My rph 2(kepelbagaian)

7
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 2 Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Tingkatan : 1 A Masa : ( 80 minit ) Bilangan Murid : 30 Orang Bidang Pelajaran / Tajuk : Kerja paip asas Penyambung paip Jenis paip Bahan pemasangan paip Objektif : Di akhir sesi pembelajaran, murid dapat : a. Menamakan 3 jenis paip dengan tepat beserta kelebihan dan kelemahan setiap jenis paip (BG,PVC dan Poli) tanpa merujuk buku teks. b. Mengenlpasti sekurang-kurangnya 5 jenis penyambung paip serta kegunaan dengan tepat. c. Menyenaraikan 2 jenis alat pemasangan paip dan kegunaannya dengan tepat. Alat Bantu Mengajar : Video, poster, bahan maujud seperti paip, penyambung paip yg terdapat didalam bengkel atau sekolah, buku teks dan lembaran kerja (latihan)

Transcript of My rph 2(kepelbagaian)

Page 1: My rph 2(kepelbagaian)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 2

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup

Tingkatan : 1 A

Masa : ( 80 minit )

Bilangan Murid : 30 Orang

Bidang Pelajaran / Tajuk : Kerja paip asas

Penyambung paip Jenis paip Bahan pemasangan paip

Objektif : Di akhir sesi pembelajaran, murid dapat :

a. Menamakan 3 jenis paip dengan tepat beserta kelebihan dan kelemahan setiap jenis paip (BG,PVC dan Poli) tanpa merujuk buku teks.

b. Mengenlpasti sekurang-kurangnya 5 jenis penyambung paip serta kegunaan dengan tepat.c. Menyenaraikan 2 jenis alat pemasangan paip dan kegunaannya dengan tepat.

Alat Bantu Mengajar : Video, poster, bahan maujud seperti paip, penyambung paip yg terdapat didalam bengkel atau sekolah, buku teks dan lembaran kerja (latihan)

Page 2: My rph 2(kepelbagaian)

Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran CatatanSet induksi(5 minit)

Memperkenalkan jenis paip, penyambung paip dan bahan pemasangan paip.

1. Guru mengimbas kembali pengajaran sebelum ini.

2. Guru menunjukkan poster jenis paip, penyambung paip dan bahan pemasangan paip.

3. Guru bersoaljawab dengan murid berdasarkan gambar seperti :

a. Cuba namakan jenis paip dalam gambar.b. Bahan apa yang digunakan untuk menguatkan

penyambungan paip.

- Murid menjawab mengikut gambar yang ditunjukkan oleh guru.

4. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini.- Murid memberi perhatian terhadap penerangan guru.

BBM : • Bahan maujud• Slaid power

point• Buku teks

Strategi :• Penyoalan

seluruh kelas secara lisan.

Nilai :• Berusaha

Domain :• Kognitif

Langkah 1 : Penyampaian dan penerangan(30 minit)

1. Jenis Paip

a. Paip BGb. Paip PVCc. Paip Poli

1. Guru menerangkan jenis-jenis paip yang terdapat di pasaran

a. Jenis Besi Galvani (BG)b. Jenis PVCc. Jenis Poli

- Murid mendengar penerangan guru.

2. Guru menyatakan perbezaan setiap jenis paip dan penyambung paip dari segi bahan dan warna :

a. Paip BG diperbuat daripada besi : warna chrome.b. Paip PVC diperbuat daripada plastik yang tidak fleksibel

: warna kelabu.c. Paip Poli diperbuat daripada plastik yang bersifat

fleksibel : warna hitam.

BBM : • Slide

presentation• Bahan maujud• Buku teks

Strategi :• Penerangan guru• Soal jawab lisan

Keperluan murid :• Buku nota

Page 3: My rph 2(kepelbagaian)

2. Penyambung Paip :

a. Soket samab. Soket pengecilc. Siku 90° samad. Siku 90° pengecile. Tee samaf. Tee pengecil

- Murid mendengar penerangan guru.

3. Guru menerangkan kelebihan dan kelemahan setiap jenis paip dan penyambung paip.

- Murid mendengar penerangan guru.

4. Guru menyatakan saiz piawai jenis paip yang terdapat di pasaran:

a. 13mmb. 20mmc. 25mm

- Murid mendengar penerangan guru.

5. Guru menyoal kepada murid berkenaan jenis paip, perbezaannya serta kelebihan dan kelemahan paip tertentu.

- Murid menyatakan 3 jenis paip, perbezaannya serta kelebihan dan kelemahan paip tersebut tanpa merujuk buku teks.

6. Guru menyoal tentang jenis paip yang ada di rumah murid.

- Murid menyenaraikan jenis paip yang terdapat di rumah mereka.

7. Guru menunjukkan poster jenis-jenis penyambung paip yang akan dipelajari.

- Murid melihat poster dan mendengar penerangan guru.

8. Guru menamakan dan menerangkan fungsi dan perbezaan setiap penyambung paip.

Nilai :• Berusaha

Domain :• Kognitif

Page 4: My rph 2(kepelbagaian)

g. Puting heksagonh. Penyuai soket PTi. Penyuai soket injapj. Soket penjodohk. Palaml. Nat pengunci

3. Bahan Pemasangan Paip :

a. Pita PTFEb. Glu PVC

- Murid mendengar penerangan guru.

9. Guru menerangkan kepentingan membuat penyambungan yang betul.

- Murid mendengar penerangan guru.

10. Soal jawab secara lisan untuk mengukuhkan pemahaman murid :

• Kenalpasti dan namakan sekurang-kurangnya 5 penyambung paip beserta fungsi dan perbezaannya.

