pasrah kerana barah - nuh.com.sg and Visitors... · Jabatan Hematologi-Onkologi di Institut Barah...

1
WANITA Melayu menanggung risiko lebih tinggi mendapat barah ovari berbanding dengan wanita Cina. Secara purata, risiko wanita Melayu mengala- mi barah genekologi ini adalah antara 10-20 pera- tus lebih tinggi daripada wanita Cina, berdasar- kan statistik yang dikumpulkan oleh Daftar Barah Singapura (SCR) dari 1968 hingga 2007. Ia juga adalah barah keempat paling kerap di- alami wanita Melayu. Sementara perangkaan ini boleh mencetus ke- bimbangan, konsultan kanan dan pengarah klini- kal di Jabatan Hematologi-Onkologi di NCIS, Dr Lim Siew Eng ingin menasihatkan wanita Mel- ayu supaya jangan terlalu cemas. Sebaliknya, beliau memohon agar mereka ber- sikap prihatin dan proaktif menjaga kesihatan dengan berjumpa doktor dan mendapatkan rawa- tan jika mengalami simptom barah ovari. “Risiko mengalami barah ovari memang lebih tinggi untuk orang Melayu, tetapi sebabnya masih belum diketahui,” kata Dr Lim. “Apa yang kami tahu ialah ada sesetengah kumpulan yang mungkin menanggung risiko leb- ih tinggi, seperti yang mempunyai sejarah barah payu dara dan barah ovari dalam keluarga...,” tambah Dr Lim, seorang pakar barah payu dara dan barah genekologi seperti barah ovari, rahim dan serviks. Sementara itu, ada juga beberapa faktor yang boleh mengurangkan risiko barah ovari seperti menyusukan bayi, mengandung dan bersalin pa- da usia lebih muda dan penggunaan pil peran- cang keluarga atau kontrasepsi, tambah Dr Lim. “Penggunaan pil perancang keluarga yang berterusan selama lima tahun mungkin me- ngurangkan risiko barah ovari sehingga 50 pera- tus,” katanya. Sementara itu Dr Lim menekankan lagi faedah mendapatkan nasihat doktor awal. “Malangnya, simptom penyakit ini tidak unik. Kebanyakan wanita hanya mendapatkan rawa- tan pada peringkat yang lanjut; apabila barah mencapai tahap ketiga dan keempat. “Kami ada rawatan untuk mereka tetapi hasil rawatan ini tidak begitu baik... mereka tidak mempunyai peluang hidup yang tinggi. “Namun walaupun diagnosis ini mungkin menggerunkan dan membimbangkan, mereka bi- asanya lebih selesa selepas menjalani rawatan dan terapi, ” kata Dr Lim. Bersetuju, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Barah Singapura (SCS) Encik Albert Ching berkata bahawa tahap kesedaran yang leb- ih tinggi dalam kalangan wanita adalah cara ‘pencegahan’ yang terbaik sementara menanti- kan kewujudan ujian khusus untuk barah ini. Kempen Bulan Kesedaran Barah Ovari tahun ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang tanda-tanda dan simtom barah ovari dalam kalan- gan wanita. Sepanjang bulan ini beberapa kegiatan ber- kaitan barah ovari, seperti taklimat, forum dan bengkel akan dianjurkan. Lungsur ke laman www.singaporecancersociety.org.sg untuk keter- angan lanjut. DEBARAN jantung Cik Farah (bukan na- ma sebenar) berdegup kencang kerana akhirnya beliau akan bergelar isteri menje- lang September nanti. Namun, ini mungkin boleh dijangkakan. Seperti ramai bakal pengantin yang lain, gadis molek berusia 22 tahun itu sedar kera- na beliau bukan sahaja bakal mengorak lang- kah untuk ke jinjang pelamin, tetapi membu- ka lembaran baru dalam hidupnya. Namun hasratnya untuk mendirikan ru- mah tangga hampir