MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik I - Mikro (SEMESTER 4)
-
Upload
stephanie-unsil -
Category
Documents
-
view
1.047 -
download
4
Transcript of MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik I - Mikro (SEMESTER 4)
RANCANGAN PENGAJARAN MIKRO
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Tahun : 3 Ledang
Bilangan Murid : 20 orang
Tarikh : 1 Ogos 2013
Masa : 8.45 – 9.15 pagi ( 30 minit )
Tajuk : Ciptaan Tuhan
Aspek : Pengalaman muzikal
Konsep : Irama – Corak Irama dan detik lagu
Tempo – Perubahan tempo
Pengetahuan sedia ada : 1. Murid pernah memainkan perkusi secara solo atau
berkumpulan daripada pelbagai repertoir.
2. Murid pernah membuat gerakan mengikut iringan
muzik.
Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran pembelajaran, murid – murid dapat:
1. Membezakan tempo laju, sederhana dan perlahan.
2. Membuat gerakan kreatif yang sesuai yang menunjukkan
tempo cepat, perlahan dan sederhana.
3. Memainkan alat perkusi mengikut tempo dan corak irama
yang betul.
Nilai : Prihatin, bekerjasama, memberi perhatian, patuh,
bertanggungjawab dan peka.
KBKK : Menjana idea, memahami, meneroka, mengimprovisasi,
merasai
Bahan Bantu Mengajar : LCD, kayu tik tok (alat perkusi), radio
Langkah / Isi Pelajaran Aktivti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi( 5 minit )
1. Guru menyoal murid – murid sama
ada mereka pernah melihat arnab
dan kura – kura dan menyuruh murid
menyatakan ciri – ciri kedua binatang
tersebut.
2. Guru menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk “Arnab dan Kura –
Kura” kepada murid dalam nada,
gaya dan intonasi yang betul
bersama dengan iringan muzik.
3. Guru membuat demonstrasi
pergerakan arnab dan kura – kura
dan menyuruh murid mengenalpasti
pergerakan cepat, sederhana dan
lambat.
4. Guru memperkenalkan konsep irama
dan tempo melalui pergerakan yang
dilakukan bersama murid – murid.
ABM : Kad gambar
Penutup( 5 minit )
1. Guru menyuruh kumpulan –
kumpulan mempersembahkan hasil
kumpulan masing – masing mengikut
iringan muzik yang telah dipilih.
2. Guru mengadakan sesi soal jawab
yang ringkas bersama murid – murid.
3. Guru bersama dengan murid
menyanyikan lagu “Bapaku Pulang”
bersama gerakan kreatif.
ABM : paparan lirik lagu, video lagu
PERINCIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SET INDUKSI (5 MINIT)
Masa Pelaksanaan Aktiviti
Minit 1 - 2 Guru menjalankan sesi soal jawab dengan murid bagi menguji
pengetahuan mereka tentang ciri – ciri arnab dan kura – kura.
Guru menunjukkan kad gambar arnab dan kura – kura kepada murid
– murid.
Murid menjawab semua soalan yang dikemukakan.
Minit 2 - 4 Guru mempersembahan cerita “Arnab dan Kura – Kura” di hadapan
kelas dengan nada, gaya dan intonasi yang betul dengan iringan
muzik.
Guru membuat demo pergerakan arnab dan kura – kura.
Murid memberi perhatian terhadap gaya persembahan guru dalam
cerita “Arnab dan Kura – Kura.”
Murid diminta mengenalpasti pergerakan cepat, sederhana dan
perlahan dalam cerita “Arnab dan Kura – Kura.”
Minit 4 - 5 Guru memperkenalkan konsep irama dan tempo melalui pergerakan
yang dibuat.
Murid diminta untuk meniru pergerakan guru dan bersama – sama
melakukan pergerakan cepat, perlahan dan sederhana bersama
dengan iringan muzik.
Guru bersama – sama dengan murid membuat pergerakan
PERINCIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PENUTUP
(5 MINIT)
Masa Pelaksanaan Aktiviti
Minit 1 - 3 Guru menyuruh kumpulan – kumpulan yang telah dibahagikan untuk
mempersembahkan hasil kumpulan masing – masing dengan
menggunakan iringan muzik yang telah dipilih.
(i) Kumpulan 1 – Pergerakan sambil bermain kayu tik tok mengikut
corak irama muzik yang telah dipilih
(ii) Kumpulan 2 - Persembahan menggunakan anggota badan
mengikut corak irama dan tempo lagu yang telah
dipilih.
Minit 3 - 4 Guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid mengenai
persembahan yang telah dibuat oleh kedua – dua kumpulan sebentar
tadi dari segi:
(i) Tempo
(ii) Corak irama
(iii) Pergerakan kreatif yang dihasilkan oleh kedua – dua
kumpulan
Minit 4 - 5 Guru bersama dengan murid menyanyikan lagu “Bapaku Pulang”
sambil membuat pelbagai gerakan bebas bersama dengan
permainan kayu tik tok.
Lirik lagu “Bapaku Pulang” dipaparkan di slaid
Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah
Pom pom pom pom pom pom pom pom pom
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek