LATAR BELAKANG TAMADUN

38
LATAR BELAKANG TAMADUN Jelaskan latar belakang tamadun India Kedatangan orang Aryan telah meruntuhkan Tamadun Indus. Kedatangan orang Aryan telah membawa budaya baru kepada masyarakat lembah Indus Zaman ini dikenali sebagai Zaman Vedik Zaman Vedik diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda Merupakan permulaan kehidupan beragama dan kelahiran agama Hindu Selepas bertapak di lembah sungai Indus, mereka beralih ke lembah Ganges Terdapat dua bentuk kerajaan dalam tamadun Indus, Kerajaan Janapada (kerajaan kecil) dan Mahajanapada (kerajaan besar). Chandragupta Maurya membentuk empayar pertama India setelah menyatukan seluruh kerajaan kecil di India Utara SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN Nyatakan bentuk pentadbiran peringkat awal tamadun India Mempunyai dua bentuk kerajaan pada peringkat awal kerajaan kecil dan kerajaan besar Kerajaan kecil bersifat kepuakan dan tidak beraja. Kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi dan Kasola

Transcript of LATAR BELAKANG TAMADUN

Page 1: LATAR BELAKANG TAMADUN

LATAR BELAKANG TAMADUN

Jelaskan latar belakang tamadun India

Kedatangan orang Aryan telah meruntuhkan Tamadun Indus.

Kedatangan orang Aryan telah membawa budaya baru kepada masyarakat lembah Indus

Zaman ini dikenali sebagai Zaman Vedik

Zaman Vedik diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda

Merupakan permulaan kehidupan beragama dan kelahiran agama Hindu

Selepas bertapak di lembah sungai Indus, mereka beralih ke lembah Ganges

Terdapat dua bentuk kerajaan dalam tamadun Indus,

Kerajaan Janapada (kerajaan kecil) dan Mahajanapada (kerajaan besar).

Chandragupta Maurya membentuk empayar pertama India setelah menyatukan seluruh kerajaan kecil di India Utara

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Nyatakan bentuk pentadbiran peringkat awal tamadun India

Mempunyai dua bentuk kerajaan pada peringkat awal

kerajaan kecil dan kerajaan besar

Kerajaan kecil bersifat kepuakan dan tidak beraja.

Kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi dan Kasola

Jelaskan ciri-ciri pemerintahan beraja dalam tamadun India

Raja mengamalkan kuasa mutlak.

Raja dianggap suci dan perlu dihormati.

Page 2: LATAR BELAKANG TAMADUN

Kedudukan raja diperkukuhkan dengan upacara ritual...

Brahmin menjadi penasihat raja.

Golongan ksyatria menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan

Jelaskan mengenai Empayar Maurya dalam tamadun India

Chandragupta Maurya membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India.

Chandragupta Maurya mengubah status raja kepada maharaja.

Empayar Maurya meliputi kawasan Teluk benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush.

Ibu negaranya terletak di Pataliputra.

Zaman kegemilangan pada zaman maharaja Asoka.

Kegemilangan ini disebabkan Asoka berjaya menamatkan Perang Saudara selepas kematian ayahnya, Bindusara dan menakluki negeri Kalinga.

Selepas Perang Kalinga, Asoka menekankan keamanan dan kemajuan sosial dan dasar penaklukan melalui penyebaran agama Buddha.

Asoka mewujudkan birokrasi pentadbiran dalam pemerintahan

Jelaskan mengenai Perang Kalinga

Berlaku pada masa pemerintahan Asoka.

100 000 telah terkorban dan 150 00 cedera.

Menyedarkan Asoka tentang penderitaan dan kematian.

Menyebabkan Asoka memeluk agama Buddha dan menyebarkannya dan mengembangkanya

PERUNDANGAN

Jelaskan sistem perundangan dalam tamadun India

Page 3: LATAR BELAKANG TAMADUN

Perundangan menjadi aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan dan keberkesanan pentadbiran.

Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu tertua.

Kitab ini dipercayai dihasilkan antara abad keenam hingga abad kedua sebelum masehi.

Raja bertanggungjawab memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.

Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda, bergantung pada keseriusan kesalahan tersebut.

Golongan Brahmin menjadi golongan dominan dalam bidang undang-undang kerana mahir dalam hukum-hakam.

.

Pada zaman Dinasti Maurya, Undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah raja.

Segala titah perintah raja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan.

Tujuanya supaya dapat dibaca oleh rakyat.

Tiang itu kini dikenali sebagai Tiang Asoka kerana didirikan pada zaman Asoka.

Beliau sentiasa berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat

PERLUASAN KUASA

Jelaskan perluasan kuasa dalam tmadun India

Mula berlaku pada masa pemerintahan Chandragupta Maurya.

Kejayaan perluasan kuasa dibantu oleh pasukan tentera terdiri daripada 600 ekor gajah, 1000 tentera berkuda dan 10 000 tentera infantri.

Kawasan dikuasai meliputi seluruh India Utara, Punjab, Empayar Seleucid di Syria dan Sempadan India Barat.

