sebagai pemimpin dalam usaha menyokong dan menggalakkan penggunaan komputer di sekolah. Kajian Akker, et. al. (1992) mendapati sokongan daripada pengetua sangat penting khususnya dari segi menyediakan kemudahan latihan, pembelian perkakasan dan perisian, penyusunan jadual waktu mengajar dan langkah- langkah lain. Dalam hubungan ini, Sherry (1990) menegaskan bahawa tanpa sokongan pihak pentadbir secukupnya, keberkesanan penggunaan komputer di sekolah menjadi sangat terhad. Manakala Coffin & Gregory (1985) dapati salah satu daripada kekangan utama terhadap keberkesanan penggunanan komputer di bilik darjah ialah kekurangan sokongan daripada pihak pentadbir.

Kajian yang dijalankan oleh Hj. Zamri, Rooswaadi, Rosman dan Nordin (ITM Terengganu 1994) mengenai keberkesanan komputer di sekolah-sekolah rendah di Terengganu menunjukkan bahawa lebih daripada separuh murid-murid di sekolah rendah baik di bandar (Kuala Terengganu) mahupun di luar bandar (Felda Kuala Jengal, Dungun) tahu tentang komputer dan pernah mendengar tentang kecanggihannya. Bagaimanapun hajat mereka untuk menyelami dunia komputer dan teknologi maklumat tidak kesampaian disebabkan tidak adanya perkakasan komputer disediakan untuk para pelajar secara meluas. Dua pertiga daripada sekolah-sekolah yang terbabit dalam kajian menempatkan komputer dalam bilik guru besar atau hanya menyediakannya untuk kegunaan guru (Massa, 7 Jun 1997, ms 66).

Kajian Hasselbring (1991) mendapati komputer yang ada di kebanyakan sekolah terdiri daripada perkakasan teknologi lama, rendah kualiti dan berkuasa rendah serta tidak berupaya menjalankan program pengajaran yang canggih. Menurut Hasselbring lagi, dua komponen utama untuk menggunakan komputer secara berkesan ialah perkakasan (hardware) dan

Page 6: KERTAS BENTANG

6

perisian (software). Menurutnya lagi, kualiti perisian yang baik tetapi menggunakan perkakasan yang lama dan rendah keupayaannya adalah tidak berguna, begitulah sebaliknya.

Ahmad Rashidi (1992) pula, dalam kajiannya yang melibatkan 26 buah sekolah di negeri Johor berhubung penggunaan komputer dalam kalangan guru mendapati bahawa masalah kekurangan perisian dan perkakasan menduduki tempat kedua iaitu sebanyak 58 % selepas kurang kemahiran dan pendedahan (77.5 %) diikuti masalah kesuntukan masa untuk menggunakan komputer (54 %) dan akhir sekali masalah sistem komputer kurang berkesan(mudah rosak dan berkeupayaan rendah) sebanyak 11.5 %.

Sharipah Khadijah (2001) mendapati bahawa walaupun guru-guru mempunyai minat dan bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi sikap yang ditunjukkan oleh mereka adalah negatif.

Selain itu, hasil kajian ini juga mendapati bahawa jenis perisian komputer yang lebih diminati ialah penyelesaian masalah, latih tubi dan penilaian berbanding jenis tutorial, simulasi dan permainan tutorial. Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan minat, sikap dan kesediaan guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah-sekolah kerajaan atau swasta, dan badan – badan korporat seharusnya dapat memainkan peranan penting dengan menyediakan program-program atau latihan yang bersesuaian bagi guru-guru. Bilangan komputer yang lebih banyak harus disediakan di sekolah-sekolah.

Tidak dapat dinafikan bahawa guru – guru mengalami kesusahan dan halangan dalam mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Telem (1996) menjelaskan kerangka implimentasi sistem pengurusan maklumat di sekolah mengandungi lima komponen iaitu teknikal, struktur, psikososial, matlamat dan nilai serta pengurusan. Kerangka ini jelas menunjukkan perubahan melibatkan implimentasi ICT di sekolah merupakan satu proses yang kompleks dan memerlukan perhatian yang serius dan kerjasama semua pihak. Banyak kajian dijalankan bagi mengenalpasti proses implimentasi ICT di sekolah. Antaranya Fullan (1993) menyediakan kerangka yang mengambilkira kompleksiti proses perubahan di sekolah. Beliau mendapati perkongsian visi merupakan perkara utama dalam proses implimentasi ICT di sekolah. Dalam kajian kes implimentasi ICT di sekolah-sekolah di Ontario, Fullan (1992) mendapati tiga dimensi perubahan dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:

1. Penggunaan perkakasan dan bahan perisian. 2. Pengamalan aktiviti-aktiviti dan kaedah baru.3. Perubahan dalam pemahaman dan nilai.

