Membuat Corak Dan Rekaan

33
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Pengenalan Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu atau bebas MOTIF CORAK SUSUNAN CORAK Alam semulajadi-bunga, siput Penuh Bahan buatan manusia Turun separa Geometri Berulang Abjad Orgee Rupa barangan kraf Malaysia Batu bata Berpusat Sendeng Berombak Bertindih Jidar

description

education

Transcript of Membuat Corak Dan Rekaan

Page 1: Membuat Corak Dan Rekaan

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Pengenalan

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai  cara untuk

menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan

tersebut boleh juga dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain

seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan

motif yang dibuat secara tertentu atau bebas

MOTIF CORAK SUSUNAN CORAK

Alam semulajadi-bunga, siput Penuh

Bahan buatan manusia Turun separa

Geometri Berulang

Abjad Orgee

Rupa barangan kraf Malaysia Batu bata

Berpusat

Sendeng

Berombak

Bertindih

Jidar

Bertimbul

Berlajur

Cerminan

CORAK TIDAK TERANCANG

Page 2: Membuat Corak Dan Rekaan

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh

dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup , mengayak menggolek dan

sebagainya.Contoh Corak teknik pualaman, corak tiupan, coak stensilan dan corak teknik

cerminan.

PUALAMAN

Pualaman ialah proses membuat corak di mana cat minyak pelbagai warna

terapung-apung di permukaan kertas dan mewujudkan corak-corak di atsa kertas

tersebut. hasil pualaman boleh digunakan dalam kegiatan membuat poster, grafik

atau kulit buku. Suminagashi merupakan teknik pualaman yang paling lama

dikenalpasti.

Teknik tersebut diamalkan di Jepun untuk menghasilkan corak daripada air dan

dakwat kalografi. Secara amnya teknik pualaman boleh dilakukan dengan cara yang

sangat mudah atau paling kompleks bergantung kepada yang ingin menghasilkan

corak. Umur bukanlah sesuatu faktor penghad untuk mempelajari teknik ini kerana

semua orang (kanank-kanak hingga dewasa) boleh menghasilkan karya

seni. Penghasilannya adalan secara corak teknik cetakan mono di mana warna

dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit seperti cat minyak.

Cara menghasilkan pualaman

- Bekas diisikan dengan air

- bancuh cat minyak dengan sedikit thinner dan dititiskan mengikut citarasa

sendiri

- Kayu digunakan untuk mengacau dan menghasilkan corak yang dikehendaki

- Tangkup kertas lukisan ke atas permukaan cat/ air dalam bekas dan

keluarkan dengan cepat dan keringkan.

Contoh karya Pualaman

Page 3: Membuat Corak Dan Rekaan

TIUPAN

Teknik tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin.

Teknik tiupana angin ini senang sahaja dan amat menarik kerana selain membuat corak

(tidak terancang ) kita boleh juga menjadikan teknik ini sebagai menggambar. Contohnya

seperti membuat ranting-ranting katu atau pokok yang rendang. Antara bahan-bahan yang

digunakan ialah straw, kertas lukisan dan warna poster buncho.

Page 4: Membuat Corak Dan Rekaan
Page 5: Membuat Corak Dan Rekaan

Contoh karya Tiupan

Page 6: Membuat Corak Dan Rekaan

TITISAN

Aktiviti titisan mempunyai banyak cara. Antaranya adalah menggunakan lilin yang dititiskan

keatas permukaan rata atau kertas untuk menghasilkan corak. Ia kemudian dilapis dengan

sapuan warna untuk menampakkan kesan titisan. Kemudian lilin dititislkan lagi dan sapuan

warna dibuat ke atas permukaan lukisan tersebut. Proses yang sama diulang berulag kali

shingga warna terakhir iaitu hitam sebagai warna terakhir disapu. Titisan merupakan satu

teknik untuk menghasilkan corak tidak terancang dengan cara menitiskan warna keatas

permukaan kertas secara rawak. Cat air dititiskan dari jarak yang berbeza untuk

menghasilkan kesan yang berbeza.

Akhir sekali titisan lilin tersebut digosok dengan seterika atau diratakan menggunakan

pengering rambut untuk meratakan lilin. Kemudian lilin dikikis untuk memperlihatkan corak

serta warna-warna yang terlindung di sebaliknya.

