LAPORAN KRITIS

3
LAPORAN KRITIS – PERISIAN NOTASI Perisian notasi merupakan satu perisian yang membantu di dalam penulisan notasi secara tradisional iaitu dengan menggunakan pen atau pensel dan juga kertas baluk. Tetapi penulisan notasi tradisional mempunyai beberapa kelemahan iaitu, tulisan notasi yang tidak jelas dan sukar dibaca. Selain itu jika penulisan ini digunakan di dalam pengajaran di sekolah ia mengambil masa yang lama untuk melukis baluk dan menulisnya. Oleh itu dengan kemajuan teknologi abad-21 telah muncul pelbafai perisian notasi yang boleh membantu di dalam penulisan notasi iaitu Sibelius, Finale, MagicScore Maestro, Forte Home dan lain-lain perisian notasi. Hasil dari pembacaan saya di salah sebuah laman sesawang, perisian Sibelius First 7 merupakan salah satu perisian notasi yang terbaik untuk digunakan tetapi perisian ini lebih mudah jika digunakan oleh penulis dan penggubah lagu kerana ciri-cirinya yang lebih membantu dalam penulisan lagu. Tetapi perisian Finale adalah perisian terbaik untuk digunakan sebagai alat bahan bantu mengajar kerana perisian ini dilengkapi dengan Educator Tool yang digunakan untuk mencipta kertas soalan muzik. Oleh itu perisian notasi Finale merupakan perisian yang paling sesuai digunakan oleh guru muzik untuk tujuan pendidikan. Pembelajaran penggunaan perisian Finale turut digunakan di dalam kursus pendidikan guru di Institut Pendidikan Guru bagi guru pelatih Pendidikan Muzik. Maka kemahiran penggunaan perisian ini telah diterapkan dalam kalangan guru-guru muda di sekolah rendah. Kebaikan menggunakan perisian notasi ini sebagai alat bantu mengajar adalah guru dapat memaparkan paparan notasi kepada murid-murid dengan menggunakan pancaran LCD. Dengan ini notasi sesebuah lagu dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid-murid berbanding tulisan tangan. Selain itu perisian notasi boleh membunyikan notasi yang dipaparkan dengan membunyikan alat yang telah ditetapkan oleh guru. Dengan ciri-ciri ini murid akan lebih terdedah dengan pembelajaran yang berteraskan teknologi yang menarik dan menyeronokkan selain dari memudahkan guru untuk menjalankan pengajaran di dalam kelas. Selain itu jika guru hendak memperbanyakkan notasi yang ditulis untuk diberikan kepada murid, guru hanya perlu mencetak notasi tersebut mengikut jumlah murid yang berada di dalam kelas. Setiap kebaikan masih wujud kelemahan dengan menggunakan teknologi ini. Teknologi perisian berfungsi apabila terdapat sumber elektrik yang boleh

description

teknologi muzik PISMP

Transcript of LAPORAN KRITIS

Page 1: LAPORAN KRITIS

LAPORAN KRITIS – PERISIAN NOTASI

Perisian notasi merupakan satu perisian yang membantu di dalam penulisan notasi

secara tradisional iaitu dengan menggunakan pen atau pensel dan juga kertas baluk. Tetapi

penulisan notasi tradisional mempunyai beberapa kelemahan iaitu, tulisan notasi yang tidak

jelas dan sukar dibaca. Selain itu jika penulisan ini digunakan di dalam pengajaran di sekolah ia

mengambil masa yang lama untuk melukis baluk dan menulisnya.

Oleh itu dengan kemajuan teknologi abad-21 telah muncul pelbafai perisian notasi yang

boleh membantu di dalam penulisan notasi iaitu Sibelius, Finale, MagicScore Maestro, Forte

Home dan lain-lain perisian notasi. Hasil dari pembacaan saya di salah sebuah laman

sesawang, perisian Sibelius First 7 merupakan salah satu perisian notasi yang terbaik untuk

digunakan tetapi perisian ini lebih mudah jika digunakan oleh penulis dan penggubah lagu

kerana ciri-cirinya yang lebih membantu dalam penulisan lagu. Tetapi perisian Finale adalah

perisian terbaik untuk digunakan sebagai alat bahan bantu mengajar kerana perisian ini

dilengkapi dengan Educator Tool yang digunakan untuk mencipta kertas soalan muzik. Oleh itu

perisian notasi Finale merupakan perisian yang paling sesuai digunakan oleh guru muzik untuk

tujuan pendidikan. Pembelajaran penggunaan perisian Finale turut digunakan di dalam kursus

pendidikan guru di Institut Pendidikan Guru bagi guru pelatih Pendidikan Muzik. Maka

kemahiran penggunaan perisian ini telah diterapkan dalam kalangan guru-guru muda di sekolah

rendah.