tidak kesampaian apabi- la Cik Farah disentak berita mengejutkan tiga tahun lalu. Lewat 2011, beliau didiagnos sebagai menghidapi barah ovari dan terpaksa men- jalani pembedahan untuk membuang ovarin- ya. Beliau juga perlu menjalani rawatan ke- moterapi selama enam bulan. Walaupun dijangka dapat memulihkan- nya, pembedahan itu turut meluputkan pelu- angnya untuk hamil. Mujurlah, bekas pelajar jurusan kejurura- watan di Politeknik Nanyang (NYP) itu men- erima berita tersebut dengan tenang, kata Cik Farah menyingkap semula peristiwa itu. “Saya tidak terlalu runsing kerana sedar bahawa sel barah itu perlu diperangi. “Sebaliknya, saya rasa ibu bapa dan ahli keluarga lain yang lebih terkesan dengan keadaan saya,” kata Cik Farah, anak bongsu dalam keluarga tiga orang adik-beradik dan kini sedang beransur pulih. Sukar dikesan Sebenarnya, Cik Farah tergolong dalam kumpulan pesakit barah ovari yang lebih ber- nasib baik kerana penyakitnya dikesan pada tahap awal. Mengikut statistik Daftar Barah Singapu- ra (SCR), seseorang pesakit barah ovari yang didiagnos pada peringkat awal mempunyai peluang hidup sebanyak 95 peratus lima tahun selepas diagnosis itu. Angka ini jatuh menjadi kurang 30 peratus apabila barah ini dikesan pada peringkat lebih lanjut. Malah, walaupun barah ovari adalah barah ginekologi yang kedua paling kerap berlaku, ia adalah barah yang paling berba- haya untuk wanita, kata Konsultan Kanan di Jabatan Hematologi-Onkologi di Institut Barah Universiti Nasional (NCIS) Dr Lim Siew Eng. “Ia menyebabkan jumlah kematian yang sama dengan kededua barah serviks dan barah rahim,” kata Dr Lim. Salah satu daripada punca kematian yang tinggi dalam kalangan pesakit barah ovari ad- alah kerana ia sukar dikesan awal dan tiada ujian khusus untuk mengesannya kata Dr Lim. Merumitkan keadaan, simptom penyakit ini, seperti sakit perut, kesembapan dan kek- erapan kencing; turut timbul apabila seseor- ang mengalami penyakit kurang berbahaya seperti masalah penghazaman dan penyakit pundi. “Simptom (barah ovari) selalu tidak di- hiraukan kerana ia tidak unik kepada barah ovari. Tetapi kami menggalakkan wanita un- tuk mendapatkan rawatan perubatan jika simptom ini berterusan selama beberapa minggu,” kata Penolong Ketua dan Konsul- tan Kanan di Jabatan Ginekologi dan Onkologi di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Dr Timothy Lim. Beliau juga pengerusi jawatankuasa kempen Bulan Kesedaran Barah Ovari 2013 yang sedang berlangsung bulan ini. Berlatar belakang realiti ini, kempen Bu- lan Kesedaran Barah Ovari (OCAM) tahun ini, Positively Teal, bertujuan untuk men- ingkatkan kesedaran tentang tanda-tanda dan simptom barah ini dalam kalangan wani- ta. Teal atau warna hijau kilat adalah warna kesedaran barah ovari antarabangsa. Sesungguhnya. Cik Farah sendiri perlu mendapatkan pandangan kedua doktor yang pada mulanya mendiagnos penyakit- nya sebagai usus terimpak (impacted bowel) apabila beliau ke wad kemalangan dan kece- masan (A&E) dengan perut yang kembung. “Bukan sahaja pesakit, doktor juga ber- hadapan dengan masalah yang sama... ma- langnya, ada yang mungkin terlepas tan- da-tanda awal penyakit,” kata Dr Lim, akur. Barah ovari menyerang satu daripada 80 wanita di Singapura. Seramai 1,506 wanita atau 5.4 peratus daripada