Latar Belakang Penduduk Pribumi

22
LATAR BELAKANG PENDUDUK PRIBUMI SEMENANJUNG ¨ Terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli. ¨ Orang Melayu mendiami negara ini sejak 2500 s.m. ¨ Orang Asli terdiri daripada orang Melayu Asli (Jakun, Temuan, Semelai & Orang Laut) ¨ Kelompok Orang Asli lain (Negrito, Sakai dan Senoi) BUMIPUTERA SARAWAK ¨ Terdiri daripada kaum Iban, Dayak Darat, Malanau, Melayu dan golongan pribumi yang lain seperti Kenyah, Kayan, Kedayan. Murut, Kelabit, Bisayah,Punan dan Penan Suku Kaum Kawasan Tumpuan Penempatan Bidayuh (dayak darat) Bahagian Pertama Iban (dayak Laut) Semua (Kedua & Ketiga)

description

LATAR BELAKANG PENDUDUK PRIBUMi

Transcript of Latar Belakang Penduduk Pribumi

Page 1: Latar Belakang Penduduk Pribumi

LATAR BELAKANG PENDUDUK PRIBUMI

  SEMENANJUNG

¨              Terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli.

¨              Orang Melayu mendiami negara ini sejak 2500 s.m.

¨              Orang Asli terdiri daripada orang Melayu Asli (Jakun,

Temuan, Semelai & Orang Laut)

¨              Kelompok Orang Asli lain (Negrito, Sakai dan Senoi)

  BUMIPUTERA SARAWAK

¨              Terdiri daripada kaum Iban, Dayak Darat, Malanau,

Melayu dan golongan pribumi yang lain seperti Kenyah, Kayan,

Kedayan. Murut, Kelabit, Bisayah,Punan dan Penan

Suku Kaum Kawasan Tumpuan Penempatan

Bidayuh (dayak darat) Bahagian Pertama

Iban (dayak Laut) Semua (Kedua & Ketiga)

Melayu Kawasan pantai

Kayan Bahagian Ketujuh

Kenyah Bahagian Ketujuh

Kelabit Kaw. Tanah Tinggi ( B 4 & 5)

Murut Lembah Trusan ,Bhg. 5

Page 2: Latar Belakang Penduduk Pribumi

Punan Lembah Rajang Atas, Baram

Penan Bhg. Ke-4 & ke-5

Malanau Delta Sungai Rajang ( 3 & 4)

Kedayan Bhg, ke-4 & ke-5

Bisayah Hilir Limbang & Ke-5

  BUMIPUTRA SABAH

Kaum terbesar ialah Dusun-Kadazan, Murut, Bajau dan Melayu. 

Suku lain ialah Loh Dayuh, Bisaya, Orang Sungai dan Suang

Latut.

Suku Kaum Kawasan Tumpuan

Kadazan Penampang

Bajau Darat Kota Belut

Bajau Laut Semporna

Dusun Tawau

Dusun Tuaran

Murut Persiangan

Loh Dayuh Magalong

Bisaya Kuala Penyu

Kadayun Sipitang, Teluk Labuan

Orang Sungai Lamag, Bukit Garam

Page 3: Latar Belakang Penduduk Pribumi

Suang Laut Di antara Kota dan Tuaran

Melayu / Brunei Bangawan, Papar

SOSIO-EKONOMI PENDUDUK BUMIPUTERA SEBELUM BRITISH

SEMENANJUNG

Pola penempatan orang Melayu tertumpu di kawasan pantai, muara dan lembah

sungai, kerana mereka tertumpu kepada aktiviti perikanan dan pertanian.  Masyarakat

Melayu dipengaruhi sistem feudal (Sistem pemerintahan) raja atau sultan

SARAWAK

Bumiputera Sarawak tinggal di persisiran pantai. Kawasan subur antara lembah sungai

dan perbukitan.  Aktiviti utama menangkap ikan, menanam  padi sawah, pertanian

pindah, berburu dan mencari hasil hutan.

