Konsep, Matlamat dan Objektif Permainan Kanak-Kanak

4
ISL Minggu 8 PJM 3102 Tajuk: Mendapatkan bahan daripada media cetak dan elektronik berkaitan permainan kanak-kanak dari aspek konsep, matlamat dan objektif serta kepentingan. Konsep, Matlamat dan Objektif Permainan Kanak-Kanak KONSEP: Bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan disamping sebagai pengenalan kepada permainan-permainan utama. MATLAMAT: Berperanan sebagai satu saluran untuk mempraktikkan integrasi dan toleransi bagi membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan disamping menggalakkan murid-murid berfikir, menyelesaikan masalah dan berkreatif. Konsep, Matlamat dan Objektif Permainan Kanak-Kanak Bermain ialah suatu aktiviti dan kualiti fikiran dalam terlibat dengan pandangan dunia seseorang. Bermain merujuk kepada berbagai kegiatan sukarela, termotivasi intrinsik yang biasanya berkait dengan kesenangan dan keseronokan. Bermain boleh terdiri dari interaksi lucu, pura-pura atau khayalan antara perorangan dan dengan diri atau mainan. Amalan permainan jelas di seluruh dunia dan dapat dilihat pada manusia dan binatang, khususnya pada perkembangan kognitif dan sosialisasi mereka yang terlibat dalam proses perkembangan dan yang masih muda. Bermain sering menggunakan alat peraga, alatan, binatang, atau mainan dalam konteks pembelajaran dan rekreasi. Sesetengah permainan mempunyai tujuan yang jelas dan apabila distrukturkan dengan peraturan dipanggil suatu permainan. Sementara beberapa permainan tidak mempunyai peraturan atau tujuan dan dianggap "tidak berstruktur". Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu 1

description

KONSEP: Bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan disamping sebagai pengenalan kepada permainan-permainan utama.

Transcript of Konsep, Matlamat dan Objektif Permainan Kanak-Kanak

Page 1: Konsep, Matlamat dan Objektif Permainan Kanak-Kanak

ISL Minggu 8 PJM 3102

Tajuk:

Mendapatkan bahan daripada media cetak dan elektronik berkaitan permainan

kanak-kanak dari aspek konsep, matlamat dan objektif serta kepentingan.

Konsep, Matlamat dan Objektif Permainan Kanak-Kanak

KONSEP: Bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan disamping sebagai

pengenalan kepada permainan-permainan utama. 

MATLAMAT: Berperanan sebagai satu saluran untuk mempraktikkan integrasi dan

toleransi bagi membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan disamping

menggalakkan murid-murid berfikir, menyelesaikan masalah dan berkreatif.

Konsep, Matlamat dan Objektif Permainan Kanak-Kanak Bermain ialah suatu aktiviti

dan kualiti fikiran dalam terlibat dengan pandangan dunia seseorang. Bermain

merujuk kepada berbagai kegiatan sukarela, termotivasi intrinsik yang biasanya

berkait dengan kesenangan dan keseronokan.

Bermain boleh terdiri dari interaksi lucu, pura-pura atau khayalan antara perorangan

dan dengan diri atau mainan. Amalan permainan jelas di seluruh dunia dan dapat

dilihat pada manusia dan binatang, khususnya pada perkembangan kognitif dan

sosialisasi mereka yang terlibat dalam proses perkembangan dan yang masih muda.

Bermain sering menggunakan alat peraga, alatan, binatang, atau mainan dalam

konteks pembelajaran dan rekreasi. Sesetengah permainan mempunyai tujuan yang

jelas dan apabila distrukturkan dengan peraturan dipanggil suatu permainan.

Sementara beberapa permainan tidak mempunyai peraturan atau tujuan dan

dianggap "tidak berstruktur".

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan

keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang

hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai

perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi

perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

1

Page 2: Konsep, Matlamat dan Objektif Permainan Kanak-Kanak

ISL Minggu 8 PJM 3102

Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan

kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di

samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan

seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan,

peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam

pelbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti fizikal yng dilakukan di dalam kelas. Melalui

permaian yang melibatkan perlumbaan misalnya

OBJEKTIF: Permainan yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak secara

fizikal. Ini melibatkan pergerakkkan menendang, membaling, menangkap, memanjat

dan sebagainya. Permainan menggalakkan aktiviti sosial. Permainan begini

melibatkan interaksi antara ahli keluarga dengan anak atau interaksi antara anak

dengan kawan-kawannya.  

OBJEKTIF ¨ Pengajaran bertujuan penguasaan kemahiran dan teknik bersukan

yang akhirnya akan membentuk ke arah penguasaan kemahiran sukan tertentu.