kesemua pesakit barah wanita dari 2007 hingga 2011, mengal- ami barah ovari. Statistik yang dikumpulkan sejak 1968 pula menunjukkan bahawa kaum Melayu lebih terdedah kepada barah ovari. (Lihat ar- tikel selanjutnya). Pandang ke hadapan Buat masa ini, Cik Farah telah pun me- lengkapkan rawatan kemoterapi dan beker- ja semula sebagai seorang jururawat di hospi- tal. Berterus-terang, Cik Farah memberitahu bahawa hidupnya kini telah hampir-hampir normal, tetapi belum lagi. Katanya, beliau tetap berasa sedih memikirkan bahawa beliau tidak akan hamil dan melahirkan anaknya sediri. “Kadang-kala saya menangis juga sendiri- an... saya pun sukakan kanak-kanak. “Namun saya percaya ini adalah takdir dan Tuhan tidak akan menduga saya dengan cabaran yang tidak boleh saya atasi,” kata Cik Farah dengan berani. “Lagipun, sampai bilakah saya perlu ber- sedih?” katanya mengajukan soalan secara retorik. Malah, kata Cik Farah, ibu bapanya telah pun melawat keluarga tunangnya untuk memberitahu bahawa beliau tidak ingin me- neruskan pertunangan yang telah ditetapkan jika mereka telah berubah fikiran. Namun pertemuan itu berkesudahan dengan kegem- biraan untuk Cik Farah. “Mujurlah mereka memahami dan tetap mahu menerima saya,” kata Cik Farah, yang bertunang tidak lama selepas pertemuan itu, walaupun dalam keadaan kepalanya yang masih botak. Apabila dihubungi, tunangnya yang ingin dikenali sebagai Encik Mohamed berkata ba- hawa perkara yang diutamakannya kini ialah agar Cik Farah pulih sebaik-baiknya. “Beliau tidak perlu bimbang tentang lain-lain perkara... ada pilihan alternatif un- tuk kami menimang cahaya mata pada masa depan,” kata Encik Mohamed, yang mem- beritahu bahawa beliau sendiri ialah seorang anak angkat. Sementara menanti tarikh pernikahan- nya, Cik Farah kini mengisi masa lapang den- gan berlari-lari anak dan berenang, sesuatu yang dilakukannya sejak memulakan rawa- tan kemoterapi. Malah, akhir bulan lalu, beliau menamat- kan acara larian 21 kilometer dalam perlum- baan maraton Sundown. Beliau juga masih giat mengemas kini la- man Facebook yang ditubuhkannya untuk berkongsi pengalamannya memerangi barah dan memberi sokongan kepada kenalannya yang mengalami nasib serupa. Bagi Cik Farah, penyakit ini telah mengajar beliau un- tuk bersikap positif dan selalu berpandang ke hadapan. “Dunia kita tidak berakhir apabila kita ditimpa musibah. Kita boleh memilih untuk berfikiran positif dan berusaha untuk pulih seperti sedia kala,” kata Cik Farah lagi. Tidak pasrah kerana barah Wanita Melayu lebih berisiko NORMAN SAWI [email protected] PENCEGAHAN AWAL PENTING: Tahap kesedaran yang lebih tinggi di kalangan wanita adalah cara ‘pencegahan’ yang terbaik sementara menantikan kewujudan ujian khusus untuk barah ovari. – Gambar hiasan Foto TUKIMAN WARJI Ia dikenali sebagai pembunuh senyap kerana simptomnya sukar dikenal pasti; sehinggalah ia merebak ke peringkat lanjut. Sempena Bulan Kesedaran Barah Ovari yang sedang berlangsung, seorang pesakit barah ovari berkongsi kisahnya yang tidak berputus asa memerangi dan menewaskan penyakit ini. Berita Minggu | 16 Jun 2013 9 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Transcript of pasrah kerana barah - nuh.com.sg and Visitors... · Jabatan Hematologi-Onkologi di Institut Barah...