SABAH

Suku Dusun-Kadazan merupakan golongan petani yang mendiami kawasan dataran

dan tanah subur di lembah sungai.  Suku Murut tinggal di pedalaman mengusahakan

tanaman pindah.  Kaum Bajau tinggal di pinggir pantai menjadi pelaut

KEDATANGAN IMIGRAN DARI CHINA DAN INDIA

SEBELUM IMIGRAN BESAR-BESARAN

·           Melaka telah dijajah Eropah bermula dengan Portugis (1511), Belanda (1641)

dan Inggeris (1786) – pembukaan Pulau Pinang. 

Page 4: Latar Belakang Penduduk Pribumi

·          Pada awal kurun ke 19, lebih 90% penduduk Semenanjung Tanah Melayu

(termasuk Singapura) didiami oleh orang Melayu.

·           Sebelum 1820 lombong-lombong bijih timah di Tanah Melayu dimiliki oleh

pembesar Melayu

KEDATANGAN KAUM IMIGRAN DI SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK.

MASYARAKAT MAJMUK

Erti Masyarakat Majmuk

Masyarakat yang mempunyai beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan

bercampur gaul tetapi walaupun berada dalam satu unit politik, mereka mengamalkan

cara hidup, agama, bahasa dan kebudayaaan mengikut atnik masing-masing.

KEDATANGAN ORANG CINA DAN INDIA

1.       Kedatangan orang cina dan India ke tanah Melayu bermula pada akhir kurun ke

19 dan awal kurun ke 20.

2.       Pada peringkat awal, kemasukan mereka hanya untuk bekerja dalam jangka

masa beberapa tahun dan kembali semula ke negeri masing-masing.

Page 5: Latar Belakang Penduduk Pribumi

3.       Menjelang tahun 1930an, ramai di kalangan imigran khususnya orang cina telah

menetap di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

4.       Kedatangan dan penetapan orang Cina dan India di Tanah Melayu, Sabah dan

Sarawak adalah disebabkan faktor-faktor berikut:

(a)  Keadaan politik yang tidak stabil di negeri Cina menyebabkan ramai rakyat cina

menentang pentadbiran Mancu yang berkuasa pada masa itu.

(b)   Bencana alam seperti banjir dan kemarau sering melanda negara China dan India

menyebabkan tanaman musnah.

(c)   Perkembangan ekonomi yang menggalakkan di Tanah Melayu seperti sektor

perlombongan bijih timah dan perladangan getah.

(d)   galakan daripada pentadbiran British di Tanah Melayu, menjalankan dasar imigrasi

bebas untuk menggalakkan kemasukan buruh-buruh dari China dan India.

(e)   Kemudahan kedatangan mereka melalui ejen tertentu atau sistem-sistem tertentu:

      (i)   Sistem Tiket Kredit, iaitu tambang pelayaran buruh Cina ke Tanah

Melayu melalui ejen dan terikat dengan perjanjian untuk bekerja dalam satu tempoh

tertentu bagi menbayar hutang tambang mereka kepada ejen tersebut.

      (ii) Orang Cina Foochow di sarawak menganjurkan kemasukan orang Cina secara

kumpulan.

      (iii) Sistem Kangani untuk membawa buruh India ke Tanah Melayu yang mana   

seorang mandur atau kangani di Tanah Melayu ditugaskan oleh majikannya untuk

mencari buruh dari kampungnya di India dengan tambang,perbelanjaan dan kebajikan

ditanggung oleh majikan tersebut.

       (iv)  Pada tahun 1907, kerajaan British telah menempatkan seorang pegawai British

di Madras yang bertanggungjawab dalam urusan pengambilan buruh.  Tabung Imigrasi

India ditubuhkan dan tabung ini membiayai tambang buruh-buruh tersebut.

Page 6: Latar Belakang Penduduk Pribumi

(f)    Kerajaan China memansuhkan sekatan penhijrahan rakyatnya ke luar negara pada

tahun 1897, ini mendorong lebih ramai orang cina berhijrah.

     (g)    Pertambahan kemasukan imigran wanita Cina telah mengimbangi kadar

jantina.  Ini  menggalakkan mereka menetap di Tanah Melayu.

