kuliah 1

21
Tamadun asia KULIAH 1 APAKAH ITU TAMADUN OBJEKTIF Di akhir unit ini anda akan: 1. mengetahui pentakrifan tamadun secara menyeluruh 2. mengetahui ciri-ciri tamadun serta elemen-elemen asas dalam pembentukan sesebuah tamadun 3. mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan, kejayaan dan keruntuhan tamadun KERANGKA 1. Definisi tamadun 2. Elemen-elemen asas pembentukan tamadun 3. Ciri-ciri tamadun yang utama 4. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan dan keruntuhan tamadun 5. Kesimpulan 1. DEFINISI TAMADUN 1

description

titas

Transcript of kuliah 1

Page 1: kuliah 1

Tamadun asia

 

KULIAH 1

APAKAH ITU TAMADUN

 

OBJEKTIF

Di akhir unit ini anda akan:

1.  mengetahui pentakrifan tamadun secara menyeluruh

2.  mengetahui ciri-ciri tamadun serta elemen-elemen asas dalam

pembentukan sesebuah tamadun

3.  mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan, kejayaan

dan keruntuhan tamadun

 

KERANGKA

1.  Definisi tamadun

2.  Elemen-elemen asas pembentukan tamadun

3.  Ciri-ciri tamadun yang utama

4.  Faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan dan keruntuhan tamadun

5.  Kesimpulan

 

1.  DEFINISI TAMADUN

Berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan

kesopanan tingkah laku.

Berpunca dari kata kerja “maddana” yang bererti memperhalus budi

bahasa dan memperelok tingkah laku.

Juga membawa erti membuka bandar.

1

Page 2: kuliah 1

Terbit pula perkataan “madinah” yang bermaksud bandar dan juga

“madani” iaitu orang yang berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat

halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku.

Kesimpulannya, istilah “tamadun” boleh ditakrifkan sebagai sejumlah

pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan

penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi,

akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga

sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau

negara bangsa. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian

satu bentuk budaya tinggi.

 2.  ELEMEN-ELEMEN ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN

Penempatan manusia di satu atau beberapa pusat bandar yang strategik.

Hayat penghidupan stabil yang panjang.

Wujud organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi,

sosialisasi dan pendidikan yang teratur dan sistematik.

Adanya satu bahasa atau bebarapa bahasa serumpun dengan sistem

tulisan tersendiri yang menjadi perantaraan komunikasi, perakaman,

penyampaian dan pewaris khazanah ilmunya.

Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal

perlakuan dan tindak tanduk anggota masyarakatnya.

Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan seperti seni, sastera, falsafah

dan lain-lain juga meningkatnya penciptaan sains dan teknologi.

3.  CIRI-CIRI TAMADUN

2

Page 3: kuliah 1

Mengikut pendapat Lucien Goldmann, unsur utama yang menjadi

pembeza antara sesebuah dengan tamadun yang lain ialah pandangan

semesta (world view/weltanschauung).

Secara umumnya, pandangan semesta merupakan satu konsep

mengenai alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui

satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai tertentu.

Syed Naquib al-Attas : pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan

akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek

akhirat. Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islam ialah

pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati

manusia mengenai kewujudan seluruh alam.

Ibn Khaldun mengatakan bahawa suasana persekitaran merupakan unsur

terpenting dalam membentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat.

Berdasarkan konsep pandangan semesta, tamadun manusia secara

tipologi dapat dibahagikan kepada empat ciri yang utama :

i.  tamadun materialistik

ii.  tamadun intelektual

iii.  tamadun mistik

iv.  tamadun berasaskan wahyu

Namun dalam perkembangan sesebuah tamadun, terdapat tahap-tahap

peningkatannya yang boleh diukur berdasarkan dua asas utama iaitu;

a)     pencapaian fizikal ; boleh dilihat dari segi penubuhan sebuah

kerajaan atau   empayar yang luas  melalui penggabungan beberapa

pusat perbandaran yang berdekatan, peluasan sempadan atau melalui

penaklukan.

b)     pencapaian intelektual ; boleh diliaht dari segi penemuan fikiran yang

baru ataupun penemuan, penyuburan dan penafsiran kembali fikiran yang

lama yang membuahkan sistem falsafah, pemikiran, sains dan teknologi.