Page 1: pasrah kerana barah - nuh.com.sg and Visitors... · Jabatan Hematologi-Onkologi di Institut Barah Universiti Nasional (NCIS) Dr Lim ... apabila beliau ke wad kemalangan dan kece-masan

WANITA Melayu menanggung risiko lebihtinggi mendapat barah ovari berbanding denganwanita Cina.

Secara purata, risiko wanita Melayu mengala-mi barah genekologi ini adalah antara 10-20 pera-tus lebih tinggi daripada wanita Cina, berdasar-kan statistik yang dikumpulkan oleh DaftarBarah Singapura (SCR) dari 1968 hingga 2007.

Ia juga adalah barah keempat paling kerap di-alami wanita Melayu.

Sementara perangkaan ini boleh mencetus ke-bimbangan, konsultan kanan dan pengarah klini-kal di Jabatan Hematologi-Onkologi di NCIS, DrLim Siew Eng ingin menasihatkan wanita Mel-ayu supaya jangan terlalu cemas.

Sebaliknya, beliau memohon agar mereka ber-sikap prihatin dan proaktif menjaga kesihatandengan berjumpa doktor dan mendapatkan rawa-tan jika mengalami simptom barah ovari.

“Risiko mengalami barah ovari memang lebihtinggi untuk orang Melayu, tetapi sebabnyamasih belum diketahui,” kata Dr Lim.

“Apa yang kami tahu ialah ada sesetengahkumpulan yang mungkin menanggung risiko leb-ih tinggi, seperti yang mempunyai sejarah barahpayu dara dan barah ovari dalam keluarga...,”tambah Dr Lim, seorang pakar barah payu daradan barah genekologi seperti barah ovari, rahimdan serviks.

Sementara itu, ada juga beberapa faktor yangboleh mengurangkan risiko barah ovari sepertimenyusukan bayi, mengandung dan bersalin pa-da usia lebih muda dan penggunaan pil peran-cang keluarga atau kontrasepsi, tambah Dr Lim.

“Penggunaan pil perancang keluarga yangberterusan selama lima tahun mungkin me-ngurangkan risiko barah ovari sehingga 50 pera-tus,” katanya.

Sementara itu Dr Lim menekankan lagifaedah mendapatkan nasihat doktor awal.

“Malangnya, simptom penyakit ini tidak unik.Kebanyakan wanita hanya mendapatkan rawa-tan pada peringkat yang lanjut; apabila barahmencapai tahap ketiga dan keempat.

“Kami ada rawatan untuk mereka tetapi hasilrawatan ini tidak begitu baik... mereka tidakmempunyai peluang hidup yang tinggi.

“Namun walaupun diagnosis ini mungkinmenggerunkan dan membimbangkan, mereka bi-asanya lebih selesa selepas menjalani rawatandan terapi, ” kata Dr Lim.

Bersetuju, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)Persatuan Barah Singapura (SCS) Encik AlbertChing berkata bahawa tahap kesedaran yang leb-ih tinggi dalam kalangan wanita adalah cara‘pencegahan’ yang terbaik sementara menanti-kan kewujudan ujian khusus untuk barah ini.

Kempen Bulan Kesedaran Barah Ovari tahunini bertujuan meningkatkan kesedaran tentangtanda-tanda dan simtom barah ovari dalam kalan-gan wanita.

Sepanjang bulan ini beberapa kegiatan ber-kaitan barah ovari, seperti taklimat, forum danbengkel akan dianjurkan. Lungsur ke lamanwww.singaporecancersociety.org.sg untuk keter-angan lanjut.

DEBARAN jantung Cik Farah (bukan na-ma sebenar) berdegup kencang keranaakhirnya beliau akan bergelar isteri menje-lang September nanti.

Namun, ini mungkin boleh dijangkakan.Seperti ramai bakal pengantin yang lain,

gadis molek berusia 22 tahun itu sedar kera-na beliau bukan sahaja bakal mengorak lang-kah untuk ke jinjang pelamin, tetapi membu-ka lembaran baru dalam hidupnya.

