Laporan akhir hp kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme

8
DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM (HHHC9401) KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA: SITI SAFIAH RASYIDAH BT MUSTAPA NO. MATRIK : A146385 FAKULTI : TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT PENSYARAH : DR. SYAIMAK BT ABDUL SHUKOR

Transcript of Laporan akhir hp kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme

Page 1: Laporan akhir hp kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme

DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM

(HHHC9401) KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

NAMA: SITI SAFIAH RASYIDAH BT MUSTAPA NO. MATRIK : A146385FAKULTI : TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMATPENSYARAH : DR. SYAIMAK BT ABDUL SHUKOR

Page 2: Laporan akhir hp kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka surat1. Pengenalan program 3

1.1 Latar belakang program 31.2 Misi program 41.3 Visi program 41.4 Objektif program 4

2. Sumbangan dalam aktiviti 43. Hasil pembelajaran 54. Kesimpulan 6

2

Page 3: Laporan akhir hp kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme

1 PENGENALAN PROGRAM

PROGRAM : BENGKEL GAFE ( GOOGLE APPLICATION FOR EDUCATION )

TEMPOH PROGRAM : 9 APRIL 2015 – 27 MEI 2015

TEMA PROGRAM : “ INSPIRING GOOGLE KNOWLEDGE ˮ

ANJURAN : KELAB INFORMATIK FTSM, UKM

PENASIHAT PROGRAM : DR. SHEREENA BINTI MOHD ARIF

KETUA PENGARAH : MOHD AFAA BIN AHMAD

TARIKH : 25 & 27 MEI 2015 ( 8 – 11 MALAM )

TEMPAT : MAKMAL KHAS 1, FTSM, UKM

JAWATAN : EXCO PROTOKOL & PESERTA

1.1 LATAR BELAKANG PROGRAM

Bengkel GAFE ini dirancang di peringkat kelab sebagai platform bagi memberi persedian kepada aktiviti yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang iaitu Bengkel pengajaran Google untuk guru. Dan apa yang dipelajari daripada bengkel GAFE ini akan diaplikasikan pada bengkel pengajaran untuk guru yang mana ahli kelab Informatik sendiri yang akan mejadi tenaga pangajar semasa bengkel itu berlangsung nanti.

Selain itu, bengkel GAFE ini juga merupakan salah satu langkah Kelab Informatik dengan kerjasama seorang pelajar UKM iaitu SC Kim yang menjadi Google Student Ambassador (GSA) bagi memperkenalkan dan mendedahkan kepada ahli kelab tentang aplikasi Google. Melalui program ini ahli kelab akan dapat meningkatkan kemahiran mereka yang sedia ada dalam menggunakan produk Google dan berkongsi pengetahuan yang mereka perolehi dengan yang lain.

3

Page 4: Laporan akhir hp kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme

1.2 MISI PROGRAM :

Mengadakan bengkel GAFE sebagai satu platform persediaan untuk ahli kelab mempelajari dan berkongsi pengetahuan yang diperoleh dengan yang lain.

1.3 VISI PROGRAM :

Mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam Bengkel GAFE yang akan datang iaitu GAFE for teacher.

1.4 OBJEKTIF PROGRAM :

Mempromosikan produk Google serta memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang aplikasi Google.

Memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang Google Student Ambassador (GSA) .

Melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dalam menggunakan teknologi maklumat yang ada pada masa kini, berdaya saing dan bertanggungjawab di peringkat fakulti, universiti, kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

2 SUMBANGAN DALAM AKTIVITI

Mendapatkan tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti.- Mencari tempat yang mempunyai kemudahan untuk menggunakan komputer dan

Internet.

Menyiapkan surat tempahan makmal untuk melakukan aktiviti.- Menyiapkan satu surat tempahan makmal untuk mendapatkan kelulusan dari Dekan

FTSM.

4

Page 5: Laporan akhir hp kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme

3 HASIL PEMBELAJARAN

Meningkatkan nilai kebertanggungjawaban dalam diri saya.- yang mana saya telah menyempurnakan tugas yang diamanahkan iaitu mencari tempat untuk melakukan aktiviti dan mendapatkan kelulusan daripada Dekan untuk menggunakan makmal.

Memupuk sikap bekerjasama dalam diri saya iaitu saling tolong menolong dalam melengkapi tugasan masing masing agar program berjalan dengan lancar. - yang mana saya selaku AJK Protokol dan juga AJK Kelab Informatik ini sendiri telah berjumpa dengan pensyarah kelab untuk bertanyakan mengenai perjalanan program ini dan hasil daripada perjumpaan tersebut saya telah kongsikan dengan Ahli Majlis Tertinggi Kelab.

Mengikuti etika bermesyuarat.- yang mana saya akan cuba untuk menghadirkan diri setiap kali mesyuarat dibuat untuk membincangkan mengenai status perkembangan program.

Belajar mengenai etika dan format yang betul dalam berurusan dengan orang atasan. - yang mana surat tempahan yang dihantar tidak diterima oleh pegawai di pejabat dekan kerana bersifat tidak formal dan dikehendaki untuk membuat surat yang baru.

Menunjukkan tingkah laku yang professional dengan memikirkan jalan penyelesaian yang sesuai iaitu : - dengan bertanya kepada pegawai tersebut tentang kekurangan yang terdapat dalam surat tersebut - dan mendapatkan contoh format yang betul daripada rakan dari PERTAMA untuk dibuat rujukan.

Dan yang terakhir, saya dapat rasakan tugasan ini banyak melatih saya untuk memupuk aspek nilai, sikap, etika dan profesionalisme yang dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya.

5

Page 6: Laporan akhir hp kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme

4 KESIMPULAN

Sebagai salah seorang AJK dan ahli kelab yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini, saya berasa sangat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan semua ahli yang lain. Dan hasil daripada penerapan aspek nilai, sikap, etika dan profesionalisme dalam program ini, Bengkel GAFE ini telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul semasa dalam proses perancangan dan pengendalian bengkel ini tetapi masalah tersebut telah berjaya diatasi kerana setiap ahli menunjukkan sikap dan kerjasama yang baik dalam menanangani masalah tersebut iaitu dengan sama- sama berfikir dan mengutarakan pendapat dan jalan penyelesaian masing-masing. Dan sememangnya dengan adanya penerapan nilai, sikap, etika dan profesionalisme dalam sesebuah organisasi maka segala apa yang dirancang pasti akan berjalan dengan lancar dan seiring dengan apa yang dirancang dan diharapkan.

6