Makanan Penyihat Tubuh Dan Jiwa

9

Click here to load reader

Transcript of Makanan Penyihat Tubuh Dan Jiwa

Page 1: Makanan Penyihat Tubuh Dan Jiwa

Makanan Penyihat Tubuh dan Jiwa

Page 2: Makanan Penyihat Tubuh Dan Jiwa

Mukadimah Sebenarnya, dalam aspek kesihatan Islam memang

sejak awal lagi menganjurkan gaya hidup sihat agar umatnya menjadi kuat bukan saja dari segi fizikal, malah merangkumi emosi dan rohani.

Nabi s.a.w telah menunjukkan teladan kepada kita perihal menjaga kesihatan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, ‘Kebersihan itu sebahagian daripada iman.’

Daripada maksud hadis berkenaan jelas menunjukkan hubungan yang sangat rapat antara amalan menjaga kebersihan dengan iman seseorang.

Page 3: Makanan Penyihat Tubuh Dan Jiwa

Kebersihan lahiriah akan meresap ke dalam jiwa lantas membawa keadaan fizikal yang kondusif dan tenteram. Inilah hikmah murni yang dianugerahkan Allah kepada umat Islam apabila aspek kebersihan dijaga.

Kata Imam Al-Ghazali, “Banyak pendidikan kesihatan yang diajar Rasulullah kepada umatnya termasuk aspek kebersihan tubuh badan, pakaian, alam sekitar dan pemakanan. Ini kerana tubuh yang sihat membawa kepada kelazatan dalam beribadah. Tubuh badan dan emosi yang sihat akan memberi kekuatan tinggi dan semangat dalam mengerjakan ibadah kepada Allah.

Page 4: Makanan Penyihat Tubuh Dan Jiwa

Dalam aspek pemakanan pula, Islam memberikan panduan cukup jelas agar umatnya mengamalkan kesederhanaan dan memakan makanan yang baik.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai manusia, makanlah apa-apa yang di bumi yang halal dan baik dan janganlah kamu mengikut langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”

Page 5: Makanan Penyihat Tubuh Dan Jiwa

Allah tegaskan lagi melalui Firman-Nya dalam surah sama ayat 172 yang bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, makanlah mana yang baik di antara rezeki yang Kami berikan kepadamu dan berterima kasihlah kepada Allah jika kamu hanya menyembah-Nya.”

Dalam kedua-dua ayat ini Allah mengarahkan kita memakan makanan yang baik dan halal di sisi agama serta jangan mengikuti jejak langkah syaitan. Kemudian Allah memerintahkan kita bersyukur kepada-Nya kerana mendapat rezeki makanan yang baik. Alangkah indahnya firman Allah ini yang membimbing umat-Nya ke jalan hidup yang sihat dan murni.

Page 6: Makanan Penyihat Tubuh Dan Jiwa

Tetapi cuba kita merenung kembali apa yang telah kita amalkan selama ini ketika makan. Dalam keadaan lapar kita akan menelan apa saja secara gelojoh, asalkan perut kenyang.

Ingatlah pesanan Allah dalam Surah Al-A’araaf ayat 31 yang bermaksud,“Wahai anak Adam, pakailah perhiasanmu pada setiap sembahyang. Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan.”

Demikianlah Allah mendidik kita menjadi umat sempurna dan sihat. Panduan dan bimbingan memang lengkap buat umat Islam menjalani kehidupan di dunia, tetapi kita selalu lupa.

Page 7: Makanan Penyihat Tubuh Dan Jiwa

Inilah akibatnya apabila kita lupa peringatan yang diberi ia menimbulkan pelbagai penyakit. Semuanya lantaran kerosakan yang manusia lakukan. Nampaknya dalam aspek menjaga kesihatan, kita perlu menoleh semula kepada kehendak Islam agar keadaan fisiologi dan emosi kita terus dalam keadaan sihat.

Apa saja bentuk makanan halal dan suci perlu disertai dengan peraturan memakannya. Makanan seimbang yang mengandungi zat vitamin yang diperlukan anggota tubuh badan akan menjadi ikhtiar kita menghindari penyakit.

Rasulullah begitu menitikberatkan kepada sahabat. Junjungan menyarankan perut perlu diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi untuk udara. Saranan itu bertepatan dengan ilmu kesihatan moden.

Nabi bersabda yang bermaksud, “Tidak ada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.”

Page 8: Makanan Penyihat Tubuh Dan Jiwa

Imam Al-Ghazali ada mengatakan, “Tabiat mengambil makanan dan minuman yang halal secara berlebihan akan membawa banyak akibat buruk, antaranya hati seseorang menjadi keras seperti bebal dan degil serta nurnya terpadam. Di samping itu, ia mengurangkan kecerdasan otak, menjejaskan kepintaran serta melemahkan daya kefahaman atau ingatan.”

Lihatlah dalam mengamalkan makanan dan minuman yang halal Islam menyediakan panduan lengkap, apatah lagi yang haram. Mengambil makanan haram sudah pasti buruk padahnya yang bukan saja mendatangkan kemurkaan Allah dan mendapat azab balasan, tetapi mengundang pelbagai penyakit.

Page 9: Makanan Penyihat Tubuh Dan Jiwa

Ingatlah pesan Imam Al-Ghazali, “Segala perbuatan dan perkataan seseorang itu mengikut apa yang diisi ke dalam perutnya. Sekiranya diisi dengan yang haram, maka mewujudkan perbuatan dan perkataan yang haram di samping muncul pelbagai penyakit.”

Sekiranya diisi secara berlebihan, ia menghasilkan perbuatan dan perkataan yang berlebihan juga. Justeru, kita perlu menoleh ke belakang sambil merenung segala amalan pemakanan yang kita amalkan selama ini.

Seandainya perbuatan kita sebelum ini kurang menepati apa yang disarankan agama, kenalah kita kembali kepada fitrah Islam agar kehidupan menjadi sihat dan hidup dalam keadaan cerdas, cergas serta berfikiran dinamik bagi membolehkan kita merasai kemanisan beribadah.