Masalah Kaum Imigran.

1.       Kaum pendatang Cina dan India di Tanah Melayu telah menghadapi pelbagai

masalah.  Antaranya:

(a)   Keadaan tempat tinggal dan tempat kerja yang tidak memuaskan.

(b)   Penganiayaan yang dilakukan oleh majikan.

(c)   Kemudahan kesihatan yang tidak mencukupi menyebabkan sebahagian besar

buruh lombong dan ladang mati akibat wabak penyakit.

2.       Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan British untuk mengatasi masalah

ini:

(a)   Badan Perlindungan Orang Cina pada tahun 1877 beribu pejabat di Singapura dan

kemudiannya diperluaskan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Sabah, melalui:

      (I)              Pegawai bertanggungjawab memeriksa tempat tinggal pekerja Cina.

      (ii)              Memastikan Ordinan Buruh dipatuhi.

      (iii)             Mendaftar kontrak pekerjaan.

(iv)                  Menyelaraskan kemudahan sosial terutamanya kesihatan bagi golongan

miskin.

(b)   Jabatan Buruh ditubuhkan tahun 1910 sebagai tempat rujukan imigran yang

enghadapi pelbagai masalah disini.

Page 7: Latar Belakang Penduduk Pribumi

(c)   Tahun 1912, menyusun semula Akta Buruh yang merangkumi buruh Cina dan

ndia dan telah membuat beberapa ketetapan iaitu menyediakan tempat tinggal,

kesihatan, perlindungan daripada peaniayaan dan eksploitasi tenaga buruh

kanak-                kanak.

(d)   Kanun Buruh diperkenalkan pada tahun 1923 dan melaluinya pihak ladang

diwajibkan menyediakan kemudahan pelajaran.

(e)   Ordinan Imigrasi (1930) diperkenalkan untuk menghadkan kemasukan buruh lelaki

mengikut kuota yang ditetapkan, kerana terlalu ramai buruh Cina yang datang ke Tanah

Melayu meningkatkan lagi masalah sosial.

      (f)      April 1933, satu lagi ordinan telah diluluskan dengan nama Ordinan Orang

Asing              dimana kuota kemasukan orang Cina dan India telah dikurangkan. 

Kemasukan    orang Cina dan India secara besar-besaran dapat dikurangkan.

Kesan Kemasukan Buruh Imigran

1.       Imigran Cina dan India di Tanah Melayu telah membentuk satu masyarakat

majmuk yang tetap dan membentuk organisasi sosial dan ekonomi masing-masing

iaitu:

(a)   Menjaga kepentingan pekerjaan dan perniagaan.

(b)   Menjaga kepentingan agama dan kebudayaan.

(c)   Memupuk sifat kedaerahan.

2.       Hasil daripada kegiatan sosial dan budaya, wujud pelbagai perbezaan dalam

setiap masyarakat di Tanah Melayu.  Ia merangkumi aspek ekonomi dan pendidikan.

Aspek Ekonomi

Page 8: Latar Belakang Penduduk Pribumi

(a)           Kerajaan British menggalakkan setiap kaum menceburi corak ekomi

berlainan.               Justeru itu kesannya ialah:

                (i)             Orang Melayu kekal sebagai petani di luar bandar.

                (ii)            Orang Cina dalam sektor perlombongan dan perdagangan di

bandar.

                (iii)           Orang India di sektor perladangan dan kerja raya.

                (iv)          Orang Ceylon (Sri Lanka) bekerja dalam sektor pengkeranian.

Aspek Pendidikan

(a)           Sekolah-sekolah yang didirikan hanya untuk memenuhi keperluan kaum

masing-masing, baik dari segi bahasa pengantar mahupun kurikulum.

(b)           Di luar bandar, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di sekolah agama. 

Pendidikan kanak-kanak imigran di luar bandar tidak dipentingkan kerana bilangan

mereka tidak ramai.

(c)           Di bandar, kebanyakan sekolah menggunakan bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantar dan kurikulumnya berasaskan kurikulum Inggeris.  Sekolah yang

pertama ialah Penang Free School didirikan pada tahun 1816.

