Mengaplikasi Kepentingan Sesi Pengajaran Mikro

download Mengaplikasi Kepentingan Sesi Pengajaran Mikro

If you can't read please download the document

description

jknkadnkdnakndakjn

Transcript of Mengaplikasi Kepentingan Sesi Pengajaran Mikro

Mengaplikasi Kepentingan Sesi Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro merupakan satu komponen yang penting dalam Sukatan Pelajaran Ilmu Pendidikan Ikhtisas di Institut Perguruan. Setiap guru pelatih yang sedangmengikuti kursus pendidikan di Institut Perguruan diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran mikro. Pengajaran mikro ini merupakan satu-satunya latihan yang paling berkesan untuk membantu guru-guru pelatih menguasai kemahiran-kemahiran mengajar. Ia akan mendatangkan beberapa faedah kepada guru-guru pelatih.Tujuan umum pengajaran mikro adalah untuk memberikan kesempatan kepadaguru-guru pelatihuntuk berlatih mempraktikan beberapa keterampilan dasar mengajar di depan teman-temannya dalam suasana yang Constructive, supportive, dan bersahabat. Sehingga mendukung kesiapan mental, keterampilan dan kemampuan performance yang ter-integrasi untukbeka praktik mengajarsesungguhnya di sekolah/institusi pendidikan.Mok Soon Sang (2008), menyatakan antara kepentingan dan faedah pengajaran mikro ialahguru-guru pelatih mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan dipermudahkan.Melaluiini,guru-guru pelatih dapatmembiasakan dirinya dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap muird-muridnya . Guru-guru pelatih juga tidak akan berasa cemas sewaktu mengajar murid-murid di dalam kelas.Selain itu, guru-guru pelatih boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang, mudah dan kurang kompleks.Disebabkan terdapat guru yang kekurangan pengalaman dalam menjalankan pengajarandan pembelajaran di dalam kelas , namunpengajaran mikrodiadakan dapat meningkatkan dan memperbaiki setiap teknik pengajaran yang akan dilaplikasikan oleh guru-guru pelatih di dalam kelas.Sekiranya guru-guru pelatih dapat menguasai teknik mengajar dengan betul dan berkemahiran, namun guru tersebut tidak payah risau lagi tentang pengajarannya di dalam kelas.Pengajaran mikro ini membolehkan guru-guru pelatih mengamalkan teori pengajaran yang disampaikan oleh pensyarahnya di bilik kuliah.Guru-guru pelatihboleh cuba menggunakan teori pengajaran yang berlainan dan bersesuaian yang diperkenalkan oleh pensyarahnya dalam rancangan pengajaran harian mereka. Dengan ini, guru-guru pelatih dapat mengaplikasikan pelbagai teori pengajaran yang mereka mahir dalam setiap rancangan pengajaran harian yang mereka rancang.Di samping itu,pengajaran mikro juga dapat membantu guru pelatih mengurangkan pelbagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah pada masa depan.Melalui rakaman video, guru-guru dapat mengkaji sendiri kelebihan dan kesilapan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro.Selepas sesi pengajaran, guru-guru pelatih dapat memahami kesilapan pengajaran mereka dan seterusnya berusaha membaiki kelemahan-kelemahan pengajaran yang berlaku, di samping mengukuhkan kelebihan-kelebihan kemahiran mengajar.Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan keyakinan guru-guru pelatih supaya mereka bersedia menghadapi situasi pengajaran yang sebenar, misalnya mengajar murid-murid di dalam bilik darjah semasa sesi praktikum di peringkat sekolah.Dengan ini, guru-guru pelatih tidak akan berasa takut apabila menghadapi masalah-masalah yang akan berlaku di dalam kelas nanti.Dengan itu, pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan akan lebih lancar dan teratur.Kesimpulannya, pengajaran mikro ini pentingdilasanakan kepada semua guru-guru pelatih bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat pada dirinya sewaktu dalam pengajaran. Di samping itu,pengajaran mikrodapatmemberikan pengaruh positif dalam melatih keterampilan mengajar di kelas.