P6_Latihan Bahasa Melayu

12

Click here to load reader

description

bm

Transcript of P6_Latihan Bahasa Melayu

Page 1: P6_Latihan Bahasa Melayu

1

Nama:_____________________ Tarikh:____________ Markah:_____/100

LATIHAN BAHASA MELAYU

DARJAH 6 SOALAN 1 – SOALAN 7 (14 MARKAH) ARAHAN: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini dan tuliskan nombor jawapan yang tepat di dalam ( ). Hanya satu daripada empat pilihan yang diberikan adalah betul Tahukah kamu bagaimana orang-orang Eskimo bersalam? Mereka bertenyeh hidung.

Mereka ____(1)_____ demikian apabila mereka bertemu, berpisah ataupun berkenalan

dengan tetamu.Cara mereka ____(2)____ salam inisungguh asing bagi kita di sini. Kita

mungkin berasa kurang senang jika ____(3) ____bertenyeh hidung. Bagaimana jika

anda_____(4)_____ kepada orang Eskimo? Tentu _____(5) ______ jika dia hendak

bertenyeh hidung dengan anda.Kalau kurang senang, anda boleh menolak ____(6)____ itu

dengan baik.Hulurkan tangan anda sebelum dia sempat minta ditenyeh. Jika dia masih juga

hendak bertenyeh hidung, anda ____(7)____dengan mesra.Siapa tahu, anda mungkin

seronok bertenyeh hidung dengannya!

Pilih jawapan yang betul dan tuliskan nombornya di ( )

1. (1) berbuat (2) buatan (3) membuat (4) terbuat ( )

2 (1) diberikan (2) member (3) pemberi (4) pemberian ( )

3 (1) disuruh (2) menyuruh (3) pesuruh (4) suruhan ( )

4 (1) berkenalan (2) diperkenalkan (3) mengenal (4) mengenalkan ( )

5 (1) dikejutkan (2) kejutan (3) mengejut (4) terkejut ( )

6 (1) bermesra (2) kemesraan (3) memesrai (4) memesrakan ( )

7 (1) disambut (2) menyambut (3) sambutlah (4) sambutan ( )

Page 2: P6_Latihan Bahasa Melayu

2

SOALAN 8 – SOALAN 12 (10 MARKAH) ARAHAN: Pilih peribahasa atau makna yang paling sesuai bagi setiap item dalam petikan karangan di bawah ini. Syuib seorang murid yang (8) pandai dalam pelajaran Matematik. Dia menuntut diSekolah

Rendah Gu Ying yang terletak berdekatan dengan rumahnya. Di sekolah, Syuib (9) suka

membantu rakan-rakannya yang lemah dalam pelajaran matematik. Mereka akan sama-

sama mengulangkaji pelajaran selepas waktu sekolah.Di rumah, Syuib mempunyai seorang

adik. Ibunya pula sedang (10) berbadan dua. Syuib akan membantu adiknya dalam

pelajaran sekolah dan membuat kerja rumah pada waktu petang. Dia juga akan

memastikan ibunya selalu rehat di rumah.Kedua ibu bapanya (11) berbesar hati

mempunyai (12) cahaya mata seperti Syuib yang rajin membantu dan memahami situasi di

rumah.

8. (1) otak udang (2) otak mati

(3) otak cair (4) otak kering ( )

9. (1) buah hati (2) buah tangan

(3) ringan tangan (4) tangan terbuka ( )

10. (1) hamil (2) inginkan sesuatu

(3) mempunyai perut yang besar (4) mempunyai badan yang besar

( )

11. (1) angkuh (2) sombong

(3) bangga (4) gembira ( )

12. (1) kasih saying (2) keluarga yang dikasihi

Page 3: P6_Latihan Bahasa Melayu

3

(3) anak kucing yang dijaga (4) seorang anak yang dikasihi ( )

SOALAN 13 – SOALAN 17 (10 MARKAH) ARAHAN : Teliti brosur yang berikut. Kemudian jawab soalan yang mengikutinya.