Seterusnya aktiviti titisan yang agak mudah ialah dengan cara membancuh warna dan

warna yang dibancuh itu dititiskan dia atas kertas lukisan. Jarak titisan menentukan besar

atau kecik corak yang terhasil. Jika kertas lukisan itu ditegakkan atau diangkat secara

sendeng maka corak titisan adalah agak lebat atau panjang. Pelbagai warna titisan akan

menghasilkan karya yang menarik.

Contoh karya titisan

Titisan warna cair

Page 7: Membuat Corak Dan Rekaan

Contoh karya Titisan

Titisan warna di atas kertas yang telah disapu gam kanji

Titisan lilin cair

Page 8: Membuat Corak Dan Rekaan

Titisan lilin cair yang ditiup

Page 9: Membuat Corak Dan Rekaan

IKATAN DAN CELUPAN

Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek,

coraknya yang terhasil adalah kecil.

Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi.Haji Che Su b. Ishak

adalah antara tokoh batik yang terkenal di Malaysia.

Garam digunakan sebagai bahan penyerapan. Jenis kain yang biasa digunakan ialah kain

kapas, sutera dan organza.

 Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan yang

menghasilkan corak yang menarik. Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang

besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.

Alat dan bahan untuk menghasilkan Ikatan dan Celupan

Kain, tisu, dye dan tali

Manik, batu atau bahan lain yang boleh menimbulkan lebih kesan jalinan.

Proses

1. Bancuh warna dengan sedikit garam

2. Ikat kain, jahit atau simpul kain mengikut rekaan

3. Celup kain beberapa kali bagi mendapatkan kesan yang baik

4. Kain dikeringkan

5. Rendam / sapu dengan sodium silikat iaitu pemati warna (jika perlu untuk mengekalkan

warna)

6. Buka ikatan, jahitan atau simpulan, kemudian basuh kain dan keringkan.

*Bagi mendapatkan warna yang beraneka, kain perlu diulang ikat dan celup dengan warna-

warna lain. Mulakan dengan warna yang cerah. Kaedah menyapu warna dengan berus atau

menitis warna juga boleh digunakan.

Contoh karya Ikatan dan Celupan

Page 10: Membuat Corak Dan Rekaan

Teknik Ikatan dan Celupan

Page 11: Membuat Corak Dan Rekaan

RENJISAN DAN

PERCIKAN

Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang

atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan.  Bentuk kreativiti artistik

dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif.

Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi

memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.

Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas

rekaan dan prinsip rekaan.

Alat dan bahan yang biasa digunakan untuk aktiviti ini ialah warna air, warna poster , kertas

lukisan dan berus warna.

Percikan pula ialah satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Satu teknik hiasan

catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan

menghasilkan kesan  speckled granite. Percikan -percikan halus warna disembur ke serata

tempat untuk menghasilkan kesan antik. Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan

atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan

yang rata.Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan.

Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada

lukisan cat. 

Page 12: Membuat Corak Dan Rekaan

Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna ke

tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi. Percikan adalah

satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang

dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.Cat emulsi

paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain.

Contoh karya Renjisan dan Percikan

Page 13: Membuat Corak Dan Rekaan

CORAK TERANCANG

Corak terancang dibuat menggunakan

motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini

menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan

garisan grid dalam penghasilan corak. Contohnya corak teknik resis, corak teknik

anyaman dan corak menggunakan garisan grid.

Page 14: Membuat Corak Dan Rekaan

LUKISAN

Membuat corak menggunakan teknik asas dalam melukis sama ada dengan melorek ton,

melakar garisan, titikan dan gosokan. Lukisan adalah karya yang dihasilkan daripada

garisan yang membentuk imej menggunakan media kering yang biasanya dihasilkan secara

spontan serta menggunakan campuran warna yang terhad.

MEDIA LUKISAN  DAN CIRI-CIRINYA

PENSEL

-Mempunyai kepekatan yang berbeza kandungan

kuantitit campuran arang yang dicampur ke dalamnya.

-Semakin tinggi nilai nombor semakin gelap kepekatan

dakwat pensel.

-Pensil yang keras ditandakan dengan nilai ‘H’ dan

pensel yang lembut ditandakan dengan nilai ‘ B’.

