Krm 3073 Tugasan Satu

39
IJAZAH SARJANA MUDA-SEMESTER 2 SESI 2014/2015 KRM 3073 : PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TAJUK TUGASAN 1 ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK PROGRAM MUHAMAD RIZAL BIN ARIFFIN D20102041699 Group UPSI02(A142PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF DR NOOR SHAH BIN SAAD TARIKH SERAH: 4 APRIL 2015

description

KRM3073

Transcript of Krm 3073 Tugasan Satu

Ijazah Sarjana Muda-Semester 2 Sesi 2014/2015

KRM 3073 : PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

TAJUKTUGASAN 1 ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIKPROGRAM

MUHAMAD RIZAL BIN ARIFFIND20102041699Group UPSI02(A142PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF DR NOOR SHAH BIN SAAD

TARIKH SERAH: 4 APRIL 2015

TUGASAN 1: (Individu)Apakah yang dimaksudkan dengan isu kontemporari dalam pendidikan. Dengan merujuk kepada pengalaman atau bacaan anda sendiri, nyatakan satu contoh isu kontemporari yang boleh memberi impak kepada pengajaran pembelajaran matematik sekolah rendah. Seterusnya bincangkan empat sebab mengapa isi tersebut boleh memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah. Seterusnya lagi, bincangkan empat tindakan yang boleh diambil oleh guru membabitkan pengajaran pembelajaran matematik bagi menangani isu tersebut.

PENGENALANMatematik ialah satu bidang pengetahuan yang bersifat dinamik kerana sentiasa berubah dari segi kandungan, kegunaan dan cara mempelajarinya. Oleh itu, matematik yang diajar di sekolah perlu turut berubah. Desakan-desakan untuk perubahan mungkin muncul dari perkembangan dalam ilmu matematik sendiri, kegunaan matematik dalam masyarakat umum yang kian bertambah ataupun penemuan-penemuan psikologi mengenai pembelajaran matematik. Pelajar yang mahir dalam matematik biasanya dikaitkan dengan kebolehan mereka memahami sesuatu konsep, teori, keupayaan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu serta kebolehan menyelesaikan masalah dengan menggunakan strategi-strategi yang tertentu. Matematik dianggap sukar kerana pada dasarnya ia adalah berbentuk hiraki. Pemahaman tentang satu konsep adalah perlu untuk mempelajari suatu konsep yang lain. Kegagalan pelajar untuk memahami sesuatu konsep asas boleh menjejaskan pembelajaran matematiknya. Bagi seorang pelajar, mendapat maklumat dalam matematik adalah satu prosedur yang sukar kerana ia melibatkan cara memikir dan membuat. Tiga aktiviti utama yang terlibat dalam matematik adalah penerokaan/penyiasatan, penyelesaian masalah dan pembuktian. Cuba jaya, hipotesisi dan penyiasatan, pengukuran, dan klasifikasi adalah sebahagian dari seni matematik yang patut diajar di sekolah. Matematik bukan hanya setakat memahami sahaja tetapi perlu dari segi penggunaan matematik. Makmal matematik selalunya mempunyai alatan seperti penimbang, kayu atau pita pengukur, blok atau bongkah kayu, baling bagi menyukat isipadu cecair, jangka lukis, jangka sudut dan sebagainya.

Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan merentasi zaman. Setelah negara mencapai kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini. Pendidikan adalah untuk tujuan perpaduan di samping untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan negara. Kurikulum dan sistem peperiksaan yang yang sama serta penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem persekolahan adalah antara perkara yang diberi penegasan dalam pelaksanaan sistem pendidikan negara. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan pada 1979 telah membawa impak yang besar kepada senario pendidikan negara sehingga Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1982. KBSR memberi penegasan kepada pendidikan asas 3M. KBSR selepas itu ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mulai 1993. Apabila Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tersurat pada 1988, orientasi pendidikan adalah berasaskan kepada FPN (mulai 1996 dikenali FPK). Setelah itu apabila cabaran berubah akibat daripada perkembangan semasa dan arus globalisasi, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula diperkenalkan pada 2011. KSSR dilaksanakan di sekolah rendah di negara ini dengan harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang mampu berhadapan dengan cabaran masa hadapan dalam abad ke-21.

ISU YANG MENYEBABKAN PERUBAHAN KBSR KEPADA KSSR

Perubahan arus globalisasi juga telah menyebabkan beberapa pindaan dan perubahan terhadap Akta Pelajaran dan juga kurikulum pendidikan negara. Misalnya, KLSR telah ditukarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan kemudiannya implikasi keperluan kesepaduan dalam mata pelajaran, sekali lagi beberapa pindaan dalam Akta Pendidikan dibuat menyebabkan KBSR diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR).

Terkini, KBSR secara berperingkat-peringkat akan ditukarkan sepenuhnya kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula sesi persekolahan pada Januari 2011 yang diperkenalkan kepada murid-murid Tahun Satu. Penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) berhasrat untuk memperkukuhkan kognitif murid dengan nilai-nilai afektif. Ianya bertujuan supaya masyarakat mempunyai sumber manusia yang berkesan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Walau bagaimanapun, persekitaran masyarakat terus berkembang dan ianya menyebabkan timbulnya keperluan baru.