PAKEJ UMRAH CUTI SEKOLAH 2009 3 PAKEJ UMRAH KEBERANGKATAN JUMLAH

HARI 4 ORANG SEBILIK

3 ORANG SEBILIK

2 ORANG SEBILIK

1 Sep, 4 Sep, 15 Sep 10 $1,790 $1,850 $1,950 1 Sep, 4 Sep, 15 Sep 7 $1,690 $1,750 $1,850 PAKEJ NISFU SYAABAN KEBERANGKATAN JUMLAH

HARI 4 ORANG SEBILIK

3 ORANG SEBILIK

2 ORANG SEBILIK

31 Okt 11 $1,690 $1,790 $1,890 PAKEJ SYAWAL – HARI RAYA DI MAKKAH KEBERANGKATAN JUMLAH

HARI 4 ORANG SEBILIK

3 ORANG SEBILIK

2 ORANG SEBILIK

31 Okt 11 $2,190 $2,250 $2,350

Harga pakej tidak termasuk Cukai Airport, War Risk, Fuel Charge & Urusan MOFA VISA. Aturcara perjalanan, penerbangan dan harga pakej tertakluk pada perubahan. Kelulusan VISA tertakluk pada Embassy Arab Saudi Singapura. HUBUNGILAH KAMI DENGAN SEGERA DI TALIAN: 67384920 ALAMAT KAMI: EJEN PELANCONGAN ROYAL TRAVEL NO. 12, Jalan Pisang, Singapore 432789 KURSUS HAJI/UMRAH Setiap AHAD, Masjid Kassim, Bangunan Annex 5.00 petang hingga 6.00petang No 1, Changi Road, Singapore 520453.

Page 4: P6_Latihan Bahasa Melayu

4

SOALAN 13 – 17 ARAHAN: Berdasarkan petikan karangan di atas, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang berikut. 13. Nama ejen pelancongan yang terdapat di brosur tersebut adalah ejenpelancongan _____________________. (1) Royal Travel (2)Jalan Pisang (3)Pakej Umrah (4)Masjid Kassim ( ) 14. Harga Pakej Nisfu Syaaban untuk 4 orang sebilik ialah ___________________.

(1) $1,790 (2) $2,190 (3) $1,690 (4) $1,890 ( )

15. Jemaah-jemaah untuk Pakej Syawal akan berangkat pada ____________.

(1) 1 September 2009 (2) 4 September 2009

(3) 31 Oktober 2009 (4) 15 September 2009 ( )

16. Harga pakej tidak termasuk _______________________.

(1) perjalanan, fuel charge dan visa

(2) perjalanan, penerbangan dan war risk

(3) cukai airport, penerbangan dan fuel charge

(4) cukai airport, war risk, fuel charge dan visa ( )

17. Jemaah boleh mendapatkan kursus umrah/ haji di _________.

(1) Makkah

(2) Jalan Pisang

(3) Masjid Kassim

(4) Royal Travel ( )

Page 5: P6_Latihan Bahasa Melayu

5

SOALAN 18 – SOALAN 23 (12 MARKAH) ARAHAN: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang mengikutinya. “Saya tidak lagi mahu berkawan dengan awak, Rahul,” pekik Mustafa sebelum dia berlari

keluar dari bilik darjah. Murid-murid yang lain tercengang melihatkan apa yang terjadi.

Rahul dan Mustafa merupakan sahabat yang paling akrab di dalam kelas sehinggakan

cikgu menggelarkan mereka ‘isi dengan kuku’. Beberapa orang murid menoleh untuk

melihat keadaan Rahul yang sememangnya terperanjat dengan kata-kata Mustafa. Hamid

bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri Rahul.“Sudahlah, Rahul. Biarkan Mus

seketika. Dia sedang kerisauan. Awak melakukan perkara yang baik dan saya percaya Mus

juga tahu. Cuma dia tidak dapat berfikir dengan baik buat sementara ini,” kata Hamid. Rahul

hanya mendiamkan dirinya. Dia tidak berniat buruk apabila dia memberitahu guru darjah

mengenai keluarga Mustafa yang sedang ditimpa banyak dugaan. Ibunya baru sahaja

kemalangan dan ayahnya telah diberhentikan kerja. Dia takut pelajaran Mustafa akan

terjejas dengan adanya masalah-masalah itu.Tujuh hari berlalu. Mustafa masih belum lagi

berbual walau sepatah perkataan kepada Rahul. Selepas waktu rehat, Rahul ternampak

sekeping kertas yang telah digulung di dalam kotak penselnya. Setelah membaca

kandungan surat itu, dia tersenyum lebar. Dia terus bertoleh ke arah Mustafa lalu

menganggukkan kepalanya.