Bindusara, putera Chandragupta meluaskan kuasa ke Mysore di Selatan India.

Page 4: LATAR BELAKANG TAMADUN

Kaedah peluasan kuasa berubah semasa pemerintahan Asoka.

Asoka menekankan dasar lebih lembut untuk memperluaskan pengaruh Maurya.

Asoka meluaskan kuasa melalui penyebaran agama Buddha.

Ini berlaku akibat kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga

KEGIATAN EKONOMI

Jelaskan mengenai kegiatan ekonomi dalam tamadun India

Berkembang pesat sejak abad ketiga.

Melibatkan perdagangan kawasan di dalam wilayah India dan perdagangan dengan luar negara.

Pusat perdagangan penting ialah Anga, Kalinga dan Karusa.

Pusat-pusat ini menghasilkan gading, senjata, emas, berlian dan mutiara untuk diperdagangkan.

Kerajaan Maurya menjalankan hubungan perdagangan dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tenggara dan Asia Tengah.

Pelabuhan utamanya menghubungkan India dengan negara luar ialah Broach, Chaul,Kalyan dan Cambay.

Terdapat persatuan perdagangan dan perusahaan(stresthin) di setiap bandar.

Persatuan itu termasuklah persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.

Matlamat stresthin adalah untuk mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja.

Terdapat undang-undang untuk mengawal stresthin.

Pelaksanaan undang-undang diawasi oleh raja.

Mata wang digunakan sebagai medium jual beli.

Semasa Zaman Gupta , bentuk wang emas telah digunakan.

Page 5: LATAR BELAKANG TAMADUN

Aktiviti perdagangan sangat disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan terutama tekstil, kain kapas dan sutera

Perusahaan barangan emas, mutiara dan batu permata turut berkembang.

Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap hasil perdagangan.

Contohnya hasil pertanian dan buah-buahan.

Cukai ini bertujuan menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.

Perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu meningkat pada zaman Gupta.

Pedagang India memperolehi rempah, bedak wangi, gading gajah dari Alam Melayu.

Memperolehi tembikar, barang kaca dan minyak wangi dari China.

Perdagangan maritim dengan Rom dan Sri Lanka juga berkembang.

PENDIDIKAN

Jelaskan ciri-ciri pendidikan dalam tamadun India

Bermula pada Zaman Vedik.

Pendidikan sangat mementingkan keagamaan iaitu agama Hindu.

Pendidikan hanya didominasikan oleh kaum lelaki.

Golongan wanita tidak diberi peluang dalam pendidikan.

Pendidikan memberi perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda.

Bahasa Sanskrit menjadi medium pengajaran penting.

Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda.

Matlamat pendidikan berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati.

Tumpuan pendidikan ialah agama.

Page 6: LATAR BELAKANG TAMADUN

Segala hukum agama harus dipelajari supaya hidup sempurna.

Pendidikan tinggi telah diberikan oleh Kolej Brahman bermula sebelum 100 S.M.

Sebelum itu, pendidikan diberi di istana dan rumah.

Pada abad ke empat lahir universiti agama Buddha iaitu Nalanda.

Untuk mencapai taraf Brahmin, seseorang harus menghafal buku-buku agama khususnya Veda.

Kitab Veda mengandungi peraturan ritual, mentera, dan lagu-lagu agama.

Mereka juga harus mempelajari karya sinstifik dan falsafah.

Pada zaman seterusnya pendidikan bertujuan untuk menambah ilmu , mengatasi buta huruf serta mendapatkan jawatan dalam pemerintahan

FALSAFAH

Jelaskan ciri-ciri Falsafah dalam tamadun India

Falsafah India merupakan falsafah terawal di dunia .

Falsafah ini wujud dalam dua bentuk pemikiran yang besar. .

Kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda.

Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharya Veda.

Mahabharata dan Bhagavad Gita merupakan sumber falsafah yang terdapat dalam Veda.

Falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme

SAINS DAN TEKNOLOGI

Jelaskan ciri-ciri Sains dan teknologi dalam tamadun India

Sains dan teknologi adalah cabang kepada pengetahuan Vedik.

Pengetahuan tentang astronomi terdapat dalam Rig Veda.

Ilmu matematik berkembang pesat pada zaman Gupta.

Page 7: LATAR BELAKANG TAMADUN

Ahli matematik India mengetahui konsep geometri.

Mereka memperkenalkan sistem nombor

Angka Brahmin dan angka Kharosti..

Ilmu perubatan berkembang kerana kecenderungan masyarakat dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga

SENI BINA

Jelaskan ciri-ciri seni bina dalam tamadun India

Stupa Besar di Sanchi bertujuan keagamaan.

Great Bath merupakan tempat mandi untuk tujuan penyucian diri.

Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 28 kuil-gua.

