Nota ringkas
-
Upload
suri-ju-it -
Category
Documents
-
view
6.594 -
download
12
Transcript of Nota ringkas
RINGKASAN KEGIATAN MENGGAMBAR
Definisi Menggambar :1. Representasi visual atau ilustrasi sesuatu objek atau imej 2 dimensi yang dihasilkan di atas permukaan rata.2. Ia juga mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui pengaplikasian warna
Penekanan Bidang Menggambar :1. perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. 2. meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. 3. membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.4. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini.
Senaraikan kegiatan-kegiatan yang boleh dijalankan di bilik darjah di dalam bidang Menggambar
1. LUKISAN
2. CATAN
3. KOLAJ
4. MONTAJ
5. CETAKAN
6. GOSOKAN
7. RESIS
8. PERCIKAN
9. MOZEK
Perbezaan antara Lukisan dan Catan :
MEDIA Lukisan CatanAlat, bahan dan media Penggunaan alat terhad kepada
media kering
seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat.
Media dominan ialah Media Basah
terdiri daripada warna air, warna poster, cat minyak dan cat akrilik.
Langkah mudah menghasilkan
Membuat lakaran asas rupabentuk objek.
Membuat lakaran struktur asas figura.
Senaraikan TIGA peringkat di dalam kegiatan membuat cetakan yang boleh dijalankan di peringkat sekolah rendah.
1. Tahap Pengenalan 2. Tahap Pertengahan 3. Tahap Lanjutan
Berikan DUA contoh teknik cetakan daripada peringkat yang disebutkan di atas.
1. Tahap Pengenalan a. Cetakan jari
b. Cetakan tumbuh-tumbuhan
2. Tahap Pertengahan a. Cetakan tanah liatb. Cetakan plastisin
3. Tahap Lanjutana. Cetakan lino
b. Cetakan stensil
Nyatakan bagaimana anda menggunakan kegiatan-kegiatan menggambar di atas untuk murid-murid di tahap 1 dan tahap 2 di sekolah rendah.
Tahap 1
Tahun 1 :Asas menggambar.
Tahun 2 :Menggambar.
Tahun 3 :Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan
membuat gambar. Contohnya, murid yang berada pada Aras 1 dapat menghasilkan karya resis dengan menggunakan pelbagai
bahan dan teknik melalui penerokaan.
Tahap 2
Tahun 4 :Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan
tema dan imaginasi murid.
Tahun 5 :Menggambar berdasarkan tema, pengalaman dan imaginasi
secara manual dan berbantukan komputer.
Tahun 6 :Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan
fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.Contohnya, murid yang berada pada Aras 2 dapat mencari
sumber rujukan sebagai pencetus idea berbantukan komputer untuk menghasilkan karya percikan.
Tahap perkembangan dan keupayaan mental murid boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Senaraikan.
1. Tahap Manipulatif 2. Tahap Simbolik 3. Tahap Realistik
Senaraikan alat, bahan dan media yang boleh diaplikasikan di dalam kegiatan menghasilkan lukisan.
1. Semulajadi 2. Buatan Manusia
a. Arang b. Batu
c. Kapur d. Tanah
a. Pensel b. Pen c. Pen Marker d. Kertas
e. Komputer f. Pastel g. Krayon h. Pensel Warna
Apakah teknik-teknik melukis yang boleh diaplikasikan di dalam sesebuah lukisan.
a. Coreng atau contengb. Garisan Kontur
c. Titikd. Pangkah Silang
e. Garisan Selarif. Teknik Campuran
Berikan DUA jenis media yang sesuai digunakan untuk murid-murid menghasilkan catan di dalam bilik darjah.1. Warna Poster 2. Warna Air
Apakah TIGA perbezaan dan TIGA persamaan sifat-sifat yang terdapat pada kedua-dua jenis media tersebut dalam proses mencatan?
1. Persamaana. Menggunakan air sebagai bahantara,
b. Cepat kering,c. Sesuai di permukaan kertas.
2. Perbezaan
MEdia Bahantara Penguat SifatWarnaPoster
Berus jenis keras Pengilat larut air a. Legap dan tebal.b. Boleh lut sinar tetapi tidak seperti warna air.
Warna Air Berus jenis lembut Gam arab a. Lutsinar dan lembut.b. Tebal sekiranya disapu berlapis-lapis
Berikan LIMA kategori warna.