3

Page 4: kuliah 1

2.3 TAMADUN INDIA

Pandangan semesta Tamadun India pula, ialah mengembangkan pandangan

semesta yang dapat mengharmonikan kecenderungan-kecenderungan berkonflik

dan lain-lain unsur kepelbagaian fenomena dunia. Tamadun India juga

menekankan sifat perpaduan di satu peringkat dan sifat majmuk-relativisme di

peringkat lain.

Pandangan semesta ini lebih bersesuaian dengan unsur-unsur kompleks yang

terdapat dalam realiti sosial. Jadi, di dalam Tamadun India mereka bersedia

untuk menerima pelbagai sistem, corak kehidupan sosial dan kepercayaan-

kepercayaan. Ia tidak menuntut atau diganggu oleh prinsip moral yang terlibat

dengan kepercayaan bahawa ia mempunyai kebenaran. Pandangan semesta ini

membenarkan seseorang memilih cara berfikir dan melakukan tindakan

tersendiri. Oleh yang demikian, kontradikasi diterima sebagai unsur kehidupan

yang tidak dapat dielakkan. Perspektif ini menunjukkan bagaimana India dapat

menerima dan mengekalkan pelbagai tradisi, pandangan dan pemikiran yang

sering berbeza.

Sikap menerima kepelbagaian, perbezaan dan kontradikasi dalam tradisi

sosiobudaya merupaka asas pandangan semesta India yang asal. Ia

menekankan hakikat bahawa terdapat cara berfikir, cara hidup dan cara

membuat sesuatu yang berbeza dan alternative walaupun ia bertentangan satu

sama lain. Sifat ini membenarkan kepelbagaian dan menerima hakikat bahawa

kontradikasi bukan sahaja boleh wujud bersama tetapi harus wujud bersama

kerana dalam dunia benar semua benda dan perkara tidak diaturkan dalam satu

sistem yang teratur, seimbang dan bersepadu. Jadi, tradisi ini tidak menuntut

bahawa bagi dua perkara untuk wujud bersama mereka tidak mempunyai unsur-

unsur yang bertentangan. Dalam perkembangan tradisi agama didapati dewa-

dewi yang terpenting pada Zaman Veda Awal dengan beribu-ribu mazmur suci

dicipta dan pelbagai upacara pengorbanan diadakan. Tradisi India menerima

4

Page 5: kuliah 1

semua ini dengan kepercayaan bahawa mereka ialah unsur-unsur benar

Hinduisme. Sama ada ia plisteisme atau monoteisme mahupun Vaisnavisme

atau Saivisme semuanya adalah sama bagi seorang Hindu kerana mereka ialah

perwakilan simbolik realiti agama yang sama.

Dewa-dewi politeistik dianggap sebagai penjaga nilai-nilai manusia seperti

kesihatan, kekayaan, panjang umur, kemasyhuran dan kejayaan serta mereka

boleh merayu kepada dewa-dewi supaya menghuraikan nilai-nilai ini. Konsep

bahawa dewa-dewi menjaga sesuatu yang dikehendaki oleh manusia

merupakan cara menegakkan nilai-nilai manusia dan memberi sifat-sifat

kerohanian kepadanya.

Tamadun India juga menyaksikan kedatangan dua agama utama iaitu Islam dan

Kristian dengan tradisi, kepercayaan dan amalan masing-masing. Kedua-dua ini

wujud bersama dengan kepercayaan dan amalan Hindu. Orang-orang India

menerima semua ini dengan semangat serta minda yang membenarkan

perbezaan dan kontradikasi. Di samping itu juga, orang-orang India yang

memeluk kedua-dua agama ini kekal dengan pandangan, unsur dan amalan

Hindu. Misalnya prasangka-prasangka kasta, ketidakbenaran perkahwinan

semula balu, penyembahan patung dan amalan upacara diteruskan.

