PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID · PDF filePENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 3 BAND...

11
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3

Transcript of PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID · PDF filePENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 3 BAND...

Page 1: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID · PDF filePENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 3 BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SENI VISUAL

TINGKATAN 3

Page 2: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID · PDF filePENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 3 BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 2

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk:

1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan 2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual 3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan

dalam kehidupan dan kerjaya 4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang

berkualiti 5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual 6. mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain 7. menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia

dan antarabangsa 8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya 9. menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup 10. membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa

Page 3: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID · PDF filePENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 3 BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 3

BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka.

2 Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan dan pemerhatian terhadap sumber alam,benda buatan manusia dan hasil seni visual.

3 Mengetahui, memahami danmeneroka Asas Seni Reka menerusipenerokaan pelbagai media dan teknik dalam penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional.

4 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betulserta dapat menerangkan tentang hasil kerja sendiri, di samping mengamalkan nilai baik.

5 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melalui penggunaan mediayang sesuai dan teknik yang betul, mematuhi prosedur serta dapat membuat apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dengan menggunakan istilah seni visual di samping mengamalkan nilai baik

6 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisonal dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka dan mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul dan kreatif, serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkansumber alam, warisan seni visual tanah air dan luar negara, di samping mengamalkan nilai baik.

Page 4: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID · PDF filePENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 3 BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 4

TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

SENI HALUS

LUKISAN

CATAN

ARCA

CETAKAN

1

Menerangkan hubung kait sejarah dengan idea, penggunaan peralatan, bahan serta proses penghasilan karya seni halus secara mendalam dengan baik

2

Membanding beza hasil seni zaman dahulu dan sekarang berdasarkan idea, alat, bahan dan proses penghasilan dengan baik.

3

Menghasilkan lakaran idea asas karya seni halus dengan mengaplikasikan asas seni reka melalui ekperimentasi dan penerokaan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan baik, dan betul.

4

Menterjemah hasil daripada ekperimentasi dan penerokaan untuk mencipta lakaran idea serta menghasilkan karya dengan mengaplikasikan asas seni reka, imaginasi, olahan media, teknik, proses dan prosedur yang baik dan betul dan tepat

5

Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif hasil daripada

eksperimentasi dan penerokaan dengan baik.

Menghasilkan karya seni halus yang kemas, menarik dan kreatif dengan

mengaplikasikan asas seni reka dengan cemerlang, daya imaginasi sendiri,

Page 5: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID · PDF filePENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 3 BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 5

baik dan relevan serta boleh mewujudkan komunikasi kesan visual dan mesej

dengan cemerlang

Menggunakan pelbagai jenis media, teknik, proses serta prosedur yang betul

dan tepat sewaktu menghasilkan karya.

Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan

menggunakan bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang

terpuji dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.

6

Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif hasil daripada

eksperimentasi dan penerokaan dengan cemerlang dan tekal.

Menghasilkan karya seni halus yang cemerlang dan kreatif dengan

mengaplikasikan asas seni reka, daya imaginasi sendiri, kreatif dan unik serta

boleh mewujudkan komunikasi kesan visual dan mesej betul dan tepat.

Menggunakan pelbagai media, jenis teknik, proses serta prosedur yang betul

dan tepat sewaktu menghasilkan karya.

Menafsir dan menilai hasil kerja sendiri dan rakan secara lisan dengan

menggunakan bahasa seni dengan betul dan fasih serta mengamalkan nilai

kendiri yang terpuji dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada

rakan.

Page 6: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID · PDF filePENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 3 BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 6

KOMUNIKASI VISUAL

1

Memahami jenis dan ciri bidang komunikasi visual serta mengetahui penggunaan peralatan, bahan serta proses penghasilan reka bentuk.

2

Memahami prinsip rekabentuk illustrasi, risalah dan pembungkusan dan proses penghasilan dengan baik

3

Menghasilkan lakaran idea risalah atau pembungkusan dengan mengaplikasikan asas seni reka melalui ekperimentasi serta penerokaan idea dengan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan baik dan betul

4

Menterjemah hasil daripada ekperimentasi dan penerokaan idea untuk mencipta reka bentuk risalah atau pembungkusan dengan memberi penekanan kepada tipografi dan reka letak yang betul serta penggunaan media, teknik dan prosedur yang betul dan tepat.

5

Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif hasil daripada

eksperimentasi dan penerokaan dengan baik.

mencipta reka bentuk risalah atau pembungkusan secara kreatif dengan

memberi penekanan kepada tipografi, reka letak dan gubahan warna yang

Page 7: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID · PDF filePENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 3 BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 7

betul dan tepat dengan menggunakan media, teknik dan prosedur yang betul

dan tepat

Mencipta reka bentuk risalah atau pembungkusan dengan mengaplikasikan

asas seni reka dengan cemerlang, daya imaginasi sendiri, baik dan relevan

serta boleh mewujudkan komunikasi kesan visual dan mesej dengan baik.

Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan

menggunakan bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang

terpuji dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.

6

Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif hasil daripada

eksperimentasi dan penerokaan dengan cemerlang dan tekal.

mencipta reka bentuk risalah atau pembungkusan secara kreatif dan unik

dengan memberi penekanan kepada tipografi, reka letak dan gubahan warna

yang betul dan tepat dengan menggunakan pelbagai media, teknik dan

prosedur yang betul dan tepat

Menafsir dan menilai hasil kerja sendiri dan rakan secara lisan dengan menggunakan bahasa seni dengan betul dan fasih serta mengamalkan nilai kendiri yang terpuji yang tekal dan menjadi pembimbing dan contoh yang baik kepada rakan.

Page 8: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID · PDF filePENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 3 BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 8

KRAF TRADISIONAL

1

Mengetahui sejarah , alat, bahan, teknik dan proses batik dan tenunan secara asas

2

Memahami alatan,bahan dan teknik serta proses batik dan tenunan dengan baik

3

Menghasilkan batik atau tenunan secara peniruan dengan mengaplikasikan asas seni, penggunakan alat,bahan, teknik serta proses yang betul

4

Mencipta batik atau tenunan melalui penerokaan idea sendiri dengan

memberi penekanan kepada bentuk dan ragam hias dengan baik

Menggunakan alat, bahan, teknik, proses dan prosedur yang betul dalam

penghasilan kraf tradisional.

5

Mencipta batik atau tenunan melalui penerokaan idea sendiri dengan

memberi penekanan kepada bentuk dan ragam hias dengan kreatif.

Menggunakan alat, bahan, teknik, proses dan prosedur yang betul dan tepat

dalam penghasilan kraf tradisional.

Page 9: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID · PDF filePENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 3 BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 9

Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan

menggunakan bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang

terpuji dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.

6

Mencipta batik atau tenunan melalui penerokaan idea sendiri dengan

memberi penekanan kepada bentuk dan ragam hias dengan kreatif dan

cemerlang.

Menggunakan alat, bahan, teknik, proses dan prosedur yang betul dan tepat

dalam penghasilan kraf tradisional.

Menafsir dan menilai hasil kerja sendiri dan rakan secara lisan dengan

menggunakan bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang

terpuji dan menjadi pembimbing seta contoh yang baik kepada rakan

Page 10: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID · PDF filePENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 3 BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 10

Page 11: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID · PDF filePENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 3 BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3 11