Kajian kes oleh Mooij dan Smeets (2001) di sepuluh sekolah menengah di sekolah Netherlands mendapat lima fasa dalam transformasi dan mengimplimentasi ICT iaitu:

1. Penggunaan ICT oleh guru dalam bentuk individu atau kumpulan.2. Peningkatan kesedaran penggunaan ICT pada semua peringkat.3. Penekanan terhadap kordinasi ICT dan perkakasan di sekolah.4. Penekanan terhadap inovasi secara berperingkat dan sokongan ICT.5. Penggunaan ICT secara integrasi dengan pengajaran dan pembelajaran tanpa

mengira masa dan tempat.

Page 7: KERTAS BENTANG

7

REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Menurut Babbie (1998) kaedah tinjauan merupakan cara yang terbaik untuk membuat kajian deskriptif dengan populasi besar. Kajian berbentuk deskriptif dapat memberikan gambaran atau maklumat mengenai sesuatu keadaan pada suatu masa tertentu, di samping membantu untuk membuat perancangan pada masa akan datang (Wiersma, 2000). Oleh itu, kajian berbentuk dekriptif digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang penerimaan teknologi maklumat oleh guru dan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga merupakan kajian korelasi. Menurut Mohd. Najib (1999), kajian korelasi melihat atau mengukur hubungkait antara dua pembolehubah. Ia menerangkan kekuatan kaitan dan juga sama ada ia signifikan atau tidak.

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru di sebuah sekolah menengah di daerah Telupid. Jumlah guru yang dijadikan renponden dalam kajian ini adalah seramai 40 orang dan diambil berdasarkan purposeful sampling (Miles & Huberman 1984). Sampel ini mewakili jumlah populasi sebanyak 100 guru di sekolah tersebut.

INSTRUMEN KAJIAN

Soal selidik merupakan instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data dalam kajian ini. Sebanyak dua jenis instrumen yang berlainan digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik tentang penerimaan teknologi guru dan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Instrument ini diubahsuai dari Intrumen tesis sarjana pengurusan pendidikan Jasni Bin Ismail (1997). Item-item dalam soal selidik juga diubah suai daripada instrument SSQS guru daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut Hayes (2000), instrumen soal selidik dapat digunakan dalam kajian-kajian yang berkaitan dalam aspek psikologi seperti sikap kerana maklumat yang dikutip adalah berbentuk fakta seperti tingkah laku manusia, pengetahuan, pengalaman dan pendapatan. Penggunaan instrumen soal selidik juga disesuaikan dengan saiz sampel yang besar dalam kajian ini.

Set soal selidik kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A mengandungi item-item yang berkaitan dengan latar belakang responden, bahagian B mengandungi soalselidik tentang tahap penerimaan teknologi maklumat oleh guru dan bahagian C mengandungi soalselidik tentang integrasi teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 8: KERTAS BENTANG

8

ANALISIS DATA

Dapatan kajian adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui edaran borang soal selidik. Semua data daripada borang soal selidik dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kaedah taburan kekerapan, peratusan dan juga hubungan korelasi antara pembolehubah-pembohubah kajian.Jadual 1.0 menunjukkan jumlah sampel yang dipilih yang terdiri daripada 40 orang warga pendidik iaitu 19 orang guru perempuan (47.5%) dan 21 orang guru lelaki (52.5%). Sebanyak 50 peratus respondan adalah dalam lingkungan umur 31 hingga 40 tahun dan hanya 10 peratus sahaja responden yang berumur 20 hingga 30 tahun. Sebanyak 35 peratus responden terdiri daripada golongan pentadbir sekolah seperti guru kanan matapelajaran, ketua panitia dan penolong kanan pentadbiran. Selain itu 65 peratus responden terdiri daripada guru akademik biasa. Dari segi jangkamasa perkhidmatan sebanyak 40 peratus responden berada dalam jangkamasa 6 hingga 10 tahun. Sebanyak 80 peratus responden memiliki komputer riba sendiri.