Sistem pemikiran falsafah Hindu terdapat enam aliran iaitu Sankhya, Yoga,

Nyaya, Vaiseika, Mimamsa dan Vedanta. Sankhya membincangkan 25 tattva

atau prinsip yang menyumbang kepada penciptaan manakala Yoga menekankan

kawalan badan dan pancaindera sebagai cara mencapai pengetahuan benar

tentang Realiti Agung. Nyaya berdasarkan kepada logik jadi penekanan terhadap

pemikiran yang jelas dan logik adalah cara mencapai kegembiraan teragung.

Vaiseika menyatakan tentang penciptaan duniawi dari atom dan pelepasan dari

kehidupan duniawi. Kuasa dan undang-undang dalam kitab Veda dibincangkan

oleh Mimamsa manakala Vedanta mencadangkan kewujudan Roh Mutlak dalam

semua benda bertujuan untuk mencapai penyatuan roh individu dengan roh

5

Page 6: kuliah 1

duniawi.

Penerimaan unsur-unsur perbezaan dalam aspak agama membawa kesan

positif bagi masyarakat India yang tidak mengalami sebarang pergolakan agama

dalam sejarahnya. Tetapi sifat penerimaan yang terlihat dalam kehidupan sosial

membawa kesan negatif terhadap seseorang individu dan sesuatu kumpulan

yang menjadi mangsa diskriminasi dan penghinaan. Terdapat sebilangan

manusia yang dianggap sebagai orang yang tidak boleh disentuh dan didekati,

diasingkan dan dikehendaki tinggal di kawasan terpencil, didiskriminasikan dan

dieksploitasi. Masyarkat India tidak memperdulikan ketidakseimbangan dan

ketidakadilan yang berlaku di hadapan mereka walaupun tradisi bhakti

menekankan persamaan manusia di sisi Tuhan. Ada yang cuba menggunakan

konsep karma yang menyatakan bahawa kelahiran seseorang ditentukan oleh

perbuatannya dalam kehidupan lalu iaitu sebelum kehidupan ini. Ini merupakan

usaha golongan yang menikmati kehidupan yang baik menjustikasikan

kedudukan mereka.

Aspek politik pula membincangkan konsep rajadharma atau tugas-tugas yang

diwajibkan bagi seorang pemerintah atau kerajaan. Terdapat tugas dan

tanggungjawab pemerintah bererti golongan yang diperintah mempunyai hak-hak

tertentu untuk menuntut perhatian kerajaan. Rakyat yang setia dan membayar

cukai mempunyai hak untuk menggantikan pemerintahan atau kerajaan yang

kejam atau tidak cekap. Jadi tekanan terhadap obligasi atau tanggungjawab

antara satu sama lain penting dalam hubungan antara kerajaan dan rakyat.

Oleh sebab itu, sikap penerimaan yang menjadi asas pandangan semesta India

mempengruhi pemikiran orang India sehingga mereka menerima idea,

pandangan, amalan dan kehidupan yang berbeza.

2.1 TAMADUN ISLAM

6

Page 7: kuliah 1

Berdasarkan kefahaman saya, Tamadun Islam ialah tamadun yang bertitik

pusatkan kepada tiga konsep asas iaitu konsep manusia, konsep masyarakat

serta konsep sejarah.

Bagi konteks manusia ,antara persoalan pokok adalah “Dari mana kita datang?”,

“Kenapa kita didatangkan?” “Dan kenapa kita akan pergi?” Sebenarnya, jawapan

keapad soalan-soalan seperti inilah yang akan membawa kepada pembentukkan

tamadun tersendiri. Antara perkara penting yang ditekankan ialah

tanggungjawab yang wajib dilaksanakan sbagai seorang makhluk dalam

kehidupan di dunia ini. Konsep manusia di dalam Tamadun Islam membawa

pengertian yang mendalam. Hal ini dapat dikatakan bahawa manusia merupakan

punca kepada penciptaan alam atau dengan pengertian yang lain, Allah S.W.T.

hendak menjadikan manusia, maka menyebabkan alam ini diciptakan. Manusia

merupakan makhluk yang sempurna kerana manusia mempunyai akal fikiran

dan tanggungjawab menjadi khalifah Allah S.W.T di muka bumi.