Namun hasratnya untuk mendirikan ru-mah tangga hampir tidak kesampaian apabi-la Cik Farah disentak berita mengejutkantiga tahun lalu.

Lewat 2011, beliau didiagnos sebagaimenghidapi barah ovari dan terpaksa men-jalani pembedahan untuk membuang ovarin-ya. Beliau juga perlu menjalani rawatan ke-moterapi selama enam bulan.

Walaupun dijangka dapat memulihkan-nya, pembedahan itu turut meluputkan pelu-angnya untuk hamil.

Mujurlah, bekas pelajar jurusan kejurura-watan di Politeknik Nanyang (NYP) itu men-erima berita tersebut dengan tenang, kataCik Farah menyingkap semula peristiwa itu.

“Saya tidak terlalu runsing kerana sedarbahawa sel barah itu perlu diperangi.

“Sebaliknya, saya rasa ibu bapa dan ahlikeluarga lain yang lebih terkesan dengankeadaan saya,” kata Cik Farah, anak bongsudalam keluarga tiga orang adik-beradik dankini sedang beransur pulih.

Sukar dikesanSebenarnya, Cik Farah tergolong dalam

kumpulan pesakit barah ovari yang lebih ber-nasib baik kerana penyakitnya dikesan padatahap awal.

Mengikut statistik Daftar Barah Singapu-ra (SCR), seseorang pesakit barah ovari yangdidiagnos pada peringkat awal mempunyaipeluang hidup sebanyak 95 peratus limatahun selepas diagnosis itu. Angka ini jatuhmenjadi kurang 30 peratus apabila barah inidikesan pada peringkat lebih lanjut.

Malah, walaupun barah ovari adalahbarah ginekologi yang kedua paling kerapberlaku, ia adalah barah yang paling berba-haya untuk wanita, kata Konsultan Kanan diJabatan Hematologi-Onkologi di InstitutBarah Universiti Nasional (NCIS) Dr LimSiew Eng.

“Ia menyebabkan jumlah kematian yangsama dengan kededua barah serviks danbarah rahim,” kata Dr Lim.

Salah satu daripada punca kematian yangtinggi dalam kalangan pesakit barah ovari ad-alah kerana ia sukar dikesan awal dan tiadaujian khusus untuk mengesannya kata DrLim.

Merumitkan keadaan, simptom penyakitini, seperti sakit perut, kesembapan dan kek-erapan kencing; turut timbul apabila seseor-ang mengalami penyakit kurang berbahayaseperti masalah penghazaman dan penyakitpundi.

“Simptom (barah ovari) selalu tidak di-hiraukan kerana ia tidak unik kepada barahovari. Tetapi kami menggalakkan wanita un-tuk mendapatkan rawatan perubatan jikasimptom ini berterusan selama beberapaminggu,” kata Penolong Ketua dan Konsul-tan Kanan di Jabatan Ginekologi danOnkologi di Hospital Wanita danKanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), DrTimothy Lim.

Beliau juga pengerusi jawatankuasakempen Bulan Kesedaran Barah Ovari 2013yang sedang berlangsung bulan ini.

Berlatar belakang realiti ini, kempen Bu-lan Kesedaran Barah Ovari (OCAM) tahunini, Positively Teal, bertujuan untuk men-ingkatkan kesedaran tentang tanda-tandadan simptom barah ini dalam kalangan wani-ta. Teal atau warna hijau kilat adalah warnakesedaran barah ovari antarabangsa.

Sesungguhnya. Cik Farah sendiri perlumendapatkan pandangan kedua doktor

yang pada mulanya mendiagnos penyakit-nya sebagai usus terimpak (impacted bowel)apabila beliau ke wad kemalangan dan kece-masan (A&E) dengan perut yang kembung.

“Bukan sahaja pesakit, doktor juga ber-hadapan dengan masalah yang sama... ma-langnya, ada yang mungkin terlepas tan-da-tanda awal penyakit,” kata Dr Lim, akur.

