Pbs

14
S S K R PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PBS vvvvvvvvvvvvvvvvvvvcvcvV 1 Pentaksiran Berasaskan Pentaksiran Berasaskan Satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Mengapa perlu PBS Murid Guru Ibu bapa Mengenali diri dan potensi murid Memberi fokus terhadap pembelajaran murid Mendapat maklum balas Mengenali diri dan potensi untuk diperkembangkan Tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai melalui maklum balas guru Terlibat dalam pelbagai Tahu apa yang telah dikuasai oleh anak Dapat mengenali diri dan

description

VBH

Transcript of Pbs

Page 1: Pbs

S

SK

R

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS

vvvvvvvvvvvvvvvvvvvcvcvV

1

Pentaksiran Berasaskan SekolahPentaksiran Berasaskan Sekolah

Satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif

(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR).

Mengapa perlu PBS

Murid

Mengenali diri dan potensi untuk diperkembangkan

Tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai melalui maklum balas guru

Terlibat dalam pelbagai aktiviti pentaksiran yang lebih bermakna

Guru

Ibu bapa

Mengenali diri dan potensi murid

Memberi fokus terhadap pembelajaran murid

Mendapat maklum balas tentang kaedah pengajaranpembelajaran

Tahu apa yang telah dikuasai oleh anak

Dapat mengenali diri dan potensi anak untuk digilap

BRACE MAP

Page 2: Pbs

S

SK

R

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS

KEKUATAN DAN KELEMAHAN PBS

Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Pentaksiran dilakukan

dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan

perancangan program pembaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah, pentaksiran dilakukan bagi memastikan sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar

‘belajar’ (Measuring Teachers’ Perceptions of Grading Practices: Does School Level Make a

Difference? Myran, & Workman, 2002).

Pengurusan pentaksiran di dalam bilik darjah merupakan salah satu elemen penting

dalam pengurusan bilik darjah. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan kaedah

pentaksiran yang mencorakkan hala tuju sistem pentaksiran baharu. Kaedah pelaksanaan PBS

adalah berdasarkan kepada model-model pentaksiran dari luar negara yang disesuaikan

mengikut konteks budaya, kehendak tempatan dan acuan Malaysia tetapi masih setara dengan

amalan pentaksiran antarabangsa. PBS berhasrat untuk memenuhi hasrat FPK dengan menilai

potensi individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat persekolahan.

Pada pandangan saya, pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) sememangnya dapat

menyumbang ke arah pembangunan akademik dan sosial murid- murid di sekolah.

Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang

bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan

psikomotor (jasmani). Hal ini turut diakui dalam artikel Rasional pelaksanaan PBS, Utusan

Online yang bertarikh 05/12/2011. Hal ini turut selaras hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dengan menilai potensi individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat persekolahan dan

tidak tertumpu kepada perkembangan intelek sahaja. PBS bukan sahaja mentaksir kebolehan

kognitif individu tetapi menjurus kepada pembinaan sahsiah, motivasi diri, sosial individu,

masyarakat dan keluarga yang dipupuk bersama dengan aspek kecemerlangan diri dan

akademik individu. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan perkembangan akademik murid

dan ruang sosial.

Selain itu, PBS berupaya menyumbang kepada pembentukan modal insan yang

berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berdaya mencipta peluang

baharu, mempunyai ketahanan dan kebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global

yang sering berubah.

2

Page 3: Pbs

S

SK

R

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS

Melalui PBS, murid akan dipantau dan dinilai melalui enam ciri aspirasi murid iaitu

pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, etika dan

kerohanian dan identiti. Pembelajaran secara holistik ini sememangnya membentuk modal

insan yang berkualiti dan menyeluruh.

Teori gaya pembelajaran pembelajaran Kolb (1984), juga menyokong bahawa

pembelajaran dianggap sebagai proses yang holistik dan tidak ada titik hujungnya. PBS ialah

sistem pentaksiran untuk mendapatkan gambaran tentang potensi individu, membantu

mengembangkan potensi individu, memantau pertumbuhan dan potensi individu yang menjalani

sistem persekolahan di Malaysia dan seterusnya melahirkan individu bersifat holistik yang dapat

menyumbang ke arah peningkatan akademik dan sosial para murid.

Seterusnya ialah, komponen-komponen PBS terbahagi kepada dua bidang iaitu

mentaksir bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang akademik terdiri daripada

Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik

terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum (PAJSK). Setiap komponen tersebut memainkan peranan yang penting untuk

mentaksir murid-murid mengikut bidang yang ditetapkan.