1. Warna asas2. Warna sekunder
3. Warna tertiar 4. Warna harmoni5. Warna penggenap
Perbezaan antara warna sejuk dan warna panas ialah seperti berikut :
Warna Sejuk Warna Panas
Terdiri daripada warna ungu, biru dan hijau. Terdiri daripada warna merah, jingga dan kuning.
Dikaitkan dengan alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan dan air. Dikaitkan dengan objek atau imej seperti api, cahaya dan
matahari.
Dapat menimbulkan suasana sejuk, kedamaian, kelembutan, dan
nyaman.
Dapat menimbulkan suasana riang, bersemangat,
peperangan, kecemasan, dan kemalangan.
Tema2 lukisan
1. Lukisan figura ( imej bkaitan manusia/haiwan)
2. Lukisan a.benda ( objek kaku/ x b,nyawa
3. Lukisan lanskap ( pemandangan luar /dlm
studio)
Perbezaan antara ton warna dan kroma warna ialah seperti berikut :
Ton Warna Kroma Warna
Nilai cahaya yang wujud hasil daripada warna gelap dan
warna terang pada sesuatu objek.
A. Campuran warna penggenap dalam roda warna
dengan intensiti yang berbeza nisbahnya.
Warna putih dan kuning dapat memberkan cahaya yang
terang, warna hitam dan biru memberikan cahaya yang
gelap.
B. Warna merah bercampur dengan warna hijau dengan
nisbah yang berbeza akan mewujudkan warna kroma.
Berikan EMPAT kelebihan menggunakan media arang di dalam aktiviti melukis.
1. Mempunyai kesan kelembutan yang tinggi.2. Mempunyai kesan kegelapan yang tinggi.
3. Menghasilkan kesan tekstur permukaan yang dilukis.4. Menghasilkan garisan yang tajam dan tepat.
Kertas lukisan merupakan media penting dalam menghasilkan lukisan yang baik.Jelaskan TIGA jenis kertas lukisan.
JENIS KERTAS LUKISAN KESESUAIAN
1. Kertas lukisan biasa Mempunyai permukaan yang sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
2. Kertas cat air Terdapat dalam pelbagai gred kelicinan.
Kertasnya tebal dan bermutu tinggi,
mahal tetapi baik untuk digunakan
3. Bod bristol Merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
Jelaskan perbezaan yang terdapat pada kegiatan membuat Kolaj dan Mozek.Kolaj Mozek
Dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, dan menindih
bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik ke atas suatu permukaan dua dimensi untuk menghasilkan gambar.
Dihasilkan dengan menyusun kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang berwarna
Disusun secara bersebelahan dan tidak bertindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak
perbezaan antara penghasilan dan:kolaj montaj
dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas
permukaan rata
menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum.
Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj potongan gambar, keratan majalah atau surat khabar yang
adalah daripada bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik
ditindih dan disusun.
Jelaskan secara ringkas kegiatan membuat resis dan kegiatan membuat percikan secara mudahResis Percikan
1. Aktiviti menghasilkan gambar yang menggunakan pelbagai jenis warna dan lilin atau bahan-bahan yang berasaskan lilin.
2. ia boleh dihasilkan dengan cara menolak warna basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin atau krayon.
1. Aktiviti corakan warna yang dihasilkan dengan dentikan, tepukan atau jentikan pada bahagian bulu berus yang berwarna atau menyembur bahan cair ke atas permukaan yang rata.
2. Dihasilkan dengan menggunakan alat-alat seperti berus cat, pistol semburan dan berus penggelek.
hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap murid dalam kegiatan menggambar:
i. Asas menggambar;
ii. Menggambar;
iii. Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar;
iv. Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid;
v. Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer; dan
vi. Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer
hasil pembelajaran tersebut boleh dibahagikan mengikut aras-aras yang tertentu seperti berikut:
1. Aras pengetahuan
2. Aras kefahaman
3. Aras aplikasi
4. Aras analisa
5. Aras sintesis
6. Aras penilaian
perbezaan yang terdapat pada kegiatan-kegiatan membuat Catan dan membuat Resis.Catan Resis
1. Gambaran berbentuk dua dimensi yang dihasilkan ke 1. Menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai
atas satu permukaan rata melalui sapuan warna-warna basah.
jenis warna dan bahan-bahan yang berasaskan lilin.
2. Dihasilkan dengan pelbagai teknik sapuan warna. 2. Dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin.
perbezaan di antara warna monokrom dan penggenap.Warna Monokrom Warna Penggenap
Campuran warna asal dengan warna putih dan hiram dapat menghasilkan ton warna terang atau gelap.
Warna yang bertentangan dalam roda warna.
Putih dan kuning dicampur untuk mendapatkan cahaya terang manakala hitam dan kuning dapat untuk cahaya gelap.
Kombinasi warna-warna menimbulkan kesan kontra.
Nyatakan EMPAT jenis teknik cat air.
a. Basah atas basah iaitu warna dicairkan dahulu dan disapukan di atas permukaan yang basah. Hasilnya kesan lutsinar.b. Basah atas kering iaitu warna yang dicairkan dahulu disapukan di atas permukaan yang kering.c. Kering atas basah iaitu teknik yang melibatkan sapuan warna yang pekat disapu ke atas lapisan warna yang cair atas permukaan
kertas yang telah dibasahkan.d. ’Wash’ iaitu teknik yang melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan yang basah. Biasanya berus atau span digunakan. Sesuai
untuk menghasilkan kesan air span awan.
Nyatakan EMPAT jenis teknik cat minyak.TEKNIK IMPASTO
Impasto adalah teknik lukisan iaitu cat minyak tersebut akan dilapiskan dengan sangat tebal di atas kanvas sehingga arah sapuan cat minyak sangat mudah dilihat.Apabila kering, teknik impasto akan menghasilkan tekstur yang jelas sehingga kesan apabila disentuh dapat
lukisan objek itu akan lebih terasa.
TEKNIK KILATAN(GLAZING)
Teknik ini menunjukkan kesan seolah-olah kilauan yang berkaca kerana lut sinar.Teknik ini memberikan kesan warna pada catan dengan cara menindih lapisan nipis warna gelap yang lut sinar ke atas warna yang lebih cerah
TEKNIK TITIK(POINTILISME)
Teknik ialah dengan cara menitikkan warna yang dikenakan pada permukaan untuk membentuk tindanan titik-titik warna.Jika dilihat dari jarak yang jauh,titik warna akan bergabung dan menghasilkan warna yang baru
TEKNIK SAPUAN TEPAT(HARD EDGE)
Ia merupakan teknik yang menggunakan masking tape untuk memisahkan warna yang dimana hasilnya menampakkan catan seperti dipotong-potong.Ia mempunyai gubahan yang teratur dan mempunyai batas sapuan warna yang kemas dan tepat.
TEKNIK MELEMBUT(SCUMBLING)
Dalam teknik ini,warna disapu secara opaque ke atas lapisan yang sebalumnya yang mana boleh disapu secara rata,lut sinar atau impasto.Ciri penting dalam teknik ini ialah bahagian yang tidak dapat dilihat mampu ditonjolkan melalui cara yang berbeza
TEKNIK ‘ALLA PRIMA
Teknik ini merujuk kepada cara dimana artis mewarna secara cepat dan spontan dengan sapuan warna terus dari tiub.Teknik ini sesuai untuk artis yang menghasilkan catan di luar bangunan kerana tekniknya yang terus dan spontan
EMPAT tema montaj yang kerap digunakan di peringkat sekolah rendah.a. Landskap
b. Alam bendac. Figura
d. Corak huruf
EMPAT jenis gam yang sesuai digunakan bagi aktiviti Kolaj.a. Gam kilat
b. Gam tidak kilatc. Gam gel
d. Gam model
EMPAT teknik penghasilan Montaj.a. Montaj Keluarga
b. Photomontaj atau Imej Digitalc. Montaj dari Bahan Terbuang
d. Montaj Campuran
perbezaan yang terdapat pada kegiatan membuat gosokan dan percikan.Gosokan Percikan
Satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan sejenis alat di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
Satu teknik corakan warna melalui dentikan, tepukan atau jentikan dengan menggunakan berus lukisan atau bahan-bahan lain yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata
alat, bahan dan media yang digunakan dalam proses mencatan.
a. Pensel untuk membuat lakaran b. Berbagai jenis berus sama ada keras atau lembut c. Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, cat minyak,
cat mural dan cat akrilik
d. Palet untuk membancuh warna e. Botol berisi air f. Kertas lukisan, kain kanvas dan permukaan dinding g. Suratkhabar sebagai alas
EMPAT jenis aktiviti cetakan yang boleh dijalankan di peringkat sekolah rendah.a. Cetakan jari
b. Cetakan tumbuh-tumbuhanc. Cetakan dakwatd. Cetakan span.