Terdapat menara pelbagai bentuk seperti kon, kubah dan pagoda

KESUSASTERAAN

Jelaskan ciri-ciri sastera dalam tamadun India

Bahasa utama zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit

Bidang sastera terbahagi kepada bentuk Vedik, Epik dan Sajak

Sastera agama Hindu dan Buddha terkenal ialah Epik Mahabharata dan Epik Ramayana

SISTEM SOSIAL

Jelaskan susun lapis masyarakat dalam tamadun India

Brahmin (Pendeta),

Ksyatria (Pahlawan)

Vaisya (Pedagang)

Sudra (Petani)

Page 8: LATAR BELAKANG TAMADUN

Jelaskan ciri-ciri kasta dalam tamadun India

Terdapat tanggungjawab berbeza mengikut kasta

Diikuti dengan ketat oleh masyarakat

Seseorang yang dilahirkan dalam kasta tertentu tidak boleh mengubah kasta lain

Lelaki dilarang berkahwin dengan wanita kasta lain

Percampuran di kalangan ahli yang berbeza kasta dilarang

Page 9: LATAR BELAKANG TAMADUN

Latar Belakang

Jelaskan belakang tamadun China

Terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas ke Selatan China

Dinasti Chin wujud tahun 221s.m – 206 s.m

Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin

Nama sebenar ialah Raja Chen

Beliau berjaya membentuk empayar yang luas sehingga ke sungai Merah di Vietnam

Beliau berjaya menyatukan semua jajahan takluknya di bawah pentadbirarn pusat

Pemerintahan dan Pentadbiran

Jelaskan ciri-ciri pemerintahan dan pentadbiran tamadun China

Perluasaan kuasa telah mengubah pemerintahan Feudal kepada pentadbiran berpusat

Melahirkan zaman empayar pada zaman Dinasti Chin

Konsep raja bertukar menjadi maharaja

Membentuk birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai kerajaan

Pegawai kerajaan terdiri daripada rakyat yang dilantik oleh jawatankuasa dalam Sistem perkhidmatan awam iaitu Hon Kao Tsu

Perlantikan ini berasaskan pencapaian dalam peperiksaan awam

Perundangan

Jelaskan ciri-ciri perundangan tamadun China

Sistem perundangan berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif

Page 10: LATAR BELAKANG TAMADUN

Teras undang-undang ini adalah daripada Falsafah Legalisme

Undang-undang ini diperkenalkan oleh ahli falsafah bernama Han Fei Tzu

Menurut falsafah ini , undang-undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia

Dalam melaksanakan undang-undang , belas kasihan tidak harus wujud

Penguatkuasaan undang-undang harus dipelihara dalam apa juga keadaan

Raja mesti memiliki kuasa yang utuh

Ini bertentangan dengan undang-undang berteraskan ajaran Confucius

Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian masyarakat

PERLUASAN KUASA

Jelaskan mengenai perluasan kuasa tamadun China

Bermula pada zaman Dinasti Chin

Semasa pemerintahan Shih Huang Ti

Beliau berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China

Memerintah secara autakratik

Kuasa bangsawan dihapuskan dan digantikan dengan gabenor dan panglima tentera

Tembok Besar China dibina daripada serangan orang gasar ( orang Hun )

Kejatuhan Dinasti Chin menyebabkan kemunculan Dinasti Han

Mahajara Han Wu Tin pada zaman Dinasti Han meluaskan kawasan takluknya melalui angkatan tentera yang kuat

EKONOMI

Jelaskan mengenai perkembangan ekonomi tamadun China

Tenggala talah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman

Page 11: LATAR BELAKANG TAMADUN

Penciptaan kolar kuda untuk menarik tenggala kayu , kereta kuda dan penyisir tanah

Di Barat penggunaan kolar kuda telah menyebabkan kuda tercekik tetapi di China dapat menarik beban yang berat dan tidak mencekik kuda

Sistem penanaman bergilir diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah

Kawasan telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang

Pembinaan terusan untuk sumber air pertanian

Pembinaan terusan untuk mengawal banjir

Perusahaan logam dan tembikar berkembang sejak zaman Dinasti Han

Hasil perusahaan di dagangkan hingga ke Alam Melayu , India , Timur Tengah dan Barat

Hasil dibawa melalui jalan darat iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudiannya melalui jalan laut

Jalan Sutera Darat bermula dari Rom merentasi kawasan Asia Tengah ke India dan seterusnya ke China

Jalan laut ialah jaringan jalan yang menghubungkan China dengan India dan negara Barat

Muncul persatuan perdagangan yang melahirkan golongan kelas pertengahan yang besar

Perkembangan ekonomi mencetuskan perkembangan Sistem perhubungan seperti jalan raya , jambatan

Mewujudkan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu

Pendidikan

Senaraikan ciri-ciri pendidikan tamadun China

Page 12: LATAR BELAKANG TAMADUN

Matlamat utama pendidikan adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan

Terdapat tiga peringkat pendidikan

Pendidikan rendah tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci

Peringkat menengah , tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera

Pendidikan di China untuk kepentingan pentadbiran

Jelaskan mengenai Peperiksaan Awam tamadun China

Mengandungi tiga tahap iaitu tahap pertama ( Hsiu Tai ) , tahap kedua ( Chun-Jen ) dan tahap ketiga ( Chin-Ship )