Jadual 1.0 Taburan sampel mengikut jantina, umur, jawatan, perkhidmatan dan alat ICT yang dimiliki oleh guru-guru.

Latar Belakang Responden Bilangan Peratus

Jantina Lelaki 21 52.5Perempuan 19 47.5

Jumlah 40 100Umur 20 Hingga 30 Tahun 4 10

31 Hingga 40 Tahun 20 5041 Tahun Keatas 16 40

Jumlah 40 100Jawatan Pentadbiran 14 35

Guru Akademik Biasa 26 65Jumlah 40 100

Perkhidmatan Kurang 1 Tahun 9 22.51 Hingga 5 Tahun 16 406 Hingga 10 Tahun 5 12.511 Hingga 15 Tahun 8 20

16 Tahun keatas 2 5Jumlah 40 100

Guru yang memiliki alat ICT

Komputer Desktop 5 12.5Komputer Riba 32 80

Ipad 3 7.5Jumlah 40 100

Jadual 1.1 menunjukkan min setiap pembolehubah kajian iaitu sikap terhadap teknogi maklumat, peranan pentadbir sekolah, tahap penerimaan teknologi maklumat oleh guru, integrasi teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran TMK guru dan keberkesanan TMK terhadap pelajar. Analisis data dibuat menggunakan min dan sisihan piawai bagi mengesan penggunaan teknologi maklumat oleh guru dan integrasi teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 9: KERTAS BENTANG

9

Secara keseluruhannya skor min bagi setiap pembolehubah kajian berada diantara nilai 3.14 hingga 3.89. Nilai min yang tinggi (lebih daripada 3.0) menunjukkan guru lebih mementingkan perkara-perkara tersebut. Tetapi analisis menunjukkan tahap penerimaan teknologi maklumat oleh guru adalah paling tinggi iaitu skor min 3.89 (SP= 0.38), sikap guru menunjukkan skor min 3.62 (SP = 0.45), peranan pentadbir menunjukkan skor min 3.54 (SP = 0.52), integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan skor min 3.53 (SP = 0.43), kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi guru menunjukkan skor min 3.50 (SP = 0.65) dan keberkesanan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap pelajar menunjukkan skor min 3.14 (SP = 0.64).

Jadual 1.1Analisis min pembolehubah-pembolehubah kajian

Bil Pembolehubah Min Sisian piawai1 Sikap guru terhadap teknologi maklumat dan

komunikasi3.62 0.45

2 Peranan pentadbir sekolah 3.54 0.523 Tahap penerimaan teknologi maklumat dan komunikasi 3.89 0.384 Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam

pengajaran dan pembelajaran3.53 0.43

5 Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi guru 3.50 0.656 Keberkesanan teknologi maklumat dan komunikasi

terhadap pelajar3.14 0.64

Jadual 1.2 menunjukkan keputusan hubungan Korelasi Pearson iaitu hubungan diantara pembolehubah tahap penerimaan teknologi maklumat dan integrasi teknologi maklumat dalam pengajaran dan pemebelajaran dengan keberkesanan teknologi maklumat dikalangan pelajar. Hubungan korelasi diantara tahap penerimaan TMK oleh guru dengan keberkesanan TMK terhadap pelajar adalah dalam tahap kuat iaitu sebanyak r = 0.61. Pada masa yang sama hubungan korelasi integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dengan keberkesanan TMK terhadap pelajar juga sangat kuat iaitu r = 0.66. Ini bermakna wujud hubungan yang positif antara dua pemboleh ubah iaitu tahap penerimaan TMK dengan keberkesanan TMK terhadap pelajar, dimana semakin tinggi tahap penerimaan TMK maka semakin meningkat prestasi keberkesanan TMK terhadap pelajar dan sebaliknya. Pada masa yang sama, hubungan yang positif antara dua pemboleh ubah iaitu integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dengan keberkesanan TMK terhadap pelajar, dimana semakin tinggi integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran maka semakin meningkat prestasi keberkesanan TMK terhadap pelajar dan sebaliknya.

Jadual 1.2

Page 10: KERTAS BENTANG

10

Keputusan hubungan Korelasi Pearson bagi hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tahap penerimaan teknologi maklumat dan integrasi teknologi maklumat dalam pengajaran dan pemebelajaran dengan keberkesanan teknologi maklumat dikalangan pelajar.