(d)           Kebanyakan sekolah Inggeris dipelopori oleh Mubaligh Kristian dan mendapat

bantuan kerajaan.  Selain bahasa Inggeris, mubaligh ini juga menggunakan bahasa     

Cina dan Tamil.

(e)           Kerajaan British juga menggalakkan pendidikan vokasional di kalangan anak

orang        Melayu supaya mereka terus kekal dalam sektor pertanian.

(f)            Pihak British tidak menitikberatkan pendidikan Inggeris terhadap orang

Melayu.                Mereka hanya diberi pendidikan sekular untuk menghapuskan buta

huruf.

Page 9: Latar Belakang Penduduk Pribumi

(g)           Kerajaan British hanya memberi pendidikan Inggeris kepada anak-anak

golongan          bangsawan supaya mereka boleh bekerja dalam perkhidmatan

kerajaan.

(h)           Kerajaan British juga tidak menitikberatkan pendidikan orang Cina dan India. 

Orang Cina hanya mendirikan sekolah mereka sendiri yang telah dibiayai oleh        

mubaligh kristian atau masyarakat Cina sendiri.  Pada peringkat awal, sekolah

cinamenggunakan pelbagai dialek hinggalah ditukarkan kepada bahasa mandrin pada

awal abad ke 20.

(I)            Pendidikan tamil terhad di sekolah rendah sahaja khususnya di kawasan

ladang getah yang dibiayai oleh pihak ladang atau persatuan orang India di ladang

getah.

3.  Kesan daripada pendidikan yang berbeza ini menyebabkan orang Melayu kekal

dengan

     kemiskinan, kurang pendidikan dan hidup di luar bandar.  Orang India juga kurang

     pendidikan dan tidak berpeluang bekerja di sektor lain.  manakala orang cina berjaya

     dalam bidang perkhidmatan dan perniagaan.

4.  Keadaan ini juga mewujudkan satu jurang perbezaan ekonomi yang nyata di antara

     ketiga-tiga kaum tersebut.

Page 10: Latar Belakang Penduduk Pribumi

                                                                                      Pertambahan

penduduk dan

                                                                                       wujudnya masayarakat

                                                                                        majmuk.

               

                                                                                      Penempatan kaum yang

                                                                                      berbeza. (Melayu di kampung,

                                                                                       cina di bandar, India

di estate)

  

Page 11: Latar Belakang Penduduk Pribumi

                                                                                               

           Perbezaan identiti dan budaya

                                                                                                antara

kaum.

KESAN-KESAN

KEMASUKAN                                                             Masalah sosial

(kongsi gelap,

IMGRAN                                                                             pelacuran, judi dll)

                                                               

Perkembangan perusahan

                                                                                                bijih timah dan getah

                                                                                               

Perkembangan sistem

Page 12: Latar Belakang Penduduk Pribumi

                                                                                                perhubungan

(jalan raya &

                                                                                                jalan kereta api)

                                                                                                Pertumbuhan bandar-

bandar

                                                                                                terutama

bandar-bandar

                                                                                                perlombongan

KESAN IMIGRAN TERHADAP SOSIO-EKONOMI

(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

1.        Wujudnya masyarakat berbilang kaum

·                Komposisi penduduk berubah awal kurun ke 19, lebih 90% penduduk ialah

Bumiputera.

·                1931 –  Bumiputera hanyalah 45% sahaja.

2.        Pemisahan Kaum melalui Penempatan

Tumpuan orang cina di kawasan Bandar dan lombong

Orang Melayu di kawasan pertanian di kampung/ luar Bandar

Page 13: Latar Belakang Penduduk Pribumi

Orang India tinggal di kawasan ladang getah

3.        Pemisahan melalui kegiatan Ekonomi

·                Tumpuan kerajaan Inggeris ialah kepada sektor ekonomi eksport dan

komersial (getah dan timah).  Dengan itu kaum Cina dan India diutamakan untuk

kegiatan tersebut.