Seperti yang diketahui, Al-Quran merupakan sumber rujukan yang penting dalam

melihat asal-usul kejadian manusia dan sudah pastinya berbeza dengan teori

dan pandangan yang dikemukakan oleh Charles Darwin (1802-1889) yang

menyatakan manusia lengkap itu terbentuk hasil dari perkembangan secara

evolusi yang berasal dari beruk atau monyet dan secara beransur-ansur menjadi

manusia. Secara amnya manusia diciptakan melalui setitis air mani. Kemudian

terjadinya segumpal darah dan secara beransur-ansur kejadian manusia

terbentuk.

Kehidupan manusia sebenarnya mempunyai dua unsur utama iaitu jasmani dan

rohani. Kedua-dua aspek ini dikenali sebagai fitrah manusia. Dari sudut

jasmaninya, manusia memerlukan perkara-perkara asas dalam kehidupan

termasuklah pakaian, makanan, tempat tinggal dan sebagainya. Dari sudut

rohani pula, manusia memerlukan sesuatu sebagai pegangan dan dari sudut ini

agama merupakan sumber pegangan yang paling asas.

7

Page 8: kuliah 1

Konsep masyarakat di dalam tamadun Islam pula terbahagi kepada tiga iaitu hak

untuk hidup, hak untuk bebas, maruah dan hak peribadi. Nilai diri dan nama baik

seseorang tidak boleh dijatuhkan dan setiap individu tidak dibenarkan mencari

keburukan orang lain dengan tujuan untuk menjatuhkan maruah dan harga diri.

Selain maruah, hati dan perasaan seseorang juga merupakan hak peribadinya

yang tidak boleh diganggu atau disakiti.

Konsep masyarakat ini telah menjadi asas dalam Tamadun Islam yang

menyatakan bahawa bukan sahaja hak individu yang harus dihargai, malah

seseorang itu juga harus bebas dalam melahirkan pendapat atau dalam konteks

yang lebih luas, sesuatu bangsa bebas untuk mewujudkan kedaulatan

bangsanya. Walaubagaimanapun, kebebasan ini haruslah berada di dalam

lingkungan syariat Islam dan bukanlah kebebasan mutlak yang tidak ada garis

sempadan.

Tamadun Islam telah melahirkan idea mengenai ummah atau jemaah Islam di

mana kerjasama serta bantu-membantu menjadi pendokong yang paling penting

dalam mewujudkan sebuah masyarakat dan tamadun yang agung.

Walaubagaimanapun, tamadun Islam masih juga memberi ruang yang besar

serta kebebasan kepada kalangan anggota masyarakatnya yang bukan Islam.

Masyarakat Islam boleh ditakrifkan sebagai kelompok manusia yang hidup dalam

lingkungan kebudayaan Islam dan dianggap oleh kelompok tersebut sebagai

kebudayaan. Konsep masyarakat Islam bukan tumbuh dari pengalaman,

pengetahuan, penemuan atau perkembangan pemikiran manusia, namun ia

diturukan sebagai wahyu melalui Nabi Muhammad S.W.T.

Kepentingan sejarah dalam Tamadun Islam adalah sangat jelas. Misalnya

sebahagian dari ayat-ayat Al-Quran merupakan peristiwa-peristiwa sejarah.