Tahap pertama setaraf ijazah pertama

Tahap kedua setaraf dengan sarjana

Tahap ketiga setaraf doktor Falsafah

Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah

Peperiksaan tahap kedua di ibu kota daerah

Tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana

Lulus tahap pertama berpeluang menjadi pegawai kerajaan

Lulus tahap ketiga layak menjadi pendidik

Peperiksaan tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun

Peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali

Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia

Peperiksaan ini dikendalikan dengan ketat

Mereka didapati meniru dikenakan hukuman mati

Page 13: LATAR BELAKANG TAMADUN

Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan

Calon akan ditempatkan dalam bilik dengan disediakan makanan

Calon dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan

Sistem Sosial

Senaraikan ciri-ciri sistem sosial tamadun China

Golongan pertama ialah golongan atasan yang terdiri daripada lapisan pentadbir ( Maharaja , pegawai, bangsawan , sida-sida )

Kumpulan kedua terdiri daripada rakyat bawahan iaitu petani dan artisan

Golongan ketiga ialah golongan hamba

Individu di China boleh menukar kelas kepada lebih baik menerusi pendidikan

Senaraikan ciri-ciri Kelas Masyarakat Mengikut Confucius

Membahagikan kepada empat kelas utama

Golongan teratas ialah golongan sarjana

Golongan kedua ialah golongan petani

Golongan ketiga ialah golongan tukang

Golongan paling bawah ialah golongan pedagang

Page 14: LATAR BELAKANG TAMADUN

Seni Bina

Jelaskan seni bina dalam tamadun China

Membina Tembok Besar China sepanjang 1,500 batu dari Kansu ke Peking

Tembok batu dibina di bandar-bandar lain seperti Anyang , Peking dan Loyang

Setiap tembok terdapat pintu gerbang yang dikelilingi parit besar dan menara

Dalam tembok menempatkan kediaman Maharaja

Salah satu istana raja yang kekal ialah kota larangan

Istana ini mempunyai taman dan dewan

Pembinaan kuil , pagoda , pintu gerbang dan jambatan

Kebanyakan pagoda dibina berbentuk oktagon atau segi empat sama

Sains dan Teknologi

Jelaskan kemajuan sains dan teknologi dalam tamadun China

Penciptaan kertas

Konsep keseimbangan antara dua kuasa iaitu Yang ( kuasa aktif ) dan Yin

( kuasa pasif ) membolehkan seseorang berada dalam keadaan sihat

Page 15: LATAR BELAKANG TAMADUN

TAMADUN HWANG HO

Di manakah lokasi tamadun Hwang Ho (ms28)

Dilembah Hwang Ho yang subur(Sungai Kuning)

Senaraikan Tiga dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho (ms29)

Dinasti Hsia / Dinasti Shang / Dinasti Chou

Namakan dinasti beraja pertama di China

Dinasti Hsia

Namakan Bandar terawal Tamadun Hwang Ho (ms29)

Anyang

Page 16: LATAR BELAKANG TAMADUN

Senaraikan ciri-ciri Bandar Anyang (ms29)

Salah satu contoh Negara kota

Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran.

Ketua pemerintah ialah raja, golongan pembesar dan golongan agama.

Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh.

Di kelilingi oleh perkampungan petani.

Senaraikan susun lapis masyarakat Dinasti Shang (ms30)

Golongan raja dan pembesar. / Golongan petani dan artisan. / Golongan hamba

Page 17: LATAR BELAKANG TAMADUN

Apakah kegunaan gangsa yang dalam Dinasti Shang yang dihasilkan oleh golongan artisan

Menghasilkan senjata / perisai / hiasan pada kereta kuda

Jelaskan pengkhususan pekerjaan dalam Dinasti Shang

Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing

Terdapat pasukan tentera berkuda dan tentera berjalan kaki

Golongan petani menjadi tonggak ekonomi

Terbentuk golongan artisan yang mencipta barangan tembaga seperti bekas minuman/ makanan / senjata

Wujud golongan hamba

Page 18: LATAR BELAKANG TAMADUN

Apakah tugas golongan hamba (ms30)

Tentera paksaan.

Membantu kerja-kerja perburuhan.

Untuk tujuan korban dan upacara penyembahan

Jelaskan ciri-ciri sistem pemerintahan Dinasti Shang (ms31)

Pemerintahan beraja.

Pengganti raja selalunya saudara lelaki atau anak lelaki raja.

Raja mempunyai kewibawaan politik / ekonomi / sosial / agama.

Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.

Page 19: LATAR BELAKANG TAMADUN

Masyarakat percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.

Raja-raja Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka daripada keturunan pemerintah agama

Raja dibantu oleh golongan bangsawan / pegawai kerajaan dalam pentadbiran..

Bagi wilayah luar, pentadbiran dibantu oleh golongan bangsawan.

