Tugasan Permainan Kanak-Kanak Pendidikan Jasmani

Click here to load reader

  • date post

    17-Jul-2015
  • Category

    Documents

  • view

    2.604
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of Tugasan Permainan Kanak-Kanak Pendidikan Jasmani

PERMAINAN KANAK-KANAK 2010

PengenalanTeaching GameS for Understanding (TgfU) telah diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe pada tahun 1982 dengan matlamat utamanya adalah untuk

memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan . Selain itu juga, TGfU menekankan bagaimana pelajar atau pemain bukan sahaja perlu mengetahui bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk pemain itu belajar membuat keputusan yang sesuai ketika di dalam sesuatu permainan. TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan yang dijalankan. Ianya juga menjadikan kelas

pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria .Model TGfU digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga masa kini Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuai dan diperkembang dari semasa ke semasa. Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama iaitu Target, Fielding, Net / Wall dan Invasion Tujuan mengkategorikan permainan adalah untuk menggalakkan palajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan.Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut Oleh itu, pelajar akan bermampu untuk menyertai permainan lain dalam kategori yang sama Contoh: Pelajar yang telah belajar bola keranjang atau bola sepak dapat main bola baling Striking /

1

PERMAINAN KANAK-KANAK 2010.

tajukKertas kerja ini adalah persediaan untuk pelaksanaan aktiviti yang bertajuk Karnival Sukan Kanak-Kanak Kategori Pukulan/Pemadang : Pukul Saja Bola Itu

MatlamatKarnival sukan kanak-kanak yang dianjurkan bertujuan untuk melahirkan insan yang berkeupayaan serta berkebolehan dari segi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ianya juga bertujuan bagi ahli kumpulan dapat melaksanakan satu permainan kanak-kank berpandukan kategori pukulan/pemadang yang terdapat di dalam Model Bunker and Thorpe (1982) dan juga kertas kerja tengtang permainan berdasarkan kategori pukulan/pemadang. Melalui karnival ini juga, ia bermatlamat untuk menggalakkan kerjasama di antara ahli kumpulan dengan memberi idea dan komitmen yang tinggi dalam menyiapkan kertas kerja dan ujian amali ini.

ObjektifPsikomotor

Meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan diri yang lebih tinggi setelah mengikuti program karnival sukan ini. Menguji daya ketahanan fizikal, mental dan daya tahan diri terhadap halangan-halangan yang dihadapi. Kognitif Mempelajari kepentingan memelihara dan menyayangi diri sendiri serta menyedari tanggungjawab diri terhadap orang lain. Mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Meningkatkan kemahiran sedia ada dalam diri setiap individu dan membentuk insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

2

PERMAINAN KANAK-KANAK 2010

Afektif Memupuk nilai saling bekerjasama, semangat berpasukan, setia kawan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara guru-guru dengan para peserta disamping mengurangkan jurang perkauman dan semangat

assabiyah di antara para peserta.

Selain daripada bidang psikomotor, kognitif dan afektif, tenaga pengajar turut memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan ini, antara objektifnya ialah: Dapat meningkatkan daya kreativiti guru terhadap permainan kanak-kanak. Dapat mengenalpasti kelemahan murid-murid dan dapat membantu

memperbaiki kelemahan mereka. Dapat menjadi bahan rujukan kepada guru pada masa akan datang. Dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam diri para pelajar.

ATURCARA08.00 a.m 08.15 a.m 08.30 a.m 10.00 a.m : Para peserta melaporkan diri di meja urus setia : Taklimat mengenai pertandingan kepada semua peserta : Pertandingan akan dimulakan : Pertandingan tamat : Upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang 10.30 a.m : Jamuan ringan : Majlis bersurai

3

PERMAINAN KANAK-KANAK 2010

TARIKH13 Oktober 2010

MASA10.00 pagi-12.00 tengah hari

TEMPATGelanggang Tenis IPGM Kampus Ilmu Khas

KUMPULAN SASARANMurid-murid Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6)

BILANGAN PESERTA16 orang ( 4 orang 1 kumpulan) ( 4 kumpulan)

4

PERMAINAN KANAK-KANAK 2010

PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINANi. Jawantankuasa Kerja Pertandingan

Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pertandingan Permainan Kecil Kelas G 2.3 Ami Mahayuddin B Mohd Lowhim mencadangkan Mohd Nasyat Safwan B Abd Manan sebagai Pengerusi Program. Cadangan ini disokong oleh Nurul Jannah Bt Mazlan. Mohd Afif Faiz B Ahmad Fauzi mencadangkan agar cadangan ditutup. Edna Mag Ery menyokong agar cadangan ditutup. Mohd Nasyat Safwan B Abd Manan dilantik sebagai Pengerusi Program

Hazirah Binti Mohd Haris mencadangkan Georgiana Ak Muni sebagai Naib Pengerusi Program. Cadangan ini disokong oleh Gwendoline Bt Adrian. Nasliani Bt Julaihi mencadangkan agar cadangan ditutup. Aziz Azwan B Karim menyokong agar cadangan ditutup. Georgiana Ak Muni dilantik sebagai Naib Pengerusi Program.

Nur Aldaniah Bt Jamil mencadangkan Edna Mag Ery sebagai Setiausaha Program. Cadangan ini disokong oleh Mohd Nasyat Safwan B Abd Manan. Ng Koay Ching mencadangkan agar cadangan ditutup. Muhammad Syazwan B Mohd Zain menyokong agar cadangan ditutup. Edna Mag Ery dilantik sebagai Setiausaha Program.