Page 6: P6_Latihan Bahasa Melayu

6

ARAHAN: Berdasarkan petikan karangan di atas, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang berikut. 18. Murid-murid di dalam kelas terperanjat kerana kedua sahabat baik

_________________________.

(1) tidak lagi mahu berkawan mereka.

(2) tidak lagi mahu bertegur-sapa.

(3) telah akhiri pergaduhan.

(4) telah bertikam lidah di dalam kelas. ( )

19. Rahul tersenyum sebaik sahaja dia membaca kandungan surat yang dijumpai dikotak

penselnya kerana dia___________________________.

(1) tahu surat itu adalah dari cikgunya.

(2) telah mendapat markah yang cemerlang.

(3) tahu yang Hamid seorang yang baik.

(4) tahu Mustafa sudah mulai berkawannya. ( )

20. Makna ‘isi dengan kuku’ dalam petikan bermaksud _______________

(1) tolong-menolong antara satu sama lain.

(2) pasangan yang sama cantik dan sepadan.

(3) hubungan persahabatan yang sangat erat.

(4) perselisihan yang tidak akan berpanjangan, akhirnya berbaik-baik juga. ( )

Page 7: P6_Latihan Bahasa Melayu

7

21. Perkataan yang berlawan dengan perkataan ‘takut’ ialah _______________.

(1) gembira

(2) berani

(3) selamat

(4) tenang ( )

22. Satu perkataan yang terdapat dalam teks dan bermaksud ‘berasa kehairan-hairanan’ ialah _______________.

(1) terperanjat

(2) tercengang

(3) terjejas

(4) tersenyum ( )

23. Mus marah dengan Rahul kerana__________.

1) bercakap dengan Hamid

2) ibunya kemalangan

3) memberitahu cikgu tentang masalah keluarganya

4) pelajarannya terjejas ( )

Page 8: P6_Latihan Bahasa Melayu

8

SOALAN 24 – SOALAN 35 (24 MARKAH) ARAHAN : Isi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini dengan sepatah perkataan yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis jawapan kamu itu dalam tempat kosong yang disediakan. Awal Cantik dengan Majlis memerintahkan mengajak menyajikan larut sehari pergi perkahwinan Pertama Telah Untuk yang Baru Segak lambat lelah Solek

Pada cuti sekolah yang lalu, Pak Long telah mengadakan majlis perkahwinan anak

perempuannya, Kak Mira. (24) _________________ itu telah diadakan di kolong bloknya di

Tampines. Ramai saudara-mara datang rewang (25) _________________ sebelumnya.

Begitu juga (26) ________________ keluarga saya. Pada hari Sabtu, kami menolong di

dapur sehingga (27) _______________ malam. Tepat pukul 11 malam, ayah

(28) ________________ kami pulang. Keesokan harinya, kami bersiap untuk ke rumah Pak

Long lagi. Ibu dan saya berhias dengan memakai baju kebaya yang

(29)_________________ kami beli di Joo Chiat Complex (30)______________ ke sana.

Selepas kami semua sudah bersedia, kami menaiki kereta (31) _____________ dipandu

oleh ayah. Saya berasa tidak sabar untuk ke sana kerana inilah kali (32) _____________

saya akan menjadi seorang anggota kendarat dan tolong (33) ________________

makanan semasa majlis perkahwinan. Majlisnya meriah sekali. Kak Mira kelihatan

(34) _________________ dengan sanggul dan baju Melayu moden yang bermanik. Apabila

tengahari, pihak pengantin lelaki pun sampai dengan diiringi kumpulan kompang. Pengantin

lelaki kelihatan (35) _______________ dan menawan dengan baju Melayunya. Walaupun

penat, saya rasa amat gembira dan seronok sekali menjadi kendarat pada hari itu.