- Murid mengenalpasti dan menamakan sekurang-kurangnya 5 penyambung paip beserta fungsi dan perbezaannya dengan tepat.

11. Guru menyata dan menamakan 2 jenis pemasangan paip serta kegunaannya.

- Murid mendengar penerangan guru.

12. Guru menjelaskan perbezaan antara 2 bahan pemasangan paip.

- Murid mendengar penjelasan guru.

13. Guru menerangkan kepentingan menggunakan bahan pemasangan paip yang betul.- Murid mendengar penerangan guru.

14. Soal jawab secara lisan untuk mengukuhkan pemahaman murid

• Senaraikan 2 jenis bahan pemasangan paip dan perbezaannya.- Murid menyenaraikan 2 jenis bahan pemasangan paip

Page 5: My rph 2(kepelbagaian)

serta perbezaan kegunaannya dengan tepat.Langkah 2 : Bimbingan (30 minit)

Aktiviti amali aplikasi penggunaan jenis paip dan penyambung paip serta bahan pemasangan paip :

1. Jenis paip :a. BGb. PVCc. Poli

2. Penyambung paip :a. Tee samab. Siku 90° samac. Palamd. Putting heksagone. Penyuai soket injap

3. Bahan pemasangan paip :a. Pita PTFEb. Glu PVC

Kecerdasan Visual/Ruang Kecerdasan Kinestatik

BBM : • Slide

presentation• Poster• Bahan maujud• Model

penyambungan paip asas

Strategi :• Demonstrasi

guru• Kerja amali• Tumpuan murid• Soal jawab lisan

Keperluan murid :• Buku nota• Penghasilan peta

minda• Penghasilan

model ringkas penyambungan paip

Nilai :• Berusaha• Kerjasama

Domain :

1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan setiap kumpulan seramai 6 orang.

2. Setiap kumpulan diberi gambar 3 jenis paip, 5 penyambung paip dan 2 bahan pemasangan paip.

3. Murid perlu mengenalpasti jenis paip, penyambung paip dan bahan pemasangan paip.

4. Guru mengemukakan panduan bahan rangsangan (BBM-power point presentation slide) untuk membantu murid membuat keputusan terbaik dalam aktiviti.

5. Murid diminta untuk merekodkan hasil perbincangan daripada apa yang mereka lihat pada gambar yang diberi dan dikaitkan dengan pembelajaran hari ini.

6. Guru memantau pergerakan murid dan

1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan setiap kumpulan seramai 6 orang.

2. Setiap kumpulan diberi 3 jenis paip, 5 penyambung paip dan 2 bahan pemasangan paip yang sebenar.

3. Murid perlu mengenalpasti jenis paip, penyambung paip dan bahan pemasangan paip.

4. Guru mengemukakan panduan bahan rangsangan (BBM-model penyambungan paip asas) untuk membantu murid memahami cara penyambungan yang betul.

5. Guru menunjuk cara penyambungan paip yang betul dengan menggunakan penyambung paip yang sesuai.

6. Murid diminta merekodkan hasil perbincangan hasil daripada demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru dan dikaitkan dengan

Page 6: My rph 2(kepelbagaian)

memberi panduan agar perbincangan mereka tidak tersasar.

7. Guru memberikan kertas mahjung kepada murid dan meminta mereka untuk menyediakan peta konsep daripada gambar yang diberi dengan merujuk kepada BBM-Poster yang telah ditunjukkan kepada mereka sebelum ini. Kriteria peta konsep tersebut ialah :- Nama- Fungsi

8. Guru akan memberikan penjelasan lanjut bagi mengukuhkan maklumat yang dibentangkan.

pembelajaran hari ini.

7. Guru memantau pergerakan murid dan memberi panduan agar perbincangan mereka tidak tersasar.

8. Guru meminta murid untuk membina model ringkas penyambungan paip berdasarkan apa yang telah ditunjuk dan diterangkan oleh guru.

9. Guru akan memberikan penjelasan lanjut bagi mengukuhkan aktiviti yang dijalankan.

• Kognitif• Psikomotor

Langkah 3 :Pentaksiran(10 minit)

Pemantauan aktiviti.

Soal jawab lisan tentang aktiviti.

Menjawab lembaran kerja.

1. Guru memantau aktiviti berkumpulan yang dijalankan oleh murid.

2. Guru meminta murid merumuskan apa yang telah dipelajari.

3. Guru mengedarkan soalan taksiran dan memberi murid 5 minit untuk menjawab diikuti dengan semakan jawapan yang ditulis di papan putih.

BBM :• Kertas soalan

taksiran

Strategi :• Pemantauan guru• Latihan formatif

Page 7: My rph 2(kepelbagaian)

Keperluan murid :• Mejawab soalanNilai :• Berusaha

Domain :• Kognitif

Penutup(5 minit)

Rumusan :

• Menyatakan jenis paip, fungsi, perbezaan serta kelebihan dan kelemahan setiap jenis paip.

• Menamakan penyambungan paip serta fungsinya.

• Menamakan bahan pemasangan paip serta kegunaannya.

• Melancarkan urusan seharian dan kesan jika penyambungan paip tidak dilakukan dengan cara yang betul.

1. Soal jawab secara lisan.

2. Murid menjawab setiap soalan yang diajukan oleh guru.

3. Guru merumuskan isi pembelajaran dan menekankan sekali kepada murid berkaitan isi pelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar.

BBM :• Slide

presentation• Buku teks

Strategi :• Berpusatkan

guru• Berpusatkan

murid

Nilai :• Berusaha

Domain :• Kognitif

Refleksi:

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________