MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

56
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

description

pengenalanCorak dan rekaan merupakan salah satu bidang kegiatan dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah. Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Pada dasarnya tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yang tradisional mahupun yang mengikut zaman tidak akan terhasil. Dengan maksud lain, corak dan rekaan merupakan asas utama dalam menghasilkan sesuatu hasil karya seni.Membuat

Transcript of MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Page 1: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

MEMBUAT CORAK DAN

REKAAN

Page 2: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Corak dan rekaan merupakan salah satu bidang kegiatan dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah. Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.

Pada dasarnya tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yang tradisional mahupun yang mengikut zaman tidak akan terhasil. Dengan maksud lain, corak dan rekaan merupakan asas utama dalam menghasilkan sesuatu hasil karya seni.

pengenalan

Page 3: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Definisi Corak ialah susunan motif sama ada

secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu, corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada motif tidak bebas atau Corak Tidak Terancang.

Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam suatu rekaan atau gubahan yang terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.

Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

Membuat corak dan rekaan

Page 4: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:a) Corak Terancangb) Corak Tidak Terancang

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.

PENGHASILAN CORAK

Page 5: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Jenis-jenis Susunan dalam

Corak dan Rekaan

Ulang Sekata

Berselang-seli

Batu-bata

Bertimbal

Bertindih

Beralun

Berpusat

Page 6: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Susunan Ulang Sekata

• Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

Page 7: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Susunan Berselang Seli

• Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

Page 8: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Susunan Batu Bata

• Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

Page 9: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Susunan Bertimbal• Motif ini diwujudkan secara cerminan.

Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

Page 10: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Susunan Bertindih

• Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

Page 11: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Susunan Beralun• Motif yang dihasilkan kelihatan berombak

dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.

Page 12: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Susunan Berpusat• Motif susunan berpusat berpunca daripada

satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

Page 13: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada:

1) Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi.

2) Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang lain.

3) Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia.

4) Rupa atau bentuk angka dan huruf.5) Rupa atau bentuk kraf tradisional.

JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Page 14: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN• Perilaku• Persepsi• Pengetahuan Budaya

Page 15: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.

Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.

Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.

Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni.

Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.

Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni.

Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan.

Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran.

1) Perilaku

Page 16: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Membezakan jenis corak tertentu.Menggunakan beraneka jenis bahan dan

alat untuk membuat corak.Mengatur corak.Mencipta sesuatu karya seni yang

digemari.Membuat penerokaan dan eksperimentasi

motif dan warna dalam mencorak.Mempunyai pengamatan yang tajam dan

meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni.

Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci terhadap ciptaan tersebut.

Page 17: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak.

Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.

Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.

Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.

Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik.

2) Persepsi

Page 18: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.

Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.

Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.

Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.

Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan mereka.

Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna.

Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.

Page 19: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.

Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional.

Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian.

Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional.

Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

3) Pengetahuan Budaya

Page 20: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objekCorak sebagai elemen hiasanCorak sebagai nilai estetik

KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Page 21: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CORAK TIDAK TERANCANG

CORAK TERANCANG

PUALAMAN LUKISAN

TITISAN CATAN

TIUPAN CETAKAN

IKATAN DAN CELUPAN CAPAN

RENJISAN DAN PERCIKAN LIPATAN DAN GUNTINGAN

RESIS

KOLAJ

KALIGRAFI

Page 22: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

PUALAMAN

DEFINISI Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit.Ia merupakan sejenis catan yang tidak bersatu antara air dan minyak.Bahan yang berasaskan minyak akan terapung diatas permukaan dalam semua arah mengikut aliran bahan tersebut.