Golongan bangsawan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya

Bangsawan berhak mewujudkan pentadbirannya sendiri dalam hal cukai /pertahanan/ undang-undang

Senaraikan ciri-ciri sistem pemerintahan Dinasti Chou(ms31)

Raja-raja Dinasti Chao membahagikan tanah kepada wilayah-wilayah

Page 20: LATAR BELAKANG TAMADUN

Melantik pembesar di setiap wilayah

Raja mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah dan diminta memberi hadiah kepada raja seperti hamba kereta kuda / senjata /

Pembesar diminta melindungi raja

Pembesar diminta memberi bantuan tentera semasa perang

Pembesar diberi hak menjadi ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

Apakah yang dimaksudkan mandat daripada tuhan (ms31)

Percaya jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran kerana pemerintahan direstu oleh tuhan.

Percaya pemerintah Shang telah kehilangan mandat kerana berlaku zalim

Page 21: LATAR BELAKANG TAMADUN

Jelaskan ciri-ciri keagamaan dan kepercayaan tamadun Hwang Ho. (ms 31)

kepercayaan animisme

Kepercayaan politeisme.

Penyembahan roh nenek moyang.

Menyembah tuhan syurga dan tuhan bumi

Penyembahan terhadap sungai / bukit / gunung

Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban

Upacara penyembahan diketuai oleh golongan bomoh

Page 22: LATAR BELAKANG TAMADUN

Jumpaan tulang binatang dan kulit kura yang dikenali sebagai tulang oracle

Fungsi tulang oracle untuk meramalkan sesuatu keadaan

Golongan bomoh terlibat dalam upacara penilikan ini dengan meletakkan tulang ini di atas unggun api.

Rekahan pada tulang ditafsirkan dengan sesuatu kejadian

Apakah kesan amalan penilikan tulang oracle? (ms31)

Membawa kepada sistem tulisan awal di China

Apakah nama tulisan tamdun awal China? (ms31)

Tulisan China ini berbentuk ideogram iaitu tulisan berbentuk simbol

Page 23: LATAR BELAKANG TAMADUN

SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO

Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam peradaban dunia

Bidang politik

Mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno .

Sistem pemerintahn monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.

Sedikit perubahan dialkukan iaitu gelaran raja ditukar kepada maharaja

Konsep anak syurga dan mandat dari syurga dikaitkan dengan raja..

Aspek ekonomi (Pertanian)

Pembinaan sistem pengairan

Mengairi kawasan pertanian dan untuk mengelakkan banjir

Kemajuan teknologi pembajakan

Penciptaan cangkul / sabit

Penggunaan batas untuk tujuan tanaman

Perubahan secara evolusi penggunaan alat pertanaian daripada kayu kepada besi

Sistem Tulisan

Berkembang secara evolusi

Page 24: LATAR BELAKANG TAMADUN

Digunakan oleh orang China hingga sekarang

Penggunaannya meluas

Digunakan dalam bidang penulisan / percetakan

Diajar di sekolah-sekolah di China

Penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun

Sistem kepercayaan

Pemujaan roh nenek moyang

Dijalankan semenjak Dinasti Shang

Diteruskan mengikut kesesuaian masa

Upacara korban manusia tidak lagi diamalkan tetapi digantikan dengan unsure lain

Konsep Ying dan Yang dan Feng Hsui masih terdapat dalam masyarakat China hari ini

Penciptaan kalendar

Dicipta semasa Dinasti Shang

30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun

Untuk menentukan musim menanam dan menuai

Untuk menjalankan aktiviti harian

Upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian

Page 25: LATAR BELAKANG TAMADUN

Pengamalan Falsafah Perang Sun Tzu

Karya beliau The Art of War

Membicarakan selok-belok perang dan menangani musuh

Diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.

Hari ini diaplikasikan sebagai tektik dalam urusan perniagaan

Apakah yang dimaksudkan dengan Yin dan Yang (ms33)

Orang China percaya baawa alam semesta dan kejadian alam terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi iaitu Yin dan Yang (Yin ialah kuasa pasif dan Yang kuasa aktif)

Page 26: LATAR BELAKANG TAMADUN

oalan Struktur

(a)   Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun dari sudut pandangan sarjana berikut :        (i)    Sarjana Barat        (ii)   Sarjana Islam

[2 markah]

(b)   Berikan dua buah tamadun awal dunia yang muncul di kawasan lembah sungai.[2 markah]

(c)    Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat dalam tamadun awal membina tamadun mereka di kawasan lembah sungai ?

[2 markah]

(d)   Nyatakan ciri tamadun awal dunia.[2 markah]

(e)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan tamadun awal kepada peradaban manusia pada masa kini ?

[2 markah]

Soalan Esei

(a)   Apakah maksud tamadun ? [4 markah]

(b)   Huraikan ciri tamadun awal dunia. [10 markah]

(c)    Apakah sikap yang perlu kita contohi daripada masyarakat dalam tamadun awal untuk membolehkan kita membina sebuah tamadun yang unggul ?

 [6 markah]

NOTA

PENGERTIAN TAMADUN

  Maksud Tamadun         Berasal daripada bahasa Arab – mudun, madain dan madana         Bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar         Dalam bahasa Inggeris disebut civilization         Berasal daripada perkataan Greek – civitas         Bermaksud bandar         Bermaksud peradaban         Sarjana Barat – tamadun ialah pembangunan lahiriah         Kemajuan dalam aspek ekonomi, pembandaran, perundangan, kebudayaan dll         Tamadun tiada kaitan dengan unsur rohaniah         Sarjana Islam – tamadun ialah pembangunan lahiriah dan rohaniah         Kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah

Page 27: LATAR BELAKANG TAMADUN

         Mesti seimbang antara kemajuan lahiriah dan rohaniah         Jawapan

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana. Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai civilization. Perkataan civilization berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas. Perkataan civitas bermaksud bandar.

Dari segi konsep, tamadun membawa maksud peradaban, pembangunan atau kemajuan. Menurut pandangan sarjana Barat, tamadun bermaksud pembangunan dalam bidang lahiriah iaitu kemajuan manusia dalam aspek yang berkaitan dengan ekonomi, pembandaran, kebudayaan, undang-undang dan sebagainya. Menurut mereka, tamadun tidak ada kaitan dengan unsur rohaniah. Menurut sarjana Islam pula, tamadun bermaksud pembangunan dalam aspek lahiriah dan rohaniah iaitu kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah manusia. Menurut mereka, tamadun mestilah wujud keseimbangan antara kemajuan lahiriah dan rohaniah.             

PUSAT TAMADUN AWAL DUNIA

  Pusat Tamadun Awal Dunia         Tamadun Mesopotamia – di lembah sungai Tigris dan Euphrates         Tamadun Mesir Purba – di lembah sungai Nil         Tamadun Indus – di lembah sungai Indus         Tamadun Hwang Ho – di lembah sungai Hwang Ho

CIRI TAMADUN AWAL DUNIA

  Ciri Tamadun Awal Dunia         Mempunyai petempatan kekal

Penduduk nomad menetap di lembah sungaiLembah sungai dipilih kerana dapat menjamin kelangsungan bekalan makananContohnya di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, di lembah sungai Indus dan di lembah sungai Hwang Ho.

         Mempunyai organisasi sosialTerjadi disebabkan penduduk bertambah ramaiMasyarakat mempunyai susun lapisTerdapat dua lapisan masyarakat iaitu lapisan atasan dan bawahanLapisan atasan terdiri daripada raja dan bangsawanLapisan bawahan terdiri daripada rakyat dan hamba

         Mempunyai sistem pemerintahanDiperintah oleh rajaRaja berkuasa mutlakRaja berkuasa di peringkat pusatDibantu oleh bangsawan dan pendetaBangsawan menjadi pentadbir wilayahPendeta menjalankan urusan keagamaanMewujudkan undang-undang untuk melicinkan pentadbiran

         Mempunyai pengkhususan pekerjaanBerlaku kerana terdapat pelbagai keperluan

Page 28: LATAR BELAKANG TAMADUN

Contoh – petani, artisan, tentera, tukang dll.

         Mempunyai agama dan kepercayaanMempercayai animisme – unsur alam dikawal oleh semangatSemangat boleh mendatangkan kebaikan dan keburukanContohnya memuja bukit-bukau, laut, gunung dsb.Mempercayai politeisme – banyak tuhanContohnya tuhan bukit, tuhan syurga, tuhan matahari dll.

         Mempunyai bahasa dan tulisanBahasa digunakan untuk berhubung dengan masyarakat luarTulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusanContoh tulisan ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf

Jawapan

          Ciri tamadun awal dunia ialah mempunyai petempatan kekal. Penduduk nomad mula hidup menetap di kawasan lembah sungai yang subur. Mereka membina petempatan kekal di situ supaya dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Mereka menjalankan aktiviti bercucuk tamam. Kawasan lembah sungai yang menjadi pusat petempatan kekal ialah di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, lembah Indus sertalembah Hwang Ho.                 Ciri yang kedua ialah mempunyai sistem organisasi sosial. Lebihan bekalan makanan menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk menyebabkan wujudnya susun lapis dalam masyarakat. Masyarakat tamadun awal mempunyai dua susun lapis utama iaitu lapisan atasan dan lapisan bawahan. Lapisan terdiri daripada raja dan bangsawan. Lapisan bawahan pula terdiri daripada golongan rakyat dan hamba.                 Ciri yang ketiga ialah mempunyai sistem pemerintahan. Sistem pemerintahan diterajui oleh raja. Raja mempunyai kuasa mutlak. Raja berkuasa di peringkat pusat. Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pendeta. Bangsawan dilantik menjadi pentadbir wilayah. Pendeta diberi kuasa menjalankan urusan keagamaan. Undang-undang diwujudkan untuk melicinkan pentadbiran.                 Ciri yang keempat ialah mempynyai pengkhususan pekerjaan. Penduduk yang ramai menyebabkan wujudnya pelbagai keperluan. Ada yang memerlukan tukang untuk membina tempat tinggal dan ada yang memerlukan artisan untuk menghasilkan barang keperluan dan perhiasan. Oleh itu, wujudlah pelbagai jenis pekerjaan seperti petani, tukang, artisan, tentera dan sebagainya.                 Ciri yang kelima ialah mempunyai agama dan kepercayaan. Masyarakat dalam tamadun awal mempercayai animisme. Mereka mempercayai bahawa setiap unsur alamdikawal oleh semangat. Semangat tersebut boleh mendatangkan kebaikan dan keburukankepada manusia. Oleh itu, mereka memuja semangat supaya memberikan kebaikan kepada mereka. Masyarakat tamadun awal juga mempercayai politeisme iaitu mempercayai wujudnya banyak tuhan. Mereka mempercayai tuhan bulan, tuhan matahari, tuhan ibu, tuhan sungai dan sebagainya.                 Ciri yang keenam ialah mempunyai bahasa dan tulisan. Bahasa digunakan untukberhubung dengan masyarakat luar. Tulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusanseperti mencatat doa, menulis surat kredit, menulis undang-undang dan lain-lain. Contoh tulisan tamadun awal ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf.             