Bincangkan satu teknik mudah bagaimana anda boleh mengaplikasi dan menghasilkan sebuah kolaj di bengkel seni.
Contoh menghasilkan sebuah kolaj : Tajuk :Kolaj dari tisu dan gambar majalah Objektif : Rancang dan hasilkan sebuah kolaj berbentuk 2D dari bahan kertas tisu dan gambar majalah untuk menerangkan konsep kesatuan dan keharmonian Alatan dan Bahan : Kertas lukisan, pensel, tisu berwarna-warni, kadbod, gunting, gam, berus lukisan, marker, krayon atau cat, gambar-gambar dari majalah
Arahan: 1. Cari satu idea yang boleh dikaitkan dengan sikap bekerjasama, tolong menolong, bersatu hati untuk melambangkan kesatuan dan keharmonian.2. Rancang beberapa komposisi dengan menggunakan lakaran-lakaran untuk mendapatkan gambaran secara keseluruhan. Pilih satu yang terbaik.3. Lukis lakaran yang dipilih di atas kertas putih keras.4. Sediakan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kolaj tersebut.5. Cari dari majalah untuk mendapatkan kawasan dan menggunakan bahagian yang berwarna dan gambar-gambar yang boleh digunakan. Sebagai
contoh: warna coklat pada kasut atau kek boleh digunakan untuk menghasilkan batang pokok atau warna biru air laut boleh digunakan pada pakaian pada imej atau gambar dalam kolaj. Susun gambar-gambar sebegitu rupa untuk menampakkan konsep kesatuan dan keharmonian Semasa menampal kertas berwarna dari majalah dan tisu-tisu berwarna, tak perlu hasilkan secara teliti sebaliknya boleh ditindih kertas-kertas tersebut supaya nampak lebih natural dan bebas. Tidak perlu berada dalam keadaan kemas dengan meletakkan kertas-kertas warna tersebut di dalam garisan lakaran semasa menghasilkan kolaj.
6. Teknik-teknik lain boleh diaplikasikan seperti menambahkan garisan-garisan dengan menggunakan pen marker, krayon, warna-warna poster, gosokan dari objek yang berjalinan untuk menampakkan kesatuan dan keharmonian dalam hasil kerja tersebut.
7. Bingkaikan hasil kerja kolaj tersebut dengan kemas dan gantung di tempat yang sesuai supaya senang dilihat. Jalani satu sesi penilaian dan kritikan (apresiasi seni) secara mudah.
KEGIATAN DEFINISI TEKNIK CARA Alat BHN/MEDIA
LUKISAN lanjutan dari aktiviti membuat lakaran demi lakaran yang dilakukan di atas permukaan rata
1. Coreng atau conteng2. Garisan Kontur
3. Titik4. Pangkah Silang
media kering seperti
Buatan Manusiaa. Pensel
dengan menggunakan berbagai jenis media kering atau menggunakan warna paling sedikit untuk meluahkan perasaan berbentuk imej.
5. Garisan Selari6. Teknik Campuran
b. Penc. Pen Marker
d. Kertase. Komputer
f. Pastelg. Krayon
h. Pensel Warna
Semulajadia. Arangb. Batuc. Kapur
d. Tanah
CATAN proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.
