Kpn 6064 Refleksi 3 Kalai

6
KPN 6064 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN: ISU & PENYELIDIKAN NAMA : KALAI A/P THANGAVELU NO.MATRIK : M20131000805 SEM : 3 SESI 2013/2014 PROGRAM : SARJANA PENDIDIKAN

description

tq

Transcript of Kpn 6064 Refleksi 3 Kalai

KPN 6064PENTAKSIRAN PENDIDIKAN:ISU & PENYELIDIKAN

NAMA: KALAI A/P THANGAVELUNO.MATRIK: M20131000805 SEM: 3 SESI 2013/2014PROGRAM: SARJANA PENDIDIKANNAMA PENSYARAH: PROFESOR EMERITUS DR OTHMAN LEBAR

Isu: Ujian Pentaksiran Pendidikan Khas

Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,2000). Segala maklumat yang diperolehi yang diperolehi oleh pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.Ujian pentaksiran juga seringkali dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Pentaksiran dilakukan bagi mengukur tahap kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Tujuan pentaksiran juga adalah untuk memberi pengetahuan akan kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Disinilah guru-guru, ibu bapa dan pihak sekolah dapat mengenalpasti daya dan kompentensi murid-murid berkenaan. Di Malaysia, ujian pentaksiran kebiasaanya dijalankan bagi tujuan membantu murid untuk penempatan kelas khas atau pun sebagai salah satu cara untuk mengetahui tahap kebolehan murid-murid tersebut. Apa yang menjadi isu di sini ialah, keberkesanan pentaksiran yang dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini. Kebanyakan ujian pentaksiran yang diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas ini adalah secara umum dan bersifat meluas. Hal ini mungkin disebabkan kita banyak mengambil contoh-contoh ujian pentaksiran daripada negara luar untuk dilaksanakan kepada murid-murid di sini. Akibatnya mungkin setengah ujian yang diberi sebenarnya tidaklah bersesuaian dengan pengetahuan murid-murid di Malaysia.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidaksesuaian itu , antaranya adalah disebabkan persekitaran yang berbeza. Persekitaran yang berlainan sememangnya mampu memberi impak yang besar terhadap kebolehan dan pengetahuan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu persekitaran yang berbeza juga akan memberi perbezaan mengenai bagaimana murid itu mengurus diri. Contohnya di negara beriklim sejuk, cara membersihkan diri mungkin berbeza dengan cara membersihkan diri di iklim negara panas. Maka ujian yang ingin dilaksanakan mestilah bersesuaian dan dapat diterima secara universal oleh murid-murid berkeperluan khas.Kekurangan bahan yang mencukupi semasa melakukan pentaksiran juga mampu menjejaskan kepercayaan hasil pentaksiran yang dijalankan. Bahan yang baik perlulah disediakan bagi membantu ibu bapa, guru atau pihak sekolah yang ingin melakukan pentaksiran terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebagai contoh, untuk mentaksir kemahiran membaca, selain daripada mempunyai buku-buku yang bersesuaian guru juga sepatutnya memerlukan bilik atau ruang yang sesuai untuk menjalankan ujian terhadap murid. Keadaan yang tidak sesuai atau buku yang tidak sesuai dengan tahap pengetahuan murid akan menjejaskan sedikit hasilnya nanti.Isu yang berkaitan pentaksiran di sekolah saya ialah mengenai ujian bulanan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Apa yang saya dapati, pihak sekolah membuat ujian bulanan terhadap murid istimewa ini berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan. Pada pandangan saya seharusnya ujian ini perlulah dilakukan berdasarkan pengetahuan sedia ada murid dab bukannya berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Kesannya keputusan pentaksiran nanti mungkin tidak dapat memberi gambaran kebolehan yang sebenar murid-murid berkeperluan khas. Jadi ketidakjituan dalam memperolehi keputusan pentaksiran hasil penilaian boleh menyebabkan guru salah merancang strategi yang sesuai bagi meningkatkan kebolehan murid itu lagi.Selain itu, Ujian Penilaian Sekolah Rendah juga menjadi masalah kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas ini. Terdapat ibu bapa yang beranggapan bahawa dengan mengambil ujian ini anak mereka mungkin dapat berjaya dan menjadi lebih bijak. Memang benar terdapat murid istimewa memperolehi keputusan yang baik namun hanya beberapa bilangan sahaja. Sepatutnya ujian ini harus dikaji semula untuk kanak-kanak khas. Walaupun ujian ini boleh dipilih sama ada hendak menduduki atau tidak namun kesan pandangan ibu bapa terhadap Ujian Penilaian Sekolah Rendah ini hendaklah diubah dengan cara yang lain.Bahasa dan komunikasi memainkan peranan penting dalam menjalankan interaksi antara dua pihak. Bahasa juga digunakan sebagai medium untuk menyampaikan ilmu dengan baik disamping berkongsi maklumat Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Abdullah Hassan (1998) berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan.Dengan itu bahasa dan komunikasi menjadi tautan yang perlu dijalani bersama.Isu yang seringkali menjadi perhatian dalam bahasa dan komunikasi ialah kesukaran untuk berhubung dan berkomunikasi dengan murid-murid berkeperluan khas. Murid yang kategori autism misalnya sangat sukar untuk berinteraksi dengan guru atau rakan sebaya yang lain. Hal ini adalah disebabkan kanak-kanak autism ini lebih cederung untuk berada dalam dunia mereka sendiri. Selain itu mereka juga mempunyai bahasa sendiri seperti ekolalia yang bersifat pengulangan dan juga nada yang sterotaip. Kesan daripada itu, guru dan rakan sebaya sangat sukar memahami mereka. Apa yang saya perhatikan di dalam kelas khas Sekolah A, isu yang berkaitan bahasa dan komunikasi adalah berkaitan dengan pembantu murid dengan kanak-kanak berkeperluan khas ini. saya dapati pembantu murid tidak dapat memahami dengan jelas mengenai bahasa isyarat tangan yang ditunjukkan oleh sesetengah murid. Hal ini menyebabkan murid-murid seringkali menjerit atau menangis sekiranya ingin ke tandas. Selain itu juga, terdapat murid-murid yang langsung tidak boleh berkomunikasi disebabkan masalah aphasia yang dihadapi. Aphasia adalah disebabkan kecederaan atau pun kecacatan pada otak yang menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk berbahasa. Akibat daripada itu, murid yang mengalami Aphasia iaitu D seringkali ditinggalkan dan agak ketinggalan di dalam kelas. Murid-murid lain juga sukar memahami dan berinteraksi dengan beliau. Keadaan ini sekaligus boleh memberi kesan yang lebih buruk kepada kanak-kanak ini.