Barah ovari menyerang satu daripada 80wanita di Singapura. Seramai 1,506 wanitaatau 5.4 peratus daripada kesemua pesakitbarah wanita dari 2007 hingga 2011, mengal-ami barah ovari.

Statistik yang dikumpulkan sejak 1968pula menunjukkan bahawa kaum Melayulebih terdedah kepada barah ovari. (Lihat ar-tikel selanjutnya).

Pandang ke hadapanBuat masa ini, Cik Farah telah pun me-

lengkapkan rawatan kemoterapi dan beker-ja semula sebagai seorang jururawat di hospi-

tal.Berterus-terang, Cik Farah memberitahu

bahawa hidupnya kini telah hampir-hampirnormal, tetapi belum lagi.

Katanya, beliau tetap berasa sedihmemikirkan bahawa beliau tidak akan hamildan melahirkan anaknya sediri.

“Kadang-kala saya menangis juga sendiri-an... saya pun sukakan kanak-kanak.

“Namun saya percaya ini adalah takdirdan Tuhan tidak akan menduga saya dengancabaran yang tidak boleh saya atasi,” kataCik Farah dengan berani.

“Lagipun, sampai bilakah saya perlu ber-sedih?” katanya mengajukan soalan secararetorik.

Malah, kata Cik Farah, ibu bapanya telahpun melawat keluarga tunangnya untukmemberitahu bahawa beliau tidak ingin me-neruskan pertunangan yang telah ditetapkanjika mereka telah berubah fikiran. Namunpertemuan itu berkesudahan dengan kegem-biraan untuk Cik Farah.

“Mujurlah mereka memahami dan tetapmahu menerima saya,” kata Cik Farah, yangbertunang tidak lama selepas pertemuan itu,walaupun dalam keadaan kepalanya yangmasih botak.

Apabila dihubungi, tunangnya yang ingindikenali sebagai Encik Mohamed berkata ba-hawa perkara yang diutamakannya kiniialah agar Cik Farah pulih sebaik-baiknya.

“Beliau tidak perlu bimbang tentanglain-lain perkara... ada pilihan alternatif un-tuk kami menimang cahaya mata pada masadepan,” kata Encik Mohamed, yang mem-beritahu bahawa beliau sendiri ialah seoranganak angkat.

Sementara menanti tarikh pernikahan-nya, Cik Farah kini mengisi masa lapang den-gan berlari-lari anak dan berenang, sesuatuyang dilakukannya sejak memulakan rawa-tan kemoterapi.

Malah, akhir bulan lalu, beliau menamat-kan acara larian 21 kilometer dalam perlum-baan maraton Sundown.

Beliau juga masih giat mengemas kini la-man Facebook yang ditubuhkannya untukberkongsi pengalamannya memerangi barahdan memberi sokongan kepada kenalannyayang mengalami nasib serupa. Bagi CikFarah, penyakit ini telah mengajar beliau un-tuk bersikap positif dan selalu berpandangke hadapan.

“Dunia kita tidak berakhir apabila kitaditimpa musibah. Kita boleh memilih untukberfikiran positif dan berusaha untuk pulihseperti sedia kala,” kata Cik Farah lagi.

Tidak pasrah kerana barah

Wanita Melayu lebih berisiko

NORMAN [email protected]

PENCEGAHAN AWAL PENTING: Tahap kesedaran yang lebih tinggi di kalangan wanitaadalah cara ‘pencegahan’ yang terbaik sementara menantikan kewujudan ujian khususuntuk barah ovari. – Gambar hiasan

Foto TUKIMAN WARJI

Ia dikenali sebagai pembunuh senyap kerana simptomnya sukar dikenal pasti; sehinggalah ia merebakke peringkat lanjut. Sempena Bulan Kesedaran Barah Ovari yang sedang berlangsung, seorang pesakit

barah ovari berkongsi kisahnya yang tidak berputus asa memerangi dan menewaskan penyakit ini.

Berita Minggu | 16 Jun 2013 9

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

chongchj
Rectangle