Implikasi Laporan Kabinet 1979 ini penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada

masyarakat majmuk supaya dapat hidup dalam perpaduan yang harmonis. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada tahun pelaksanaan penuh di semua sekolah rendah seluruh negara. Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M).

KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar ( Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979 ).

Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua, manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga, perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan. Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Tahap I iaitu tahun 1 hingga tahun 3 manakala tahap II iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Semua mata pelajaran yang ditawarkan diperingkat ini adalah merupakan pelajaran

teras iaitu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar pada tahap I dan II. Penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga diperkenalkan (Abdullah Sani, 2005: 174-175). Ringkasnya, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan.

Walau bagaimanapun, setelah 10 tahun pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah, semakan semula dilaksanakan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1993 yang mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan dan Wawasan 2020, globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan. Draf baharu Sukatan Pelajaran Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan mula dilaksanakan di beberapa buah sekolah sebagai percubaan seterusnya dilaksanakan sepenuhnya pada Disember 1994. Penekanan utama dalam KBSR (1993) yang baharu ini ialah konsep bersepadu yang terdiri dariapada unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum ini juga merangkumi

aspek teori dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran dibilik darjah diperkukuhkan melalui aktiviti kokurikulum.

Semakan semula pada KBSR (1999) telah dibuat pada tahun 2002 implikasi daripada Dasar Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Dasar ini digubal berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan sebahagian besar maklumat yang berkaitan dengannya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Matlamat akhir dasar ini adalah membolehkan murid mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supaya mereka mampu menguasai ilmu Sains dan Matematik dan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa di samping melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002). Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk, organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR.

KSSR digubal berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Penekanan adalah elemen yang berorientasikan kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi. Terdapat empat prinsip dalam KSSR iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR digubal berdasarkan standard adalah mengambil kira beberapa faktor seperti memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan, penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas, mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning), mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran dan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Berbanding dengan KBSR, seseorang guru akan dibekalkan dengan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang dilengkapi dengan Pemetaan Huraian Sukatan Pelajaran, sebagai panduan untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian di peringkat sekolah. Murid murid pula dibekalkan dengan buku teks.

Manakala KSSR pula, guru-guru akan menggunakan Dokumen Standard yang terdiri daripada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran, Modul Pengajaran turut disediakan sebagai panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta Modul Pembelajaran adalah bahan pembelajaran untuk murid bagi menggantikan buku teks. Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu

tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

KSSR diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. Pelbagai penambahbaikan yang terkandung dalam KSSR hasil daripada KBSR yang telah sedia ada. Penambahbaikan tersebut ialah dengan menambahkan elemen kreativiti dan inovasi di dalam kurikulum, corak pengajaran dan proses pembelajaran serta sistem penilaian perlu diterapkan dalam pendidikan negara bagi menghasilkan modal insan yang berdayasaing. Fokus utama KSSR ialah kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai bagi Tahap 1 manakala Tahap II, penekanan kurikulum diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks,perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan bidang ilmu seperti yang terangkum dalam 6 tunjang kurikulum.

Berdasarkan temubual dan soal selidik dengan rakan-rakan yang lebih senior dalam dunia pendidikan, rata-rata mereka berpendapat bahawa transformasi ini banyak membawa kepada pembaharuan dan penambahbaikan terutamanya dalam pelajaran murid-murid. Walaupun begitu, sedikit rungutan juga kedengaran daripada guru-guru. Ini kerana beban guru semakin bertambah ekoran daripada transformasi ini. Guru-guru juga perlu mempunyai pemikiran yang lebih kreatif dan inovasi. Namun begitu, semua guru perlu menyahut cabaran yang diberi demi kejayaan anak-anak bangsa.

Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dalam kurikulum pendidikan di negara ini. Ia bertujuan agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu,penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.

Dalam abad ke-21, perkembangan pesar dalam bidang sains dan teknologi khususnya dalam bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. Kesannya ialah kepada globalisasi. Cabaran di peringkat global sifatnya berubah dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian kurikulum sekolah perlu selaras dengan perkembang tersebut. Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan dengan perkembang semasa bagi melahirkan modal insan seimbang yang mampu berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan (KPM, 2010). Ucapan dasar

Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam perhimpunan Agung UMNO 2006 juga meminta supaya sistem pendidikan Malaysia memberi penekanan kepada pembangunan modal insan; penghasilan pelajar celik minda; pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat; dan program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al-bab. Sehubungan dengan itu, mulai 2011 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah ditransformasikan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu sebagaimana yang ternyata dalam FPK. Perkembangan potensi ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan. KBSR terus mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1. KBSR terus mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1.