·                Sektor pertanian padi diabaikan.

4.        Pemisahan Melalui Pendidikan

·                Sukatan pelajaran kaum imigran berteraskan negara asal.

·                Sistem persekolahan dipisahkan dari aspek lokasi dan kurikulum.

·                Sistem pendidikan Orang Melayu hanyalah sekadar menjadikan mereka

boleh membaca dan mengira untuk mengambil alih tugas ibubapa mereka sebagai

petani.

5.        Pemisahan Pembangunan

·                Tumpuan pembangunan di kawasan bandar (bandar baru & sistem

pengangkutan), manakala kawasan luar bandar diabaikan

PERPADUAN NEGARA

KONSEP PERPADUAN

Satu proses mewujudkan ‘satu’ identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah

dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Page 14: Latar Belakang Penduduk Pribumi

PERPADUAN  WILAYAH

Mengandungi pembangunan sosio-ekonomi antara negeri-wilayah yang maju dan

kurang maju.

PERPADUAN EKONOMI

Pengkongsian ekonomi yang sama rata di antara kaum.  Penggubalan DEB dan DPN

untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

PERPADUAN PENDIDIKAN

Semua rakyat dapat menikmati kemudahan pendidikan yang sama dan mewujudkan

perpaduan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.

PERPADUAN KEBUDAYAAN

Mencapai perpaduan melalui program-program kebudayaan.  Dasar kebudayaan

kebangsaan (1971) digubal untuk tujuan perpaduan.

PERPADUAN SOSIAL

Proses pencapaian perpaduan melalui kemudahan sosial seperti pendidikan,

perumahan, kesihatan, air, elektrik dan lain-lain untuk semua rakyat.

MASALAH PERPADUAN DI MALAYSIA

Faktor

Page 15: Latar Belakang Penduduk Pribumi

1.       Pengasingan Petempatan

2.       Pengasingan Agama

3.       Pengasingan Sistem Pendidikan

4.       Akhbar Bahasa Mengikut Kaum

5.       Persatuan Untuk Satu-satu Kaum

6.       Pengaruh Politik

7.       Kesan Pemerintahan Jepun

8.       Dasar ‘pecah’ & ‘perintah’ Inggeris

9.       Tragedi 13 Mei 1969.

Pengajaran Peristiwa 13 Mei

·                  Kerosakan harta benda dan nyawa.

·                  Perintah berkurung

·                  Keuntungan kepada musuh (komunis)

·                  Perlunya perpaduan nasional

·                  Keadilan ekonomi antara kaum

·                  Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PERPADUAN NEGARA

Page 16: Latar Belakang Penduduk Pribumi

1.       RUKUN NEGARA

Merupakan panduan yang merangkumi prinsip-prinsip hidup yang telahpun wujud dan

boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia yang boleh mengukuhkan perpaduan

Prinsip Rukun Negara

·                  Kepercayaan Kepada Tuhan

·                  Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

·                  Keluhuran Perlembagaan

·                  Kedaulatan Undang-undang

·                  Kesopanan dan Kesusilaan

2.       DASAR EKONOMI BARU

·                  DEB telah digubal selepas peristiwa 13 Mei 1969. DEB (1970 – 1990)

mempunyai dua objektif utama iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula

masyarakat.

·                  Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1990 –2000 meneruskan usaha DEB

bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segi keadilan sosial,

moral, ekonomi, kulaiti hidup, kecekapan pentadbiran dan kemajuan sains dan

teknologi.

Page 17: Latar Belakang Penduduk Pribumi

3.       INTEGRASI NASIONAL

Integrasi wilayah merupakan persefahaman antara rakyat tanpa mengira wilayah atau

kawasan asal mereka, terutama antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.  Antara

rancangan yang boleh dijalankan ialah dengan menggalakkan perpindahan

penduduk,melalui rancangankebudayaan kebangsaan, DPN, kemakmuran ekonomi,

peranan media massa, peranan ahli-ahli politik dan pentadbir, penyeragaman masa/

waktu antara Semenanjung, Sarawak dan sabah.