Page 9: P6_Latihan Bahasa Melayu

9

SOALAN 36 – SOALAN 40 (10 MARKAH) ARAHAN: Sambungkan ayat tunggal yang berikut dengan menggunakan katahubung yang diberikan dalam kurungan. Kemudian, tulis jawapan kamu itu dalam tempat kosong yang disediakan.

36. Hujan turun dengan lebat sekali. Yasin meneruskan permainan bola sepak di padang. (walaupun)

37. Cikgu Farouk sering menasihati murid-muridnya. Murid-muridnya menggunakan kemudahan Internet dengan berhati-hati.(supaya)

38. Konsert Siti Nurhalizah pada tahun ini mendapat sambutan meriah daripada para peminatnya. Konsert Siti Nurhalizah telah diadakan di Singapura. (yang)

39. Murid-murid darjah lima berdarmawisata ke negara Cina.Murid-murid darjah lima melihat kehidupan masyarakat di Negara Cina.(untuk )

40. Amirah mendongak ke langit.Amirah merapatkan kelopak matanya.Cahaya suria sangat terang dan terik.(lalu, kerana)

Page 10: P6_Latihan Bahasa Melayu

10

SOALAN 41 – SOALAN 49 (20 MARKAH) ARAHAN: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang mengikutinya. Suasana di dalam darjah Cikgu Azri sunyi senyap sahaja. Kebanyakan muridnya sedang

asyik menulis sementara beberapa orang murid pula sedang duduk termenung memikirkan

sesuatu. Mereka harus menyelesaikan karangan yang diberikan oleh guru mereka. Di

hadapan darjah, Cikgu Azri sedang sibuk menyusun semula gambar-gambar yang telah

digunakannya dalam pembelajaran karangan tadi. Tiba-tiba keadaan di dalam darjah Cikgu

Azri menjadi riuh-rendah. Beberapa orang murid perempuan yang duduk di belakang

menjerit-jerit seperti orang kehilangan akal. Ada yang berlari ke hadapan darjah, ada yang

berdiri di atas kerusi dan ada juga yang hanya mengangkat kedua-dua belah kaki mereka.

Cikgu Azri terpinga-pinga seketika. Kemudian dia segera bertanya kepada Tahir, “Tahir,

mengapa mereka memekik?” Belum sempat Tahir menjawab, terdengar suara Najib

berkata, “Ada anak cicak merayap-rayap di lantai, cikgu.”

“Anak cicak pun kamu takut. Kalau kamu takutkan lipan atau kalajengking tidak

mengapa juga, “ kata Cikgu Azri kepada murid-murid perempuan itu. “Kami bukan

takut cikgu, tetapi kami geli,” kata seorang daripada murid-murid perempuan itu. “Din,

buangkan anak cicak itu,” perintah Cikgu Azri kepada Bidin. Bidin segera bangun lalu cuba

menangkap anak cicak itu. Anak cicak itu pun melarikan diri ke celah-celah almari.

Page 11: P6_Latihan Bahasa Melayu

11

ARAHAN: Berdasarkan petikan karangan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu dalam tempat kosong yang disediakan. 41. Mengapakah darjah Cikgu Azri sunyi senyap? (2 markah)

42. Kenapakah keadaan di bilik darjah menjadi riuh-rendah? (2 markah)

43. Najib tidak sepatutnya menjawab pertanyaan Cikgu Azri. Berikan sebabnya. (2 markah)

44. Cikgu Azri menyatakan bahawa lipan atau kala jengking boleh mereka takuti.Berikan dua sebab. (2 markah)

45. Murid-murid perempuan geli dengan cicak. Berikan contoh-contoh bagi menyokong jawapan kamu. (4 markah )

Page 12: P6_Latihan Bahasa Melayu

12

46. Dapatkah Bidin menangkap anak cicak itu? Kenapa? (2 markah)

47. Berikan perkataan seerti / seiras bagi perkataan yang berikut.

(1) segera _______________________ (1markah)

(2) menyusun _______________________ (1 markah)

48. Berikan perkataan yang berlawanan maksudnya bagi perkataan yang berikut.

(1) mengangkat_______________________ (1 markah)

(2) menangkap_______________________ (1 markah)

49. Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud tercengang-cengang kehairanan ialah

______________________________________________________.(2 markah)

SELESAI