Media Basah yang terdiri daripada warna air, warna poster, cat minyak dan cat
akrilikKOLAJ bermakna potong, koyak,
gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan
1. Teknik potong kertas dan fabrik
2. Teknik koyak kertas dan fabrik
3. Teknik menggunakan berbagai jenis kertas yang berjalinan
4. Teknik media campuran 5. Teknik kertas tisu 6. Teknik tisu dan kertas
buangan 7. Teknik catan dalam kolaj 8. Teknik percikan dalam kolaj 9. Teknik span dalam kolaj 10. Teknik ‘skraping’ dalam
kolaj 11. Teknik stensil dalam kolaj 12. Teknik jalinan dalam kolaj
MONTAJ Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan
1. Montaj keluarga 2. Photomontaj (digital image) 3. Montaj dari bahan terbuang
menggunakan beberapa gambar atau corak yang
Warna basah seperti warna
tempera, warna air,
mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar
4. Montaj campuran 5. Montaj tiket 6. Montaj berlainan tema 7. Montaj alam semulajadi 8. Montaj figura 9. Montaj alam benda 10. Montaj corak huruf 11. Montaj haiwan 12. Montaj tema serupa 13. Montaj tampalan
(patchwork
disusun secara bertindih di antara satu sama lain pada suatu permukaan bagi menghasilkan gambar atau imej baru yang mempunyai sesuatu mesej atau pengajaran
warna poster, dakwat basah dan
berus lukisan
Gunting, pisau pemotong kertas, berbagai jenis gam
Gambar foto sebenar
Gambar atau ilustrasi dari
majalah/surat khabar
Gambar-gambar atau imej yang telah diimbas
Bahan-bahan terbuang
Berbagai jenis tiketCETAKAN satu proses hasil kerja seni
menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan
i. T.C tumbuh-tumbuhan
ii. T.c mono
iii. T.C timbulan (lino/kayu)
GOSOKAN
.proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan
1. Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
2. Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali
3. Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
4. Gosokan secara pusingan 5. Gosokan menggunakan
berbagai-bagai warna 6. Gosokan monokrom 7. Gosokan potongan kertas
Berbagai jenis pensil (jenis lembut dan keras), pensel
berasaskan lilin dan berbagai jenis
pensel warna yang terdapat di pasaran
Kapur dan pastel yang berbagai
warna
RESIS .satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin
1. Krayon resis dengan warna air
2. Krayon resis dengan warna poster
dengan cara menolak warna basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu
Berbagai jeni bahan yang berasaskan lilin seperti lilin biasa, lilin paraffin, krayon lilin;
3. Krayon resis dengan warna tempera
4. Krayon resis dengan dakwat basah
5. Krayon resis
6. Kertas lilin resis
7. Resis dengan kain
8. Krayon resis batik
9. Resis dari warna air dan perekat getah (campuran)
10. Resis dari warna air dan lilin biasa
11. Resis dari kapur dan lilin (cara positif)
12. Resis dari kapur dan lilin (cara negatif)
lilin atau krayon. Berbagai jenis kertas seperti kertas lukisan, kertas tebal, kertas kadbod, kertas manila kad;
Berbagai jenis kain putih seperti kain cotton poplin, cotton cambrich, rayon/fuji, cotton lawn kima;
Berbagai jenis pensel untuk membuat lakaran, kapur tulis, bekas air, pemadam;
Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, warna tempera, cat rumah; dan
Berbagai jenis dakwat basah yang berbagai warna
PERCIKAN
satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetukatau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite
dengan dentikan,
tepukan atau
jentikan pada
bahagian bulu
berus yang
berwarna atau
menyembur bahan
cair ke atas
permukaan yang
rata
i. Berbagai jenis berus lukisan yang berbagai saiz dan bentuk
ii. Berbagai jenis berus gigi dari permukaan rata hingga permukaan beralun
iii. Berbagai jenis berus cat dari permukaan lembut ke permukaan
keras
iv. Penggelek cetakan yang berbagai saiz
v. seperti kertas lukisan, kertas taip, kadbod, manila kad, kertas stensil
vi. Warna semburan, pistol semburan
vii. Pisau, pita pelekat, kain buruk, surat khabar
viii. Berbagai jenis tumbuh-tumbuhan kering, corak figura, bentuk-bentuk dari alam benda
MOZEK Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan
Secara amnya terdapat tiga ‘direct
method’,
‘indirect method’
‘double indirect method’
Utk sk
Mozek kertas
Mozek timbul
Mozek catan
Mozek campuran
Mozek potongan kertas
Mozek cebisan kertas
Mozek tebuk (‘puncher’)
Mozek koyakan kertas
Mozek fabrik
Berbagai jenis kertas seperti kadbod, kertas lukisan, kertas menaip, kertas nota, kertas surat khabar, kertas binaan (construction paper)
Berbagai jenis pelekat seperti gam biasa, gam putih, gam kayu, gam simen
Bekas untuk menyimpan carikan kertas, kadbod, syiling, bijirin
Playar, pembaris, ‘clear spray’
Mozek bijian
Mozek bahan buangan
Bahan semula jadi seperti bunga-bunga kering, berbagai daun kering, rumput
Pelbagai jenis biji-bijian atau objek semula jadi
Pewarna makanan
Pensel, pen, tali
Kertas berbagai warna, kertas majalah berwarna, gambar-gambar berwarna