Dalam pelaksanaan PAJSK, setiap murid dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti yang

dirancang dan ditetapkan oleh guru berkenaan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah

mengikut keupayaan murid dan kesesuaian sesuatu aktiviti tersebut. Pentaksiran Aktiviti

Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal

dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi murid dalam pelbagai aktiviti sukan,

kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular).

PAJSK merangkumi lima komponen; aktiviti jasmani, kesihatan, sukan, kokurikulum dan

ekstrakurikulum. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur

aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang

bertujuan membangun modal insan dalam memupuk nilai, sahsiah serta pembangunan diri

seseorang murid. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK mengandungi konstruk

dan pelaksanaan yang hampir serupa.

Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan, pertandingan yang mempertingkatkan

kemahiran yang melibatkan fizikal dan ketahanan mental. Aktiviti kokurikulum merangkumi

3

Page 4: Pbs

S

SK

R

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS

aktiviti murid dalam persatuan, kelab, pasukan beruniform di peringkat sekolah, daerah, negeri,

kebangsaan atau antarabangsa. Penilaian dibuat berdasarkan penglibatan murid sebanyak

30%, penyertaan sebanyak 50% dan akhir sekali ialah prestasi sebanyak 20%.

Pamela Krish (1994), bersetuju bahawa kegiatan kokurikulum ini dapat melahirkan

seorang individu yang mempunyai perkembangan yang menyeluruh dan seimbang. Apabila

murid menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum, ia secara tidak langsung memainkan peranan

penting dalam pembangunan sosial murid mahupun akademik para murid. Hal ini sedemikian

kerana apabila pelajar melibatkan diri aktiviti kepimpinan seperti badan pegawas, pegawai

semasa aktiviti sukan, dan pengerusi kelab mereka akan lebih berinteraksi dengan kelompok

sekitarnya.

Dengan ini pelajar berkenan bukan sahaja meningkatkan kemahiran bersosial malahan

dapat memupuk nilai- nilai seperti menepati masa, bertanggungjawab, dan berdikari yang

sememangnya amat membantu pembangunan akademik kanak- kanak di sekolah.

Penilaian digunakan dalam pelbagai cara dalam pendidikan. Banyak yang baik perhatian

kini diberikan kepada penggunaannya dalam membantu pengajaran dan pembelajaran, yang

digambarkan sebagai penilaian untuk pembelajaran (AFL), atau penilaian formatif. (Assessment

Reform Group,Supported By The Nuffield Foundation, 2003). Menurut Hassan dan Meor (2006)

dalam bukunya yang bertajuk Ke Arah Pengajaran Sains dan Matematik yang Berkesan,

penilaian formatif bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran yang lebih berkesan di kalangan

pelajar. Ia dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, dengan cara

memberikan pelajar maklum balas yang membantu mereka, atau dengan cara memberi

maklumat bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran berikutnya dengan lebih berkesan.

Hasil penilaian formatif dapat membantu guru mengatasi segala masalah yang dihadapi pelajar,

seterusnya meningkatkan prestasi mereka. Segala keperluan pelajar dapat dikenal pasti dan

seterusnya dapat memberikan nasihat serta bimbingan yang sesuai demi meningkatkan

pencapaian pelajar dalam sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah.

Hal ini sedemikian kerana pentaksiran formatif dijalankan secara berterusan dan

diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan agar aspek

pengukuran murid juga lebih bersifat menyeluruh. Ini akan membantu para murid menguasai

apa yang diajar, memberi peluang mereka berkomunikasi, mempamerkan kefahaman dan

seterusnya ia dapat memenuhi keperluan murid untuk meningkatkan pembelajaran mereka.

4

Page 5: Pbs

S

SK

R

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS

Hal ini turut disokong oleh Brookhart, Mohd Azhar &Shahrir (2007), yang menyatakan

bahawa teknik pentaksiran formatif merupakan proses mentaksir yang digabungkan dalam

proses P&P, bergerak secara seiring dan embedded. Teknik pentaksiran formatif yang

dijalankan secara tidak formal seperti perbincangan, pemerhatian, soal jawab lisan, seatwork,

latihan bertulis, kerja rumah, projek, portfolio, kerja kumpulan, kuiz, tugasan, pentaksiran

kendiri, pentaksiran perkembangan dan dialog.

Pelbagai teknik penilaian formatif ini meningkatkan lagi tahap akademik murid- murid.