Pembolehubah Keberkesanan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap pelajar

Tahap penerimaan teknogi maklumat 0.61

Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pemebelajaran

0.66

Jadual 1.3 menunjukkan keputusan hubungan Korelasi Pearson bagi hubungan diantara pembolehubah tahap penerimaan teknologi maklumat dan sikap guru dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dikalangan guru. Hubungan korelasi diantara tahap penerimaan TMK oleh guru dengan kemahiran TMK dikalangan guru adalah dalam tahap yang kuat iaitu sebanyak r = 0.61. Pada masa yang sama hubungan korelasi sikap guru dengan kemahiran TMK terhadap pelajar juga sangat kuat iaitu r = 0.60. Ini bermakna wujud hubungan yang positif antara dua pemboleh ubah iaitu tahap penerimaan TMK dengan kemahiran TMK guru, dimana semakin tinggi tahap penerimaan TMK maka semakin meningkat prestasi kemahiran TMK dikalangan guru dan sebaliknya. Pada masa yang sama, hubungan yang positif antara dua pemboleh ubah iaitu sikap guru dengan kemahiran TMK dikalangan guru, dimana semakin tinggi sikap positif guru maka semakin meningkat prestasi kemahiran TMK dikalangan guru dan sebaliknya.

Jadual 1.3Keputusan hubungan Korelasi Pearson bagi hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tahap penerimaan teknologi maklumat dan sikap guru dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dikalangan guru.

Pembolehubah Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dikalangan guru

Tahap penerimaan teknogi maklumat 0.61

Sikap guru 0.60

PERBINCANGAN

Page 11: KERTAS BENTANG

11

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penerimaan TMK adalah amat tinggi iatu kebanyakan guru suka sekolah menyediakan dan menambahkan komputer untuk kemudahan guru. Pada masa yang sama guru-guru juga ingi menhadiri kursus TMK untuk meningkatkan kemahiran komputer. Dengan ini kerajaan boleh menawarkan pelbagai kursus komputer mengikut perkembangan masa ke semasa. Daripada analisis integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran yang dibuat didapati guru – guru lebih cenderung menggunakan aplikasi – aplikasi seperti youtube, facebook, Wikipedia dan lain – lain lagi untuk tujuan P&P. Hal ini adalah kerana aplikasi – aplikasi ini menarik, mudah diakses dan berinformatif. Sistem aplikasi social tersebut juga memiliki pangkalan data terbesar dan memudahkan guru-guru meneroka suatu maklumat baru dengan lebih mudah.

Seterusnya jangkamasa yang digunakan oleh guru – guru untuk mencari maklumat atau bahan dalam internet untuk P&P juga amat kerap. Keadaan ini membuktikan bahawa guru – guru pada masa kini mempunyai kesedaran kepentingan TMK untuk P&P yang berkesan. Pencarian maklumat dalam internet juga suatu kaedah inovasi untuk membina modul, rancangan mengajar, kaedah mengajar dan sumber pelajaran (Rahman Shukor, 2001). Tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan juga memainkan peranan serta memudahkan para guru dalam mengakses internet dengan menyediakan school net serta jalur lebar di kawasan bandar mahupun di luar bandar. Ini memudahkan guru – guru mengakses internet pada bila – bila masa sahaja dari mana – mana tempat. Guru - guru juga mempunyai kemahiran yang secukupnya untuk mengakses internet. Walaubagaimanapun mereka mempunyai kurang kemahiran mengintegrasikan LCMS dalam P&P. Maka, pihak sekolah harus berusaha untuk menyediakan LCMS masing - masing di sekolah. guru – guru juga harus diberi latihan dalam perkhidmatan tentang LCMS supaya ia digunakan secara penuh oleh warga sekolah.

Selain ini, guru – guru pada masa kini mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menggunakan aplikasi perisian seperti Microsoft Word, Excel, Access, Power Point dan lain lagi. Mereka kerap menggunakan perisian Microsoft untuk membina bahan pengajaran dan pembelajaran, ujian, serta rancangan mengajar. Hampir setiap guru pada masa kini memiliki komputer sebab ia memudahkan kebanyakkan kerja pengurusan sekolah serta aktiviti P&P. Ini kerana semua institusi-institusi pendidikan awam Malaysia menerapkan kemahiran aplikasi MS Office dalam kurikulum mereka. Sebenarnya kurikulum peringkat sekolah rendah mula menerapkan kemahiran aplikasi MS Office terhadap pelajarar. Ini memberi suatu kesan positif terhadap guna tenaga di seluruh Negara.