SEBAB TAMADUN AWAL DUNIA BERTUMPU DI LEMBAH SUNGAI

Page 29: LATAR BELAKANG TAMADUN

  Membina petempatan kekal di lembah sungai kerana .....         Tanah subur         Sesuai bercucuk tanam         Menjamin kelangsungan bekalan makanan         Tanah pamah yang luas         Sesuai membina tempat tinggal         Bekalan air untuk kegunaan harian         Bekalan air untuk pengairan         Bekalan sumber protin         Laluan perhubungan dan pengangkutan         Mana-mana jawapan munasabah

 

Jawapan

         Masyarakat tamadun awal membina petempatan kekal di kawasan lembah sungai kerana tanah subur sesuai untuk bercucuk tanam dan dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Selain itu, masyarakat tamadun awal membina petempatan kekal di lembah sungai kerana terdapat tanah pamah yang luas sesuai untuk membina tempat tinggal. Sebab yang lain ialah sungai dapat membekalkan sumber air untuk kegunaan harian dan sumber pengairan. Seterusnya sungai juga membekalkan sumber protin serta menjadi laluan untuk perhubungan dan pengangkutan.

SUMBANGAN TAMADUN AWAL DUNIA

Sumbangan Tamadun Awal Dunia

Tamadun Mesopotamia         Pembinaan negara kota         Penciptaan dan penggunaan roda         Penciptaan layar dan kapal layar         Pengenalan Kod Undang-Undang Hammrurabi         Mengkatalogkan ubat-ubatan dan cara penggunaannya

  Tamadun Mesir Purba         Pengenalan sistem pemerintahan bercorak teokrasi         Menebusguna padang pasir menjadi kawasan pertanian         Perkembangan dalam ilmu matematik dan astronomi         Pengenalan kaedah pengawalan banjir         Penciptaan kalendar         Pengenalan teknik pembedahan         Penciptaan teknik memumiakan mayat

  Tamadun Indus         Pengenalan bandar terancang         Penciptaan batu-bata daripada tanah liat melalui pembakaran         Perubahan sikap mengambil unsur baik daripada tamadun lain         Kebijaksanaan menggunakan persekitaran untuk membina tamadun

  Tamadun Hwang Ho         Pengenalan sistem pemerintahan berasaskan dinasti         Penciptaan alat-alat pertanian         Penggunaan teknologi baru dalam pertanian         Penciptaan terusan

Page 30: LATAR BELAKANG TAMADUN

         Pengenalan kaedah dan strategi peperangan

Rangka Jawapan

         Sumbangan tamadun Mesopotamia kepada peradaban manusia pada hari ini ialah pembinaan negara kota, penciptaan roda serta penggunaannya dan penciptaan layar kapal.Selain itu, sumbangan tamadun Mesopotamia juga ialah pengenalan Kod Undang-Undang Hammrurabi dan teknik mengkatalogkan ubat-ubatan serta cara-cara penggunaannya.         Sumbangan tamadun Mesir Purba kepada peradaban manusia pada hari ini ialah pengenalan sistem pemerintahan bercorak teokrasi, Menebusguna padang pasir menjadi kawasan pertanian serta mengembangkan ilmu matematik dan astronomi. Selain itu, sumbangan tamadun Mesir Purba juga ialah memperkenalkan kaedah mengawal banjir, mencipta kalendar, memperkenalkan teknik pembedahan dan mencipta kaedah memumiakan mayat.         Sumbangan tamadun indus kepada peradaban manusia pada hari ini ialah memperkenalkan kaedah membina bandar terancang serta mencipta batu-bata daripada tanah liat dengan menggunakan suhu yang tinggi. Selain itu, sumbangan tamadun Indus juga ialah mengajar agar bersikap mengambil unsur baik daripada tamadun lain dan bertindak bijak menggunakan persekitaran untuk membina tamadun.

OALAN STRUKTUR (Modul 1)

(a)  Apakah ciri bandar dalam Tamadun Hwang Ho.