Page 23: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

PUALAMAN

TEMA abstrak

ALAT DAN BAHAN

Alat: Besen/baldi, ranting kayu/lidi, span,berusBahan: Kad manila/ kertas keras/kertas lukisan /kad tebal,Cat minyak/ cat kilat, Pencair/air

TEKNIK PualamanCelupan

Page 24: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CONTOH PUALAMAN

Page 25: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CONTOH PUALAMAN

Page 26: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CONTOH PUALAMAN

Page 27: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

TITISANDEFINISI Benda/sesuatu yang menitis ke atas sesuatu

permukaantitik air yang jatuh setitik demi setitikmenitiskan men jatuhkan

Page 28: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

TITISAN

TEMA Alam semulajadiAlam bendaNaratifLandskap

ALAT DAN BAHAN

Alat: Berus lukisan/span, palet/bekas warnaBahan: Kertas lukisan,cat air/warna air/poster, lilin

TEKNIK TitisanSapuan

Page 29: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CONTOH TITISAN

Page 30: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CONTOH TITISAN

Page 31: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CONTOH TITISAN

Page 32: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

TIUPAN

DEFINISI Hal atau hasil bertiup; hembusan

Page 33: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

TIUPAN

TEMA Alam semulajadiAlam bendaNaratifLandskap

ALAT DAN BAHAN

Alat: Straw/penyedut minumanBahan: Kad manila/ kertas keras/kertas lukisan /kad tebal, Cat/warna air

TEKNIK Tiupan/hembusan

Page 34: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CONTOH TIUPAN

Page 35: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CONTOH TIUPAN

Page 36: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CONTOH TIUPAN

Page 37: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CONTOH TIUPAN

Page 38: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

IKATAN DAN CELUPANDEFINISI Proses mencorak kain dengan mengikat

bahagian tertentu dan dicelupkan di dalam pewarna. Jenis ikatan yang selalu digunakan ialah cara simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan. Celupan terlalu dalam, corak yang terhasil adalah besar. Celupan cetek, corak yang terhasil adalah kecil.

TEMA Alam semulajadiNaratifLandskap

ALAT DAN BAHAN Alat: Besen/ baldi, ranting kayu/ kayu pengacau, sarung tanganBahan: Kain, benang, tali, warna air

TEKNIK Simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan

Page 39: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CONTOH IKATAN DAN CELUPAN

Page 40: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

RENJISAN DAN PERCIKANDEFINISI Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus

gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas dan kain dapat menghasilkan kesan yang spontan dan menarik. Percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih.Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antarasatu sama lain. Berbagai jenis berus boleh digunakan untuk menghasilkan percikan.

Page 41: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

RENJISAN DAN PERCIKAN

TEMA Alam semulajadiNaratifLandskap

ALAT DAN BAHAN Alat: Berus lukisan, berus gigi, span, sikatBahan: Cat air,kertas lukisan/kertas warna

TEKNIK Semburan, Percikan, Tiupan•Langkah 1 - Bancuhkan warna yang dikehendaki•Langkah 2 - Celup berus gigi ke dalam warna dan gosok pada sikat. Percikan warna akan terhasil memenuhi ruangan kertas lukisan.•Langkah 3 - Tukarkan warna lain dengan menggunakan aktiviti yang sama. Warna akan bertindih dan membentuk corak menarik. Ulang dengan seberapa banyak warna yang disukai.

Page 42: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

LUKISAN

DEFINISI Merakam idea secara visual dalam bentuk garisanProses melukis dengan mggunakan teknik lorekan ton, melakar garisan dan gosokan mggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan. Alat seperti pensel, arang, pen, pensel warna, kertas dan kanvas. Lukisan terhasil melalui dua cara iaitu lukisan tanpa warna dan lukisan berwarna.Lukisan tanpa warna mggunakan pensel, arang, pen dan dakwat, pen teknikal dan sebagainya. Lukisan berwarna mggunakan pensel warna, krayon, pastel dan sebagainya. Lukisan mggunakan arang, pensel, pastel dan krayon disapu atau di sembur dgn pemati (fixative) spy kesan lukisan tidak akan hilang apabila disentuh. Salah satu jenis pemati – ‘spray clear’

Page 43: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

LUKISAN

TEMA Alam semulajadiAlam bendaLandskaphuruf

ALAT DAN BAHAN

Alat: Pensel, pembarisBahan: Kertas lukisan, krayon,pastel, pensel arang,

TEKNIK Teknik garisan silangTeknik titikanTeknik gosokanTeknik lorekanTeknik campuran

Page 44: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

KALIGRAFI

DEFINISI Kaligrafi ialah seni tulisan indah, berasal daripada bahasaYunani iaitu kalios ( indah ) dan graphia ( coretan atautulisan ).Bahasa Arab mengistilahkannya dengan khat ( tulisan atau garisan ), yang ditujukan pada tulisan yang indah.