Guru – guru juga didapati bahawa pelajar – pelajar mereka dapat menyelesaikan projek atau tugasan dengan lebih mudah dengan adanya komputer dan internet. Kajian ini membuktikan pelajar-pelajar lebih gemar menggunakan TMK untuk pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran inkuiri. Komputer riba Satu Malaysia yang diedarkan oleh kerajaan membantu para pelajar dalam mencari maklumat terutamanya untuk projek – projek seperti kerja kursus sejarah, geografi, ICT dan sebagainya.

Keputusan kajian ini menekankan pihak-pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak pengubal dasar dan perancangan program teknologi maklumat negara. Ini adalah perlu bagi memenuhi falsafah pendidikan dan menyediakan pelajar-pelajar yang boleh menyaingi cabaran globalisasi.

BIBLIOGRAFI

Page 12: KERTAS BENTANG

12

Ahmad Rashidi Osman (1992). Kajian Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Di Negeri Johor. Tesis Sarjana,Universiti Teknologi Malaysia.

Akker, J.V.D., Paul, K. dan Tjeerd, P. (1992).The Integration of Computer Use In Education. International Journal of Education Research, Vol. 17, pp. 65-76.

Allport, G.W., (1954). Handbook of Social Psychology, Wokingham : Addison Wesley Publishing Company.

Aziz Khosh-Chashmi, (1983). A Survey Of The Opinions Of Selected Secondry School Teacher Concerning In-Service Training In Educational Media. Dissertation Ed. D. The Lousiana State University and Agricultural and Mechanical Col. Abstract. Dissertation Abstracts International 44 (4) : 964-4.

Bariff, M. L. & Lusk E. J. (1977). "Cognitive and Personality Test for The Designing of Management Information Systems. Management Science 23 : 820 - 829.

Blondin, M.A., (1966). A Study To Determine Some Of The Different To The Use Of New Educational Media Among Secondary And Elementary Principles And

Teacher, Tesis MA Philippines, University Ateneo De Manila: 53

Chacey, F. dan Fakhro, S. (1985). Selected Principal's Perceptions of Computer Use In Elementary Schools. Dissertation Abstract International, vol. 45, 2322A.

Clement, F. J. (1981). Affective considerations in computer-based education. Educational Technology, 21, 28-32.

Coffin, Gregory C.(1985). Minimum Computer Knowledge for Elementary Principals. ERIC. (ED 265616).

Dycke and Smither (1995). Computers and Effective Instruction: Using Computers and Software In The Classroom. New York: Longman Inc.

Droba, D. D. (1933). The nature of attitude. Journal Social psychology. 4: 444 - 463.

Hasselbring, O.S. (1991). Improving Education Through Technology: Barriers and Recommendation. Preventing School Failure. vol. 35 (3), pp. 33-37.

Jasni bin Ismail. (1997). Tahap Penerimaan Dan Aplikasi Teknologi Maklumat Di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Tesis Sarjana,Universi Utara Malaysia.

Kay, R. H. (1990). Predicting student teacher commitment to the use of computers. Journal of Educational Computing Research, 6(3), 299-309

King, W. R. & Rodriquez, J. I. (1978). Evaluating Of Management Information Syatem, MIS Quarterly 2 (3) : 43 -51.

Page 13: KERTAS BENTANG

13

Lucas, H. C. , Jr. (1976). The Implementation of Computer-Based Models. New York : National Association of Accountants.

Marcoulides, G. A. (1988). The relationship between computer anxiety and computer achievement. Journal of Educational Computing Research, 4(2), 151-158.

Robin, K.H. (1992). Gender Differences In Computer Attitudes, Literacy, Locus of Control and Commitment. Journal of Research On Computing Education, pp. 307-316.

Sharipah Khadijah. (2001). Minat, sikap dan kesediaan guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Tesis Sarjana, Kolej Universiti Teknologi

Tun Hussein Onn.

Sherry, C. (1990). Technology In Schools: Who'll Provide the Leadership? Computers In the Schools, vol. 8, No. 1-3.

Page 14: KERTAS BENTANG

14