5

PERMAINAN KANAK-KANAK 2010

Nur Syafiqah Bt Amarudin mencadangkan Afidah Bt Hussin sebagai Bendahari Program. Cadangan ini disokong oleh Khairul Nadiah Bt Muhamod. Nasliani Bt Julaihi mencadangkan agar cadangan ditutup. Muhammad Syazwan B Mohd Zain menyokong agar cadangan ditutup. Afidah Bt Hussin dilantik sebagai Bendahari Program.

CARTA ORGANISASI PERTANDINGANPenaung Encik Mokhtar bin Ahmad (Ketua Jabatan Sains Sukan)

Penasihat Pn Halimah Bt Ahmad Pengerusi Mohd Nasyat Safwan B Abd Manan Naib Pengerusi Georgiana Ak Muni Setiausaha Edna Mag Ery Bendahari Afidah Bt Hussin

6

PERMAINAN KANAK-KANAK 2010Ahli Jawatankuasa Persediaan Tempat/ Pengadil Muhammad Syazwan B Mohd Zain Nasliani Binti Julaihi Peralatan Ami Mahayuddin B Mohd Lowhim Khairul Nadiah Binti Muhamod Keselamatan Aziz Azwan B Karim Ng Koay Ching Hadiah Nur Syafiqah Binti Amarudin Gwendoline Binti Adrian Makanan Siti Noorfadziella Binti Sarakawi Hazirah Binti Mohd Haris Jemputan/ Publisiti Mohd Afif Faiz B Ahmad Fauzi Nur Aldaniah Binti Jamil Pelancaran Program/ Media

Noorazianti Binti Mohd Zaki Nurul Jannah Binti Mazlan

7

PERMAINAN KANAK-KANAK 2010Ucapan penghargaan daripada Pengerusi Pertandingan Permainan Kecil G 2.3, Mohd Nasyat Safwan B Abd Manan. Beliau mengucapkan sejuta kesyukuran terhadap yang Maha Esa atas apa yang telah dikurniakan. Ucapan terima kasih kepada semua rakan seperjuangan yang telah memilihnya menjadi Pengerusi Program. Beliau berjanji akan menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Diharap semua ahli kelas dapat dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini yang julung-julung kali diadakan ini. Beliau mengingatkan agar seluruh ahli kelas termasuk dirinya membuang sikap suka bertangguh dalam melakukan kerja dan mementingkan diri sendiri agar segala yang kita lakukan dapat tercapai. Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan terima kasih.

Jenis permainan kecil yang perlu dikendalikan oleh setiap kumpulan. Proses penentuan ini dijalankan dengan cabutan undian. Kumpulan 1 (Jenis Permainan: Sasaran ) 1. Edna Mag Ery 2. Gwendoline Bt Adrian 3. Georgiana Ak Muni 4. Nur Syafiqah Bt Amarudin Kumpulan 2 (Jenis Permainan:Serangan ) 1. Afidah Bt Hussin 2. Khairul Nadiah Bt Muhamod 3. Ng Koay Ching 4. Siti Noorfadziella Bt Sarakawi

8

PERMAINAN KANAK-KANAK 2010

Kumpulan 3 ( Jenis Permainan:Jaring Dan Dinding ) 1. Hazirah Bt Mohd Haris 2. Nasliani Bt Julaihi 3. Noorazianti Bt Mohd Zaki 4. Nur Aldaniah Bt Jamil 5. Nurul Jannah Bt Mazlan

Kumpulan 4 ( Jenis Permainan: Pukulan ) 1. Ami Mahayuddin B Mohd Lowhim 2. Aziz Azwan B Karim 3. Mohd Afif Faiz B Ahmad Fauzi 4. Mohd Nasyat Safwan B Abdul Manan 5. Muhammad Syazwan B Mohd Zain

ii.

Bidang Tugas Ahli Jawatankuasa Pertandingan1. Memastikan persediaan permainan bagi setiap kumpulan berada dalam keadaan terkawal. 2. Menerangkan peraturan permainan. 3. Memastikan kesihatan para peserta berada dalam keadaan yang memuaskan. 4. Memastikan bilangan peserta mencukupi dan peserta berada di posisi masing-masing sebelum memulakan permainan

Persediaan Tempat / Pengadil

Peralatan 1. Mengambil dan memulangkan alatan. 2. Memastikan alatan berada di dalam keadaan yang baik dan memuaskan.

9

PERMAINAN KANAK-KANAK 20103. Menyusun atur kedudukan peralatan yang akan digunakan semasa pertandingan. Keselamatan 1. Memastikan keadaan kawasan permainan berada dalam keadaan yang sesuai. 2. Memastikan alatan yang digunakan dalam keadaan yang baik. Hadiah / Makanan 1. Menyediakan hadiah bagi pemenang dan hakim jemputan. 2. Menyediakan makanan kepada setiap peserta yang mengambil bahagian. Jemputan/ Publisiti 1. Mengedarkan surat jemputan kepada para pensyarah dan para hakim. 2. Membuat hebahan dengan menggunakan kain rentang di kawasan-kawasan tumpuan. Pelancaran Program/ Media 1. Memastikan pertandingan berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang. 2. Memastikan perjalanan aktiviti dirakamkan sebagai bukti pertandingan dijalankan secara terancang.

10

PERMAINAN KANAK-K