MATLAMAT KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi; sains dan teknologi; perkembangan fizikal dan estetika; keterampilan diri; kemanusian; dan kerohanian, sikap dan nilai. KSSR adalah berasaskan FPK dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) di samping mengambil kira cabaran dalam abad ke-21, Model baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi. Diharapkan agar murid-murid yang mengikuti KSSR akam mempunyai asas-asas untuk menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial; warganegara yang bertanggungjawab; global player; dan pekerja berilmu. Selain itu, tujuan pendidikan di sekolah rendah adalah untuk melatih murid-murid supaya mempunayi sikap ingin tahu, suka berfikir dan rajin untuk terus belajar. Murid-murid perlu berusaha mencari pengetahuan sendiri daripada pelbagai sumber

seperti daripada guru, rakan, sumber-sumber di sekeliling mereka seperti buku, internet dan sebagainya.

MATEMATIK KSSR

Secara umumnya, penentuan sesuatu mata pelajaran bergantung kepada reka bentuk kurikulum yang ditetapkan. Reka Bentuk sesuatu kurikulum pula bergantung kepada banyak faktor yang menjadi asasnya seperti falsafah pendidikan, politik sesebuah negara, sejarah, keadaan sosial serta budaya, aliran semasa dan banyak lagi. Umpamanya dalam era globalisasi, kurikulum yang dibentuk bersifat ke arah menyediakan global education expertise selain insan ulul al-bab. Dalam konteks Malaysia secara khususnya mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah adalah ke arah mencapai matlamat KBSR atau KSSR seterusnya mencapai hasrat yang terkandung dalam FPK.

Selain itu, kandungan sera penyampaian sesuatu mata pelajaran adalah bersasakan senario yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan kemajuan ekonomi, sosial, politik dan teknologi masa kini dan akan datang. Mengikut UNESCO, penetuan sesuatu mata pelajaran berasaskan empat tonggak utama iaitu:-

Belajar untuk mengetahui (learning to know)

Belajar untuk bertindak (learning to do)

Belajar untuk membentuk peribadi (lening to be)

Belajar untuk hidup bersama (learning to live together)

Sesuatu mata pelajaran yang ditetapkan juga perlu dapat memberi peluang bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu (dimensi intrinsik) dan keperluan sosial (dimensi instrumental) yang selaras dengan konsep al-ulum insaniah dan al-ulum kauniyah.

Pembelajaran Matematik dalam KSSR adalah untuk membina kefahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan dan memahami idea matematik yang mudah, serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tersebut secara berkesan (BPK, 2010). Melalui Matematik diharap murid dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam kehidupan harian mereka, bermula daripada permasalahan yang mudah kepada permasalahan yang lebih kompleks. Di Tahap 1 pembelajaran Matematik adalah berfokus kepada penguasaan kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi asas; serta penguasaan numerasi. Manakala di Tahap 2 pembelajaran Matematik adalah berfokus kepada penguasaan kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi yang lebih kompleks. Lima modul yang diguna pakai untuk pembelajaran Matematik dalam KSSR ialah modul Nombor

dan Operasi; Modul Pengukuran; Modul Bentuk dan Ruang; Modul Pengendalian Data; dan Modul Statistik.

KSSR DIREALISASIKAN DALAM PENGAJARAAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

Matematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat penakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasi matematik.

Pembelajaran Matematik menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman sedemikian meningkatkan minat dan menjadi daya penggerak murid mempelajari matematik diluar bilik darjah dan diperingkat pengajian yang lebih tinggi.

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi matapelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Proses pengajaran dan pembelajaran matematik memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari. Penekanan kepada aspek perkembangan pemikiran murid secara matematik dibina dan dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan prinsip berikut iaitu penyelesaian masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan, membuat perwakilan dan penggunaan teknologi dalam matematik.

Standard Kurikulum dibina berasaskan kepada enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian; Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Ketrampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains, Matematik dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan.

Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu menjadi lebih holistik supaya unsur inovasi dan kreativiti terdapat pada setiap kegiatan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran matematik perlu menghasilkan pembelajaran yang mendalam (deep learning). Subjek Matematik adalah merupakan satu mata pelajaran yang sangat

penting untuk dipelajari. Melalui Matematik kita mampu untuk mempelajari yang betul dalam pengiraan. Ini kerana Matematik sentiasa berada di sekeliling kita dan banyak perkara dalam kehidupan ini menggunakan matematik. Matematik merupakan antara subjek yang sangat penting dan unik, kerana ilmu yang kita dapat pelajari di kelas dapat diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar. Selain daripada itu, ilmu matematik dapat membantu kita untuk berfikir secara logik, efisen dan bersistematik dalam kehidupan harian. Terdapat beberapa aspek atau tonggak yang perlu diterapkan dalam bidang matematik untuk menyempurnakan lagi supaya ilmu yang akan dipelajari dapat difahami secara lebih holistik.

