Kertas Kerja Pertandingan Badminton 2010

7
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN AIR PANAS, KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (TERTUTUP) SK PEKAN AIR PANAS TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA PEKAN AIR PANAS TARIKH : 27 JUN 2010 ( AHAD )

Transcript of Kertas Kerja Pertandingan Badminton 2010

Page 1: Kertas Kerja Pertandingan Badminton 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN AIR PANAS,

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BADMINTON

(TERTUTUP)

SK PEKAN AIR PANASTEMPAT:

DEWAN SERBAGUNA

PEKAN AIR PANAS

TARIKH :

27 JUN 2010 ( AHAD )

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Page 2: Kertas Kerja Pertandingan Badminton 2010

SK PEKAN AIR PANAS

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

MENGADAKAN PERTANDINGAN BADMINTON (TERTUTUP)

BAGI MURID-MURID TAHAP 2

SK PEKAN AIR PANAS

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan Badminton ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang

dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sk Pekan Air Panas.

Program ini boleh disertai oleh murid-murid lelaki dan perempuan, tahap dua, Sk

Pekan Air Panas. Ia akan diadakan di Dewan Serbaguna SK Pekan Air Panas

pada 27 Jun 2010. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak

Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang

seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam

bidang kokurikulum. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum

untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam

kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti

permainan badminton ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi

alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan peraturan

dan teknik permainan badminton. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri

serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pertandingan ini juga

dapat membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk

modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang

mampan.

Page 3: Kertas Kerja Pertandingan Badminton 2010

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam

Pertandingan Badminton.

3.2 Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan

diri dalam pelbagai situasi.

3.3 Melatih murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan

menghargai kesihatan tubuh badan.

3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai

pertandingan yang disediakan.

3.5 Melahirkan murid yang berpengetahuan dalam sukan badminton.

3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis

sikap mementingkan diri sendiri ( acara bergu ).

3.7 Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah pada 27 Jun 2010.

4.2 Dilaksanakan sepanjang 4 jam, bermula dari jam 8.00 pagi dan

dijangka tamat pada jam 12.00 tengah hari.

4.3 Aturcara pertandingan adalah seperti dalam Lampiran 1.

Page 4: Kertas Kerja Pertandingan Badminton 2010

5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Terbuka kepada semua murid lelaki dan perempuan Tahap 2, Sk

Pekan Air Panas.

6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : En. Hasan Bin Haron (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Norhayati Binti Hasan

(Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha : En. Hamdan Bin Hamzah.

Bendahari : En. Mohamad Fauzan Bin Mohamad Yusof.

AHLI JAWATANKUASA

Ketua Teknik Pertandingan : En. Md Nizam Bin Zainuddin.

Ketua Pengadil : En. Mohd Fuad Bin Yahya.

Bantuan Kecemasan : Klinik Kesihatan, Pekan Air Panas.

Buku Program : En. Muhammad Razi Bin Hj Tokiwoon.

Persediaan Tempat dan

Siaraya : En. Mohd Fauzi Bin Ahamad.

AJK Hadiah dan Sijil : Cik Wan Zakiah Darajah Binti Naruddin

AJK Disiplin : Pn Nooryati Binti Pardi

Page 5: Kertas Kerja Pertandingan Badminton 2010

7.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Bulu Tangkis 2 balang X RM25 50.00

2 Cenderamata Pengadil 2 orang X RM30 60.00

3 Hadiah :

a) Perseorangan Lelaki

b) Perseorangan Perempuan

c) Bergu Lelaki

d) Bergu Perempuan

3 pemenang X RM 5

3 pemenang X RM 5

6 pemenang X RM 5

6 pemenang X RM 5

15.00

15.00

30.00

30.00

6 Rencam (belanja tak terduga) 30 orang X RM1 30.00

Jumlah 200.00

Page 6: Kertas Kerja Pertandingan Badminton 2010

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam

aktiviti pertandingan badminton ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian

mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan

terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan

didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ..................................................

(En. Hamdan Bin Hamzah) (En. Hasan Bin Haron)

Guru Ketua Panitia, Guru Besar,

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sk Pekan Air Panas.

Sk Pekan Air Panas.

Page 7: Kertas Kerja Pertandingan Badminton 2010

LAMPIRAN 1

ATURCARA PERTANDINGAN BADMINTON (TERTUTUP)

SK PEKAN AIR PANAS.

7.30 pagi : Pendaftaran peserta.

7.50 pagi : Taklimat kepada peserta.

8.00 pagi : Pertandingan di mulakan :

a) Perseorangan Lelaki - Gelanggang Ab) Perseorangan perempuan - Gelanggang B

10.00 pagi : Pertandingan disambung :

a) Bergu Lelaki - Gelanggang A

b) Bergu perempuan - Gelanggang B

11.30 pagi : Ucapan Penutup oleh Tuan Haji Ibrahim Bin Yaman ( Yang Dipertua PIBG, SK Pekan Air Panas ).

11.45 pagi : Penyampaian hadiah dan cenderamata.

12.00 tengah hari : Bersurai.