Hal ini kerana semua teknik ini merupakan cara untuk membawa pemikiran murid supaya

berfikir, reflektif, fokus untuk meningkatkan kefahaman dan peluang untuk berfikir dengan

mendalam dan peluang mempamerkan idea mereka. Hal ini disokong oleh Adi Badiozaman

Tuah (2007) telah menyarankan perlunya pembangunan satu sistem pentaksiran yang berbeza

dengan sistem peperiksaan. Pentaksiran sewajarnya mengambil kira aspek perkembangan,

pertumbuhan dan pembangunan individu yang perlu ditaksir.

Sebagai contohnya, teknik soal jawab lisan. Kaedah ini sering digunakan dalam

ketiga-tiga peringkat pengajaran dan pembelajaran. Guru selalu menambah baik aras soalan

supaya ia lebih menguji kebolehan dan kemahiran kognitif serta menggalakkan pemikiran

murid.

Apabila soal jawab dijalankan guru dapat menyediakan murid untuk belajar,

meningkatkan keinginan untuk mengetahui tajuk pembelajaran, menarik penyertaan diri murid

dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya mencungkil pengetahuan umum dan sedia ada

pada setiap peringkat pengaran dan pembelajaran. Hal ini membantu murid menumpu dan

mengekalkan sepenuh perhatian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah.

Dengan ini, kita dapat membuat pengesanan bahawa murid telah melalui pembelajaran

dan memperoleh pengetahuan baharu yang akan meningkatkan perkembangan akademik

murid- murid.

Tambahan pula, penilaian berterusan yang dijalankan akan memastikan murid benar-

benar sudah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki. Hal ini sedemikian

kerana penilaian formatif mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu

peringkat. Penilaian ini dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan pembelajaran

murid dari semasa ke semasa.

5

Page 6: Pbs

S

SK

R

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS

Kaedah ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan

memperbaiki kelemahan pengajarannya serta-merta. Penilaian berterusan dapat mengenal

pasti tahap penguasaan murid supaya kelemahan murid dapat diatasi dan tidak terhimpun

sehingga akhir tahun pembelajaran.

Tegasnya, teknik pentaksiran formatif yang dijalankan secara tidak formal seperti ini

dalam pentaksiran berasaskan sekolah dapat menyumbang ke arah perkembangan akademik

murid- murid di sekolah sepanjang sesi persekolahan mereka kecuali guru berkomited dalam

menjalankan pentaksiran demi pencapaian murid di sekolah. Hal ini kerana ia membebankan

tugasan selain mengajar di sekolah. Guru perlulah berkomited dalam melaksanakan PBS

kerana dengan PBS kita boleh mencapai matlamat ke arah sekolah satu pertiga terbaik di

dunia. ( Ucapan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh pada program Bicara Minda yang

bertajuk “Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia- Satu Perspektif”).

Seterusnya ialah penilaian atau pentaksiran autentik. Pentaksiran autensik dalam

pentaksiran berasaskan sekolah membawa maksud murid dinilai berdasarlan tingkah laku

sebenar. Sebagai contoh, dalam konsep ini, murid akan memperlihatkan ilmu pengetahuan dan

kemahiran sukan dalam aktiviti tugasan belajarnya. Guru memerhati keseluruhan pembelajaran

murid melalui situasi sebenar (real life) seperti mengkaji kecekapan kemahiran murid

mengelecek, menanduk, menangkap dalam situasi permainan.

Penilaian dilakukan berdasarkan kemampuan murid dalam situasi sebenar dan menilai

proses pembelajaran daripada hasil. Penilaian ini menonjolkan kekuatan murid dan intergrasi

antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari pelbagai sumber.

Dengan memberi penekanan dan penilaian sama ada murid benar-benar mengetahui

dan menguasainya, murid dapat menguasai dan meningkatkan sesuatu kemahiran atau

kebolehan untuk perkembangan akademik mereka di sekolah mahupun boleh diaplikasikan

dalam situasi sebenar.

Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat dilaksanakan

dengan berkesan, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan

Standard Prestasi sebagai sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan

secara langsung dan tidak langsung. Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang

menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang

6

Page 7: Pbs

S

SK

R

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS

yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras

(benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti

pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard

yang ditetapkan.