Tonggak pertamaTonggak kedua

Penyelesaian masalahKomunikasi dalam

dalam matematikmatematik

5 TONGGAK MATEMATIK

Tonggak kelima

Aplikasi teknologiTonggak ketiga

Penaakulan matematik

Tonggak keempat

Perkaitan matematik

Tonggak pertama - Penyelesaian masalah dalam matematik

Untuk mempertingkatkan pemikiran murid yang analitis dan kreatif, penyelesaian masalah merupakan satu aspek penting yang perlu diserapkan dalm pengajaran dan pembelajaran matematik. Penyelesaian masalah yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan tahap murid. Di samping itu, murid juga digalakkan untuk berkomunikasi dan berani membuat keputusan.

Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penenkanan sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah seperti berikut:

Memahami dan mentafsir masalah.

Merancang strategi penyelesaian.

Melaksanakan strategi.

Menyemak smula penyelesaian.

Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaiannya harus diperluaskan lagi penggunaannya dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran untuk membina kemahiran penyelesaian masalah ini, perkenalkan masalah yang berasaskan aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakan matematik apabila berdepan dengan situasi yang baru dan dapat memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar.

Penyelesaian masalah adalah satu wacana yang telah lama diamalkan dalam kurikulum pendidikan matematik asas bagi menggalakkan pemikiran yang inovatif dan kreatif. George Polya (sekitar 1945) adalah antara pelopor penyelesaian masalah matematik. Beliau mencadangkan supaya penyelesaian masalah bukan sahaja sebagai suatu pendekatan penyelesaian bagi sesuatu masalah tetapi juga sebagai suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran. Masalah merupakan satu kenyataan, keadaan atau situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan kepada penyelesaian. Manakala penyelesaian masalah merupakan proses yang digunakan untuk mencari jawapan kepada sesuatu kenyataan atau soalan dengan menggunakan strategi yang tertentu. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya dan menjadi fokus utama bagi kurikulum matematik supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah berasaskan

kepada persekitaran dan pengalaman sebenar secara berkesan. Selain itu, murid dapat mengaplikasi dan mengadaptasi berbagai strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah baharu. Seterusnya, murid dapat memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang mencabar. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah memahami dan mentafsirkan masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi dan menyemak semula penyelesaian. Antara strategi penyelesaian yang berkesan adalah seperti mencuba kes lebih mudah, cuba jaya, melukis gambar rajah, mengenal pasti pola, membuat jadual bersistem, membuat lakonan, dan membuat analogi.

Sebagai contoh dalam topik ukuran panjang iaitu ukuran dan penganggaran, guru boleh mengaplikasikan tonggak ini dengan memberikan murid-murid objek-objek untuk diukur seperti buku tulis, kotak pensil dan pen. Objek-objek ini akan diukur dengan menggunakan alat pengukur bukan piawai seperti batang mancis. Sebelum murid menyelesaikan masalah, murid terlebih dahulu perlu mentafsir masalah iaitu dengan membuat anggaran berapakah batang mancis yang diperlukan bagi menyamai panjang buku tulis tersebut. Murid akan merancang strategi untuk mengukur buku tulis dengan hanya membuat anggaran seperti menyatakan bahawa tujuh batang mancis menyamai dengan panjang buku tulis tersebut dan seterusnya melaksanakan strategi yang dirancang. Akhir sekali, murid perlu menyemak semula jawapan dengan mengukur panjang buku tulis tersebut dengan batang mancis. Setelah ukuran dilakukan, murid akan mendapat jawapan yang tepat. Selain itu, murid-murid juga boleh menyelesaikan masalah ukuran dengan menggunakan ukuran seperti jengkal, hasta dan depa.

Tonggak kedua Komunikasi dalam Matematik

Tonggak yang seterusnya ialah Komunikasi dalam Matematik. Komunikasi tentang idea matematik dapat membantu murid menjelaskan dan memperkukuhkan pemahaman matematik. Perkongsian pemahaman matematik secara penulisan dan lisan dengan rakan sekelas, guru dan ibu bapa, murid akan dapat meningkatkan keyakinan diri dan memudahkan guru memantau perkembangan kemahiran matematik mereka.

Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan pembelajaran matematik yang bermakna. Melalui komunikasi, idea matematik dapat diluahkan dan difahami dengan lebih baik. Komunikasi secara matematik, sama ada secara lisan, penulisan atau menggunakan simbol dan perwakilan visual (dengan menggunakan carta, graf, gambar rajah dan lain-lain), dapat membantu murid memahami dan mengaplikasikan matematik dengan lebih efektif.

Komunikasi ini boleh diwujudkan dalam pelbagai persekitaran yang mana murid boleh menghubungkait media yang berbeza iaitu antara bahan-bahan fizikal, gambar-gambar dan rajah, bagi menjelaskan idea matematik. Komunikasi merupakan salah satu cara untuk menjelaskan konsep Matematik. Apabila komunikasi yang berkesan dicapai, murid-murid dapat memperkukuhkan kefahaman dan pengetahuan matematik mereka dengan lebih mendalam. Murid-murid juga akan menjadi lebih mahir dalam aktiviti penyelesaian masalah. Seterusnya, murid boleh menerangkan konsep dan kemahiran serta kaedah penyelesaiannya kepada rakan atau guru mereka.