¨ Pengajaran kemahiran dan teknik merupakan faktor kedua penting dalam

membentuk kesedaran terhadap taktik melalui eksplorasi dalam prinsip permainan.¨ 

Kesedaran bahawa majoriti murid-murid tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi

pemain berkemahiran tinggi, tetapi mereka berkapasiti untuk menguasai sebahagian

kemahiran untuk bermain pada tahap yang menyeronokkan. ¨ Keseronokan dalam

bermain tertakluk kepada keputusan yang dibuat atas kesedaran terhadap taktik.

( Thorpe and Bunker, 1882 ) ( ‘Much of the pleasure involved in games playing lies in

making correct decisions in the light of tactical awareness’ (Bunker and Thorpe ,

1982 ).

 Tugas guru adalah untuk mencipta situasi supaya murid-murid dapat membina

kemahiran yang diperlukan untuk melakukannya dalam situasi permainan.

Penguasaan kemahiran dapat dilihat pada konteks keupayaan murid dan situasi

permainan – terserlah melalui permainan. ¨ Fokus utama dalam pendekatan

mengajar permainan adalah kesedaran taktikal dan membuat keputusan selain dari

membina kemahiran dan teknik.¨

2

Page 3: Konsep, Matlamat dan Objektif Permainan Kanak-Kanak

ISL Minggu 8 PJM 3102

Memberi peluang kepada semua murid selain dari mengukur keupayaan fizikal,

berperanan utama dalam permainan, sayugia menjana jati diri ( self-esteem ) dan

keperluan diri ( personal fulfillment ). ¨ Murid-murid digalakkan bermain pada tahap

keupayaan taktikal masing-masing – memastikan tahap kejayaan dan keseronokkan

untuk semua.

Kepentingan Permainan Kanak-Kanak

KEPENTINGAN  Permainan kanak-kanak merupakan permainan yang mempunyai

peranan yang penting dalam Pendidikan Jasmani bagi murid-murid di sekolah

rendah. Walaupun objektif jangka pendek permainan kanak-kanak adalah untuk

menghiburkan murid-murid, tetapi permainan kanak-kanak memberi sumbangan

yang baik dan berkesan terhadap perkembangan kognitif, minda serta

perkembangan diri murid-murid.

Permainan kanak-kanak di dalam pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah

merupakan kegiatan yang dipimpin dan diawasi oleh guru sentiasa dengan kawalan

yang rapi. Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid dapat membina sifat

jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan,

kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan.

Ini dapat membantu murid dalam mengenal pasti bakat dan kebolehan murid

tersebut.

Permainan kanak-kanak digalakkan di dalam Pendidikan Jasmani kerana permainan

kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang memudahkan guru menjalankan

pengelolaannya. Selain itu, permainan tersebut berperanan mendedahkan murid-

murid kepada kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Di harap

dengan pelaksanaan permainan yang berkesan akan melahirkan murid yang

cemerlang baik dari segi akademik serta sahsiah yang tinggi dalam menempuh

cabaran yang mendatang sebagai seorang murid yang cemerlang, gemilang dan

terbilang.

3

Page 4: Konsep, Matlamat dan Objektif Permainan Kanak-Kanak

ISL Minggu 8 PJM 3102

Kepentingan permainan kanak-kanak CIRI-CIRI ¨ Memberi pembelajaran yang lebih

sempurna ¨ Mempraktikkan ansur maju ¨ Menimba pengalaman bermain secara

berpasukan ¨ Pengalaman bertanding ¨ Sebahagaian daripada kurikulum ¨ Memupuk

kecergasan fizikal KEBAIKAN ¨ Jenis permainan ini tidak kompleks ¨ Strukturnya

ringkas dan sedikit kemahiran diperlukan ¨ Membawa keseronokan, memberi kejutan

keputusan dibuat serta-merta ¨ Bersifat hiburan dan membawa pelajar ke alam

imaginasi ¨ Boleh dimainkan dalam tempoh masa yang singkat ¨ Memerlukan sedikit

atau tanpa alatan ¨ Senang ditadbir dan peraturannya sedikit

Pembangunan Kemahiran Motor membangunkan kemahiran lokomotor

membangunkan kemahiran bukan lokomotor membangunkan kemahiran

pengawalan objek membangunkan kecergasan fizikal  

Pembangunan Kognitif meningkatkan keupayaan mematuhi arahan menolong dalam

pemahaman peraturan menggalakkan kreativiti dan imaginasi menambah

perbendaharaan kata kanak-kanak

Pembangunan Afektif-sosial mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam

situasi sosial menggalakkan keadilan menggalakkan mematuhi peraturan-peratuan

membangunkan semangat kesukanan yang baik membangunkan kualiti kepimpinan

membangunkan semagat bekerjasama.

Rujukan:

http://www.slideboom.com/presentations/601995/PPG-Konsep,-Matlamat-dan-

Objektif-Permainan-Kanak-Kanak

4