Kepentingan serta keagungan sejarah ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan

dengan fitrah manusia seperti sifat marah, lupa dan sebagainya. Sejarah

manusia dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi Muhammad S.W.T telah dikupas di

8

Page 9: kuliah 1

dalam Al-Quran. Malahan Al-Quran juga berfungsi sebagai satu ‘dokumen’

sejarah yang mencatatkan berbagai peristiwa yang tidak dapat diketahui oleh

manusia secara tepat. Kisah-kisah daripada Al-Quran merupakan kisah sejarah

yang tepat, benar dan mengandungi pengajaran-pengajaran yang tertentu

4.  FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN DAN

KERUNTUHAN TAMADUN

Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang dilihat mendorong kepada

kemunculan sesebuah   tamadun adalah seperti berikut;

1.  Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan oleh

kedudukannya yang strategik yang boleh mewujudkan penempatan

masyarakat dan juga mudah untuk memperolehi sumber-sumber

semulajadi bagi menampung kehidupan masyarakatnya. Contoh;

kemunculan Tamadun China di Lembah Huang-He dan Yong Tse,

Tamadun India di Lembah Ganges, Tamadun Mesia di Lembah Nil

dan Melaka di Selat Melaka.

2.  Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana

amalan daripada ajaran-ajaran agama mendorong manusia supaya

menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni. Ini secara

tidak langsung telah menjadikan manusia menuju kepada

kehidupan yang bertamadun. Kemunculan Tamadun Islam

umpamanya telah dipengaruhi oleh ransangan nilai-nilai murni

berdasarkan cara hidup Islam yang sempurna.

3.  Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni

memandangkan masyarakat yang menghayati nilai-nilai murni

9

Page 10: kuliah 1

sudah pasti mendorong kepada sifat kecintaan kepada ilmu dan

nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan,

berdisiplin dan sebagainya. Pemimpinnya juga mengamalkan nilai-

nilai murni dalam kehidupan seperti tidak rasuah, berhemat,

bertanggung jawab dan jujur yang seterusnya mendorong

rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara.

Umpamanya; Plato dan Aristotle dalam Tamadun Yunani, kung Fu-

Tze dalam Tamadun China, Kautilya dalam Tamadun India serta

al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Tamadun

Islam.

4.  Kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang dibelenggu

keperitan dan kesengsaraan menggalakan masyarakatnya

bekerjasama menggembling tenaga untuk melepaskan diri mereka

daripada belenggu tersebut. Ini akhirnya menjadikan sesebuah

masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan

kehidupan mereka. Umpamanya kebangkitan Jepun seringkali

dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan

mereka dalam Perang Dunia Kedua.

5.  Interaksi antara tamadun. Sikap ingin mewujudkan saling

berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain merupakan ransangan

kepada kehidupan bertamadun. Ini kerana sikap toleransi kepada

sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap

terbuka untuk menerima nilai-nilai yang baik daripada tamadun-

tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan

tamadun baru. Tamadun Islam umpamanya menerima sumber-

sumber ilmu daripada Tamadun China, India, Parsi dan

sebagainya.

Bagaimanapun, setiap tamadun dalam sejarah manusia mengalami

zaman kemerosotan masing-masing. Menurut pendapat Ibn Khaldun,

10

Page 11: kuliah 1

kemerosotan sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh putaran sejarah.

Pada awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai murni tetapi

selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan

kemewahan dan penyelewengan.

Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa sesebuah tamadun

merosot bukanlah disebabkan oleh hukum sejarah. Kemerosotan boleh

dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan

nilai-nilai yang baik.

Berdasarkan kepada sejarah, sesebuah tamadun merosot disebabkan

oleh faktor-faktor berikut;

1.  Wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara

yang miskin dan kaya.

2.  Berleluasanya penindasan dan kezaliman

sehingga hak-hak asasi manusia diketepikan.

3.  Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat

terutama di kalangan pemimpin.

4.  Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima

perubahan terutamanya dari segi sains dan teknologi,

struktur politik, ekonomi dan sosial. Ini kerana sikap

tertutup ini menghalang kepada peningkatan daya

kreativiti dan seterusnya menyebabkan masyarakat

tersebut hidup dalam kemunduran. Tamadun Islam

Uthmaniyyah misalnya, runtuh kerana sikap tertutup

mereka yang tidak mahu menerima perubahan

teknologi dan sosial.