Berkomunikasi sesama sendiri atau dengan rakan sebaya, ibu bapa, orang dewasa dan guru dapat membantu murid menggambarkan, menjelaskan dan memperkukuhkan idea dan pemahaman matematik mereka. Bagi memastikan berlakunya proses penjanaan, perkongsian dan peningkatan pemahaman, murid perlu diberi peluang untuk membahaskan idea matematik mereka secara analitis dan sistematik. Komunikasi yang melibatkan pelbagai perspektif dan sudut pendapat membentu murid meningkatkan pemahaman matematik dengan lebih baik.

Aspek yang penting dalam komunikasi berkesan dalam matematik adalah keupayaan untuk memberikan penerangan dengan efektif dan memahami dan mengaplikasikan notasi matematik dengan betul. Murid perlu menggunakan laras bahasa dan simbol dengan matematik dengan betul bagi memastikan sesuatu idea matematik dapat dijelaskan dengan tepat. Komunikasi secara matematik juga melibatkan penggunaan pelbagai media seperti carta, graf, manipulatif, kalkulator, komputer dan lain-lain. Murid seharusnya dapat diberi peluang oleh guru untuk menggunakan media yang berbeza bagi menjelaskan idea matematik dan menyelesaikan masalah matemtik.

Dalam kelas Matematik, komunikasi dapat dipupuk melalui proses mendengar. Murid-murid mampu bertindak balas terhadap apa yang didengar menerusi penerangan guru. Seterusnya murid akan berfikir menggunakan pengetahuan Matematik mereka untuk membuat keputusan. Selain itu, komunikasi dalam Matematik dapat dipupuk melalui proses membaca. Hal ini berlaku apabila murid-murid berjaya mengumpul maklumat, menyusun dan membuat hubungkait antara idea dan konsep melalui bahan bacaan mereka. Selain itu, komunikasi dalam Matematik juga mampu dipupuk melalui aktiviti penulisan. Komunikasi ini berlaku apabila murid-murid membuat latihan pada lembaran kerja, buku aktiviti mahupun di papan tulis. Komunikasi dalam Matematik juga boleh dipupuk melalui aktiviti komunikasi verbal. Ini adalah melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan soal jawab semasa sesi penerangan guru.

Pada pendapat saya, tonggak kedua ini paling mudah diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam topik ukuran panjang dan penganggaran. Guru boleh melakukan aktiviti soal jawab, kuiz, teka teki dan bercerita. Dengan adanya komunikasi dalam menyampaikan sesuatu maklumat, maklumat tersebut akan lebih difahami. Guru boleh mengaplikasikan tonggak ini di peringkat set induksi dan peringkat perkembangan. Guru perlu menarik minat murid dengan bercerita atau bersoaljawab mengenai perbandingan ukuran objek-objek yang terdapat di dalam kelas. Sebagai contoh, guru menyoal murid-murid ukuran objek yang manakah paling panjang samaada meja tulis atau batang penyapu. Murid-murid akan memberikan jawapan anggaran mereka. Selepas itu guru akan mengeluarkan ukuran bukan piawai seperti batu bata, buku tulis dan batang lidi. Guru menerangkan bahawa panjang sesuatu objek boleh juga diketahui dengan menganggarnya menggunakan ukuran bukan piawai. Sebagai contoh, anggaran panjang sebuah meja tulis adalah bersamaan dengan empat biji batu bata atau bersamaan dengan lima buah buku tulis. Guru juga perlu menerangkan bahawa alat untuk mengukur sesuatu objek perlulah mempunyai saiz atau ukuran yang sama panjang. Dengan adanya komunikasi dalam matematik, maka matapelajaran ini lebih menarik dan mudah difahami.

Penilaian terhadap keupayaan murid untuk berkomunikasi secara matematik dengan berkesan perlu menunjukan bukti bahawa murid dapat menjana, menjelaskan dan berkongsi idea matematik melalui pelbagai bentuk komunikasi dalam pelbagai persekitaran. Murid yang sentiasa diberi peluang dan galakan untuk bercakap, membaca, menulis dan mendengar semasa pengajaran dan pembelajaran matematik, akan dapat berkomunikasi untuk mempelajari matematik dan belajar untuk berkomunikasi secara matematik.

Tonggak ketiga Penaakulan Matematik

Penakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matemati lebih bermakna. Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid. Penaakulan berupaya mengembangkan bukan sahaja kapisiti pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapisiti pemikiran kritis pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapisiti pemikiran kritis yang merupakan asas kepada pemahaman matematik secara mendalam dan bermakna. Bagi mencaapai objektif ini, murid harus dilatih dan dibimbing untuk membuat konjektur, membuktikan konjektur, memberi peneranagn logikal, menganalisa, membuat pertimbangan, menilai dan memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik. Selain itu, guru perlu menyediakan ruang dan peluang untuk perbincangan matematik yang bukan sahaja engaging tetapi membolehkan setiap murid terlibat dengaan baik.