Kebaikan menggunakan perisian notasi ini sebagai alat bantu mengajar adalah guru

dapat memaparkan paparan notasi kepada murid-murid dengan menggunakan pancaran LCD.

Dengan ini notasi sesebuah lagu dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid-murid berbanding

tulisan tangan. Selain itu perisian notasi boleh membunyikan notasi yang dipaparkan dengan

membunyikan alat yang telah ditetapkan oleh guru. Dengan ciri-ciri ini murid akan lebih

terdedah dengan pembelajaran yang berteraskan teknologi yang menarik dan menyeronokkan

selain dari memudahkan guru untuk menjalankan pengajaran di dalam kelas. Selain itu jika guru

hendak memperbanyakkan notasi yang ditulis untuk diberikan kepada murid, guru hanya perlu

mencetak notasi tersebut mengikut jumlah murid yang berada di dalam kelas.

Setiap kebaikan masih wujud kelemahan dengan menggunakan teknologi ini. Teknologi

perisian berfungsi apabila terdapat sumber elektrik yang boleh menghidupkan komputer. Jika

tiada bekalan elektrik maka penggunaan perisian di dalam pengajaran di dalam kelas tidak

dapat di jalankan.

Page 2: LAPORAN KRITIS

LAPORAN KRITIS – PERISIAN RAKAMAN AUDIO

Teknologi rakaman audio semakin membangun seiring dengan perkembangan semasa.

Dari teknologi rakaman audio piring hitam hingga teknologi rakamaan audio digital banyak

mempengaruhi gaya kehidupan seharian. Penggunaan teknologi rakaman ini adalah penting

bagi seorang guru muzik kerana dengan bantuan rakaman audio memudahkan guru

menjalankan proses pengajaran di dalam kelas. Tetapi tidak semua bahan rakaman audio

membantu di dalam pengajaran di dalam kelas kadangkala guru perlu merakam sendiri bahan

pengajaran untuk kesesuaian cara pengajaran guru di dalam kelas.

Oleh itu di pasaran terdapat banyak perisian rakaman yang dijual untuk membantu para

guru serta pengkarya muzik. Antara perisian yang sering digunakan untuk tujuan rakaman

audio ialah Cubase Steinberg, Magix Music Maker, Reason Essentials, Pro Tools, Sonar dan

lain-lain perisian. Perisian terbaik bagi menjalankan sebuah produksi rakaman lagu adalah

Cubase Steinberg Elements di mana perisian ini mempunya ciri-ciri lengkap untuk membina

sebuah album lagu. Tetapi dengan pembacaan saya, perisian yang terbaik bagi tujuan rakaman

adalah perisian Sonar X3 iaitu salah sebuah perisian yang mudah dikendalikan berbanding

perisian yang lain. Ini kerana penggunaan perisian Sonar ini telah di dedahkan kepada guru

pelatih di Institut Pendidikan Guru. Oleh itu memudahkan guru pelatih mengaplikasikan perisian

ini di dalam pengajaran di dalam kelas.

Dengan penggunaan perisian rakaman ini, guru dapat menggunakan perisian ini untuk

mengajar tajuk permainan rekorder atau nyanyian solo. Dengan teknologi rakaman ini, guru

dapat merakam suara murid dan memberi murid sendiri mendengar hasil nyayian suara mereka

sendiri. Jika nyanyian mereka sumbang ini dapat didengar dengan jelas melalui rakaman suara

tersebut. Selain itu dengan perisian ini guru guru boleh membina satu ensembel muzik iringan

nyanyian atau permainan perkusi sendiri tanpa bergantung kepada rakaman audio sedia ada

yang kadangkala tidak sesuai digunakan. Ini memberi peluang kepada guru untuk berkarya di

dalam mencipta dan menggubah lagu secara tidak langsung.

Walaubagaimanapun proses rakaman lagu atau suara merupakan satu cabaran kepada guru

untuk menjalankannya. Ini kerana proses rakaman memerlukan suasana yang senyap bagi

menghasilkan satu rakaman yang berkualiti.

Page 3: LAPORAN KRITIS