Bagi mencapai Standard Prestasi, guru merancang perkara yang akan diajar dengan

memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam dokumen kurikulum. Guru akan

menentukan kaedah pengajaran, menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya

menyampaikan kandungan mata pelajaran tersebut kepada murid dengan menggunakan

pelbagai strategi mengikut kreativiti guru. Seterusnya guru akan mentaksir tahap penguasaan

murid tentang perkara yang diajar.

Pentaksiran boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen

pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara yang akan dinilai. Guru boleh menggunakan

pentaksiran secara tidak formal. Sebagai contohnya, dalam menggunakan kaedah

pemerhatian, guru menilai setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu,

faham dan boleh buat.

Setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk Dokumen Standard Prestasi

untuk melaporkan tahap penguasaan murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh

murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu sendiri.

Dengan ini, kita dapat menilai dan memantau setiap pelajar secara khusus

berdasarkan Dokumen Prestasi agar mencapai Standard Prestasi yang ditetapkan. Hal ini

kerana Standard Prestasi membantu mendapatkan maklumat tentang sejauh mana tahap

pengetahuan, pemahaman dan tindakan yang boleh murid-murid lakukan atau telah menguasai

apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-

tahap pencapaian. Ini secara tidak langsung mempengaruhi kemajuan murid- murid dalam

bidang akademik dan sosial.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid

dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan

tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada

pernyataan standard.

7

Page 8: Pbs

S

SK

R

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat

berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan

dengan orang lain.

Tegasnya, pentaksiran murid secara individu oleh guru dapat meningkatkan pencapaian

murid dari semasa ke semasa. Namun, penilaian yang dijalankan oleh guru menjadi sukar

kerana ia begitu kompleks dan disukarkan lagi dengan bilangan murid yang ramai menjadikan

PBS sebagai beban kepada guru. Guru patut bertanggungjawab dan menyiapakan tugasan

yang diberikan seperti mengisi markah secara online sepanjang minggu supaya tidak

membebankan guru.

Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data

kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi

membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf

dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk

menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan

masing-masing.

Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam

pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak

Pengurusan dan Pengendalian yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas

matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Dengan menggunakan Standard

Prestasi, murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan

kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.

Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang

ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid. Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai

atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh

tertentu. Dengan ini, guru dan ibu bapa dapat mengetahui dan menilai prestasi murid dari

semasa ke semasa bagi meningkatkan prestasi akademik murid- murid.

Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band (Band 1, Band 2, Band

3,Band 4, Band 5 dan Band 6) yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor

yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan

prestasi individu.

8

Page 9: Pbs

S

SK

R

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS

Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran.

Pernyataan evidens (murid) adalah pernyataan yang menerangkan bagaimana murid

menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat. Evidens (bahan) merujuk kepada bahan atau

apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan.

Evidens boleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan.

Guru harus kreatif dalam memilih tugasan dan boleh menggunakan pelbagai jenis

instrumen pentaksiran untuk menguji penguasaan / pencapaian murid bagi sesuatu domain.

Antara contoh instrumen yang sesuai digunakan ialah ujian bertulis, demonstrasi atau kuiz.

Evindens akan disimpan dalam Fail Showcase (FS). Fail Showcase (FS) dijadikan

rujukan untuk mengesahkan pencapaian band murid jika diperlukan. Evidens murid bagi

Pentaksiran Sekolah boleh diserahkan kepada murid tersebut setelah pencapaian standard

prestasinya direkodkan dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Bagi murid yang telah mencapai standard yang ditetapkan, guru akan meneruskan

pengajaran-pembelajaran kandungan yang berikutnya dalam dokumen Standard Kurikulum.

Sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan, guru akan membuat sesi pemulihan

untuk membimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaran berdasarkan

pengalaman pembelajaran untuk membantu murid. Dengan ini, kita boleh memastikan pelajar

menguasai sesuatu dokumen standard sepenuhnya sebelum bergerak kepada pembelajaran

selanjutnya.

Tuntasnya, Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu anjakan yang amat

besar yang perlu dilalui bukan sahaja oleh pihak yang terlibat dengan dengan sistem

pendidikan malah harus diambil berat oleh masyarakat keseluruhannya. Ini kerana murid-murid

yang melalui sistem ini akan diserap ke dalam masyarakat suatu hari nanti. Kita perlu

berganding bahu untuk merealisasikan transformasi pendidikan ini kerana Pentaksiran

berasaskan sekolah (PBS) amat membantu dalam pembangunan akademik dan sosial murid-

murid di sekolah.

9

Page 10: Pbs

S

SK

R

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS

10

Page 11: Pbs

S

SK

R

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS

11

PBS