Penaakulan boleh dilakukan secara induktif melalui aktiviti metematik yang melibatkan pengenalpastian pola dan membuat kesimpulan berdasarkan pola tersebut.

Elemen penaakulan dalam pengajaran dan pembelajaran mengelakkan murid dari menganggap matematik sebagai hanya satu set prosedur atau algoritma yang eprlu diikuti bagi mendapatkan penyelesaian, tanpa memahami konsep matematik yang sebenar. Penaakulan bukan sahaja mengubah paradigma murid dari sekadar belajar kepada berfikir, malah memberi pengupayaan intelektual apabila murid dibimbing dan dilatih untuk membuat konjektur, membuktikan konjektur, memberikan penerangan logikal, menganalisa, menilai dan memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik. Latihan sedemikin membentuk murid yang yakin dengan diri sendiri dan tabah selaras dengan hasrat untuk membentuk pemikir matematik yang berkeupayaan.

Penaakulan matematik adalah antara amalan kognitif dalam P&P matematik. Penaakulan merupakan suatu proses membuat penekaan dalam menentukan sesuatu penyelesaian bagi sesuatu masalah. Ini merupakan asas dalam membuat dan memahami Matematik. Penaakulan penting kepada murid-murid supaya mereka dapat mengembangkan bukan sahaja kapasiti pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran kritis yang merupakan asas kepada pemahaman matematik secara mendalam dan bermakna. Maka, pelaksanaan penaakulan matematik di sekolah rendah perlu diadakan secara berperingkat. Pendekatan induktif seperti yang dicadangkan oleh Stacey amat sesuai dalam pelaksanaan penaakulan matematik. Kefahaman murid terhadap konsep matematik yang sedang ditaakulkan boleh didengar dan cuba difahami oleh gurunya.

Penaakulan matematik boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik mengikut kesesuaian dan kreativiti guru itu sendiri. Murid-murid di sekolah rendah terutamanya masih lagi belum boleh menguasai kemahiran menaakul. Maka, guru amat memainkan peranan penting bagi memastikan murid-murid dapat berfikiran secara kritis dan kreatif. Guru-guru boleh menggalakkan murid untuk menaakul dengan memberikan soalan-soalan atau gambarajah yang berkaitan. Dari bahan-bahan tersebut guru dan murid akan bersoaljawab dan murid-murid akan memberikan pelbagai jawapan dan juga menyumbangkan idea. Sebagai contoh dalam pembelajaran topik ukuran, guru boleh mengajukan soalan seperti apakah alat pengukur bukan piawai yang boleh digunapakai dalam membuat anggaran ukuran panjang bagi sesuatu objek. Berdasarkan soalan yang diberi, murid akan memberikan pelbagai jawapan yang mereka rasakan bersesuaian. Guru pula perlu menerima kesemua jawapan yang diberi terlebih dahulu sebelum mempertikaikannya. Bahan bantu belajar seperti carta atau bahan maujud dapat membantu murid dalam menaakul. Guru boleh menanyakan soalan yang bercapah seperti apakah yang akan berlaku, mengapakan ianya boleh berlaku dan bagaimana perkara tersebut boleh diselesaikan. Sebagaimana para guru ketahui, matapelajaran matematik

amat luas untuk dipelajari. Maka, kemahiran menaakul amat penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Tonggak keempat Perkaitan Matematik

Dalam melaksanakan kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu diwujudkan supaya murid dapat mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural serta dapat mengaitkan topik-topik dalam matematik khususnya dan matematik dengan bidang lain secara amnya. Ini akan meningkatkan kefahaman murid dalam matemaatik dan menjadikan matemaatik lebih jelas, bermakna dan menarik bagi mereka.

Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang diskrit seperti penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa membuat kaitan antara bidang-bidang ini, murid akan belajar dan mengingati secara berasingan. Sebaliknya, dengan mengenali bagaimana konsep atau kemahiran dalm bidang yang erbeza berhubung kait antara satu sama lain, matematik akan dilihat dan dipelajari sebagai satu displin ilmu yang menyeluruh serta lebih mudah difahami.

Apabila idea matematik ini dikaitkan pula dengan pengalaman seharian di dalam dan di luar sekolah, murid akan lebih menyedari kegunaan, kepentingan, kekuatan dan keindahan matematik. Selain itu, murid berpeluang menggunakan matematik secara kontekstual dalam bidang ilmu yang lain dan dalam kehidupan seharian mereka. Model Matematik digunka untuk menerangkan situasi kehidupan sebenar secara matematik. Murid akan mendapati kaedah ini boleh digunakan untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah atau untuk meramalkan kemungkinan sesuatu situasi berdasarkan model matematik tersebut.