          Terletak di kawasan tanah tinggi          Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran

          Didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama          Dilengkapi tembok menghalang pencerobohan musuh          Dikelilingi oleh perkampungan petani

 [2 markah]

(b) Berikan dua golongan bawahan yang terdapat dalam susun lapis masyarakat Hwang Ho.

          Petani,          Artisan          Pedagang          Hamba

[2 markah]

(c)  Jelaskan sistem kepercayaan yang menjadi amalan dalam masyarakat Hwang Ho.

          Mempercayai kuasa raja adalah mandat tuhan.          Mempercayai animisme          Menyembah sungai, bukit dan gunung.          Mengamalkan politeisme.          Menyembah tuhan syurga (shang-ti), Dewa Syurga (Tien)  dan tuhan bumi (Tu).          Memuja roh nenek moyang.          Mempercayai ramalan.          Mempercayai konsep Yin dan Yang.          Mempercayai konsep Feng Hsui.

 [2 markah]

(d) Nyatakan kepentingan penggunaan kalendar dalam kehidupan harian masyarakat Hwang Ho.

          Menentukan bilangan hari dalam setahun          Meramalkan cuaca

          Menetapkan tarikh perkahwinan          Memulakan aktiviti bercucuk tanam          Menjalankan aktiviti harian

Page 31: LATAR BELAKANG TAMADUN

          Memulakan pelayaran          Mana-mana jawapan munasabah

 [2 markah]

(e)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia pada hari ini.

          Memperkenalkan sistem pemerintahan monarki.          Mengamalkan pemerintahan berasaskan putaran dinasti          Pembinaan terusan untuk tujuan pertanian dan mengelakkan banjir.          Membajak tanah pertanian.          Menggunakan peralatan cangkul dan sabit untuk pertanian.          Menggunakan batas untuk tujuan penanaman.

          Memperkenalkan sistem tulisan ideogram.          Mengamalkan pemujaan roh nenek moyang          Mengamalkan konsep Yin dan Yang          Mengamalkan konsep Feng Hsui          Memperkenalkan Sistem kalendar 12 bulan dan 360 hari setahun.          Mengamalkan penggunaan kalendar untuk menjalani aktiviti harian.          Memperkenalkan Falsafah perang Sun Tzu.

[2 markah]

Page 32: LATAR BELAKANG TAMADUN

TAMADUN HWANG HO

SOALAN STRUKTUR (Modul 2)

(a)  Apakah keistimewaan bandar Anyang ?

          Terletak di kawasan tanah tinggi          Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran

          Didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama          Dilengkapi tembok menghalang pencerobohan musuh          Dikelilingi oleh perkampungan petani

 [2 markah]

(b) Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja diamalkan dalam             Dinasti Shang ?        

          Pengganti raja adalah saudara lelaki atau anak lelaki raja.          Raja berkuasa dalam politik, ekonomi, sosial dan agama.          Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.          Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.          Raja tidak perlu mendapatkan pengesahan politik.          Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan.          Golongan bangsawan mentadbir wilayah.          Bangsawan boleh wujudkan sistem pentadbirannya sendiri.          Bangsawan dibenarkan memungut cukai, menguatkan pertahanan dan melaksanakan undang-undang sendiri.

 [2 markah]

(c)  Nyatakan amalan agama dan kepercayaan yang terdapat dalam masyarakat Shang.

           Mempercayai kuasa raja adalah mandat tuhan.          Mempercayai animisme          Menyembah sungai, bukit dan gunung.          Mengamalkan politeisme.          Menyembah tuhan syurga (shang-ti), Dewa Syurga (Tien)  dan tuhan bumi (Tu).          Memuja roh nenek moyang.          Mempercayai ramalan.          Mempercayai konsep Yin dan Yang.          Mempercayai konsep Feng Hsui.

 [2 markah]

(d) Kegemilangan tamadun Hwang Ho banyak bergantung kepada kemajuan masyarakat Dinasti Shang dalam bidang pertanian?  Nyatakan kemajuan tersebut.

          Penggunaan sistem pengairan dalam pertanian.          Pembinaan terusan untuk pengairan dan mengelakkan banjir.          Teknologi pembajakan.          Penciptaan cangkul.          Penciptaan sabit.          Penggunaan batas untuk penanaman.          Penggunaan peralatan besi mengganti peralatan daripada kayu.

 [2 markah]

(e)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah peranan petempatan kekal terhadap pembinaan tamadun di lembah Hwang Ho ?

          Membolehkan masyarakat menjalankan kegiatan pertanian

Page 33: LATAR BELAKANG TAMADUN

          Menyebabkan berlakunya kemajuan dalam pertanian          Menjalin bekalan makanan mencukupi          Menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk          Menyebabkan wujudnya pengkhususan pekerjaan          Menyebabkan wujudnya kegiatan perdagangan          Menyebabkan wujudnya susun lapis masyarakat          Mwujudkan sistem pemerintahan dan pentadbiran          Mana-mana jawapan munasabah