PENSEL WARNA

-Mempunyai pelbagai warna pilihan.

-Boleh digosok untuk mencampurkan warna.

-Jika pensil warna ditekan semasa mewarna , warna

yang terang dan legap akan terhasil

PEN

-Terdapat beberapa jenis pen seperti pen celup

(mapping pen), pen manuskrip, pen mata bola dan pen

teknikal. Memberi kesan tajam dan kemas. Ketebalan

saiz mata menentukan ketebalan saiz garisan semasa

melukis.

Page 15: Membuat Corak Dan Rekaan

CHARCOAL

-Bahan yang lazim digunakan oleh pelukis-pelukis

agung semasa abad ke-18 dan emberi kesan hitam

dan legap.Pelukis memerlukan kemahiran

menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak

nampak kotor.

-Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak

bertaburan.

SOFT PASTEL

-Mempunyai pelbagai warna. Kesan yang lembut jika

ia digunakan sedikit dan member kesan yang terang

jika banyak digunakan.

-Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan

menggunakannya agar tidak nampak kotor.

-Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak

bertaburan.

OIL PASTEL

-Mempunyai pelbagai warna dan kesan yang tebal.

Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan

cara ini.

Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak

bertaburan.

Page 16: Membuat Corak Dan Rekaan

Contoh Karya Lukisan Corak Terancang

CATAN

Catan ialah proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu di

atas permukaan. Komponen alat dan media yang digunakan ialah seperti cat air, cat minyak,

cat akrilik, cat gouce, cat fresko, minyak linsip, turpentin, kertas, kanvas dan berus. Di dalam

Page 17: Membuat Corak Dan Rekaan

bidang mencorak dan membuat rekaan catan digunakan bagi menghasilkan corak yang

terdiri daripada penggunaan warna air.

MEDIA CATAN DAN CIRI-CIRINYA

BAHAN CIRI-CIRI

CAT AIR

    

Bersifat lutisnar, lembut, boleh dibuat legap sekiranya cat

air dari tiup. Cat cair akan tebal jika disapu berlapis-

lapis di atas permukaan kertas. Bahantara ialah

air. Pengilat Gam arab

CAT MINYAK

   

Teknik yang serbaguna, lambat kering. Boleh bersifat

nipis , tebal dan legap. Sesuai digunakan dia atas

permukaan kanvas.

    Bahantara ialah turpentine. Pengilat minyak linsid.

CAT TEMPERA

    

Agak lutsinar tetapi tidak seperti cat air. Satu teknik

yang tertua. Sesuai di atas permukaan kertas dan juga

di atas permukaan kanvas.

    Bahantara ialah telur kuning. Pengilat ialah air.

CAT GOUCE

    

Sa Sama seperti cat air, tetapi bersifat legap. Sesuai atas

permukaan kertas.

Page 18: Membuat Corak Dan Rekaan

   Bahantara air dan pengilat gam arab.

AKRILIK

    

Boleh menggunakan pelbagai teknik. Bersifat seperti

cat air dan cat minyak boleh dibuat tebal, nipis dan legap.

    Cepat kering. Sesuai atas permukaan kertas dan

kanvas.

    Bahantara ialah air.

FRESKO

    Bancuhan pewarna dan air disapukan ke dinding ketika

kapur plaster masih lembab.

    Bahantara kapur. Pengilat air atau air kapur.

Contoh karya Catan Corak Terancang

Page 19: Membuat Corak Dan Rekaan
Page 20: Membuat Corak Dan Rekaan

CETAKAN

Cetakan ialah membuat corak dengan mencetak sama ada cetakan stensil, cetakan litografi,

cetakan timbulan dan sebagainya.Cetakan dalam mencorak dan membuat rekaan.Lazimnya

dalam mebuat karya cetakan dalam bidang mencorak, bahan yang digunakan ialah papan

lino atau alam semual jadi yang ditebuk dan diukir seperti kentang.Bahan diukir dengan

corak yang diingini dan dicetak di atas permukaan yang rata.

Contoh karya Cetakan

Page 21: Membuat Corak Dan Rekaan

CAPAN

Kaedah capan ialah aktiviti mengecap menggunakan bahan

semulajadi untuk menghasilkan corak. Blok tidak perlu disedikana kerana jalinan yang

digunakan adalah jalinan semulajadi. Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan

dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari

menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.