Setiap murid-murid harus mahir dalam kemahiran menghubungkait topik-topik dalam matematik. Guru perlu mewujudkan masalah berorientasikan kelas agar murid-murid peka dengan aplikasi matematik dlm kehidupan sebenar. Penekanan terhadap perkaitan matematik akan membantu murid-murid mengenalpasti bagaimana idea dari bidang berbeza dapat dikaitkan bersama. Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang diskrit seperti penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa membuat perkaitan antara bidang-bidang ini, murid akan belajar dan mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan. Apabila murid-murid mampu mengaitkan konsep Matematik dengan rutin kehidupan, mereka telah berjaya memahami tentang kepentingan Matematik. Apabila idea matematik ini dikaitkan dengan pengalaman seharian di dalam dan di luar sekolah, murid lebih menyedari kegunaan matematik.

Pada pendapat saya, tonggak keempat ini boleh diaplikasikan seawal peringkat set induksi lagi. Seperti yang para guru ketahui, set induksi merupakan langkah untuk menarik minat murid supaya terus berminat dan memberi perhatian kepada isi pelajaran seterusnya. Maka, pada peringkat ini, guru perlu lebih kreatif dan saya merasakan perkaitan matematik amat sesuai digunakan. Sebagai contoh, guru menyoal kepada murid-murid bahagian anggota badan yang manakah boleh dijadikan sebagai alat untuk mengukur panjang sesuatu objek. Guru menerangkan bahawa kita boleh menggunakan jari sebagai unit jengkal, tangan sebagai unit depa, kaki dan juga hasta. Selain itu, guru juga boleh mengaitkan kehidupan seharian murid dengan isi pelajaran. Contohnya, guru meminta murid untuk mengukur atau menganggar panjang peralatan yang terdapat di rumah mereka seperti meja makan, kain langsir, sudu dan sarung bantal menggunakan bahan pengukur seperti lidi, klip kertas dan pen. Murid-murid boleh membuat buku skrap hasil daripada ukuran panjang objek-objek tersebut. Buku skrap tersebut akan dinilai dan boleh dipamerkan di dalam kelas.

Tonggak kelima Aplikasi teknologi

Tonggak terakhir iaitu kelima ialah aplikasi teknologi. Kemahiran menggunakan teknologi merujuk kepada keupayaan mengguna dan mengendalikan alat matemaatik seperti abakus, kalkulator, komputer, perisian pendidikan, laman web di internet dan pakej pembelajaran untuk:

Membentuk dan memahami konsep matematik dengan lebih mendalam.

Membuat, menguji dan membuktikan konjektur.

Meneroka idea matematik.

Menyelesaikan masalah.

Ledakan kemajuan pelbagai teknologi di dalam kehidupan masa kini dan akan datang menjadikan elemen ini penting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pendedahan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik boleh dijaya diaplikasi kepada:

Belajar mengenai TMK

Murid diajar tentang pengetahuan dan kemahiran TMK dalam mengendalikan perkakasan dan perisian.

Belajar melalui TMK

Penggunaan TMK untuk mengases maklumat dan ilmu pengetahuan menggunakan media seperti CD-Rom, DVD-Rom, Internet dan lain-lain lagi.

Belajar dengan TMK

Guru dan murid menggunakan TMK sebagai alat mengajar dan belajar.

Pengajaran dan pembelajaran dengan TMK

boleh dijadikan sebagai akses untuk menjadi pembelajaran tersebut lebih menarik dan menyeronok. Murid boleh didedahkan dengan pelbagai maklumat komunikasi yang terkini dan penggunaan secara afektif akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Dunia kita sekarang menuju ke arah kemodenan. Guru-guru harus mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran. Tugas guru berubah dari penyampai ilmu pengetahuan kepada menjadi fasilitator pembelajaran. Oleh sebab itu guru perlu menggunakan teknologi maklumat dengan seoptimum mungkin untuk membantu murid memahami konsep-konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat serta membolehkan murid meneroka idea-idea matematik. Melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) seperti penggunaan kalkulator, computer, perisian pendidikan serta lama-laman web dalam internet ianya akan menghasilkan murid yang dapat berfikiran abstrak, keatif dan berasa yakin untuk bekerja sendirian ataupun berkumpulan. Ledakan maklumat,globalisasi dan konsep dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu digunakan secara berkesan dan optimum supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.

Penggunaan teknologi memberi banyak kelebihan kepada murid antaranya memberi perhatian serta memotivasikan mereka, meransang sifat ingin tahu pelajar, dan membantu memperkembangkan kaedah penyelesaian masalah mereka. Oleh itu guru seharusnya memanfaatkan sumber yang telah tersedia dalam bidang ini untuk membantu murid menguasai konsep dan menigkatkan kemahiran matematik mereka secara berterusan dan lebih berkesan. Pengajaran dan pembelajaran kadang kala menjadi lebih menarik dengan adanya penggunaan teknologi untuk menyampaikan isi pelajaran. Perisian pendidikan seperti power point banyak memudahkan guru dalam P&P. Guru boleh menggunakan slaid yang disertakan dengan gambar-gambar menarik atau memperdengarkan kepada murid lagu-lagu yang berkaitan dengan tajuk. Berdasarkan pengalaman saya, aplikasi teknologi dapat menarik perhatian terutamanya kepada murid-murid luar bandar. Ini kerana, mereka