11

Page 12: kuliah 1

5.  Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang

menyebabkan kerosakan besar-besaran.

Bagaimanapun, faktor ini adalah diluar kemampuan

manusia untuk menghalangnya daripada terjadi.

5.  KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri

asasnya yang utama dan ciri-ciri tersebutlah menjadi jati diri bagi

sesebuah tamadun. Ada tamadun yang dikaitkan dengan bangsa,

ada tamadun yang dikaitkan dengan agama dan ada tamadun yang

dikaitkan dengan budaya. Satu hal yang penting ialah dalam

memperkatakan perkembangan sesebuah tamadun, kita tidak

dapat lari daripada membicarakan proses interaksi antara tamadun

atau peradaban. Ia merupakan satu proses yang lumrah dalam

mana-mana tamadun di dunia ini sebagaimana pendapat seorang

sarjana Jepun, Nyozaken Hasegawa;

“without contact, fusion, inheritence and transmission of various

     different cultures, civilization would undergo no development.”

 

SOALAN PEMAHAMAN

1. Apakah maknanya “tamadun” dan bagaimanakah dapat kita mengenali

sesuatu tamadun?

2.  Mengapakah sesetengah tamadun dapat berkembang dengan pesat,

manakala tamadun yang lain runtuh dan musnah?

 

12

Page 13: kuliah 1

RUJUKAN

Ibn Khaldun, 1995. Mukadimah (Terjemahan DBP), Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Abul Hassan Ali Nadwi, 1980. Religion and Civilization, Lucknow: Academy of

Islamic Research and Publications.

Schweitzer, A., 1955. Civilization and Ethics, London: Adams & Charles Black.

 

atas

INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI

TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam

hubungan kekeluargaan.

Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan

tanggungjawab.

Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di

dalam kandungan.

- Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-

anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran.

- Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah

terletak pada keredhaan ibu bapa.

- Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam.

TAMADUN CHINA

-Keluarga merupakan unit asas dalam tamadun China.

13

Page 14: kuliah 1

-Ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun China-pentingkan hubungan

kasih sayang dan hierarki kuasa.

-Konsep ‘li’ menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia:-

a) hubungan maharaja dengan rakyat

b) hubungan bapa dengan anak

c) hubungan abang dengan adik

d) hubungan suami dengan isteri

e) hubungan kawan dengan kawan

-Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa.

-Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina

mengadakan upacara mengingati nenek moyang-bertujuan mengucapkan terima

kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah

meninggal.

TAMADUN INDIA

-Unit penting dalam tamadun India.

-Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan

yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat.

-Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem

kekeluargaan India.

-Walaupun hubungan darah yang dikiradaripada anggota lelaki daripada

keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih

penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa

hormat.

KOMUNITI

TAMADUN ISLAM

-Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam tamadun Islam.

Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan

14

Page 15: kuliah 1

kekerabatan, malah hubungan sesama agama(ukhwah) dan hubungan sesama

manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan

Islam.

-Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap

jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut.

-Asas hubungan individu dalam Islam:-

a) ikatan kekerabatan

b) persamaan agama

c) ikatan kemanusiaan

-Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian

bermaksud sama rata.

-Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud sistem kelas dalam

masyarakat-tidak membezakan kdudukan lelaki dan wanita.

-Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan.

Ini bermakna fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaan

yang sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya.

TAMADUN CINA

-Pembentukan komuniti cina banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan

masyarakat cina-kuasa lelaki dan bapa.

-Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah.

-Sistem kelas dalam komuniti ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran.

TAMADUN INDIA

-Berbeza daripada tamadun lain, komuniti dalam tamadun India mempunyai

peraturan yang ketat.

-Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta.

-Penentuan kasta seseorang adala secara ascribed iaitu diwarisi daripada nenek

moyang.

-Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan dan

layanan yang patut diberikan kepada individu tersebut.

15

Page 16: kuliah 1

-Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupan dalam komuniti.

-Konsep dharma ditekankan dalam hubungan sesama anggota masyarakat.

-Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus

dilakukan oleh setiap anggota.

16