Page 45: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

KALIGRAFI

TEMA Alam semulajadiAlam bendaNaratifLandskap

ALAT DAN BAHAN Alat : BerusBahan : Warna air, kertas lukisan, sayur-sayuran, buah-buahan

TEKNIK Lukisan, capan

Page 46: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CATAN

DEFINISI Catan ialah hasil bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti kertas, kanvas, dinding, plat, papan board dan lain-lain. Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata.Catan merupakan suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya, membuat interpretasi pandangannya atau merakam gambaran yang dirasai atau di lihat dalam bentuk imej visual.Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar.Orang yang menghasilkan catan dan lukisan dipanggil sebagai pelukis.

Page 47: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CATAN

TEMA Alam semulajadiAlam bendaNaratifLandskap

ALAT DAN BAHAN

Alat: Berus, palet, kanvasBahan: Kertas lukisan, cat minyak, cat air

TEKNIK Teknik cat minyak- Teknik titik, glazing, impasto, scambling, ala primaTeknik cat air-Teknik basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah, renjisan

Page 48: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CETAKAN

DEFINISI Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat.Untuk menghasilkan cetakan, biasanya permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke atas kertas, kain atau bahan lain.Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang serupa dan cetakan yang berulang kali ini disebut edisi/ siri.Semua karya cetakan dalam sesuatu edisi di anggapkarya asli.

Page 49: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CETAKAN

TEMA Alam semulajadiAlam bendaNaratifLandskap

ALAT DAN BAHAN

Alat: Penggelek linoBahan: Kertas lukisan, blok kayu/lino, rice paper, kertas, dakwat, cat lino

TEKNIK Teknik turisan(cetakan benam)Teknik golekan

Page 50: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CAPAN

DEFINISI Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau bahan semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan. Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut.Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.Teknik capan merupakan satu cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas sesuatu permukaan.

Page 51: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CAPAN

TEMA Alam semulajadiAlam bendabebas

ALAT DAN BAHAN

Alat: Berus lukisan, pensel, pisau, jariBahan: Kertas lukisan, cat air, bahan semulajadi (pelepah pisang, bawang, bendi, ubi kentang, cengkerang siput), bahan buatan manusia (tapak kasut)

TEKNIK capan

Page 52: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

RESIS

DEFINISI Reka corak resis merupakan suatu bentuk kreativiti artistik yang berkait rapat dengan penggunaan media berasaskan air dan minyak.Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dengan cat minyak, cat air dengan lilin, cat air dengan krayon dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik mencanting dalam batik adalah satu kaedah membuat corak resis.

Page 53: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

RESIS

TEMA Alam bendaAlam semulajadiNaratifLandskap

ALAT DAN BAHAN Alat : Berus warnaBahan : Kertas lukisan, kain, span, krayon, lilin

TEKNIK Resis, gurisan, contengan, lakaran dengan krayon / lilin (garisan/titik)

Page 54: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

KOLAJ

DEFINISI Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan.Berbagai jenis bahan dilekat dan tampal di permukaan khas seperti kertas lukisan.

Page 55: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

KOLAJ

TEMA Alam semulajadiAlam bendaBebas

ALAT DAN BAHAN

Alat: Gunting, gamBahan: Kertas lukisan, majalah, surat khabar, kalendar atau kain

TEKNIK Kolaj, guntingan dan tampalan, carikan

Page 56: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

SEKIAN