kurang mendapat pendedahan mengenai teknologi yang ada pada masa kini. Maka, apabila guru mengaplikasikannya di dalam bilik darjah, tumpuan murid akan mencapai tahap yang optimum. Selain daripada itu, pihak sekolah juga telah menerima pelbagai jenis cakera padat ( CD ) pembelajaran daripada kementerian pendidikan. Saya dapati CD tersebut sangat membantu kerana ilustrasinya amat menarik dan sesuai dengan tahap murid-murid. Jadi, guru seharusnya sentiasa peka kepada persekitaran pembelajaran agar guru-guru tidak ketinggalan dalam arus kemodenan.

PENUTUP

Pembelajaran matematik dirancang bermatlamatkan pembentukan murid yang berfikrah matematik. Fikrah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) membawa pengertian yang sama dengan daya fikir dan pemikiran. Dalam konteks pendidikan matematik, fikrah matematik merujuk kepada kualiti murid yang dihasratkan untuk dilahirkan melalui sistem pendidikan matematik kebangsaan. Murid yang berfikrah matematik ini merupakan murid yang berkeupayaan melakukan matematik dan memahami matematik, serta mengaplikasikan secara bertanggungjawab, berpengetahuan dan berkemahiran matematik dalam kehidupan seharian berlandaskan sikap dan nilai matematik.

Guru seharunya memberi peluang kepada murid membentuk dan meneroka idea matematik secara mendalam melalui peluang dan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kesedaran harus dipupuk dan dikembangkan dalam kalangan murid bahawa idea matematik saling berkait, dan matematik merupakan ilmu yang menyeluruh; bukan cebisan pengetahuan yang terasing. Dengan kesedaran dan kefahaman sedemikian, pengertian tentang idea matematik menjadi lebih bermakna, dan seterusnya dapat meningkatkan keupayaan murid untuk mengaplikasikan matematik.

Guru perlu memberi peluang dan pengalaman pembelajaran pelbagai dengan menyediakan aktiviti yang melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran matematik, membentuk murid membentuk kefahaman mendalam tentang konsep matematik, dan membentuk pengertian yang lebih bermakna tentang idea matematik yang pelbagai. Berlandaskan kefahaman dan pengertian yang dibentuk, murid berupaya membuat perkaitan dan mengaplikasikan idea matematik, seterusnya menjadikan murid lebih yakin untuk meneroka dan mengaplikasikan matematik. Penggunaan bahan bantu mengajar, peralatan teknologi dan perlaksanaan tugasan, amali, kerja projek seharusnya dirangkum dalam pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk murid.

Pembelajaran Matematik yang berfikrah dijelmakan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berpandu kepada prinsip pembelajaran masteri dan pembelajaran berlaku secara akses dan terarah kendiri serta mengikut kadar sendiri.

Strategi pengajaran dan pembelajaran haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dn menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Pendekatan inkuri penemuan berpusatkan murid dengan berbantukan teknologi yang bersesuaian, tuntas dan berkesan digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman pembelajaran matematik menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar.

Proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah menggalakkan penggunaan menpelbagaikan kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.

Pemupukan sikap dan nilai murni perlu dipertimbangkan apabila merancang pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran. Penerapan nilai murni boleh dilakukan bersesuaian dengan konteks isi pelajaran yang terancang.

Unsur sejarah, patriotism, alam sekitar dan sains diterapkan mengikut kesesuaian tajuk untuk membolehkan murid menghayati matematik dan memberangsang lagi minat murid terhadap tajuk itu. Unsur sejarah ini boleh merupakan peristiwa tertentu tentang ahli matematik atau sejarah ringkas tentang sesuatu konsep atau simbol.

Untuk mempertingkatkan pemikiran murid yang analitis dan kreatif, penyelesaaian masalah yang dikemukan hendaklah bersesuaian dengan tahap murid. Di samping itu, murid juga digalakkan untuk berkomunikasi dan berani membuat keputusan.

Standard Pembelajaran yang tidak menunjukkan langkah pengajaran pembelajaran memberi peluang kepada guru menggunakan kreativiti dalam menyediakan persekitaran kondusif untuk murid membentuk konsep dan mengembangkan kemahiran, sikap dan nilai dalam matematik. Hal ini bertepatan dengan empat tonggak pendidikaan UNESCO iaitu belajar untk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi. Menerusi pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah adalah diharapkan hasrat KSSR untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial; warganegara yang bertanggungjawab; global player; dan pekerja berilmu akan tercapai.

RUJUKAN

http://www.moe.gov.my/bpk/

Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Perkembangan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR): Modul Teras Asas Matematik sekolah Kebangsaan tahun Dua. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah rendah (1992). Asas KBSR 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.