Antara alat dan bahan untuk menghasilkan Capan:

Warna air

Warna Poster

Cap jari

Kentang

Bawang

Bendi

Pelepah pisang

Page 22: Membuat Corak Dan Rekaan

Batang betik

Daun

Contoh karya Capan Corak Terancang

Page 23: Membuat Corak Dan Rekaan

LIPATAN DAN GUNTINGAN

Aktiviti lipatan dan guntingan ialah aktiviti melipat kertas  dan menggunting mengikut corak

yang dikehendaki.

Kertas boleh dilipat beberapa kali atau disusun secara bertindih dan dilipat bagi

mendapatkan corak atau imej yang berulang.

Bahan-bahan yang diperlukan

1. gunting

2. gam

3. pensel tulis

4. kertas lukisan

5. kertas 'sugar paper' (boleh juga digunakan kertas kolaj atau kertas warna yang lain)

Contoh karya Lipatan dan Guntingan Corak Terancang

Page 24: Membuat Corak Dan Rekaan

RESIS

Aktiviti menyapukan warna basah ke atas pemukaan kertas yang  telah dilukis dengan lilin,

krayon atau oil pastel. Lilin digunakan untuk menutup permukaan kertas atau kain bagi

tujuan mendapatkan corak warna.

Hasil penolakan warna air dan lilin akan menghasilkan corak yang menarik.

Resis boleh dihasilkan melalui tindihan lilin dan menyapu warna dari terang ke warna gelap.

Resis menyebabkan bahagian yang diliputi lilin tidak menyerap air dan dalam keadaan asal.

Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting.

Di dalam mencorak teknik resis juga digunakan untuk menghasilkan corak yang terancang

iaitu corak yang dilakar oleh pengkarya.

ALAT DAN BAHAN 

Krayon

Oil pastel

Lilin

Warna air

Warna poster

Page 25: Membuat Corak Dan Rekaan

Contoh Karya Resis Corak Terancang

Page 26: Membuat Corak Dan Rekaan

KOLAJ

Lukisan Kolaj bermaksud memotong sesuatu kertas dan menampal di atas sesuatu

permukaan. 

Biasanya kertas yang digunakan adalah kertas warna atau surat khabar. 

Kolaj juga boleh dibuat dengan mengoyak atau mengunting kertas dan menampal di atas

sesuatu permukaan. 

Ia boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej

seperti tampal gambar foto atau dari cetakan majalah disusun atau ditindih. 

Kita juga boleh menggunakan pelbagai jenis bahan untuk ditampal keatas kertas lukisan

mengikut keativiti sendiri. 

Murid boleh menggunakan pelbagai warna atau satu warna untuk menghasilkan kolaj.

Contoh karya Kolaj Corak Terancang

KALIGRAFI

Page 27: Membuat Corak Dan Rekaan

Kaligrafi, dari bahasa Yunani; καλλι "keindahan" + γραφος "menulis" ) Hahasa

Jepn, Nihongo 日 本 語 ) adalah seni menulis dengan indah dengan pen sebagai hiasan.

Tulisan dalam bentuk kaligrafi biasanya tidak untuk dibaca dengan konsentrasi tinggi dalam

waktu lama, karena sifatnya yang unik untuk dibaca. 

Meskipun kaligrafi dalam tulisan arab lebih dikenal, tetapi banyak pula penerapan aplikasi ke

dalam tulisan latin.

Di dalam seni rupa Islam, tulisan arab seringkali dibuat kaligrafi. Biasanya isinya disadur

ayat-ayat Al-Quran. Bentuknya bermacam-macam, tidak selalu pena diatas kertas, tetapi

seringkali juga ditatahkan di atas logam atau kulit. Salah satu bentuk penerapan kaligrafi

Islam sebagai seni hias adalah di Istana Al Hamra, Spanyol.

Di dalam bidang mencorak kaligrafi dilukisan di atas kertas lukisan.

Motif yang digunakan ialah motif huruf yang lazimnya terdiri dari ayat jawi dan Al-quran.

Motif yang dilukiskan kemudian diwarnakan.

.

Contoh karya Kaligrafi

Page 28: Membuat Corak Dan Rekaan