Kertas Kerja Terapi Berkuda 2015
-
Upload
dar0411229292 -
Category
Documents
-
view
133 -
download
6
Transcript of Kertas Kerja Terapi Berkuda 2015
1.0 PENGENALAN
Terapi dalam Pendidikan Khas adalah salah satu kaedah untuk membantu seseorang murid
untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Ia bertujuan untuk membantu
murid- murid berkeperluan khas dalam mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi,
sosial dan psikomotor. Program ini adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-
peraturan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan ‘guru- guru boleh
mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan
susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan
matlamat Pendidikan Khas.
2.0 TAJUK :
Program Lawatan Ke Perak Turf Club ( terapi berkuda)
3.0 DIKELOLAKAN OLEH
Kelas Pendidikan Khas Biru dan Merah (Masalah Pembelajaran ) SJK(C) Kwang Hua,
Sungai Nibong 11900 Pulau Pinang.
4.0 ASAS PERTIMBANGAN
Program ini bertujuan untuk memenuhi keperluan aktiviti dalam buku teks Pendidikan Khas
( Masalah Pembelajaran) yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.0 RASIONAL
Rekod sejarah orang-orang kurang upaya yang menunggang kuda sebagai awal sebagai
hari-hari orang-orang Yunani purba. Orbasis Lydia purba didokumenkan nilai terapeutik
menaiki 600 SM. Namun begitu, ia telah diakui bahawa menunggang adalah lebih daripada
cara-cara pengangkutan, ia juga satu cara untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan
orang dengan kecacatan. Kajian pertama nilai menunggang sebagai terapi telah dilaporkan
pada tahun 1875. Cassaign, doktor Perancis yang digunakan menunggang sebagai rawatan
untuk pelbagai keadaan dan membuat kesimpulan bahawa ia telah membantu dalam
rawatan beberapa jenis gangguan neurologi dengan memperbaiki postur, keseimbangan dan
pergerakan sendi, serta peningkatan psikologi.
6.0 MATLAMAT
Program ini diharapkan dapat membantu murid- murid berkeperluan khas meningkatkan
nilai- nilai dalam aspek kehidupan serta meneruskan proses perkembangan diri yang lebih
baik ke arah kedewasaan yang mantap.
7.0 OBJEKTIF
7.1 Membolehkan murid meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan
psikomotor murid bermasalah pembelajaran.
7.2 Melatih murid-murid khas bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.
7.3 Mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan.
8.0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid Program Intergrasi Pendidikan Khas, guru-guru pendidikan khas dan
pembantu pengurusan murid.
Bilangan Perkara Jumlah
1 Murid-murid kelas pendidikan khas Motivatif 7
2 Murid-murid kelas pendidikan khas Inovatif 7
3 Guru pendidikan khas 4
4 Pembantu pengurusan murid 1
Jumlah 19 orang
9.0 TARIKH
10.0 TEMPAT
11.0 PENGANGKUTAN
Semua murid, guru dan pembantu pengurusan murid akan menaiki van sekolah yang
disewa oleh pihak sekolah.
12.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA
Penanung :
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari :
AJK Perhubungan :
AJK Pengangkutan :
AJK Makanan :
AJK Dokumentasi :
AJK Aktiviti :
AJK Keselamatan :
13.0 TENTATIF PROGRAM
Masa Aktiviti
7.00 AM Berkumpul di garaj bus SJK C Kwang Hua dan bergerak ke Perak
Turf Club.
10.00 AM Tiba di Perak Turf Club.
10.30 AM Taklimat mengenai Terapi Kuda
11.00 AM Lawatan tempat berkuda serta menjalankan aktiviti Amali Terapi
Berkuda (aktiviti menunggang kuda)
1.30 PM Bertolak pulang ke SJK C Kwang Hua
14.0 ANGGARAN PERBELANJARAN
Bil Perkara Kuantiti Jumlah Catatan
1. Yuran pendaftaran terapi
berkuda
Makanan ringan (roti dan
air kotak)
RM 10 ( yuran
pendaftaran terapi
kuda) + RM 2
(makanan ringan)
21 × RM 12
= RM252
Kutipan yuran
daripada para
peserta
2. Bas SJK (C) Kwang Hua 1 buah - SJK (C) Kwang
Hua
JUMLAH RM 252.00
15.0 PENUTUP
Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua
pihak yang terlibat, adalah amat diharapkan semoga melalui program ini ianya akan dapat
dilaksanakan dengan sempurna dan tercapai objektifnya. Diharapkan juga program ini dapat
meransang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran di
samping mengukuhkan hubungan di antara pelajar, guru dan masyarakat luar.